Jumaat, 1 Januari 2016

MELIHAT TERATAK BERNAUNG





1.MELIHAT TERATAK BERNAUNG

Sesekali
Aku pulang ke desa
Hatiku diragut
rasa sepi dan sayu
Melihat teratak bernaung
Tempat aku bermain  
Sewaktu kecil dahulu
Bersama ibu dan juga ayahku.

Kini teratakku
Begitu lama terbiar
Tiada penghuni
semua telah berhijrah
bila  masuk ke dalam
Aku rasa seram dan gerun
Kerana lama ditinggal kan
Terbiar kosong puluhan tahun .


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7.30 pagi
Khamis 31hb Disember 2015.

20 ulasan:

  1. Selamat bercuti awal tahun dan hujung minggu . Relaxxxx!

    BalasPadam
  2. Sesekali bila cuti baliklah ke kampung atau desa kita. Lihat teratak bernaung kita dahulu . Amat sedih dan menyukan hati. Bila rumput memanjat dan anai-anai buat sarang.

    BalasPadam
  3. Ada sesuatu yg menyeramkan bila QM balik kampung dia bergambar di bawah pokok nangka , bila gambar di lihat kembali ada lembaga kuning berupa manusia dalam gambar itu di atas pokok nangka?

    BalasPadam
  4. Esoknya QM sakit kepala dan pitam dua tiga hari , kini baru nak pulih agaknya ? Tapi dia tak boleh baca puisi nanti kepala dia sakit dan pitam kembali . Rehat dulu buat sementara waktu.

    BalasPadam
  5. QM sudah catat siapa yg layak 4 org dan 2 simpanan . tapi belum buat ulasan . Itulah masalahnya . Harap maklum.

    BalasPadam
  6. ada hantu kot kacau qalam

    BalasPadam
  7. rasanya qalam lemah semangat ni

    BalasPadam
  8. x pergi berubat ke qalam tu

    BalasPadam
  9. entah2 ada saka apa?????

    BalasPadam
  10. jgn ada yg ikut balik sama sudah

    BalasPadam
  11. berani btol qalam sy sndiri pun rumah yg kmpung dh 7 tahun sy x pergi tgk sbb bila sy nk pergi tgk saja badan dh seram sejuk sejak tu sy biarkan saja

    BalasPadam
  12. rumah kalau dh tinggal lama paham2 la

    BalasPadam
  13. rumah dh tinggal lama baik roboh lps tu bina lain

    BalasPadam
  14. rasanya qalam kena gangguan tu

    BalasPadam
  15. lain kali jgn pergi dah bagitau qalam....

    BalasPadam
  16. qalam msti lemah semangat sbb selalu lemah semangat yg kerap kena

    BalasPadam
  17. lain kali jgn pergi sorang2 kt rumah tinggal bahaya

    BalasPadam
  18. qalam x pakai pendinding kot tu yg kena kacau

    BalasPadam
  19. hati2 kalau pergi tampat yg x berpenghuni ni

    BalasPadam
  20. qalam skrg mcm mana dh ok ke????

    BalasPadam