Khamis, 4 Februari 2016

TUKANG KASUT PENDATANG ASING


 

16.TUKANG KASUT PENDATANG ASING
-buat Wak Tamak dari jawa -

Si Tukang kasut pendatang asing
Suka hati menempel gerai
Upahnya terlalu mahal
Kekadang langsung
Tidak masuk akal?

Gerainya tepi jalan tanpa sewaan
Cuba kalian fikir sahaja lah
Sebelah kasut tapaknya
Upah di paku sahaja
mahunya R10.00?

Sepasang kasut harganya RM20.00
Ganti tapak sebelah RM20.00
Sepasang upah  RM40.00
Ternyata lebih mahal
Harga asal kasut?


Oleh Nuri Manja,
Catatan jam 5.20 petang
Tanggal 14hb Januari 2016.

20 ulasan:

  1. Wak jawo ini sudah 10 tahun datang ke Malaysia telah berkawin dg org tempatan . Mungkin telah dapat kerayatan agaknya. kerja cuma Tukang kasut sahaja lagaknya lebihhebat daripa sudaranya di Jawo Tengah di Indonesia.

    BalasPadam
  2. sapa plak wak jawo tu???

    BalasPadam
  3. wak tamak sapa plak???

    BalasPadam
  4. wak catuk sy tau la dulu pernah masuk chatbox

    BalasPadam
  5. gila apa mahal dia caj

    BalasPadam
  6. baik beli kasut bru

    BalasPadam
  7. eh! wak dari jawa tu cekik darah

    BalasPadam
  8. mcm sy kena dulu buat kasut kena caj smpai rm20 sy x bayar pun? sy trus beli kasut baru

    BalasPadam
  9. tu dia mahal gila nk cepat pi haji ke apa wak jawa tu

    BalasPadam
  10. aku slalu kasut rosak buang je beli lain lagi senang

    BalasPadam
  11. sepatutnya caj seringgit dua ckup la

    BalasPadam
  12. tamak gila caj smpai mahal mcm tu sekali

    BalasPadam
  13. org mcm ni yg selalu kena pukul sbb cekik darah

    BalasPadam
  14. xkan mcm tu sekali dia caj?

    BalasPadam
  15. rasanya mungkin dia silap kira kot?

    BalasPadam
  16. dia pandai2 caj harga sendiri

    BalasPadam
  17. DIPERKUKUHKAN

    Terima kasih sahabat
    yang membugar di perkebunan budi
    lembut menyiram akal pekerti
    tekun menyemai mulia peribadi
    jasa baktimu terhampar pasti
    moga kau sentiasa memberkati.
    terima kasih menyahut cabaran
    semangat perkasa memperkukuh

    Malik Wariya
    sajak untuk sahabat
    pahang

    BalasPadam
  18. ANAK PRIBUMI

    Bahasa itu luahan rasa
    Hasil cantuman jiwa
    Daripada minda anak merdeka
    Jiwa pula denyut nadi anak pribumi
    Yang mempunyai jati diri
    Bangsa lambang penyatuan jiwa-jiwa kental
    Yang tahan cabaran menjadi tunggak negara
    menuju kecemerlangan demi bangsa sendiri

    Qalam MUsoffa
    sajak semangat
    taiping

    BalasPadam


  19. KAMAR KOSONG

    Kamarku tidak punya almari dan katil
    ia hanya kosong tiada apa-apa
    aku hanya berbaring di atas lantai ini,
    sejuk keras dingin dan tersakit badan ini.
    Kamarku selamanya akan kosong
    selagi jendela hati tertutup rapat
    tanpa hidayahMu yang membuka luas
    hingga angin zikir menerjah masuk
    cahaya cinta Yang Maha Mencipta
    saat itulah kamar terisi padat
    cinta yang bertaut erat penuh kasih
    ingin sekali kupeluk tubuhMu
    dalam qiam, rukuk dan sujudku.

    Hambali Maliki
    sajak ketuhanan
    Kedah

    BalasPadam


  20. MARUAH

    Setelah kematian tak perlu lagi gelaran
    biar keagungan diangkat menghadap Tuhan.
    Kita yang hidup seharusnya mencipta pahala
    jangan jadi bangsa berwibawa dan ternama
    menggemilang di pelosok dunia
    tetapi tiada peradaban dan beragama.
    Segala yang ada sewajarnya dipelihara
    agama dan bahasa diletakkan di puncak
    Ingatlah akal dan hati bersama agama dan bahasa
    warisan itu haruslah dipertahan di baris hadapan
    demi maruah dalam kehidupan.

    Kembara Budiman
    sajak memberikan semangat buat bangsa sendiri sajak yang sy beli dari pak kiyai tu
    30januari 2016

    BalasPadam