Selasa, 9 Februari 2010

KERINDUAN

 
Kerinduan
seringkali menyapa
dan bertanya
di panggal hati

Dimana keutuhan
cintamu pada rabb
kasih sejati pada rasul
sudahkah terpahat di kalbu

Keimanan
terpaku kerinduan
terlalu sukar dinilai
bagai tiada mengerti
akan segala isi hati
kini telah tenat kurasai.

Oleh;  Nurimanja,
Bagan Serai, Perak.
26hb, Februari, 1977.

27 ulasan:

  1. CERPEN LAGENDA KE 13. SIRI AKHIR ; BERTAJUK : PERGINYA TIADA UMPAT CELA LAGI OLEH ; Nurimanja, Serawak. 1982
    ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    "Tidak ada siapa pun dapat menduga Nek Abang Junaidi akan meninggal dunia di sana, niatnya baik perginya bersama selesai ibadat
    haji. Tidak sempat dia mengayakan pakaian haji di kampung Emas Tempawan tempat kelahirannya, malah tidak sempat orang-orang
    kampung ingin memanggilnya haji bahil,sesungguhnya Allah itu amat pengasih dan penyayang dan amat maha mengetahui." Bisik hati kecil
    Sapani sendirian.

    Sapani terasa sayu dan sebak hatinya, pelahan=lahan dia mengeluarkan sapu tangan dari dalam saku seluarnya, kemudian menekap kemuka, pelahan-lahan dia mengesat kedua kelopak air matanya yang melenangi air mata itu. Sesekali mengalih pandangan untuk
    menyembunyikan lamunannya yang telah jauh itu,agar tidak dapat diketahui orang lain yang berada dalam bot itu.

    Sapani segera ke ruang belakan botnya, dicapainya gayung dan menceduk air dari dalam tong dram untuk membasuh mukanya. Entah
    kenapa tiba-tiba hatinya terasa begitu sayu, bila mengenangkan Nek Abang Junaidi. Baru hari ini dia dapat merasakan dan menilai akan budi bicara Nek Abang Junaidi yang penuh rahsia.

    Tiba-tiba bahu Sapani ditepuk orang dari belkang, "Hai Jeragan ! Apa lagi yang ditunggu? sudah pukul satu, bila lagi bot nak bertolak?"
    Sergah salah seorang penumpang yang pernah dikenali. Sapani tersedar dari lamunan yang sungguh menyanyat hati, "Ya.. kita, ..kita beleh..bertolak sekarang.."kata Sapani terhenti di situ.

    "Apa yang kau ingat ini Sapani?" Celah seorang lagi, bila melihat teragak agak menjawab soalan kawannya dan matanya pula nampak
    berair dan wajahnya pula muram sahaja.
    "Saya.. saya terkenangkan Nek Abang Junaidi tadi." jawab Sapani berterus terang.
    "Ohh, Begitu, sudah ajal dan suratannya begitu Sapani, dia nak meninggal di tanah suci, lepas kerja haji pula tu, memang bersihlah seperti bayi baru lahir, tiada dosanya dengan Allah, amin," kata kawan yang mengegurnya tadi
    "Ya , kita yang hidup ini belum tentu lagi cara kematiannya, minta-minta biarlah baik," Sampuk Haji Situm pula yang duduk di bangku belakang bot penambang itu.

    Kemudian, mecelah pula seorang kawan sekampungnya, "kau ingatkan Nek Abang Junaidi ke, atau kau ingatkan kedua anak daranya?"
    orang lain pun turut ketawa dan mengulum senyum. Sapani menjadi seba salah, lalu dipaksa juga dirinya untuk senyum, Beberapa orang yang mengenali Sapani dan keluarga nek Abang Junaidi dari kampung yang sama turut ketawa terbahak-bahak.

    "Saya mengenangkannya bukan apa, kalau dulu orang kampung sering mengejeknya haji bahil, tahi hidung masin, tangkai jering,dan
    berbagai lagi, sekarang Nek Abang Junaidi, sudah pergi dan tak akan kembali lagi, dan tidak ada siapa yang boleh mengumpat celanya
    lagi," Kata sapani dengan panjang lebar, seperti ingin membela aruah Nek Abang Junaidi yang perginya tanpa umpat cela lagi...

    S E L E S A I .

    BalasPadam
  2. ISAH PARA AMBIA CR. SIRI 19 DISUSUN SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA : BERTAJUK: AMALAN SOLAT MUAS DAN NABI
    __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Satu hari Nabi Muhamad saw melihat sifat Muas yang boleh menghalang pahala ibadat solat lima waktu sehari semalam , lalu nabi pun berkata kepada Muas ikutlah sifat -sifat ini seperti mana yang aku lakukan.

