Isnin, 1 Mac 2010

PESTA GILA_GILA

 
 HARI INI
Di tepi pantai Batu Ferenggi
aku lihat dan mengerti sendiri
ada temasya  pesta gila-gila
kepunyaan dan rekaan manusia.

IMAN AKU
Hampir hancur dibuatnya
dari tarian ala gila-gila
hampir ditipu budaya iblis
jika tidak aku, nama , hancur.

PESTA GILA
Membunuh akan citaku
kini aku terpaksa melarikan diri
melihat terbuka luas jalan  maksiat
boleh mengenelamkan segala makrifat.

KAWANKU
hentikan pesta gilamu itu
pemusnah segala masa hadapan
jadi pembunuh anak bangsa sendiri
dalam usaha kita memburu cita-cita.

Oleh ; Nurimanja,
Sajak lahir Batu Ferenggi,
8/9/1974.

25 ulasan:

  1. 10. AMINAH MEMELIHARA NABI
    ___________________________________________________________________________________________________________________

    Setelah dipulangkan semula oleh ibu susunya Halimatun Saadiah, maka tinggal nabi bersama ibunya
    Aminah, dipeliharalah oleh Aminah dengan kasih sayang, setelah berumur 4 tahun 2 bulan, Aminah inginmenziarahi kubur suaminya (Abdullah) bersama nabi Muhamad dan seorang hamba pengasuhnya bernama Ummi Aiman. Mereka pergi mengikuti rombongan khafilah bani Najar yang tinggal di antara selatan Madinah.

    Saekor unta minum air 28 gelen air untuk perjalanan 8 hari, dua hari naik unta mereka pun samapi satu
    kampung bernama Abbuak, Aminah jatuh sakit dan meninggal di situ, Maka tinggal nabi bersama teman
    pengasuhnya, jadilah dia anak yatim piatu, berusia 4 tahun lebih.

    Setelah dia dibawa balik oleh pengasuhnya Ummi Aiman, maka nabi pun diserahkanya kepada datuknya
    Abdul Muttalib yang ketika itu menjadi orang besar kota Mekah. Sewaktu umur nabi 6 tahun Abdul Muttalib pula jatuh sakit dan meninggal dunia, lalu dia diserahkan pula kepada baba saudaranya Abu Talib.

    Waktu umur 8 tahun nabi mengikut Abu Talib memelihara kambing, pada satu hari nabi dijumpai oleh Abu
    Jahal dipandang pasir, maka Abu Jahal memarahi Abu Talib kerana membiarkan nabi kesaorangan. Waktu umur 9 tahun ikut Abu Talib pergi berniaga di samping menjaga unta, di sinilah nabi berjumpa dengan seorang ahli pendita Yahudi bernama Bukara di syam.

    Pendita ini telah banyak membaca kita-kitab terdahulu yang ada menceritakan dan tanda seorang rasul bernama Muhamad akan lahir, dia berpesan kepada Abu Talib agar dapat menjaga nabi dengan sebaik mungkin, bila dilihat ada tanda khattamun nabuwwah pada dibelikat atau belakang nabi.

    Perhatian (lihat rajah dalam blog kotak tiga segi bertulis Arab) Ada orang buat amalan membacanya agar dijauhkan daripada musuh dan seteru, baik juga diletak di muka pintu kedai sebagai pelaris untuk perniagaan, tetapi kenalah kita
    berusaha bukan mengharapkan azimat semata. amin.

    BalasPadam
  2. CERPEN 16 ; SIRI 2 BERTAJUK : DENDEM GADIS IBAN OLEH : NURIMANJA SERAWAK
    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Dengan tekat yang bulat, bersama rasa cinta yang menebal, Ilam bergerak ke bandar Sarikei, untuk menyusuli Sandin. Dengan bekalan wang yang sadikit, dia menumpang lori yang dipandu oleh Ngambab, sahabat karip Sandin sendiri dari kampung yang sama.

