Rabu, 17 Mac 2010

ANTARA KATAK DAN BIAWAK

Katak-katak akan mengambil kesempatan
bila hujan turun banyak yang lompat tinggi
lantas memanggil seramai mungkin kawannya
untuk berpesta dalam suasana muram begini.

Biawak pula suka merangkak mengeluar lidah
mencari mangsa dengan  lidah yang bercabang
gaya pelahan tetapi menerkam mangsa terus ditelan
cuma mengenyangkan perutnya dengan apa yang datang

Di anatara dua reptelia katak dan biawak ini
keduanya binatang liar yang tidak mempunyai bisa
cuma tabiaatnya saja suka melompat dan merangkak
jarang sekali dapat jumpa berjalan dengan sempurna.

Oleh: Nurimanja,

waktu hampir senjakala,
jam tujuh setengah 2010 malam.

21 ulasan:

  1. SIRI SERAM ; OLEH NURIMANJA ; SIRIke TIGA BERTEMU ROH : MASYARAKAT INDIA 1 MALAYSIA
    ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Waktu ayam jantan berkokok tiga kali, Gunalan tersedar dari lamunannya, hujan renyai-renyai telah lama berhenti, dia terasa saolah-olah baru saja sedar dari mimpi, dia segera mencapai beg besarnya dan beredar dari tempat yang agak semak itu dan penuh dengan batu dan semen perkuburan.

    Semasa Gunalan sampai ke simpang masuk ke kampung Doraisamy, dia melhat ada cahaya lampu berbaris datang melalui jalan itu.Gunalan berhenti seketika, dia berasa dirinya berada di antara tidur dan jaga. kepalanya terasa sakit, mungkin ditimpa air hujan atau
    semalaman dia berembun. Gunalan masih ingat cahaya lampu pagi begini tentu lampu pekerja menureh getah.

    Gunalan meletakkan beg besar itu disinya, dia membiarkan cahaya lampu-lampu itu melntasi di hadapannya, tiba-tiba sebuah cahaya
    lampu terhenti, dan melompat turun seorang budak dari basikalnya. cahaya lampu suluh itu menepati ke muka Gunalan, dalam samar sinar cahaya itu jelas budak lelaki itu menerkam kepadanya.

    "Abang Gunalan!! Baru balik ke?" Sapa budak lelaki itu, pakainnya buruk dan lusuh,baju dan seluarnya dipenuhi dengan tumpuk-tumpuk
    getah kering, di dahinya masih menya lampu suluh tureh getah. Dia membiarkan basikalnya yang tumbang tidak bertongkat, pelahan-lahan dia membuka lampu suluh di dahinya.

    Gunalan masih lagi terkelip-kelip matanya, seperti orang mamun bangun tidur atau pekerja estate mabuk minum tuak kelapa atau pun
    samsu tapai pulut. Gunalan cuba memekirkan dan merenung muka budak lelaki itu, dalam cahaya lampu suluh toreh getah, budak itu
    berkata. "Abang Gunalan tak kenal saya?" sambil mendongakkan mukanya memandang Gunalan.

    Gunalan memicit-micitkan dagunya seperti mengingatkan sesuatu dalam kota pemikirannya. Sambil memusing-musing badannya .
    "Siapa ini ya! Maaf abang tak kenal lah."
    "Adik lelaki Lakchmy, abang tak ingat lagi." kata budak lelaki itu, agak kuat sadikit suaranya.
    "Ooo!! Kau adik lelaki Lakchmy? ... Lingam ya?...Oh Lingam."
    "Ya! Benar abang, ini Lingam."
    "Ohhh! Lingan, sudah besar sekarang,"

    Gunalan merangkul tubuh Lingam kembali, gembira sungguh hatinya, melihat adik lelaki lakchmy sudah besar dan boleh pula menolong
    ayah dan ibunya menoreh getah di estate Doraisamy. Gunalan menepuk-nepuk bahu Lingam bagai memberi semangat membantu keluarga.
    "Mana papa dan mama tidak pergi menureh getah?"
    "Mereka sudah pergi lebih awal lagi,"
    "kenapa tidak jumpa pun?"
    "Mereka guna jalan baru."
    "Dimana jalan baru?"
    "Disana tu,"

    Lingam memadam api suluh tureh getah itu, dia menunjukkan jarinya ke arah jalan baru itu. Gunalan memerhati ke arah telunjuk Lingam,
    dalam samar-samar cahaya pagi, kelihatanlah terbentang luas jalan simen teratur berbaris.
    "Siapa yang membinanya?"
    "Kerajaan,"
    "Jadi jalan kubur lama ini orang tidak mengunanya lagi?"
    "Jarang-jarang bang, cuma beberapa orang sahaja melaluinya kerana lebih dekat dengan kebun,"
    "Oh kalau begtu kampung ini punya dua jalan?"
    "Benar bang,"
    "Mana kakak Lakchmy tidak bantu papa dan mama?"

