Selasa, 27 April 2010

TONG-TONG SAMPAH


Tong-tong sampah,
sentiasa menanti untuk diisi
tin kosong, kotak pecah, beg sampah,
semuanya berselerakan bergelepangan.

Pekerja lori sampah,
sering  serapah menyumpah,
kerana sikap tidak berdisplin penghuni,
sampah berselerakan di sekeliling rumah.

Sampah menembun,
sepatutnya kerja kita bersama
untuk menjaga kebersihan alam sekitar,
buat menyehatkan mata di bumi hijau kita.

Oleh ; Nurimanja,
Bersama Menjaga Alam Sekitar, 2010.
Memelihara Falora dan fawana di bumi Hijau.
DI Taman Perumahan , Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

26 ulasan:

  1. CERPEN ANAK PEREMPUAN SIMPANAN OLEH : NURIMANJA.SIRI 5

    DI SATU PETANG di hujung minggu Man teringat semula kepada Abang Muda , semasa mereka makan kuaci, asam katuk, kacang goreng, selepas Abang Muda habis membaca surat khabar, Abang Muda bertanya;

    “Man tak pergi ke kelas Tadika ?”
    “Tidak!”
    “Kenapa?”
    “Mama dan papa tak beri,”
    “Ya!”
    “Papa man kerja apa?”
    “Bawa teksi,”
    “Mama Man?”
    “Tak tahu..”
    “Man tinggal di mana?”

    Man terus diam. Man lihat muka Abang Muda, kemudian Man angkat jari telunjuk kearah se buah rumah kecil yang terkatup pintu dan tingkapnya. tidak jauh terletak dari taman kanak-kanak ini.

    Abang Muda mengangok-angokkan kepalanya, kemudian mengusuk-gusuk kepala Man dengan tapak tangannya. Man rasa terhibur mesra dan ada rasa bersimpati. Man senyum dalam hati.

    “Man bila besar nanti kena pergi sekolah.” Kata Abang Muda,
    Man memandang muka Abang Muda, Man diam seketika, Man terasa begitu berat untuk mengangokkan kepala nya, Man tidak dapat membayangkan masa depannya.

    “Man nak kerja apa bila besar nanti?” Tanya Abang muda lagi, Man terasa berat hendak menjawab akan soalan itu, kerana Abang Muda merenung Man terlalu lama, Man terpaksa juga menjawab sekadar apa yang Man tahu.’

    “kerja macam Abang Muda.”jawab Man
    “Ehhh , Tak usah Man, kerja macam Abang Muda, susah, lagi pun duduk tak tetap , Susah Man,” jawab Abang Muda seperti memujuk.

    “Abang Muda kerja apa?” Tanya Man, ingin tahu. Abang Muda tersengeh senyum, kemudian cuba mengeleng-gelengkan kepalanya, mata Abang Muda memandang ke dalam mata Man.

    “Tak usahlah kerja macam Abang Muda , susah Man, tak usahlah Man tahu, apa kerja Abang Muda,” bujuk Abang Mudalagi. Seperti mahu menyembunyikan sesuatu.

    “Tetapi Abang Muda banyak duit, pakaian cantik, baik hati, selalu membeli Man gula-gula asam katuk,kacang goreng, kuaci dan macam-macam makanan rengan, Man nak kerja macam Abang Muda,” jawab Man bersemanngat.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. JAWAPAN BAGI SOALAN TERPILIH BUAT SAHABAT CR.

    - Geletek Pagi ini ada pirasat tersendiri untuk menilai sesuatu, seperti Ibrahim Idham.

    saya tengok dalam blok ini ada seorang dua ada ilmu andaian (falag) agak tepat jua,seperti Penyair Agong.

    Dan seorang lagi(Suara Pulau, yang seperti abu atas tunggul sekejap tengelam dan sekejap dia timbul) apa pun Syabas! Buat sahabat CR.

    - Cerpen APS ini sebagai renungan mengikut situasi yang agak tenat juga dinihari atas penyeksaan kanak-kanak lewat kebelakangan ini. ikutilah sambungan siri 5 seterusnya.

    - Sebenar GP maksudkan bulan bintang, mungkin dari petekan kata-kata P. Kmalanathan yang dia boleh tunaikan apa saja, kecuali bulan bintang sesuatu yang dikira mustahil utknya bagi Kamalanathan melaksanakannya. apa pun tahniah buat YB Touth N Go!

    - Satria Juragan , sila lihat sajak anda dalam NPSCR2 telah pun diterbitkan Syabas! usaha lagi menulis puisi yang lebih indah dan berkesan, Amin.

