Ahad, 22 Mei 2016

WAKTU PAGI BILA BUKA JENDELA






WAKTU PAGI BILA BUKA JENDELA

Waktu Pagi
Bila aku buka jendela
Kebisingan pun jelas berlaku
Orang ramai sebuk dengan tugasan
Masing-masing punya urusan tersendiri.

Ada sahaja
Yang berjalan kaki
Berbasikal dan Bermotosikal
Ada yang naik kereta Van sekolah
bus kilang, lori kecil , besar dan jua trela.

Dari jendela
Itulah kesibukan
Di taman-tanam perumahan
Dari flat, kondom dan rumah teres
Semua sebuk dengan urusan tersendiri.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam7.50 petang
Khamis Tanggal 31hb Mach 2016

5 ulasan:

  1. Kisah di waktu pagi, kehidupan penghuni di pinggir bandar agaknya?

    BalasPadam

  2. Bila duduk di falat atau kondo buka jendela akan nampak suasana di pagi hari.kekalutan org ramai berduyun pergi kerja. Dahulu kemudian sama sahaja , bertugas mencari rezeki utk keluarga anak isteri mereka

    BalasPadam
  3. Berbeza hidup di kampung atau desa , pagi hari buka jendela cuma dengar kicauan beburung dan pohon kelapa tua . hanya kedamaian yang kita rasa , pergerakkan hidup tidaklah sekalut di kota raya.

    BalasPadam
  4. 149.SELAMAT HARI GURU


    Selamat hari guru
    Guruku !
    kau lampu penyuluh
    Jalan kehidupan
    Buatku selama ini
    Mana mungkin
    aku boleh melupai
    akan segala jasa-jasamu?

    Guruku!
    Jasamu selama ini
    satu pengorbanan
    yang sukar aku lupakan
    tegurmu hikmah
    marahmu kesedaran
    agar aku mengerti
    lebih berpengetahuan.

    Oleh: Nurimanja,
    Catatan jam 5.55 pagi
    Tanggal Isnin 16hb Mei 2016.

    BalasPadam
  5. Puisi terlepas pandang pada hari guru yg lalu walaupun telah di catat
    pada 16 Mei 2016 lalu.

    BalasPadam