Isnin, 18 Januari 2016

IS YANG MENGHAIRANKAN







20 . IS YANG MENGHAIRANKAN

Acap kali
Kita mendengar
Tentera IS
Pejuang berani mati
Sering mengebom
Dan menyerang sana sini
Dengan membuat kekacauan.

Tetapi IS
Agak aneh juga
Dan menghairankan
Kenapa negara Islam saja
Menjadi sasarannya?
Orang awam
Yang tidak berdosa .

Jika benar
Jihad berani mati
Serang lah negara Israel
Lawan tentera Yahudi
Yang telah banyak
Mengorbankan  rakyat
Di bumi Palastine …


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.10  pagi
Tanggal 16hb Januari, 2016.

20 ulasan:

  1. Maaflah sepatutnya kami siar sajak yg ke 8 catatan en nuri tetapi kerana mengikut keadaa semasa puisi terkini kami siarkan . Setakat bulan januari ini sudah 22 buah sajak telah dicatat dan dilahirkan . semuanya mudah dan faham di sampaikan mesejnya.

    BalasPadam

  2. KORBAN HATI SUCI

    hati ini telah tumbuh rimba kemajuan
    oleh manusia kian lupa asal diri
    lalu api nasionalisme yang
    lantang bertiup sejak berdekad lalu
    tetapi kini terpaksa menunggu
    sepi mentari bernyala kembali
    membelah relung hati ini dahulu
    kini kian lenyap ditawan arus duniawi
    Namun aku tetap bersyukur
    kerana aku berkorban dengan hati yang suci


    Pilot Hafizah
    sajak tidak puas hati
    20.disember 2015 ketika dalam kokpit

    BalasPadam

  3. BAHASA

    Bahasa itu mutiara pilihan
    Dari dasar laut kasih
    Bangsa yang mengenal akar
    Tidak akan membiarkan
    Mutiara itu terlerai
    Hilang seri dan pudar
    Bahasa itu suara bangsa
    Harga diri warna jiwa
    Bangsa yang mencintai negaranya
    Tidak akan membiarkan
    Suara itu tenggelam
    Di dalam keriuhan malam

    Malik Wariya
    sajak simbolik
    kubang kerian 4 disember

    BalasPadam
  4. ORANG-ORANG

    Kiranya gagal menjadi orang
    lebih baik menjadi orang-orang
    berbaju compang disuruh menentang
    kawanan pipit datang menyerang
    sawah itu yang luasnya sekangkang.
    Lebih baik menjadi orang-orang
    daripada tunggul di tengah laman
    Hinakah aku menjadi orang-orang
    terpacak kaku hodoh dipandang
    siang malam diam di bendang
    paling hina pun, aku juga berguna!
    Kiranya gagal menjadi orang
    hanya dua yang jadi pilihan
    sama ada menjadi orang-orang
    atau jadi-jadian binatang
    siang tidur malam jadi jembalang.

    Quratul Aini
    sajak sinis
    pulau pinang

    BalasPadam

  5. GELOJOH

    Setiap kali melangkah membawa perpaduan
    ada jambatan terbakar di hadapan
    di kiri ada iri, di kanan ada igauan
    pepohon ego bergelimpangan menghalang
    ditumbangkan ribut kyang ketakutan dan taufan bimbang
    kabus kelabu menderu laju menuju destinasi
    seperti sejenis syahdu yang bertiup
    lalu tak tergapai oleh tangan yang mengenggam
    daripada hati yang tak sanggup memberi
    atau oleh tangan yang terbuka luas dan gelojoh menerima.

    Ustaz Muda
    sajak sinis buat golongan yang suka mengampu
    perak 2015


    BalasPadam

  6. VISI

    Kita mulakan langkah baru
    mengiringi visi tak terbatas
    dari mata jiwa seorang wira bangsa
    demi tanah tumpah darah,
    mendukung misi ke martabat tertinggi dunia
    dengan tapak teguh perpaduan,
    dipandang hormat kawan dan lawan.
    Ini tugas kita hasrat membina rumah bangsa
    dengan kudrat pengalaman
    terhimpun berdekat lama,
    azam tak terpadam semangat panas membara.