    "Buat masa ini, baik kau tinggal di rumah sewaku dahulu, aku tinggal seorang, hanya di sebuah pondok kecil, aku akan cuba mencari Sandin, aku tahu dia bekerja di bandar ini," Jelas Ngambab kepada Ilam, bila Ilam menceritakan tujuannya datang ke bandar sarikei ini.

    "Kau tahu apa kerjanya ngambab? Dimana dia tinggal?" Ilam rasa tidak sabar untuk mengetahuinya.
    "Tidak pula aku tahu apa kerjanya dan dimana dia tinggal, cuma sekali sekala aku jumpa dia memandu kereta, barangkali
    pekerjaannya lebih baik daripada aku,"

    "Oh, Sandin ! Sampai hati kau melupai aku. Tolonglah aku Ngambab, carikanlah Sandin, aku ingin mrnemuinya," Ilam cuba
    menerangkan harapannya yang tidak berbelah bagi itu
    "Bersabarlah Ilam, aku akan cuba mencarinya," begitu pengakuan Ngambab kepada Ilam .

    Seminggu kemudian, Ilam tidak menduga sama sekali, sewaktu dia berjalan-jalan ke bandar sarikei itu, dia menemui Sandin,tetapi nasibnya malang, Sandin yang ditemuinya itu telah berubah hati.
    "Perempuan gila! Aku tidak pernah mengenalimu!" Begitu kata Sandin, lalu masuk ke dalam kereta dan meninggalkannya.Betapa hancur dan luluhnya hati Ilam, bila orang yang sekian lama dia mencari menghinanya.

    Sejak peristiwa itu berlaku, Ilam tidak lagi mahu bertanya khabar tentang diri Sandin, tidak lagi seperti hari-hari yang lalu,
    bila Ngambab pulang saja dari kerja, nama Sandinlah yang dikemukakannya dahulu kepada Ngambab untuk mendapat khabar
    berita.

    Tetapi hari ini segala-galanya telah berubah, hatinya telah terbakar, dendamnya kian membara, seperti api yang sedang nyala
    menjulang-julang untuk meluahkan kepanasannya. Sehingga kini dia menemui keputusanya sendiri, memelih dendam bersama kehancuran dirinya sendiri.

    Di satu malam yang dicarinya, di waktu hujan turun dengan lebat, ilam memberanikan diri, cuma berkembankan kain sarung, dia memasuki bilik tidur Ngambab. Ilam ingin membalas dendam terhadap Sandin, cuma jalan ini sajalah yang dapat menyakiti hati Sandin, Ngambab yang sedang berbariang meniarap di atas katil itu menjadi cemas dan panit.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. INFO AGAMA EMBUN JANTAN MERBAHAYA
    _____________________________________________________________________________________

    Apa itu embun jantan? Ramai orang tidak tahu atau sengaja tidak mahu
    ambil tahu, embun jantan turun atas dipada pukul 12 tengah malam. Embun ini seperti kabus halus dengan kata lain seperti berasap, sejuk dan tajam enak dirasa bila
    menyucuk tubuh, kerap kena akan dijankiti selsema.

    Embun ini kalau dia jatuh di atas kepala meresap masuk ke dalam bubum,terutama anak muda atau gadis paling mujarap untuk dia tidak boleh lagi duduk di rumah, dia akan gelisah hendak keluar dan akan melepak dimana-mana sahaja, asalkan dapat kena embun jatan itu.

    Oleh sebab itulah Islam mengalakan perempuan bertudung bila keluar malam,apatah lagi mendedah urat itu, haram bukan kepada mohramnya, Kalau siapa takut air tembaga yang panas mengelegak dicurah dari atas bubun kepalanya dan mengalir pula keluar melalui tapak kaki anda di akhirat nanti, elok pakailah tudung.

    BalasPadam
  4. sian nabi asyik berpindah jer...

    BalasPadam
  5. mmg byk dugaan nabi terima byk keluarga dia yg mati...

    BalasPadam
  6. kenapa aminah sendiri xnk susukan nabi????

