Isnin, 12 April 2010

BILA USIA MULA MENGAWAN


Bila usia mula mengawan
Ada tiga peringkat
buat manusia.

Mengawan kali pertama,
bila usia masuk akal baligh
mulalah mengatal dengan lawan,
mengusik dan mencuit teman sebaya.

Mengawan kali kedua,
bila usia sudah muda remaja
manis ranum mula mencari lawan,
bermain asmara sehingga lahir zuriat.

Mengawan kali ketiga,
bila masalah isteri menopause
Kembali naik minyak usianya 40an,
mencari mangsa melepas nafsu tuanya.

Oleh; Nurimanja,
Sejenak mendengar pakar,
6hb, Mach, 2010. jam 8.00 pagi.

23 ulasan:

  1. BAB 7 siri 2 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

    Dua buah cerpen aku telah di intologikan bersama penulis Serawak, dalam antologi Cerpen HATI .Guru yang membimbing aku ialah di ataranya , Hashim Awang, Abdullah Tahir, Rubidin Siwar, Othman Putih dan Hamdan Yahya Ketua Pengarah DBP Cawangan Serawak..(sekarang ada yang sudah meniggalkan alam fana ini, al fatihah -amin)

    Ada cerita aneh yang berlaku pada aku di kampung Rajang, mula sampai aku tinggal di kotes guru besar, disebabkan guru besar keluarganya ramai dan bersama mak metua , adik ipar, aku dapat bapak angkat bernama Pak cik Bujang dan isterinya bernama Mak Cik Eha.

    Pak cik Bujang bekerja sebagai konterek di bandar Sarikei yang mengambil masa lapan jam baru samapai ke Sarikei, Pak Cik Bujang bersama anaknya Ismail tinggal di dalam tongkang pekerja ikat kongkeret semen di tiang pelantar di tebing sunagi Rajang. Sebulan sekali Pak cik Bujang akan balik membawa barang keperluan untuk satu bulan pada keluarganya.

    Mak cik Eha melayang aku dan seorang lagi cikgu Misan Misbah dari Johor seperti anaknya
    sendiri, rumahnya besar , bilik di bagi seorang satu,Kami bayar cuma bayar tujuh puluh ringgit se bulan, waktu itu barang masih murah tahun 1978.

    Tetapi aku tinggal tak lama di rumah pak cik Bujang, bila aku dengar ada quartres guru kosong kerana cikgu Hasnah yang mengajar sama aku SRK Abang Galau hendak tukar ke sibu, aku segera menghuni di quartres itu setelah dia keluar
    Maka tinggal cikgu Hamisan seorang saja yang masih termanggu dirumah Pak Cik Bujang itu.

    Di Kampung Hilir Rajang itu ada enam biji sahaja quartres khas untuk kaki tangan kerajaan tempatan Guru Besar, Pagawai Pertaniah, Aku, Polis Kampung, Pengelola Talicom, Pegawai Perhutanan.Rumah yang aku duduk itu pun kira nasib sahaja, kerana Pegawai Kelenik Desa tidak mahu duduk kerana dapat sebuah rumah kosong dekat kelinik, Aku terpaksa makan cara konterik tiga puluh ringgit sebulan sehari sekali saja hantar laut tengah hari , nasi masak sendiri.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SUARA

    suara
    sayup bergema di gegendang..
    terliang liuk disapa gelombang..
    alunannya datang bertandang..
    meninggalkan sapaan kian datang..

    suara
    kini pasti telah mendengarmu..
    daku pasti itu kamu..
    dan daku pasti itu kamu..
    daku merinduimu..
    daku pasti kamu juga begitu..
    datanglah wahai suara..
    selama ini menemaniku..
    kala sepi,resah dan kesengsaraan


    Puteri Bunian
    KUISS
    10.4.201o

    BalasPadam
  3. cerpen en nuri dibukukan!!! wah!!! nnt sy nk try cari....

    BalasPadam
  4. byknya guru membimbng en nuri? patutlah sajak2 en nuri berkualiti...

    BalasPadam
  5. hati cerpen apa plak?? xpnh pun en nuri terbit kat blog?

    BalasPadam
  6. mmg benarlah org kata byk guru byklah ilmu? patutlah en nuri sorg yg hebat...

    BalasPadam
  7. wah! en nuri dijadikan anak angkat! wah! mmg org sarawak baik2 la...

    BalasPadam
  8. sian smua guru2 en nuri sudah tiada tp mereka meninggal segala ilmu kpd en nuri... smoga en nuri teruskan berkarya...

    BalasPadam
  9. wah! x sampai setahun ke en nuri trus dijadikan anak angkat? wah! kuat aura en nuri...

    BalasPadam
  10. wlpn anak ramai pun pak cik bujang tetap mengambil en nuri sebagai anak angkat? msti en nuri ada perwatakan menarik...

    BalasPadam
  11. keje kontraktor? lapan jam! wah! lama tu sian dia...

    BalasPadam
  12. wah! untung en nuri dpt jd anak angkat... dpt dok umah selesa plak tu? hehe

    BalasPadam
  13. 70 hengget je? murahnyer... heheh x termasuk api dn air ker??

    BalasPadam
  14. eh! en nuri tolak tuah la nape x duduk umah pak cik bujang jer? dh la rumah dia besar best tu...

    BalasPadam
  15. cikgu misan dok sorg2 jer? hahha sian dia last sekali dia x ikut en nuri ke dok kuartes???

    BalasPadam
  16. eh! xde kantin ke kat kuartes tu? hehehe

    BalasPadam
  17. eh! hebat en nuri menilai usia2... hehe sajak mmg menarik!

    BalasPadam
  18. sajak en nuri kali agak berbeza... hebat!

    BalasPadam
  19. sajak anta menarik? maaf en nuri ana nak pinjam sajak anta utk baca khutbah jumaat ni.... terima kasih...

    BalasPadam
  20. sajak politk jgk ke en nuri?? hehe

    BalasPadam
  21. sajak kurang phm sedikit en nuri....

    BalasPadam
  22. ULASAN

    Sajak Puteri Bunian bertajuk SUARA. Tidak ada suatu Suara pun yang boleh kita lupakan mula dari kita lahir sehingga kita muda , dewasa dan tua, sering di laungkan di telinga kita lima kali sehari.
    untuk memanggil dan memerentahkan sujud kepadanya, itulah suara seruan azan.yang menemani kita dimana saja, sunyi, senang, susah. Allahuakbar!

    BalasPadam
  23. -Semasa itu barang boleh dikatakan murah lagi. gaji rm220 seblan, ramaijuga kawan-kawan daripada anak
    orang brada dari Pahang dan Perlis
    angkat kaki duduk sehari dua. ujian!

    -Stahu saya Abdllah Tahir, Rubidin Siwar dan Oman Putih sudah kembali,
    malah jiran sebelah rumah Othman Kelantan di Brown Garden pun aruah.

    -Pak cik mak cik bujang pun aruah
    ini semua creta legnda. Saya pun
    rasa malas nak cerita,terasa amat sedih,tetapi kalau saya simpan catatan ini, tak ada siapa nak baca
    baik saya masuk blog, cuma yang baik jadikan tauladan , yang tak baik jangan ikut, kelemahan saya sendiri.

    BalasPadam