Rabu, 3 Februari 2016

.KITA SERING BERGELUT DENGAN KEMELUT







13.KITA SERING BERGELUT DENGAN KEMELUT


Kita sering sahaja bergelut
Dengan berbagai kemelut
Hati pula menjadi kalut
Masalah pun melaut
Cuba selesai.

Habis bayar bil api dan bil air
Datang bil Astro beyond
Diikuti bil broadband
Dan bil telephone
Habis selesai.

Ingat lega habis bil selesai
Tetiba datang pula lagi
Cukai tanah & pintu
Bil indahwater
Maintenance.

Oleh Pena Utara
Catatan jam 6.10 pagi
Tanggal 11hb Januari 2016.

20 ulasan:


  1. PUSIANGAN KE DUA
    KUM 1

    Mozaire berkata...
    1.PUISI BERBUNGA CANTIK (TK)

    Puisiku cuma mengembang dan berbunga cantik
    maka puisi yang aku tanam ini
    tidak kubina para untuknya
    menyusur bebas di batasan
    Namun aku percaya puisi berbunga cantik
    tidak hanya tanah dan baja tempatnya tumbuh
    Apa yang kuharapkan pada puisiku
    biarlah mengembang zat bersama tanah dan baja
    bunganya cantik meskipun tidak berpara
    Apa yang kuharapkan pada puisiku
    sesiapa pun dapat memetiknya
    mereka bersama indah

    Mozaire
    sajak buat tunang yang akan langsungkan perkawinan x lama lagi
    teluk kumbar 31 Januari 2016 5:38 PG

    ULASAN RENGKAS

    PUISI BERBUNGA CANTIK Tanjuknya menarik . Cuma pada pengucapannya banyak yang mengelirukan JK sukar menangkap maksud yang hendak disampaikan. Puisi ini buat tunang yang tidak lama lagi akan melangsungkan perkawinan di teluk kumbar . Rasanya bakal isteri anda sendiri pun pening kepala. Terlalu bersimbolik dan penuh fantasi, kekadang ianya nampak menarik tetapi tidak logek dan lebih meragukan pada bait akhir atau penutupnya. Harap maaf (TK).

    BalasPadam
  2. saizul maizav berkata...
    2.AKAR YANG BERSERABUT (LS)

    jika tertalu meniti kehalusan peribadi
    akhirnya kita berserah pada takdir
    Bila terjebak dalam akar-akar yang berserabut
    harus kita menggenggam tekad
    walau fikiran ketika itu masih kusut
    Kerana dahulu pohon tidak tumbuh dari akar
    Tidak menegak dari tunjang mencengkam bumi
    tetapi kini pohon itu semakin tumbuh membesar
    bersama akar yang melilit dan menjalar
    menghalang segala-galanya dihadapan
    terkadang aku menjadi bingung
    Bila fikiran kita tergelincir
    dari landasan kebenaran
    Berakalkan sarakah nafsu syaitan
    Kita terjebak dalam duniawi
    buntu menemui jalan pulang

    Saizul Maizav
    sajak buat org penang yang masih dibeleggu kecelaruan
    Pulau Pinang 20januari2016 31

    ULASAN RENGKAS

    AKAR YANG BERSERABUT tajuk sinis . Pengucapannya bersimpolik pada alam kehidupan semula jadi tetapi punya messej sinis tajam buat penghuni di sebuah pulau di gelar Mutiara. Angkara percaya dengan janji ubah dan ini kalilah hasil PRU 12 dan 13 telah memberi kuasa mutlak pada puak yang pandai menabur janji bulan bintang. Selepas mereka mendapat kerusi lembut janji-janji semuanya hanyut. Tetapi hingga kini orang kita masih tidak sedar apabila fikiran mereka telah dibelenggu atau dipenjara dalam dicelarukan minda.
    LS

    BalasPadam

  3. Penduga Akal berkata...
    3.KULAT CENDAWAN (LS)

    Ini cerita cendawan kecil dan lurus
    yang tumbuh bebas walau dalam gelap
    sedangkan air yang ada hanya setitik embun
    ia tetap kembang jadi cuba menjadi sebesar dunia.
    tapi rantingnya rapuh dan gelisah
    apabila pucuk dan batangnya
    dibalut oleh kulat dan menumpang
    mungkin suatu hari nanti
    ia akan menjadi serpih sejarah
    atau suatu peristiwa besar

    Penduga Akal
    sajak sinis
    Teluk Kumbar 31 Januari 2016 5:39 PG

    ULASAN RENGKAS

    KULAT CENDAWAN Tajuk ada maksud sinis . Mungkin ada satu kumpulan pergerakan kecil yang tersembunyi tanpa disedari. Pengucapannya penuh simbolik yang boleh diandaikan sesuatu akan berlaku dari kumpulan pergerakan yang kecil ini bila menjadi besar ,Jika kita biarkan alpa dan tidak memantau ianya akan terus membiakan dan menjadi besar dan mungkin juga satu mala petaka besar yang akan berlaku boleh menjadikan satu catatan sejarah hitam .
    (LS)