    Lingam menundukkan mukanya,
    kemudian mengeleng-gelengkan kepalanya, seperti tidak mahu mengenangkan sesuatu, wajah lingam
    berubah menjadi muram, walaupun cahaya matahari sudah mula menampakkan dirinya.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. Ingat dulu 65 % sokongan rakyat kepada pembangkang untuk mengubah pempinan Pak Lah.Setelah diberi kepercayaan hampir dua tahun, banyak pula berbalah daripada usaha untuk berubah, Rakyat mulai sedar tidak boleh tunggu lagi,anda yang membuat penilai kecekapan
    wakil yang anda pilih dahulu. Jika tidak buat kerja makan gaji buta, tunggu saja tak sampai dua tahun lagi kita perlu singkirsiapa saja yang tidak buat kerja berkhidmat untuk rakyat.jangan suka menabur janji, bila dicalun anda duduk dikerusi lembut ,semua janji anda telah hanyut.

    BalasPadam
  3. huh! dia mimpi ke yg dia nmpk pmpuan smlm???

    BalasPadam
  4. KENAPA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

    Kerana kedua-duanya adalah sumber rujukan muktamad bagi umat Islam. Seorang muslim sebenar ialah yang berpegang-teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dalam segenap aspek kehidupannya termasuk dalam aspek politik. Merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah adalah wajib. Allah berfirman;

    ”Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuknya kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul jika kamu bena-benarr beriman kepada Allah dan hari akhirat. Tindakan demikian adalah paling baik (bagi kamu) dan paling elok akibatnya” (Surah an-Nisa’, ayat 59).

    Kedua-dua al-Quran dan as-Sunnah adalah penyelamat kaum muslimin dari kesesatan. Rasulullah s.a.w. bersabda;

    “Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekelian rujukan yang jika kamu perpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”.(Hadis soheh, riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Lihat hadis ini dalam kitab “المنتقى من كتاب الترغيب و الترهيب”, Dr. Yusof Al-Qardhawi, m.s. 111.).

    BalasPadam
  5. twlight zone ker gunalan ni???

    BalasPadam
  6. eh! semalam bkn ke dia jmpa laksmi??? mcm mne ari ni trjaga dr tido????

    BalasPadam
  7. eh! cerita ni terlangkau ker??? pelik jgk...

    BalasPadam
  8. huh! mcm mna adik laksmi plak ade depan????

    BalasPadam
  9. ha! tetiba ade kat tmpt lain??? peliklah...

    BalasPadam
  10. adik laksmi jmpa dia??? msti nk bgthu kakak dia dh meninggal....

    BalasPadam
  11. mmg menyeramkan cerita kali ni...

    BalasPadam
  12. wah! menyeramkan la tetiba ada kat tmpt lain plak??? suspen byk cerita ni....

    BalasPadam
  13. mcm mne bleh jd mcm 2??? pelik la gunalan ni...

    BalasPadam
  14. SEPERTI ADA MAKSUD TERSIRAT DALAM SAJAK EN NURI KALI NI.... HMM....

    BalasPadam
  15. sajak binatang plak kali ni?

    BalasPadam
  16. sajak haiwan plak? en nuri byk btol sajak tentang haiwan... hehehe

    BalasPadam
  17. xphm la suara pulau ckp ape? hehehe ape2 pun aku sokong jer...

    BalasPadam
  18. suara pulau ni sapa? kdg2 ade kdg2 xde plak? mmg misteri....

    BalasPadam
  19. nmpknya suara pulau dh mula berpolitik semula??? hehehe

    BalasPadam
  20. PANJANG MALAM

    Satu pasangan.
    Bulan dan bintang.
    Sama-sama muncul
    di pentas malam.
    Dua-duanya seiring.
    Hadir selepas terang.
    Sama-sama bertemu
    melepaskan rindu.

    ketika itu aku.
    Mendiam membisu.
    Menyelimut pilu.
    Menyembunyi cemburu.
    Semuanya jelas
    di hitam langit malam,
    langit yang tadi paginya
    putih dan biru.


    PENYAIR AGUNG
    sungai petani
    21.2.2010

    BalasPadam
  21. ULASAN

    Sajak Panjang Malam oleh Penyair Agung , Cuba menerangkan sepasang bulan dan bintang bagai mengadakan bermesyuarat di pentas malam Dua pertemuan yang agak menarik, tetapi bagai tiada penyudahnya? Jika masing-masing ada rasa pendirian yang tersendiri, masih mahu rasia mengrahsiai, maka jika ada pun pertemuan berlaku Cuma melepaskan batuk di tangga sahaja. Sekadar andaian sahaja.

    BalasPadam