Ahad, 14 Mac 2010

LIHATLAH KEKUASAAN ALLAH SWT INI.

- buat sahabat kawasan parit buntar -


-Renungilah kebesaran Allah yang maha kuasa ini
telah membekalkan kita dengan beribu-ribu bilik
buat menyimpan segala khazanah untuk ingatan
bagai laptop yang menyimpan data pengisiannya.

-Saban hari kita melihat diri di depan cermin muka
bayangkanlah wajah kita cuma tengkorak kering
tidak punya isi urat darah tulang  kulit dan daging
juga tanpa nyawa otak dan pancaindera yang lima?

-Bolehkah kita bergerak bebas tanpa keizinannya
pasti kita susah untuk mengenal kita sesama kita
merakam segala peristiwa yang lalu sebagai ingatan
mengenal jalan pulang ke rumah jumpa anak isteri.

-Sepatutnya kita Insaflah  kelemahan kita selama ini
bahawa kehidupan ini ada tempat pergantungannya
yang perlu kita nilai akan kebaikan dan keburukanya.
sebelum kita dijemput kembali kepangkuan Ilahi......

-Oleh : Nurimanja,
pagi hari, mentari sebak,
serangan tanpa sempadan tsunami 2008.

22 ulasan:

  1. ________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    KISAH DAN TAULADAN SIRI 31 SYAITAN MENGODA TOK GURU PONDOK OLEH: QALAM MUTIARA.
    __________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Seorang tok guru yang diangap penduduk kampung seorang yang alim dan disegani oleh masyarakat, membuka pondok pengajian agama, mengajar tanpa mengambil gaji, cuma menerima zakat ,hadiah dan sedekah daripada anak - anak muridnya. Dia membina tempat
    pengajiannya itu di hujung kapung, jauh sadikit dari orang ramai, agar senang untuk mentelaah ilmu pelajaran dan menyampaikan
    pengajaran dengan tidak ada gangguan .

    Bertahun lamanya dia menghuni di pondok itu, semua orang mengetahui kehebatan dan kepakaran ilmu tok guru itu, baik di dalam dan luar dari kampung itu. Syaitan dan iblis telah mengerahkan bala tenteranya untuk menghancurkan kekuatan iman tok guru ini,tetapi semua kecewa dan gagal untuk meruntuhkan binting keimanan tok guru ini. Malah bertambah ramai pula anak murid yang datang untuk menuntut ilmu di pondoknya.

    Untuk menjadikan cerita, satu hari seorang abang yang bekas anak murid tok guru ini telah mendapat pekerjaan di bandar yang jauh
    untuk dia berulang alik, kebetulan pula mereka si abang dan adik perempuannya ini, adalah anak yatim piatu. Dengan senang hati si abang telah bercadang meninggalkan adik perempuannya yang masih umur belasan tahun ini kepada tok guru.

    Pada mulanya tok guru menolak kerana tiada mempunyai bilik untuk penginapan, tetapi si abang merayu juga minta tok guru menjaga adiknya
    kerana tiada siapa lagi yang boleh diharap, malaikan kepada tok guru seorang. Akhirnya mereka setuju meletakan adiknya di dalam sebuah
    bilik tempat simpan kitab lama dan barang kepunyaan pondok .

    Malam itu para iblis dan syaitan pun bermusyuarat. Inilah peluang kita untuk menghacurkan iman tok guru itu. kata iblis aku akan
    mengoda tok guru ini, dan syaitan pula bersetuju mengoda anak gadis belasan tahun ini. Biasanya pada siang hari anak gadis ini akan membantu menyapu dan mengemas bilik tok guru, kadangkala tok guru ini mengerling juga susuk tubuh anak gadis belasan tahun yang sedang membesar ini.

    Satu malam bila hujan turun dengan lebat, guruh pula berbunyi dentum berdentum, anak gadis in menjadi takut berbagai bunyi dan bayang
    melintasi ruang biliknya, kerana tidak tahan dia melarikan diri dalam hujan lebat itu ke bilik tok guru. kebetulan bilik tok guru tidak berkunci, dia menolak daun pintu dengan perasaan cemas dan takut dia menerekam dan memeluk tok guru.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. Apakah jadahnya kehidupan manusia
    dnihari? Cerita yang terlalu mustahil
    kini telah menjadi realiti.