    Keris berlian
    sajak memberi semangat
    kedah 2015

    BalasPadam

  7. LIDAH


    Lidah itu makin berani
    memperkatakan maruah dan jati diri
    membicarakan ketuanan yang menipis
    menyuarakan kepincangan tergaris
    menzahirkan rasa yang terhiris
    makin menggertak dibakar oleh lahar yang memberontak
    sesekali ingin berlaku waras
    dalam nada tegas dan keras.
    walau getar dan debar ini disanggah
    tetap mengalir di urat darah
    ingin berkata benar dan jujur
    walau mungkin langkahnya terlanjur
    tidak salah andai fikir terundur
    kembalikan semangat yang makin luntur
    cekangkan semula muafakat yang kendur.
    berbicaralah dengan hemah
    kutiplah gugusan hikmah
    setelah kali ini terduga
    satukan segera suara pusaka.

    Hilal Ashraf
    sajak perjuangan
    selangor

    BalasPadam

  8. SESAT MANUSIA

    Sesat tidak manusia itu
    disukat dalam cetek ilmu
    menjadi neraca menimbang kebenaran hakikat.
    Akan sentiasa dalam sesat
    jika kering ilmu kosong dada dan jiwa
    sekalipun kaya sihat dan berharta
    masih juga menjunjung sesat
    kerana hidup dunia untuk akhirat.
    Hanya dengan makrifatullah
    menunjukkan mana duniawi mana ukhrawi
    membenar lagi menyelamatkan
    hakikat kebahagiaan hayat
    berawal dunia mengekal akhirat.

    Lukiee
    sajak ni bukan sajak sy tp sajak abang ipar sy sbb kakak sy kwin dgn org islam
    dia ustaz kt tempat sy dia minat sajak sy pula xda idea jd dia kta nk hntar sajak
    melalui saya di sayembara ni sebenarnya sajak ni sy sendiri pun xpaham

    BalasPadam

  9. WANG BERJUTA

    Aku tidak meminta wang berjuta
    untuk kuhimpunkan menjadi bukit harta
    tidak sesekali kuimpikan
    mengibarkan bendera bangga di
    cukuplah sekadar sesuap makan dan minum
    buat aku sempat melihat
    suatu hari lagi bernama esok.
    kerana kemewahan dunia hanya sementara
    apabila sampai waktunya pasti tinggal semua.

    Tuan Haji
    Taman Melawati
    30disember 2015

    BalasPadam
  10. 8 Buah Puisi KUM3 akanditerbitkan sebentar lagi , sebelum itu kami nak pergi ngirup kopi dulu okey!

    BalasPadam
  11. KUMPULAN 3

    17.HANYIR LUMPUR (LS)1

    Kami kenal tanah ini
    selutnya pernah berbaur
    hanyir darah yang tumpah
    daripada derita para pejuang
    lumpurnya pernah tersimbah
    darah para pahlawan
    relung tanah ini pernah bergegar
    oleh jerit pekik pejuang melayu
    yang mencari benih kebebasan
    yang bangkit membina benteng
    bersama keris dan tombak
    bersabung nyawa
    demi tanah yang diragut ganas.

    Qalam Musoffa
    sajak pejuangan dari sarjan husin sy pinjam dri dia tapi minta izin dia dulu sebab sarjan husin nk msuk sayembara tapi zainal x bagi sbb dia dh pernah ke final dan kalau berjaya sepanjang sayembara sy pakai sajak sarjan husin la 14 Januari 2016 1:27 PG

    ULASAN RENGKAS !

    Puisi perjuangan dan cintakan tanah air demi memelihara kemerdekaan dan ketenteraman Negara tempat tumpah darahnya kita. Bila bergelar tentera genarasi berganti genarasi mereka tetap terus berjuang Sehingga titisan darah terakhir, biar pun mati bergalang tanah untuk berundur tidak sekali. Sumpah setia perwira kita.

    LAYAK SETERUSNYA!

