Selasa, 16 Mac 2010

PENGURUSAN HATI DAN JIWA


Pengurusan hati keperluan pengetahuan
bagi menyelesaikan  punca permasallahan
menghendar semuanya bagai satu percubaan
untuk mendidik hati lebih bersih dan suci murni.

Pengurusan jiwa pemeliharaan keinginan
boleh belajar menahan kehendak hawa nafsu
segeralah membersihkan hati dan jiwa nurani
agar musibah yang datang perlu keredhaan hati.

Oleh ; Nurimanja,
Di kampung Tersusun Pk.
Tarikh 10hb, April, 1994.

28 ulasan:

  1. _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    SIRI SERAM ; OLEH NURIMANJA ; SIRIke DUA BERTEMU ROH : MASYARAKAT INDIA 1 MALAYSIA
    _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Apabila Gunalan sampai di tepi pintu perkarangan rumah batu kecil itu, dia menjadi kairan, setahunya lima tahun dahulu tiada rumah di
    kawasan jalan masuk masuk ke kampung Doraisamy ini, cuma di penuhi dengan tanah perkuburanm lama, tetapi kini ada orang yang
    membina rumah kecil di sini.

    Gunalan berasa ragu-eagu setelah berada di situ, tetapi ini secara kebetulan sahaja, lagi pun gadis itu yang telah memanggilnya, di luar pula hujan masih turun renyai-renyai. Gadis itu mengarahkannya duduk, tanpa berkata sepatah kata, sekadar mengarahkannya sahaja.
    Gunalan memerhatikan keadaan sekeliling, "Anih kawasan ini, rumah batu kecil ini tidak pun berbumbung, tetapi tidak pula dibasahi air hujan.

    "Ini rumah saudari..?" Gunalan memulakan pertanyaan lagi, tetapi gadis itu masih juga berdiam dan masih juga menundukkan kepalanya.
    Gunalan tahu gadis itu masih malu lagi kepadanya, Gunalan cuba mengawasi keadaan sekeliling masih sunyi sepi, tiada kelihatan pun
    sesiapa di situ.

    Gunalan cuba memberanikan diri, dia cuba memnghampiri diri gadis itu lebih dekat lagi. Gunalan ingin tahu kenapa gadis berpakain
    serba putih itu rasa begitu malu padanya. Sewaktu Gunalan cuba melihat muka gadis itu dalam jarak lebih dekat sadikit, di waktu itulah cahaya kilat pun bersinar, alangkah terkejutnya Gunalan, wajah gadis itu serupa dengan kekasihnya Lakchmy , wajah yang sedang dirinduinya selama ini.

    Gunalan terus merangkuldan memeluk tubuh gadis itu, terasa tidak terkira gembira rasa hatinya. "Ohh! Lakchmy !!!! Aku merinduimu
    selama ini," Lakchmy masih juga diam, Gunalan begitu tidak sabar lagi mengucupi, tangan, dahi, pipi dan kepala Lakchmy dengan penuh
    rasa kerinduan.

    Lakchmy masih juga mendiamkan diri dalam pelukkan Gunalan. Dia cuma membiarkan apa sahaja yang ingin dilakukan Gunalan terhadap dirinya.
    Kini Gunalan terasa puas sekali hatinya, segala kerinduan hatinya selama ini telah dilepaskan semua terhadap Lakchmy,di picit-picitnya bahu Lakchmy, dibelai-belainya rambut Lakchmy, kelu lidah untuk berkata, bila kekasihnya berada di depan mata.

    Akhirnya Gunalan teringat ada cenderahati yang telah dibelinya dari bandar dahulu semoga dapat dihadiahkan kepada Lakchmy kekasihnya yang dirindui selama ini. Gunalan segera menyeluk saku seluarnya, kemudian mengeluarkan satu bukusan kecil, lalu membukanya
    seutas rantai emas berloketkan lambang cinta ditunjukkan kepada Lakchmy.

    Lakchmy masih juga mendiamkan diri dan masih juga menundukkan kepalanya, malah seperti tidak mahu memerhatikan akan hadiah
    pemberiannya itu, Gunalan tahu Lakchmy masih malu-malu kepadanya Pada mulanya Gunalan bercadang untuk mengalungkan saja rantai emas berloket cinta itu ke leher Lakchmy, tetapi lakchmy menolaknya.

