Isnin, 8 Februari 2010

WASIAT ZAMAN

Ayuhai Ikhwan!
baca puisi-puisi Allah
yang terang dan nyata
ada yang ghaib dan tersembunyi.

Janganlah kau alfa
akan titik perhentian
pada dunia yang fana
perjalanan ini ada akhirnya.

Ayuhai Ikhwan!
banyaklah ingat mati
sesuatu yang pasti
cuma menunggu masa dan hari,

janganlah kau leka
pada pukauwan mas
sering datang mengoda
mempersona dan terperdaya.

Oleh ; Nurimanja,
Taman Rekreasi, Teluk Bahang.
26hb, Februari, 1981.

32 ulasan:

  1. CERPEN LAGENDA KE 13. SIRI KE 5: BERTAJUK : PERGINYA TIADA UMPAT CELA LAGI OLEH ; Nurimanja, Serawak. 1982
    ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________


    "Kau dulu pun ayang atang, may kau samah dengah idun, may ta au siang malam, sigah laus, bek nau kawan menyanyi may ta au tempat. kau may hal kawan luk nyanyi, bek nau pidan nu an buah halaman lebuk kenawan majis kawan apan,"

    Terjemahannya;
    (Aku dulu pun mudah juga, tapi tak lah macam anak muda sekarang, terpekek melolong, tak kira siang atau malam, menyanyi di sepanjang jalan, kalau nak menyanyi saja tak kisah, ini tidak, kalau ada buah tanaman orang di halaman rumah habis dikebasnya,)
    Gerutu hati Nek Abang Junaidi lagi.

    Marah Nek Abang junaidi itu memang ada benarnya, dia mahu melihat anak muda di kampungnya, tahu sadikit tentang hal agama, hukum hakam, halal dan haram jangan mengambil harta atau tanaman orang sebarangan, semacam negeri tidak diperentah.

    Dia juga kesal dengan sikap anak muda di kampungnya yang pemalas hendak berusaha, tulang empat kerat ada, tanah kebun harta
    pusaka terbiar begitu saja ditumbuhi rumput dan lalang. Mereka cuma mahu berlagak sahaja, tetapi punca hasil pendapatan tidak ada,

    Malah di satu majlis kenduri khawin, Nek abang junaidi pernah mengemukakan pendapatnya itu, dikalangan member lamanya dulu;
    "Kau nuing, didak anak lai lau eh mebay adap, may ta au age hormat kanawan lakai, may ta au age adap sopan , agamah, bek naulah gaya idup idun mebay arah age.., jangai atang."

    Terjemahannya;
    (aku lihat anak muda sekarang ini biadap, tak tahu menghormati orang tua, tak tahu adap sopan, agama, sebab itulah hidup mereka tidak tentu arah lagi... nakal sungguh,) Gerutu Nek Abang Junaidi, sambil memusing-musing rokok daun nipah dengan tambakau lambak dengan jari- jemarinya, asap daun nipah itu dihembusnya, terasa puas dia melepaskan pendapatnya.

    (Ada satu lagi yang paling menyedihkan, bila suara azan di laungkan di masjid atau di surau, bagai nak tercabut anak tekak tuk bilal haram mereka nak dengar, buat tak kisah saja.) lagi gerutu Nek Abang Junaidi, orang-orang kampung yang sebaya usia dengannya
    mengangguk-anggukkan kepala mereka tanda setuju. Nek Abang Junaidi senyum rasa puas.

    Segala ingatan yang menyanyat hati itu datang berlegar-legar di hati sapani . Air mata sayu dan sedih berlenangan di kelopak matanya
    tanpa disedari telah membasahi pipinya.

    BERSAMBUNG...
    ____________________

    BalasPadam
  2. KISAH PARA AMBIA CR. SIRI 18 DISUSUN SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA : BERTAJUK: KISAH SELAWAT KE ATAS NABI
    _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Seorang hamba allah diseksa hingga hampir mati,mukanya menjadi hitam, lalu dia pun berkata Ya Allah aku banyak selawat keatas nabi seratus kali sehari semalam sebelum tidur. Allah mengutuskan saekor burung, datang burung itu menyapumukanya, lalu menjadi putih kembali seperti bulan purnama.

    Seorang hamba allah yang kuat bertahujud malam , bila berdoa dia tidak berselawat kepada nabi. pada permulaan doa ataupun di akhir doa ,Lalu nabi berkata kepadanya sesiapa yang tidak berselawat ke atasku doa-doanya akan terhenti, tidaklah sampai segala hajatnya.

    Seorang hamba allah babanya mati mukanya bertukar menjadi kaldai, dalam mimpi datang seorang pemuda kaca dia menyapu muka babanya, kemudian bertukar menjadi putih seperti bulan purnama. Bila aku bertanya apakah rahsianya. Dia menjawab aku selalu berselawat ke atas nabi seratus kali sebelum tidur .

    Seratus kali selawat seratus kali juga hajatnya;
    30 hajat kita di dunia dan 70 kali hajat kita di akhirat
    Pengajaran;
    Setiap kali berdoa mulakan denngan selawat di awalnya dan penutupnya.
    sesiapa inginkan safaat nabi banyakan selawat ke atasnya.
    sessungguhnya malaikat pun selawat ke atas nabi. bagaimana kita manusia?

    BalasPadam
  3. ISU SEMASA

    KASIHAN NASIB PESARA TIDAK CUKUP 25 TAHUN PERKHIDMATAN.

