Isnin, 19 April 2010

CATATAN DI DINDING KAMAR


Catatan di dinding kamar
malam pertama pengantin baru
belum pun sempat bergurau senda
isterinya telah pun angkat kaki lari malam

Ada cerita menyakitkan
buat si isteri yang masih baru
sebenarnya si suami sudah beristeri
Hati mana yang tidak sakit dan boleh tahan?

OLEH : Nurimanja,
Balik kenduri Khawin,
Catatan di ebuah kampong 1984

35 ulasan:

  1. BAB 11 siri 2 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

    Kadangkala aku pergi menjala udang dengan abang Halim, umpannya campak beras, tunggu sekejap , kemudia jala. Adakala aku pergi mengunjun ikan siakap di kuala sungai Dungun, pernah aku dapat seekor dua kilo, jual dekat mamak zubir kedai kopi estate.kalau musin hujan ayah ajak aku menanggok ikan siakap , ketam, atau udang galah nasib lah pakai tangguk atau sauk saja ,

    Aku selalu lukis sampan orang sedang menangguk ikan ikut air surut .kadangkala dapat kadang kala habuk pun tak ada, nasib tak baik ikan siakap melumpat lepas sampan, ayah tengok dengan putih mata,naib baik ikan lompat dalam sampan.Ayah pernah dapat 25 kati sama panjang dengan abang mat , bila aku tengok dia galas ikan siakap sampai meleret ekornya atas tanah

    Kadang kala ikan terobok pun masuk ke sungai ayah buat serampang mata tiga , kalau ayah nampak ikan terobok meneju laju berenang atas air ayah kejar dengan sampan dari jauh ayah rejam ikan terobok, naib baik kena , Ada rezeki kami sekeluarga makan ikan terobok pangganglah hari itu,

    kadangkala mak buat paip ikan, buat gulai tulang banyak tapi sedap, serampang ayah buat panjang dua depa mata besi, hulunya buluh minyak, kadang kala aku curi ambil serampang ayah aku kejar biawak, aku rejam tak kena, sebab biawak nak curi anak ayam aku, aku suka bela ayam, atau anak itik, petang-petang aku akan halau semuanya pasti masuk reban,

    Waktu aku kecil takut anak ayam geli, tapi hari ini okey,bila petang aku akan hidup asap sabut di bawah rumah waktu maghrib agar nyamuk semua lari, petang-petang memang banyak nyamuk beribu , tapi aku sudah mangli dengan gigitan nyamuk.

    Ada seorang China Ah Kap bagi ayah bela kambing lima ekor, aku juga yang buat asap sabut kelapa di reban kambing, akulah cek semua kasihatan kambing dari anak sampai keibu baba kambing.jadi doktor haiwanlah aku, kambing nak beranak, kambing sakit kuku berulat, aku bubuh ubat gegat, balut luka kambinmg, tahi kambing aku jual pada Chiina yang ambil buat baja, satu guni seringgit, nasib baik dapat sepuluh guni.dapatlah aku diut beli
    merecun. BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. ULASAN PERAK SELANGUR Oleh : Viger

    Perak main agak relax, lambat dan lembab mengejar bola,maka Tidak hairanlah Selangor menang bergaya, bermain dengan garang dan banyak mencuri bola dari permain Perak. Juru latih Perak sepatutnya jangan biarkan pemain santai,banyak tidur dan lena, langsung tidak mahu mengambil bola di kaki lawan.
    Asyik undur ke belakang hingga ke pintu goal.

    BalasPadam
  3. kejab pengantin lari mlm! cte en nuri ker? huh! isteri en nuri ke lari malam? hahhahhahhaha kenapa plak tu? meroyan ker?

    BalasPadam
  4. ade plak lari malam2? kena histeria ker? haha

    BalasPadam
  5. pengantin lari malam? js en nuri ikut sekali ker? heheheehe

    BalasPadam
  6. lari malam2? kenapa plak x cukup duit hantaran ker?

    BalasPadam
  7. ni msti kes gelabah dgn tok kadi sbb tu lari malam2... hahha

    BalasPadam
  8. pengantin lari malam? psl ape plak ni???

    BalasPadam
  9. pengantin lari malam? pengantin laki ke pmpuan?

    BalasPadam
  10. kenapa lari malam2? xde letrik ke masa kenduri kwin tu?

    BalasPadam
  11. en nuri ke lari malam??? hahhaa geli hati saya kenapa en nuri takut pmpuan ker? smpai lari? haha

    BalasPadam
  12. sapa pengantin lari malam tu en nuri? en nuri sendiri ke atau kwn en nuri?

    BalasPadam
  13. lari malam sebab apa plak tu? nak kwin kat siam ker? hahaha

    BalasPadam
  14. penganti lari malam? x pnh dgr plak ni msti kes makhluk halus ni..

    BalasPadam
  15. lawaklah ade plak lari malam2? kesian penganti laki tu...

    BalasPadam
  16. pengantin lari malam? kenapa plak ni? baju terkoyak ker?