    - Jangan kamu mengumpat dan menghina orang lain
    - Jangan memuji diri atau minta dirimu dipuji orang lain
    - Jangan riak tinggi diri terhadap orang lain
    - Jangan menunjuk ibadat kepada orang lain
    - Jangan bermegah dengan kelebihan kepada orang lain
    - Jangan sombong diri dengan orang lain
    - Jangan suka bermuka muka dengan orang lain
    - Jangan ada perasaan hasad dengki dengan orang lain
    - Jangan cari kedudukan agar dihormati orang lain
    - Jangan buat kerja tidak ikhlas terhadap orang lain.

    Pengajaran;
    Inilah salah satu daripadanya yang sering kita tewas beribadat bila sifat di atas ini masih bersarang dalam hati kita.
    membuatkan doa-doa kita tersangkut di pintu langit terhalang daripada sampai kepada yang kita pohonkan.
    menjadikan hajat kita tidak makbul oleh Allah selain ciri lain seperti permakanan.

    BalasPadam
  3. apesal ape dlm cerita en nuri ni kena kat aku jer??? hehe

    BalasPadam
  4. cerita para ambia ni mmg berpengajaran jd jgn sombong....

    BalasPadam
  5. huh! cerita ambia mmg best... ape2 pun aku nak berubah lps ni...

    BalasPadam
  6. wah! bagus2 nabi tegur muas ni dia riak sagt....

    BalasPadam
  7. apapun lps ni aku mahu jd macam nabi ini.. isayalaallah... aku sudah baik ari rbu aku sudah mahu kawin... terima kasih kat geletek eh! mne kau geletek klu x? ade isu semasa? apa2 pun aku sudah baiks sbb ikuti petua kau geletek...

    BalasPadam
  8. best cerita en nuri ni mmg berpengajaran kpd semua org...

    BalasPadam
  9. aku xnk komen ape2 kt para ambia sbb smua yag ditulis kena kat aku jer?

    BalasPadam
  10. patut la tajuk dia tiada umpat cela sebab dia dh mati rupanya ingatkan en nuri silap taip rupanya yg dulu flashback? hehe

    BalasPadam
  11. tu la dh meninggal bru org menyesal! x guna dh dh meninggal pun nek tu...

    BalasPadam
  12. wah! mmg masuk surga dia meninggal di mekah yg org kmpung ni xthu la mcm mne tau nk kutuk org jer...

    BalasPadam
  13. saya pun harap2 meninggal di tanah suci jgk kerana pd thn depan sy akan mengerjakan haji sebab saya selalu sakit TB.. buat pengetahuan cucu saya yang menaip ni...

    BalasPadam
  14. x smpat nak balik ke malaysia dh meninggal dia... sedih btol....

    BalasPadam
  15. sebak di hati apabila selesai membaca cerita ni... kesian nek junaidi...

    BalasPadam
  16. byk pahala nek junaidi ni sbb ramai org kutuk dia tp dia meninggal di mekah yg kutuk dia? tah la macam mana meninggal nnt...

    BalasPadam
  17. sedih la kesian tgk nek junaidi ni... ape2 pun smoga dia tenang disana....

    BalasPadam
  18. sajak mcm jiwa2 jer en nuri... hehe

    BalasPadam
  19. wah! sajak lama ni... ape2 pun mmg menarik...

    BalasPadam
  20. sajak psl ape? mcm ketuhanan jer....

    BalasPadam
  21. sajak en kali ni mmg best! tp macam sajak2 remaja jer.... ada jiwa2 sikit la... hehehe

    BalasPadam
  22. sajak ni best la ada unsur2 ketuhanan....

    BalasPadam
  23. sajak lama plak? sajak thn ni xde ker?

    BalasPadam
  24. sajak en mmg puitis! menarik btol...

    BalasPadam
  25. RONTA

    Lelah mentari merapat garis senja
    Membangun merah pada sudut hari
    ombak dan camar meningkahi
    laju sampan nelayan
    Untuk merengkuh mimpi luas samudera

    Kau...
    Yang sejak dulu tak keluh pada diam
    Kini mulai meronta nasib
    Memaksa sampanmu terombang-ambing
    Meski langit masih terjebak

    Kau teriak, kau melawan
    lajukan sampan kepulau tak berarah
    Hingga karang hempaskan amarah
    Kau terlempar melompati takdir...


    Ustaz Rahman
    di surau sekolah
    10 pagi

    BalasPadam
  26. ULASAN

    Sajak yang terbaik saya temui, oleh Ustaz Rahman bertajuk RONTA
    Pengucapannya agak cukup menarik, kehidupan ini digunakan simbul pada alam. Begitulah kehidupan bagai satu pelayaran menuju ke satu pulau.Ditengah lautan yang bergelora ini berbagai andaian boleh berlaku dan berbagai rasa ketidak kepuasan pasti dialami ketika kita berada di dalam gelombang kehidup ini.

    BalasPadam