    Apa nak jadi dengan dunia harini ni?
    guru agama perempuan dengan pasangan
    kena cekup basah,sedia dengan condom
    basah pula baru diguna. Astaffarullah
    halazim.

    Walaupun seribu dalam satu, tetapi dia sungguh memalukan. orang tak tahu mungkin di kira satu dosa yang tahu pun buat, sepuluh kali ganda kena.

    Bila kita duduk berdua tina/jantan,
    jangan lupa orang ketiga di tengah
    kita, iaitu iblis datang mengoda...
    bacalah cerita Qalam Mutiara.


    MALAM INIjam 12.30 malam, saya akan terbitkan siri seram BERTEMU ROH.(yang pernag dijanjikan okey!)
    cerita masyarakat India 1 Malaysia.

    BalasPadam
  3. sajak ni mmg sesuai dgn cogan kata dunia dh berubah zaman dah maju... hehe

    BalasPadam
  4. sajak teknologi plak! woa!

    BalasPadam
  5. sajak IT ke en nuri? mmg menarik!

    BalasPadam
  6. sajak zaman milienium dulu bkn ade laptop2 ni? skrg mcm2 ade...

    BalasPadam
  7. part buntar? mmg x maju2 lagi.... hehehe

    BalasPadam
  8. zaman tentang arus permodenan ker?

    BalasPadam
  9. CERITA NI MACAM PERNAH SAYA BACA DI DALAM MAJALAH MASTIKA YANG DIBELI OLEH ISTERI SAYA.. TENTANG USTAZ NI RASANYA SAYA DAH TAHU KESUDAHAN CERITA NI APA-APA PUN SAYA TUNGGU DAN LIHAT ADAKAH SAMA DENGAN CERITA YANG SAYA BACA NI...

    BalasPadam
  10. sah! tok guru tu akan buat benda tak baik kat pmpuan tu...

    BalasPadam
  11. mcm dh thu je ape kan jd en nuri? alamak! tak suspen la... eh! letak la cerita misteri lagi...

    BalasPadam
  12. aku rasa tok guru tu rogol la pmpuan tu... hahaha

    BalasPadam
  13. ha! sah lps ni kena tangkap khalwat dorg ni!

    BalasPadam
  14. huh! aku rasa lps ni dorg msti hanyut dgn asmara....

    BalasPadam
  15. hmm...mcm pnh dgr je cerita ni? bkn dulu ade main dlm tv ker???

    BalasPadam
  16. ha! skrg ni tak boleh tgk luaran je dalaman pun kena tahu... smua org tak boleh percaya sgt...

    BalasPadam
  17. skrg ni kdg2 tu ustaz pun ribut adoi...

    BalasPadam
  18. skrg x tahu nk pcya sapa? smua sama jer....

    BalasPadam
  19. org skrg ni wlpn luaran nmpk alim kdg2 tu bkn boleh percaya...

    BalasPadam
  20. Cerita QM ini saya pun pernah baca juga, dekat sebuah buku kalau tak
    salah godaan iblis.

    Apa-apa pun kita tunggu sambungannya
    esok. saya baca tahun 1991 waktu mengajar dekat seri siakap kuala
    kurau perak. depat sekolah itu ada
    perpustakaan desa.

    Waktu itu saya paling banyak baca
    buku di situ.pernah satu hari mereka cari saya nak bagi hadiah
    orang paling banyak meminjam buku
    tapi saya dah balik ke pulau pinang.

    BalasPadam
  21. BUKAN HAL MUDAH

    Bukan hal mudah
    Untuk aku sembunyikan
    Perkara yang jelas di mindaku
    Bukan hal mudah
    Untuk aku nafikan
    Perkara yang benar di hatiku
    Bukan hal mudah
    Untuk aku tidakkan
    Perkara yang tulus di jiwaku
    Bukan hal mudah
    Untuk aku palingkan pandangan
    Daripada cinta membunga di hati


    Pencari Inspirasi
    di Gurney Road
    12tgh hari

    BalasPadam
  22. ULASAN?

    Bukan Hal Mudah sajak oleh Pencari Inspirasi, menceritakan perkara yang mudah untuk diperkatakan hal mudah. Apa tah lagi jika hati berat untuk mengatakan apa yang tersembunyi, jelas, benar,tulus dan cinta kudus. Kerana keberatan ini membuat anda menjadi susah untuk meluahkan apa yang benar dan telus.

    BalasPadam