    BalasPadam
  17. klu pengantin pmpuan lari malam2? en nuri kwin dengan sapa masa ni?

    BalasPadam
  18. en nuri ke lari malam? ke isteri en nuri yg lari malam?

    BalasPadam
  19. pengantin lari malam? ni msti kes lupa bawa I.C ni? hahahaha

    BalasPadam
  20. PENGANTIN LARI MALAM? NI MSTI KELUARGA SAKIT KALAU TAK KELUARGA TAK SAKIT MUSTAHIL PENGANTIN BOLEH BALIK MALAM-MALAM?

    BalasPadam
  21. kenapa plak sampai lari malam? ana dulu alhamdulliah smua berjalan lancar...

    BalasPadam
  22. BARUA SI PEMUTAR BELIT

    Barua
    dasar putar belit
    dah la kau masok lorong taik,
    Kau pijak makanan aku.
    Takda akal ker?
    Kau bawak segala najis,
    Kau lekatkan pada minumku.
    Kurang ajar!
    Barua
    Ko jangan hasut kami
    Kami setia dengan kerajaan kami
    jangan kau curi rezeki dia,
    Kau kenyangkan anak-anak bawahmu.
    Bila kau nak berubah
    Sedarlah umur semakin senja
    Jangan jadi pendusta
    Menabur janji palsu
    Nanti kau.
    tuhan tunjukanlah
    Hapus lah dia.
    si Barua!!


    Keris Sakti
    9mlm
    sepetang bersama

    BalasPadam
  23. eh! en nuri ni kaki mancing jgk yer? hehe

    BalasPadam
  24. wah! en nuri hebat jgk dlam memancing ni? sy selalu panjing sekor haram pun x dpt...

    BalasPadam
  25. wah! byk ikan en nuri dpt en nuri ada baca jampi apa2 ke? hehe

    BalasPadam
  26. wah! cte ikan plak kali ni? mcm2 cte ade...

    BalasPadam
  27. sy confius jgk semalam en nuri jd cikgu kenapa hari ni jd kcik balik?

    BalasPadam
  28. ni cerita psl kecik2 plak? flash back lagi ke en nuri?? cte en nuri byk flash back plak? hehe

    BalasPadam
  29. en nuri bela ayam dan itik? msti en nuri kaya kt kmpung tu sbb klu ade bela ayam dgn itik kt kmpung kira kaya tu...

    BalasPadam
  30. en nuri takut anak ayam! hahaha anak ayam comel la en nuri klu sy siap main lagi sbb dorg comel2...

    BalasPadam
  31. wah! jd doktor haiwan plak en nuri? hehe hebat jgk en nuri ni...

    BalasPadam
  32. wah! en nuri kecik2 dh otak bussines? tp kenapa x jd peniaga kenapa jd cikgu plak en nuri?

    BalasPadam
  33. ULASAN

    Sesiapa pun akan terasa lukanya hati, pengucapan yang amat parah, begitulah sajak Keris Sakti kali ini, dengan sajak BSPB.Sesuatu yang kita harapkan baik tetapi telah pun diputar belit, tentulah terasa geram dan marah, kita orang biasa pun dapat juga merasainya apa lagi yang pernah jadi doctor peribadi. lahirnya di hulu yam anak jadi negeri Selangor sendiri.Kita sekadar mencatat apa yang kita rasa,Thanz! Keris Sakti..

    BalasPadam
  34. JAWAPAN PLIHAN.


    1.Pengatin lari malam ini ada dua jawapan, satu benar seperti apa yang dikatakan PENYAIR AGUNG. dua x faham sajak,ayat akhr, kerana Suami dia sudah beristeri.hotlah kawan!

    2.Cerita dalam biograpy ini banyak flash back (imbas kebelakang) kalau saya tulis banyak buat imbas kehadapan lagi pening. nak baca.

    3.Saya memang minat bussines, kalau main monopoli x pernah kalah, baik Dengan kawan atau pun keluarga, sebab itu suruh anak saya ambil E Dagang.

    4.Dalam hidup saya apa yang kakak abang saya minat saya boleh minat juga, Abang no 1 Taranum, bilal, iman, Halima atau Dahalan, saya pun boleh, abang no 2 seorang penulis.kerja dekat akhbar harian UM Azimad Mahmud, saya pun boleh ,kakak no 1 bertani berkebun saya pun boleh, kakak no 2 berniaga, saya pun boleh. Akhirnya saya pilih guru.kerja inn lebih mulia barangkali sudah ditetapkan di azali. Amin.

    BalasPadam
  35. Hanya dua atau tiga siri lagi, cerita
    biograpy ini akan dihentikan buat
    sementara waktu. catatan ini saya tulis mula tahun 2000 lagi, sebelum
    bersara.

    Cuma saya harap yang baik buatlah tauladan yang tak baik jangan sekali di ikuti. Saya catat apa saja yang
    saya rasa lalu saya pun bercerita.
    akhirnya jadilah dia CINTRARASA.
    CITRA -asal perkataan Atuk saya kata ganti pada CERITA.

    BalasPadam