Sabtu, 30 Januari 2016

MISKIN TEGAR DI BANDAR





12. MISKIN TEGAR DI BANDAR

Miskin tegar
Anak-anak di Bandar
Bila pendapatan bawah 2 ribu
Ramai keluarga menghadapi masalah.

Anak pelajar
Miskin tegar di Bandar
Ramai yang ponteng sekolah
Kerana tidak cukup wang saku sekolah.

Mereka miskin
Perlu bantu ibu ayah
Dalam kerja-kerja seharian
Demi mencari wang nafkah se keluarga.

Orang miskin
Di Bandar bangsa kita
Perlu mencari jalan penyelesaian
Agar tidak tambah parah dan menyulitkan.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 9.40 pagi
Tanggal 10hb Januari 2016.

16 ulasan:

  1. Anak-anak orang kita miskin tegar di bandar dan pingger bandar , ramai yang ponteng sekolah kerana tekanan hidup keluarga yang miskin dan susah, bila wang saku juga gagal diberi anak menjadi rendah diri mencari jalan bersama rerakan kelompok miskin tegar ponteng sekolah.

    BalasPadam
  2. PINTAKU

    Cuma yang aku pinta
    adalah secebis doa
    daripada orang yang berjaya
    di tengah kota ini
    ku cuba isikan di dalam dada
    buat kuusir segala kesunyian
    yang semakin hari semakin pekat
    bergetaran di urat nadi
    apa yang kehendaki
    sentiasa sukar Kau penuhi
    walau cuma permintaan kecil
    janji tatkala remaja
    kutiti hingga ke hujung usia
    Amat terkilan aku kini
    sambil menantikan dalam senja ini

    Zainal arifin
    sajak sedih
    K.Lumpur

    BalasPadam

  3. KITA TAK PERNAH SESEKALI


    Kita tak pernah sesekali
    melihat mata kita sendiri
    kerana itu kita mudah melihat
    pandangan diluar yang sempurna
    tapi dalam penuh iri hati dan dengki

    Kita tak pernah sesekali
    melihat hidung kita sendiri
    kerana itu kita cuba menghidu
    walau bau cukup harum mewangi
    tapi dalamnya busuk dan kotor

    Kita tak pernah sesekali
    melihat telinga kita sendiri
    kerana itu kita hanya mendengar
    semuanya terasa bagaikan benar
    tapi dalamnya penuh onar dan mungkar

    Kita tak pernah sesekali
    melihat mulut kita sendiri
    kerana itu kita mudah berbicara
    dengan hujah yang lantang
    tapi dalamnya ada diselitkan fitnah

    jadi jika tak pernah sesekali
    melihat wajah kita sendiri
    berdirilah didepan cermin sedarlah
    diri sendiri lebih banyak cacat celanya

    HERO KAMPUNG
    sajak nasihat
    pasir puteh

    BalasPadam

  4. CAKERAWALA DAN BUMI

    Apa khabar cakerawala dan bumi,
    kau masih jujur menjadi keakraban hakiki,
    kerdil akal fikiran bersama kekhusyukan
    bersama nafsu dan cinta renungan
    pengembara yang bersama di perjalanan
    akulah terfana di kandang ujian
    tapi tetap istighfar yang berpanjangan
    memimpin diri ke tempat asal

    Ungku Zubir
    sajak simbolik tentang diri ini yang kadang kala lalai
    perak

    BalasPadam

  5. BANGGA

    ini bukankah zaman untuk berbangga
    sambil menceritakan kejayaan atau mengatakan sebaliknya
    kerana keduanya sama saja
    ini adalah zaman untuk kita berasa kecil
    walau pengalaman hidup yang kian tua
    mata semakin kabur perjalanan tidak sampai ke mana
    memang orang tidak akan terhibur
    dengan kata-kata yang dilemparkan
    tetapi ini waktunya untuk berbangga sebagai manusia
    kerana kita tidak hidup bagai haiwan
    jangan berputus asa atau rasa kehilangan

    Keris Berlian
    sajak simbolik
    kedah

    BalasPadam
  6. ergergergwfsdcvsdv

    BalasPadam
  7. dfbdfbfdbdvwsfcsdc

    BalasPadam
  8. vsdvsdvxvxcvvnjyjtyy

    BalasPadam
  9. en nuri kena letak sajak baru sbb ruangan komen utk bulan januari xleh msuk komen melainkan en nuri sendiri

    BalasPadam