    BalasPadam



  4. Abang Japp berkata...
    4,BAU (TK)

    Telah kau kepung segala bau
    mengumpulkan khazanah alam
    rimba pekat penuh rahsia
    menelan apa saja yang sedia mendekati.
    Sebenar terlalu berat menakluk kekuasaan
    kecuali harapan berbekalkan azam,
    pohonpun kita suburkan lagi
    lembah dan bukit serinya merimbun.
    Kini baunya yang dihirup
    adalah keazaman terkuat menerbitkan cahaya
    serta wangi yang khas waktu malam di sini
    kunang-kunang pun menjadi bintang
    menyerikan alam terbuka siang cerah
    bersama surga terus mendenyutkan usaha.

    Abang Japp
    sajak terkenang
    14 januari 2016/31

    ULASAN RENGKAS

    PUISI BAU Tajuknya juga sudah suspen ? Thema terkenang sesuatu agaknya ? Pengucapannya juga terasa sedikit mengelirukan dengan ungapan kata pada bait yang tertentu ? Malah semacam kita berada di alam fantasi melihat sesuatu dalam mimpi yang kita sendiri tidak mengerti . Messejnya juga tidak kesampaian kerana terlalu dipengaruhi untaian kata yang bersimbolik..Harap maaf usaha lagi.
    (TK)

    BalasPadam
  5. SERANGGA

    aku masih seekor serangga
    yang memanjat ranting diri
    setelah kutinggalkan rerumput sunyi
    menjadi renek di padang peribadi.
    Aku merangkak di antara kalian
    dari akar semi ke puncak tertinggi
    dari benih putik ke buahan ranum
    dedaun hijau yang aku berteduh
    kini tersimbah embun yang mencurah
    tetapi di negeri yang inilah
    aku tersesat mencari matahari
    betapa makin kuterokai diri sendiri

    Lagenda Pulau
    sajak simbolik tentang kehidupan
    31 januari 2016

    BalasPadam


  6. PEKAT BERDAKWAT

    Di luar malam pekat berdakwat
    Hingga pagi membocorkannya
    Lewat sepi mergastua berkicau
    Membalut belukar dengan suaranya
    menanda diri riangan sekali
    Ada beberapa bintang jauh
    Menebuk kain hitam di langit
    untuk memberi nikmat cahaya.
    malam berlalu hingga tiba pada debu

    Pilot Hafizah
    sajak ketika waktu malam didalam kapal terbang
    30 januari 2016

    BalasPadam
  7. LUMPUR

    Beratus tahun lagi mungkin rumahku
    akan tetap sebuah batu berlantai lumpur
    membenamkan kaki yang telanjang dan sakit.
    meja tulis yang mengatur tangan digari
    pikiran dibuka buat ladang bunga
    matahari digantungkan pada atap
    lumpur sebagai lantai yang masih bersama.
    orang-orang pintar mencatat huruf
    syair sakit dalam otak kita
    melambung angin dan menempelnya pada perut

    Tuan haji
    sajak simbolik
    Kelantan

    BalasPadam

  8. UNDANG-UNDANG RIMBA

    Undang rimba tiada adab adat budi akal.
    Nescaya musnah hancur berkecai
    makhluk taksub pelarian mencari rumah.
    Atas usaha siapa jika diusir keluar
    walau pasir bertabur di mata
    pisau mencucuk telinga hingga ke kepala
    Kononnya menurut perintah si manusia durjana
    Menggeletar mawar ditinggalkan duri
    rebah insan tiada berbudi
    mati harimau bersembunyi
    laksana makhluk lupa diri.

    Pak Kassim
    sajak simbolik
    sungai petani

    BalasPadam
  9. zaman skrg smua pkai duit

    BalasPadam
  10. skrg ni duit dapat pun hbis mcm air terjun

    BalasPadam
  11. xleh nk buat apa skrg smua benda kena duit

    BalasPadam
  12. zaman dulu paling seronok smua murah harga

    BalasPadam
  13. btol tu duit rm1000 pun x ckup skrg ni

    BalasPadam
  14. bgi aku biasa je kna bayar2 smua tu

    BalasPadam
  15. kt KL lagi la byk pkai duit

    BalasPadam
  16. skrg ni belanja kwin pun dh naik

    BalasPadam
  17. zaman skrg smua kna bayar susah la

    BalasPadam
  18. klu x bayar semua tu susah jgk

    BalasPadam
  19. bila x ckup duit mula pinjam along

    BalasPadam
  20. parah smua benda kna bayar kesian en nuri

    BalasPadam