    BalasPadam

  12. 18.KERDIL DIRI INI (PK2)

    Sungguh kerdil diri ini
    Begitu sedih aku mengenang
    Hidupku yang indah ini
    tapi aku terlupa mensyukuri nikmatNya sepenuhnya
    aku lupa melewati jalanMu sebaiknya-baiknya
    Maafkan diri ini sesungguhnya aku rindukanMu
    Siapalah aku yang selalu leka dan alpa
    Dengan urusan duniawi
    Sesungguhnya Ku inginkan bahagia bersamaMu
    Jalani hidup ini bersama redhaMu
    Oh Tuhanku yang Maha Penyayang lagi Pengampun
    Ampunilah hambaMu ini setinggi kasih kupanjatkan
    Hanya padaMu yang Satu…

    Anjang AKi
    sajak ketuhanan
    27disember 2015

    ULASAN RENGKAS !

    Puisi keinsafan nampaknya . Cuba mengenangkan kembali masa silap bila diri terasa sudah berada di hujung senja , segala kemewahan yang dinekmati dahulu kini baru tersedar untuk di syukuri . Kerana apa yang di perolehi selama ini adalah rezeki daripada Allah yang maha berkuasa.

    MAAF TERPAKSA KELUAR. ATAU MUNGKIN LAYAK PUSIANGAN 2

    BalasPadam
  13. 19.PERSADA DUNIA (LS)2

    Sedetik waktu berlalu mengingatkan diri
    pada sebuah perjuangan suci
    mekar subur mewangi di persada dunia.
    Kalimah-kalimah lantang terentang
    membangkitkan semangat juang
    Seketika kita dikejutkan dengan impian dan gagasan
    kita tidak lagi jatuh tersungkur
    hanyut dibawa arus globalisasi tanpa sempadan.
    Perjuangan tiada henti kita semakin berani
    melahirkan hasrat demi mendaulat maruah bangsa.
    Sorakan semangat jati diri
    melaung-laung di segenap pelosok
    menyambut kemenangan sebuah perjuangan
    menegakkan bangsa tercinta

    Kembara Budiman
    sajak memberikan semangat pada bangsa sendiri
    ketika di dalam flight apabila melihat bangsa2 lain yg dtg 14 Januari 2016

    ULASAN RENGKAS !

    Kalau kita banyak mengembara tentulah luas pengalaman, apa tah lagi melihat negara yang lebih maju daripada negara sendiri. Apa pun semangat perjuangan dan tolong menolong yang kita ada bersama sadikit kemampuan untuk membantu sesiapa sahaja negara di dunia ini demi untuk rasa simpati dan membuktikan kita juga boleh atau Malaysia boleh.

    LAYAK SETERUSNYA

    BalasPadam

  14. 20.KESEPIAN (TK)PK2


    Kubiarkan kesepian menyelimuti hidupku..
    Dalam kehampaan merona dalam jiwaku..
    Mewarnai setiap detik nafasku..
    Menghantui setiap getar dadaku..
    Di sela kehampaan kurasakan kesunyian..
    Terasa menyakitkan rasa kesepian..
    Kembalikaniwa yang selalu haus
    Lelah kaki melangkah yang tiada terarah..
    Merasakan letih hingga tak mampu merintih..
    Ingin hapuskan rasa kesepian ini..
    Siapakah yang mampu kembalikan jiwa ini kembali..

    Harimau Berantai
    sajak terkenang
    Negeri sembilan14 Januari 2016

    ULASAN RENGKAS !

    Kisah terlalu peribadi nampaknya . Begitulah keadaanya dalam kehidupan ini , seperti air pasang surut,Selalunya kita sering mengharap kebaikkan tetapi sebalik pula yang terjadi. Apa pun itu satu ujian dalam kehidupan kita , melainkan bersabar dabn pasrah menghadapinya.

    MAAF TERPAKSA KELUAR. ATAU MUNGKIN LAYAK PUSIANGAN 2

    BalasPadam
  15. 21.SETIAP PERENGGAN (LS)3

    Setiap halaman di dalam bab berbeza,
    tersusun setiap perenggan dan tulisan
    antara pengalaman dalam almari usia
    antara muram kecewa dan ledakan ketawa
    sering mentafsir walaupun dalam khuatir
    di atas helai-helai kertas perjuangan
    kita saling belum mengerti sejujurnya.