    Kemudian Gunalan menangkap tangan Lakchmy, lalu meletakkanke dalam tapak tangan Lakchmy, tetapi Lakchmy masih juga engan membuka jari jemari tangannya. Gunalan tahu, sememangnya dari dahulu lagi Lakchmy seorang yang amat pemalu dengannya. Maklum barangkali belum bertunang, belum berkhawin, cuma sudah lama bercinta. Akhinya Gunalan meletakkanya rantai itu disisi Lakchmy.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. Anak muda dengan zaman rambut sarang
    ayam, nilai seni yang sukar dapat dinilai..

    Dulu kalau aku pergi sekolah, rambut
    panjang,tidak bersikat, ada panjang sikit tendang telinga , kena denda
    dengan guru kelas.

    Tetapi hari ini penyanyi, artis, host tv, pembaca berita, syok pula dengan gaya rambut x bersikat, untung x payah beli sikat,tamparan
    hebat pada kilang sikat.

    Budaya ini dulu dipelupori oleh kartunis Lat. Aku juga dulu x bersikat, guna 5 jari tangan saja.

    BalasPadam
  3. huh! dia jmpa laksmi? sapa laksmi tu??? suspen ni...

    BalasPadam
  4. huh! pelik la laksmi tu.... hantu ape????

    BalasPadam
  5. huh! malam2 kat rumah kosong? x tkut ker?

    BalasPadam
  6. sah! mmg hantu takkan org plak? gunalan tak perasan ker?

    BalasPadam
  7. sah! ni mmg hantu atau syaitan! ade plak mlm2 ade pmpuan???

    BalasPadam
  8. eh! ni msti roh laksmi ape?????

    BalasPadam
  9. ni mcm cte nang nak jer? dia jmpa roh bini dia... tp smua org kmpung kata dh mati...

    BalasPadam
  10. serm plak aku bca! ape la gunalan ni berani btol dia...

    BalasPadam
  11. haiya!!! manyak silam woh.. wa talak boleh baca sampai habis maa... wa sula ala takut lor.... ini celita botot ka en nuli?

    BalasPadam
  12. seram plak baca cerita ni mlm2.... eee....

    BalasPadam
  13. ni msti roh laksmi! seram plak.........

    BalasPadam
  14. huh! ni msti roh laksmi nk minta tolong kat gunalan...

    BalasPadam
  15. meremang bulu roma aku baca cerita en nuri kali ni...

    BalasPadam
  16. rumah tu tak basah ker? pelik jgk???

    BalasPadam
  17. biasalah yusma trend bdk2 skrg...

    BalasPadam
  18. sah! tu roh laksmi! dia mati kena rogol ape???

    BalasPadam
  19. dorg ni terpegaruh budaya barat ni yusma....

    BalasPadam
  20. ha! hahaha mmg btol yusma! skrg bdk2 mcm tu la x thu kenapa? terpegaruh la tu....

    BalasPadam
  21. ikut-ikutan pengaruh budaya mcm en nuri kata kecelaruan minda... cucu2 saya pun rama buat rmbut mcm ni...

    BalasPadam
  22. sajak yg menarik!

    BalasPadam
  23. sajak psl apa? politik lagi ker?

    BalasPadam
  24. sajak ketuhanan ker????

    BalasPadam
  25. sajak ringkas dn padat! mmg puitis!

    BalasPadam
  26. seram plak baca cerita kali ni??? eee...

    BalasPadam
  27. AKU BODOH

    Apabila di dunia ini,
    wujud manusia yang hanya tahu,
    melukai hati orang tersayang,
    itulah aku.

    Bagaimana,
    hendak ku lafazkan padanya,
    Aku cinta pada mu.


    Sipaun Supain
    perak
    12mlm

    BalasPadam
  28. ULASAN?

    Sajak ini agak sadikit lucu dan menarik pengucapannya. Oleh Sipaun Supain.

    Bertajuk AKU BODOH. Begitu berani ada mengaku tentang kebodohan diri,
    Bila anda sering melukai hatiorang tersayang. Untuk melapaskan cinta, sudah Memadai anda mengakui dengan kebodohan anda didunia ini.sebagai hadiah cinta untuknya.

    BalasPadam