Rabu, 28 April 2010

SIAPA SI JUT DAN MAKJUT KECIL ITU?


Siapakah mereka yang menyamar dan bergelar itu
ingin menjadi juara gaya ala si jut dan makjut ini?,
adakah mereka yang suka melakukan kerosakkan
umpat, cela, fitnah, thomah, putar belit di muka bumi
mereka juga terdiri daripada golongan anak nabi Adam.

Orang-orang yang beriman dan orang soleh juga lebur
pasti akan hancur bila terkena budaya pujuk rayu ini
yang dicetuskan  tanpa guru,  pensyarah, atau maulana
cuma lahir daripada rasa hasad dengki, dendam kesumat,
Dajal juga bisa membawa kehancuran suka membohongi.

Bila Allah telah murka lalu diturunkannya  hujan asid
kelaparan pun berlaku, mereka tidak kenal lagi Allah,
lalu Allah mengerimkan lagi hujan  sebagai pembersih
kemudian mereka hancur dan Allah ulangi lagi hujan itu.
sehingga Allah ganti pula dengan jenderasi yang lain, Amin.

Oleh : Nurimanja,
subuh sapei, sebelum azan
berkumandang, pagi 25/4/2010.

23 ulasan:

  1. CERPEN ANAK PEREMPUAN SIMPANAN OLEH : NURIMANJA.SIRI 6


    BILA MAN cuba hendak meneruskan perbualan lagi, Abang Muda terus bangun, dan minta diri, dan segera meninggalkan Man seorang diri, kini Man terfikir semula dalam hati, adakah Abang Muda marah padanya?

    Man mulai kesal. Dalam hatinya masih bermain tanda tanya,” Adakah Abang Muda masih marah dengan pertanyaannya dulu?” Bisik hati kecilnya . keresahan mengcengkam hatinya.

    Man turun dari bangku kayu panjang tempat dia duduk, perlahan-lahan dia melangkah pulang. Sebelum sampai di satu persimpangan jalan masuk ke arah rumahnya . Kawan-kawan Man terus menerkam.

    Matnor terus memengang tangan Man, Ali pula memeluk tubuh Man dari belakang, Usof meraba pokek seluar Man dari bawah, Yati, Nora dan Miri
    Mengelilingi Man.

    “Mana coklat Man?” kata Yati.
    “Berilah kami sikit? Kata Nora.
    “Janganlah kedekut?” kata Miri,

    Kemudian diikuti pula oleh Matnor, Ali dan Usof, mereka memekek-mekek meminta sesuatu daripadanya. Man menjadi serba salah.

    Man kilas tangannya yang dipegang oleh Matnor, Man memusingkan badannya yang dipeluk oleh Ali,.Man meronta-ronta geli bila Usof meraba dan cuba menyeluk pokek seluarnya.

    Tiap kali Man meronta untuk cuba melepaskan dirinya, kian kejap pula pelukkan dan pegangan kawan-kawannya. Man terus meronta -ronta minta dirinya dilepaskan.Tetapi mereka semakin mengukuhkan lagi pegangan dan juga pelukkan ke tubuh Man.

    “Abang Muda tak datang!!” Man memekek, geram. Pegangan dan pelukkan Matnor dan Ali hamper terlepas, Man cuba untuk melarikan diri,

    Belum pun sempat Man bertindak, Usof terlebih dahulu melompat memeluk betis Man, Man tertiarap atas jalan, lututnya berdarah. Marah Man bukan kepalang, tetapi apakan daya, Man seorang diri, kawan-kawannya ramai, Man gagal meluluskan diri, melainkan Man menangis sekuat hati.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. JAWAPAN SOALAN TERPILIH


    - Sajak ini cuma menyahut kempem pelihara alam sekitar, dan ingat mengingati itu dapat pahala,apatah lagi menyuruh orang buat baik buang sampah di tengah jalan pun dapat pahala, senyum sikit pun dapat pahala sedekah, amin

    - Cepen APS lebih menekankan atau tertumpu kepada watak anak usia Tabika(Man).Walaubagaimana pun Syabas! Berbagai andaian telah anda berikan dalam ulasan sesekali ada juga yang mengelikan hati, ada juga andaian yang tepat , dan ada juga jauh menyimpang, namun , apa-apa pun, selamat mengikuti cerita seterusnya.........

