Sabtu, 13 Mac 2010

MELIHAT POKOK DENDALU


Pokok dendalu suka mengaku,
dia lebih tinggi kedudukan dari pokok asal,
tetapi tidak sedar dirisendiri hidup tidak berdikari,
menumpang dahan hinggap menghisap makan  baja curi.

Dimana ada pokok segar mogar,
disitulah dia mula melengkar membiak akar,
kemudian memperbanyakkan dedaun yang rimbun,
semoga kehijauwan dedaun kelihatan  di kemuncaknya.

Sebenarnya pokok dendalu ini,
menumpang bertenggek di dahan yang diperlukan,
gila nama, ghairah kedudukan dan mabuk  berkuasa,
mengambil kesenangan  jalan mudah untuk memerentah.
diatas pokok yang  lama kukuh akarnya mencengkam bumi.

Oleh ; Nurimanja,
Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan,
tarikh termakan pujuk mana janji  2008.


24 ulasan:

  1. ________________________________________________________________________________________________________________________

    INFO AGAMA : ILMU LADUNNI BELAJAR SIKIT DAPAT BANYAK . : OLEH : NURIMANJA
    ___________________________________________________________________________________________________________________________

    Semasa saya kecil dahulu saya suka dengar cerita agama. Paling banyak cerita agama kita boleh dapat dimasjid atau pun surau, bila ada penceramah yang di iemput oleh AJK masjid/surau. tidak kira siapa ustaz, tok guru, mufti.Bila pergi saya bawa buku catatan. mana yang baik saya catat supaya membantu peringatan.

    Cerita pasal Ilmu ladunni ini, saya rengkaskan saja; sebab saya tidak buat catatan lama gila kata orang serawak.Kata Aruah Ustaz Haji Idris Anang (al fatihah). Ada seorang pesara askar , bila dah bersara balik kampung buatlah
    rumah dihujung kampung.(dulu x ada IT). Mungkin selama jadi tentera kurang beribadat.Bila datang solat di surau duduk jauh di belakang. tok guru mengajar pun diam saja tak bertanya.

    Nak jadikan cerita, bertahun lamanya, habis satu kitab, tambah kitab lain pula dia dengar tok guru mengajar, orang kampung pun lansung tidak respect kepadanya. Dalam diam-diam sebenarnya dia mengamalkan apa saja didengar
    dan dipelajari dari tok gurunya. Satu hari tok guru itu meninggal dunia, semua orang kampung menjadi muram dan sedih kerana kehilangan tok guru tempat menimba ilmu.

    Sewaktu dia melawat mayat tok guru, pelahan dia masuk bilik tok guru yang terbujur itu, disilaknya kain penutup muka mayat tok guru, dia nampak ada satu benda macam berminyak berlenang di atas dahi hitam tok guru, lalu diciumnya.
    Setelah beberapa minggu solat di surau manjadi kalut, beberapa orang diharapkan boleh menjadi iman semuanyabaca tongang langang.

    Pendekan cerita, satupagi jumaat hujan turun jumaah tak ramai turun solat subuh ada surah sajjadah, kena bacalah, tok guru duk buat, masing-masing pakat tolak menolok. Akhirnya waktu sudah nak habis, tertolah askar persara ini.Dia pun naik, ramai juga duk buat batuk di belakang (perli).

    Tetapi kuasa Allah swt tiada siapa pun yang tahu dengan kehendak Allah dia membacanya dengan lancar, malah lebih sedap bacaanya dari aruah tok guru. Selesai solat semuanya diamtidak berani batuk kecil lagi. Mulai dari hari itu, si askar persara inilah yang mengambil alih dan mengajar semua ilmu agama di kampungnya , malah dia dijemput
    oleh orang kampung lain untuk memberi ceramah tentang kehebatan ilmu agamanya. masyaallah!

    WALLAH HUAKLAM BISAWAB.
    Syaikh Qadir Jailani salah sorang mempunyai ilmu ladunni yang tinggi sehingga anak iblis pun ingin belajar dengannya.

    BalasPadam
  2. wah! msti roh ustaz tu masuk dlm badan dia...