    Zainal Arifin
    sajak simbolik
    kuala Selangor 14 Januari 2016

    ULASAN RENGKAS !

    Barangkali itulah gaya sembolik kehidupan kita setiap halaman dan bab itu ada rantaian kehidupan yang perlu kita lalui , setiap skrip yang kita baca dan lakonkan juga tanpa kita sedari itulah drama yang kita lakonkan selama ini. Sejujurnya kita tidak tahu penghujung cerita baik buruk lakonan kita hanya org lain yang boleh menilai dan mengadili.

    LAYAK SETERUSNYA

    BalasPadam

  16. 22.TERIMBAS KENANGAN (LP2)

    tiba-tiba terimbas kenangan semalam
    ketika kita bersama-sama berjuang
    meletakkan diri sama taraf dengan pejuang yang lain
    tetapi bayaran kepada perjuangan ini
    tidak tertebus dalam minit-minit waktu
    Aku lemas dalam tipu daya
    nafsu dipagari teknologi
    Masihkah ada ubatnya
    walau tubuh ini sudah usang
    mencari cahaya dan kemanisan
    di sebalik diri yang menunduk


    Richard Sariosa
    sajak tentang kesusahan
    Sungai Bakap 14 Januari 2016

    ULASAN RENGKAS !

    Puisi semacam ketidak kepuasan hati saja nampaknya . Perlu kita bersabar dan membuktikan tugas kita sebaiknya dengan ikhlas, kesusahan satu perkara lagi yang perlu kita cari tambah nilai Untuk membantu kesempitan hidup dengan melakukan (kerja kedua) Apa pun jika kita patuh mengikut peraturan lambat laun kejayaan akan datang menjelma.

    MAAF TERPAKSA KELUAR. ATAU MUNGKIN LAYAK PUSIANGAN 2

    BalasPadam
  17. 23.HIJAU KEHIDUPAN (LS)4


    Andainya dapat kuungkapkan
    rasa rimbunan kesyukuran
    akan aku persembahkan seluruhnya
    Andainya dapat kusimpul
    aura bahasa pengorbanan
    akan aku perhambakan seluruh kudrat
    kerana betapa dari degup nadi ini
    aku telah dilimpahi segala keberkatan
    meletakkan aku di daerah hijau kehidupan.

    Hambali Maliki
    sajak kesyukuran
    Tangkak 25 disember 2015

    ULASAN RENGKAS !

    Kita jarang dapat menjangka kehidupan itu tidak semestinya terus bekekalan , kekadang ada masa dan ketikanya kita terpaksa berhijrah mengikut keadaan dan keperluan. Apa pun hidup di desa atau kota memang banyak berpezaannya .Tetapi apa yang penting bersyukur sajalah apa yang ada kerana apa yang kita dapat itulah hak dan rezeki kita.

    LAYAK SETERUS

    BalasPadam


  18. Nuri Jaguh berkata...
    24.WILAYAH ASING (TK) PK2

    Terdampar di wilayah asing
    diranduk rasa tidak puas hati
    ditegah oleh rasa gelisah
    kerna terpaksa mematuhi setiap bayangan
    Suatu ketika hati ini mahu mencabar semula
    akan tetapi hanya hati yang keras
    memaksa diri duduk diam membisu
    cuma melakukan itu dan ini
    sambil membutakan mata memekak telinga
    demi mendengar arahan dari suatu bayangan

    Nuri Jaguh
    sajak marah ketika baru berkeja di tempat baru
    seberang prai 29disember

    ULASAN RENGKAS !

    Kekadang kita terlalu serius ada juga org yang tidak senang, lalu ditukarkannyakita ke daerah lain yang mana kita menjadi terasing , biasanya kalau naik marah pertukaran yg tidak digemari,kerana kita org bawahan maka ikut sahaja arahan dari bayang yang kita sendiri rasa membekam dalam hati.

    MAAF TERPAKSA KELUAR. ATAU MUNGKIN LAYAK PUSIANGAN K2

    BalasPadam
  19. jgn IS seram msia udah

    BalasPadam
  20. Is dh x btol skrg ni

    BalasPadam