    - Maaf hari ini, agak terlewat sadikit terbit sajak, walaupun telah disediakan awal anak nuri jantan tertidur, selalu panas setiap malam, kini hujan ada turun sadikit, sujuk danlena panjang, nasib tak terlepas subuh.

    BalasPadam
  3. sajak ni psl apa plak? pening sy membacanya

    BalasPadam
  4. si jut makjut sapa???

    BalasPadam
  5. sjak ni psl apa plak en nuri?? sjak ketuhanan ker?

    BalasPadam
  6. BANYAKNYA RUNTUH

    durian runtuh
    tanah runtuh
    jambatan runtuh
    stadium runtuh
    bangunan runtuh
    sekolah runtuh
    masjid runtuh
    gerai runtuh
    bangsal kereta runtuh
    stesen bas runtuh
    menara runtuh

    kes runtuh begitu heboh
    ramai yang berseloroh
    negeri itu bakal runtuh?
    berdiri teguh
    bercerai runtuh

    akhlak runtuh?
    kenapa kurang heboh?
    tak macam jom heboh
    runtuh tetap runtuh

    berdiri megah sesuatu bangsa
    kerana tinggi akhlak mulia
    menjadi kuat sesuatu negara
    kerana penyatuaan rakyat jelata


    Ustaz Muda
    Kedah
    20.4.2010

    BalasPadam
  7. makjut tu benda apa? hantu ker?

    BalasPadam
  8. sajak mcm ade berbaur politik jer?

    BalasPadam
  9. jut dan makjut??? mcm pnh dgr tp x thu apa benda....

    BalasPadam
  10. sajak pening la psl ape ni en nuri??

    BalasPadam
  11. jut makjut ni binatang apa ni???

    BalasPadam
  12. eh! abg muda ni sapa? misteri smpai skrg..

    BalasPadam
  13. sian man dorg buli man nak coklat...

    BalasPadam
  14. la..sian man tu la dulu action sgt ade coklat xnk kasi kt kwn2??

    BalasPadam
  15. kenapa abg muda tetiba pergi mcm tu jer??? sapa abg muda???

    BalasPadam
  16. eh! sian man dah la abg muda marah kt dia kwn2 plak buli dia? adoi...

    BalasPadam
  17. jut makjut ni benda apa?? pelik je bunyi...

    BalasPadam
  18. eh! jut makjut ni nama jin ker???

    BalasPadam
  19. sajak yg menarik! hebat! wlpn aku pun x thu ape makjut ni?

    BalasPadam
  20. jut makjut ni gelaran org yg jahil ker??? hehehehe entah saya agak jer...

    BalasPadam
  21. hrp2 en nuri boleh ulas sajak ni? sbb x phm la apa makjut tu?

    BalasPadam
  22. JAWAPAN SOALAN TERPILIH

    - Jut dan makjut di sini gambaran kecil sahaja, bagaimana yang anda tahu jut wa makjut ini merupakan makhluk yang lahir di akhir zaman, mereka menunjukkan keangkohan luar biasa, pada peradapan dunia dan berani menentukan suam kewujudan
    alam dibawah kekuasaannya.

    Alam bagai tidak bertuan, lebih dahsat daripada dajal, sehingga sangup mengenepikan akan kewujudan Allah SWT.lalu dilanggar apa saja yang dia suka seperti kedegilan bangsa Israil .

    BalasPadam
  23. ULASAN

    Sajak Ustaz Muda kali ini bertajuk Banyaknya Runtuh, kerana kelalaian manusia,Dan ketamakkan kedudukan dan kuasa ang mereka rasa. Mereka nampak tidak ternampak lagi nilai harga diri, untuk berbakti dan mengingati mati.Apa yang tertarik
    Pada 4 bait akhir pengucapannya. Tetapi kerana tinggi akhlak mulia sudah Tidak ada? Termasuklah tok guru, ustaz, guru, orang berilmu semuanya kena beli kena lipat, org biasa jangan kira. Yang runtuh dan parah Pak Lah , bukan kawan yang aku cari . Buat baik hantar doctor, tetapi kini baru mengerti dengan 4 juta ,serangan urat sarap menjadi . Inilah yang dikatakan sajak en nuri masa dan ketika akan menceritakan segala., apa nak jadi?.Susah nak percaya, tetapi telah pun terbukti...fitnahkah ini?

    BalasPadam