    BalasPadam
  3. beruntung btol pesara tu dpt ilmu arwah ustaz tu...

    BalasPadam
  4. mcm mna nk dpt ilmu laduni ni?

    BalasPadam
  5. bertuah btol pesara tu....

    BalasPadam
  6. ingatkan org alim je dpt ilmu ni? org biasa2 pun dpt jgk?

    BalasPadam
  7. HAHAHA SAJAK KALI INI ADA BERBAUR POLITIK JUGAK EN NURI KAN?

    BalasPadam
  8. sajak mmg xphm... pelik jgk? hehe

    BalasPadam
  9. sajak ni psl pokok semata2 atau ada mksud lain?

    BalasPadam
  10. en nuri ni byk sungguh sajak tentang flora dan fauna.... heheehe

    BalasPadam
  11. sajak ni adakah berkisar tentang politik semasa?

    BalasPadam
  12. Tidak ada satu kalimah dalam bahasa Melayu yang dapat mengungkapkan secara keseluruhan makna wala’. Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu;

    1. Memberikan kasih-sayang
    2. Memberikan ta’at-setia yang tidak berbelah-bagi
    3. Mengangkat sebagai pemimpin,
    4. Menjadikannya sebagai teman-rapat atau sekutu,
    5. Memberi kepercayaan,
    6. Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan

    BalasPadam
  13. Saizul Maizav hang boleh buka tingkap
    ada pokok dendalu di atas pokok ceri,

    Dari situ lahirnya Ilham. hang duduk
    flat no 1. Dulu bawah pokok ceri itu
    depa duk merendek.

    Lani geng tu duk melepak kat flat
    baru siap pula, sebab ramai orang
    x duduk lagi. tapi dua tiga ekor
    kepala dah kena cekup. senyap sikit.

    BalasPadam
  14. ape benda la yg syeikh iqbal certa aku pun x phm?? hehe wala????

    BalasPadam
  15. saya pun x thu kdg2 psl wala ni terima kasih byk2 syeikh iqbal! krn memebri kami tafsiran....

    BalasPadam
  16. penerangan wala oleh sheikh iqbal mmg menarik! terima ksih kerana berkongsi ilmu...

    BalasPadam
  17. Syeikh Muhamad Yassin17 Mac 2010 pada 5:04 PG

    بك حقا موهوب في كتابة الشعر! تهانينا! قد يستمر بشر في قصيدة صلى الله عليك دائما....

    BalasPadam
  18. ما إذا كنت أحد المتحدثين الاستاذ أو دينية؟ قصائد ، قصائد لأنك وكل كلمة تتحدث يعلمون كثيرا عن اللاهوت ، لقد دهشت للكم..

    BalasPadam
  19. aku rasa geletek pagi ni joe ketua blok 1 ape???? hmm.....

    BalasPadam
  20. mcm mne ko tau psl semua ni? ko dok blok 1 ker??? tingkat berapa??

    BalasPadam
  21. anda duduk di telok kumbar juga ker? geletek pagi???

    BalasPadam
  22. Aku punya keluarga semua geletek , kecuali geletek malam. dia mmkin
    polis bayan lepas dulu anak saudara
    aku duk kat situ..

    BalasPadam
  23. PEREMPUAN BESI

    aku perempuan besi,
    aku tahan caci maki,
    yang dihambur dek mereka,
    aku peduli apa,
    bencilah aku,
    tusuklah aku,
    tikamlah aku,
    aku ini perempuan besi,
    kerana itu aku;
    takkan luput dimamah kamu,
    takkan reput dikunyah kamu,
    ingat ini,
    aku perempuan besi.

    Seri Suri
    ketita di pulau langkawi
    5 ptg

    BalasPadam
  24. ULASAN


    Sajak Seri Suri bertajuk Perempuan Besi Cuba memberi satu amaran;
    Mengangap seorang perempuan yang tabah itu bagai besi, walau apa pun
    halangan datang menghalang , usaha untuk menundukkannya agak sukar
    sekali, buat seorang lelaki untuk mengodanya ,kecuali dengan bakaran suhu api yang panasnya luar biasa.

    BalasPadam