    BalasPadam
  3. BILA KAU KEATAS DAN KE BAWAH

    Sebelum kau keatas
    kau hulurkan tangan
    kau hulurkan bantuan
    kau hulurkan senyuman
    kau hulurkan belas ehsan
    kau hulurkan selembar harapan
    kau hulurkan segala bentuk imbuhan

    Bila kau telah di atas
    kau berlagak tuah
    kau berjalan megah
    kau bercakap indah
    kau bersalam pun payah
    kau berkereta mewah

    Bila kau jatuh kebawah
    kau hulurkan segala bentuk imbuhan
    kau hulurkan selembar harapan
    kau hulurkan belas ehsan
    kau hulurkan senyuman
    kau hulurkan bantuan
    kau hulurkan tangan

    Kau mula ingat kawan
    Mula minta pertolongan
    Tapi jika aku beri bantuan
    Kau begitu juga jadi aku biarkan
    Harap kau insaf wahai sipolan!
    Jangan ingat kami barang mainan
    Kerana kami dan beralih kerajaan
    Tak lagi dengan keadilan

    sulaiman embong,bulan terang,keris sakti,cikgu said,ambuyak dan aziz moktar
    sajak ni kami berlima cipta apabila ada orang dr parti sana mahu beli kami supaya kami lompat parti dahulu semula..

    BalasPadam
  4. ULASAN

    Sajak menarik adunan lima rakan seperjuangan, bertajuk Bila Kau Ke atas dan Ke bawah. (Pekena Kawan Rakan) Inilah Mantan TDrM kata licik. Pandai baling batu, dan pandai sembunyi tangan. Dia pandai cipta angkara orang lain yang terima derita sangsara. Kasihan aruah kawan Ambuyak, memikirkan terlelu banyak pekara yang mungkar
    sehingga diserang sakit (BO) , Kini HS selamat, kalau tidak orang felda nak duduk mana, Bila dia dah minum, dia pening , dia Nampak HS semua macam kawasan padang lumba
    kuda. Inilah sebab orang china sokong dia, judi punya pasal, ada babuk sikit ma….ata wang mali.


    sulaiman embong,bulan terang,keris sakti,cikgu said,ambuyak dan aziz moktar sajak ni kami berlima cipta apabila ada orang dr parti sana mahu beli kami supaya kami lompat parti dahulu semula.. 2010 April 27 22

    BalasPadam
  5. eh! sajak pasal sampah plak?

    BalasPadam
  6. ape2pun sayangilah bumi kita! jaga kebersihan! heheh

    BalasPadam
  7. sajak psl sampah ni sajak sampah atau ada maksud lain????

    BalasPadam
  8. sedih tgk org yg x reti jaga kebersihan ni.... ape2pun kebersihan tanggungjawab bersama...

    BalasPadam
  9. sajak psl sampah plak kali ni? wah! en nuri mmg versertail

    BalasPadam
  10. alamak! sajak busuk! hehe ape2pun jgn buang sampah di merata2...

    BalasPadam
  11. sajak mmg sajak sampah atau ada maksud disebalik sampah ni???

    BalasPadam
  12. malu kt negara luar! kita kna jga kebersihan...

    BalasPadam
  13. abg muda ni keja apa? gigolo ker? hehehe

    BalasPadam
  14. aku rasa abg muda ni keja casanova la...

    BalasPadam
  15. abg muda ni msti pengedar dadah ni sbb tu kaya jer...

    BalasPadam
  16. x jual dadah msti seludup barang ni sbb tu kaya je abg muda ni...

    BalasPadam
  17. sian man mak x bagi sekola? besar jd apa la bdk ni...

    BalasPadam
  18. mak man ni penjenayah yg dikehendaki ke? sampai x boleh kluar mne2 ni???

    BalasPadam
  19. abg muda ni keja apa? perompak ker?

    BalasPadam
  20. abg muda ni keja apa? sah! ni msti keja jahat2 ni...

    BalasPadam
  21. sian man dh mcm pelarian plak dia??? abg muda keja apa???

    BalasPadam
  22. kenapa abg muda saja yg baik2 dgn man? keluarga dia sendiri pun seksa dia..

    BalasPadam
  23. aku rasa abg muda malaikat ape? dia berupa orang???

    BalasPadam
  24. tjuk perempuan simpanan tp kenapa cerita man je yg byk???

    BalasPadam
  25. misteri betol abg muda ni.... sapa dia?

    BalasPadam
  26. mne pmpuan simpanan? en nuri silap tulis tjuk ape? sbb cerita man je yg byk....

    BalasPadam