Jumaat, 29 Januari 2016

BILA NAFSU SYAITAN MENGGODA






11.BILA NAFSU SYAITAN MENGGODA


Bila hawa nafsu kita menggoda
Hati pun tidak tidak dapat di kawal
Segala pertimbangan akal yang matang
Hilang bagaikan se buah negara di langgar geruda
Begitulah dahsatnya apabila nafsu ganas datang menggoda.

Bila hawa nafsu kita menggoda
Kita bagaikan lembu dicucuk hidung
Ikut sahaja apa kata nafsu syaitan semata
Tanpa bantah atau tanpa halangan tunduk dan patuh
Mengikut selagi keinginan hawa nafsu tidak di tunaikannya.

Bila saja syaitan menggoda kita
Hawa nafsu menguasai hati dan fikiran
Akal yang waras dan matang terbang hilang
Segala  iman dan ketakwaan turut di heret  bersama
Di waktu itu iblis dan syaitan menguasai diri kita sepenuhnya.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 3.40 pagi
Tanggal Jumaat 9hb Januari 2016.

16 ulasan:

  1. Jangan kita mudah marah danjangan mengikut hawa nafsu serakah . Bila marah ambillah wuduk , atau pun banyak berastaffar. kalau kita sedang marah berjalan sila duduk , marah lagi elok berbaring , air sekali berwuduk . marah drp api , api dapat di padamkan dengan air .

    BalasPadam
  2. PUISI BERBUNGA CANTIK

    Puisiku cuma mengembang dan berbunga cantik
    maka puisi yang aku tanam ini
    tidak kubina para untuknya
    menyusur bebas di batasan
    Namun aku percaya puisi berbunga cantik
    tidak hanya tanah dan baja tempatnya tumbuh
    Apa yang kuharapkan pada puisiku
    biarlah mengembang zat bersama tanah dan baja
    bunganya cantik meskipun tidak berpara
    Apa yang kuharapkan pada puisiku
    sesiapa pun dapat memetiknya
    mereka bersama indah

    Mozaire
    sajak buat tunang yang akan langsungkan perkawinan x lama lagi
    teluk kumbar

    BalasPadam

  3. AKAR YANG BERSERABUT

    jika tertalu meniti kehalusan peribadi
    akhirnya kita berserah pada takdir
    Bila terjebak dalam akar-akar yang berserabut
    harus kita menggenggam tekad
    walau fikiran ketika itu masih terkusut
    Kerana dahulu pohon tidak tumbuh dari akar
    Tidak menegak dari tunjang melilit bumi
    tetapi kini pohon itu semakin tumbuh
    bersama akar yang menjalar
    Melilit segala-galanya dihadapan
    terkadang aku menjadi bingung
    Bila fikiran tergelincir dari landasan kebenaran
    Berakalkan nafsu syaitan
    Kita terjebak dalam duniawi
    buntu menemui jalan pulang

    Saizul Maizav
    sajak buat org penang yang masih dibeleggu kecelaruan
    Pulau Pinang 20januari2016

    BalasPadam

  4. KULAT CENDAWAN

    Ini cerita cendawan kecil dan lurus
    yang tumbuh bebas walau dalam gelap
    sedangkan air yang ada hanya setitik embun
    ia tetap kembang jadi cuba menjadi sebesar dunia.
    tapi rantingnya rapuh dan gelisah
    apabila pucuk dan batangnya
    dibalut oleh kulat dan menumpang
    mungkin suatu hari nanti
    ia akan menjadi serpih sejarah
    atau suatu peristiwa besar

    Penduga Akal
    sajak sinis
    Teluk Kumbar

    BalasPadam
  5. BAU

    Telah kau kepung segala bau
    mengumpulkan khazanah alam
    rimba pekat penuh rahsia
    menelan apa saja yang sedia mendekati.
    Sebenar terlalu berat menakluk kekuasaan
    kecuali harapan berbekalkan azam,
    pohonpun kita suburkan lagi
    lembah dan bukit serinya merimbun.
    Kini baunya yang dihirup
    adalah keazaman terkuat menerbitkan cahaya
    serta wangi yang khas waktu malam di sini
    kunang-kunang pun menjadi bintang
    menyerikan alam terbuka siang cerah
    bersama surga terus mendenyutkan usaha.

    Abang Japp
    sajak terkenang
    14januari 2016

    BalasPadam
  6. maaf ruangan komen kt sini kna godam...

    BalasPadam