    BalasPadam
  7. ummi aiman dgn halimatun saidiyah dua2 ni ibu susuan nabi ker?

    BalasPadam
  8. embun jantan? dia akan ke gadis je ke? laki kena jgk ker?

    BalasPadam
  9. patutlah ramai bdk2 kat sini kaki lepak? rupanya kena embun jantan?????

    BalasPadam
  10. bdk2 kat sini kaki lepak lelaki? dorg kena embun betina kot? haha

    BalasPadam
  11. mne en dpt pasal info ni??? embun jantan sy pertama kali dgr.....

    BalasPadam
  12. sandin ni bkn ker dh mati kena bunuh komunis????> mcm mne leh ade balik?

    BalasPadam
  13. ha! ngambab ajak tinggal dgn dia? nnt org kmpung msti fitnah pnya....

    BalasPadam
  14. kesian ilam dh mengandung sandin tinggal mcm tu jer....

    BalasPadam
  15. eh! ilam ni nk bunuh ngambab ker???

    BalasPadam
  16. apesal ngambab ni x kwin jer dgn ilam hbis cerita nmpk ngambab ni baik jer...

    BalasPadam
  17. berkemban??? ilam nk goda ngmbab ker? ha! nnt msti ngambab kena jd pak sanggup....

    BalasPadam
  18. pesta gila ni apa? pelik la....

    BalasPadam
  19. pesta gila ni yg org menari2 kat pantai di bawah unggun api ker???

    BalasPadam
  20. sajak x phm la... tp nmpk mcm parti keramaian....

    BalasPadam
  21. ni sajak pasal konsert yg dijalankan masa thn 2009 dulu ker kat batu feringgi.....

    BalasPadam
  22. kat batu feringgi ada pesta apa??? pelik la...

    BalasPadam
  23. Aminah mungkinkekurangan susu badan, akibat menanggung derita di atas
    kematian suami.

    Orang Arab mempunyai tubuh besar,
    dan buag dadanya pun mungkin sebelah
    sebesar sebiji kelapa muda, jadi x
    hairanlah air susunya banyak. ambil
    upah jadi ibu susu.

    Berbeza dengan kita hari ini, minum
    susu lembu, salah hari bulan, anak dengan termasuk ibu sama tabiatnya
    macam lembu....

    BalasPadam
  24. JANGAN MERATAP DIA BUTA DAN TULI

    Aku mencoba lagi menatap matamu
    Sungguh tusukan yang menyakitkan
    Seempat kulihat rembulan sembunyi Dan kau pun sempat mengakuinya
    Meskipun hanya melalui tamparan sampai sekarang tersisa bekasnya
    Kau kata aku membunuh satu musim
    Dan itu membuatmu kehilangan kesempatan merapatkan kesempatan
    Tak mungkin berhenti satu titik
    Dan kau pun mulai memaki
    Mulutmu tak mampu lontar sombong
    Entah menangisi siapa atau apa
    Sementara deru kehidupan
    semakin dekat mencumbu kematian
    Adaku karena aku akan menyadarinya
    Bukan kau, bukan pula dia...
    Malam kau rayu untuk menjadi siang
    Sayap-sayapmu malaikat terbang
    Semua nama kini tak ada beza
    Dosa dan pahala pun lebur
    Mari kita segera pergi
    Sebab tempat ini penuh kemunafikan



    Jengking Perak
    1.3.2010
    Pulau Pinang

    BalasPadam
  25. ULASAN?

    Sajak oleh Jenking Perak, bertajuk jangan meratap dia buta dan tuli
    Satu pengucapan yang agak kecewa bunyinya, Terasa bagai tidak dapat
    menyakinkan pada orang yang buta dan tuli ini, apatah lagi untuk kita mengharap pada janji-janji yang tidak dapat ditunaikan. Lantas eloklah menjauhkan diri setelah dikira kawasan ini banyak melakukan perkara berdosa , mungkar dan kemunafikkannya.

    BalasPadam