    Nasib pesara tak cukup perkhidmatan terlepas dua peluang.
    kenaikan pencen.
    - dulu ada kenaikan 25% untuk persara berkhidmat 25 tahun
    ke atas, pesara yang berkhidmatan 24 tahun saja melepas.
    - dulu pesara bawah gaji RM500.00 dinaikan lebih ke atas ....
    sedangkan pesara yang khidmat tidak cukup, tapi pencen
    RM1000, melepas lagi....

    Nampak gayanya hari ini ramai orang hendak memanantukan seorang
    Polis dan Tentera, terjamin hidup, dapat pula pasangan cikgu.
    lagi terangkat.... Syukurlah anda semua kerajaan prihatin!

    Yang sedih ini Posmen di luar negara ada posmen buag surat
    dalam sungai, mungkin diserang konflik dan stress . Bagaimana
    dengan tukang sapu jalan , kasihan mereka ini kontrak, duludepa protes, sampah menimbun dalam bandar kalau dua tiga bulan tak angkat , sampah boleh tengelam kereta sekecil kancil.

    Nelayan dan miskin tegar lagi untung duk bawah pokok ayuh
    kaki, orang tua, sebulan dapat RM300. sehari RM10.00, cukuplah.
    Nelayan pula musim tengkujuh, jahit pukat tak ada kerja pakat
    main dam catur, duit minum kopi lepas RM200 sebulan , apa mu
    nak lagi ...... relax, ini buat yang put tuwa .....kata orang Cina.

    BalasPadam
  4. hehehe aku sokong apa tanpa nama kata! gaji org lain naikkan la jgk jgn la polis ajer..

    BalasPadam
  5. saya sokong benar pendapat tenpa nama... kerajaan sepatutnya naikkan jgk gaji perkerjaan lain....

    BalasPadam
  6. untung seksyen 18... baik keje polis jer lagi bgus...

    BalasPadam
  7. gaji bomba bila nak naik? mogok xnk padam api kang! adoi...

    BalasPadam
  8. ape2 pun aku syukur keje bru ni sbb ade pencen keje lama xde pencen wlpn gaji byk...

    BalasPadam
  9. brader joe ko cuba tgk bro! keje polis bru la gaji byk ko keje dgn aku blk la brader joe...

    BalasPadam
  10. harap2 pesara juga di naikan pencen... amin..

    BalasPadam
  11. hmm... gaji sepatutnya semua kena 1000 la bru cukup....

    BalasPadam
  12. sokong pendapat tanpa nama!!! ko ni sapa mcm geletek jer???

    BalasPadam
  13. sama seperti saya juga harap2 kerajaan peka lps ni...

    BalasPadam
  14. hrp gaji imam pun dinaikan jugak.. amin....

    BalasPadam
  15. tanpa nama baik keje sendir tak pyh la pikir psl ape2 dh...

    BalasPadam
  16. wah! en nuri masih ingat lagi bahasa melanau... hehe sy psendir pun x thu wlpn sy melanau sbb dok kl lama keje kat sini dh lupa dh ckp melanau...hehe

    BalasPadam
  17. susah la nk phm cerpen ni bhasa pelik2.... mcm bhasa jawa jer.... hehe

    BalasPadam
  18. nek junaidi nmpk macam baik jer apesal org xske dia???

    BalasPadam
  19. takkan la nek junaidi ni dipinggirkan sebab dia kedekut saja???? apa la org kmpung ni....

    BalasPadam
  20. nek junaidi ni mati org kmpung bunh dia apa? sbb ramai x suke dia....

    BalasPadam
  21. ada plak kembar aku?? hehe ape2 pun tahniah tanpa nama! sebab buat topik mcm geletek pagi jgk...

    BalasPadam
  22. nek junaidi ni mati sebab apa? kena racun ker?

    BalasPadam
  23. wah! nek junaidi ni baik la... org kmpung la jahat... sian nek junaidi ni...

    BalasPadam
  24. apa nk jd dgn org kmpung ni terutamanya anak muda? adoi....

    BalasPadam
  25. tu la masa dia hidup smua org xske dia? skrg dh xde bru nk menyesal...

    BalasPadam
  26. huh! cte ni byk flash back la... patut la aku x brapa phm....

    BalasPadam
  27. sajak ketuhanan la.... mmg menarik..

    BalasPadam
  28. sajak psl apa?? aku langsung x phm la....

    BalasPadam
  29. qalam nnt ulas sajak aku x phm la......

    BalasPadam
  30. sajak ni mcm sajak wasiat anak mudawan....

    BalasPadam
  31. TERKAPAI-KAPAI

    sombong meracun diri
    Tuhan tak pernah lupa
    memang tapi tak mampu menerima

    jatuh pasti tapi tak pernah sakit
    sebab masih terlena aku terkapai
    berharap kembali berdiri
    mampukah? mungkin sekarang?
    atau nanti sebaiknya merebah dulu


    Naga Samudera
    di gerai mamak
    ketika lepak bersama rakan
    11malam

    BalasPadam
  32. ULASAN

    Sajak Naga Samudera bertajuk TERKAPAI-KAPAI, ada dua pengertian
    Satu dalam pencarian erti kehidupan sebenar, dua mungkin rasa angkuh
    Dalam kesumbungan yang lupa diri. Berapa kali jatuh, sakit, terlena dan
    Terkapai, masih mahu berdiri, atau keangkuhannya akan rebah terus.

    BalasPadam