Selasa, 29 Disember 2015

NIAGALAH KITA ORANG MELAYU






153.NIAGA LAH KITA ORANG MELAYU

Bukankah rezeki itu Allah berikan
Kepada makhluk di muka bumi ini
9 daripada 10 dari hasil perniagaan
Hanya orang niaga saja yang tahu
Nikmatnya hasil rezeki dari niaga.

Niaga itu kerja jualan harian kita
Bila berniaga dibeli dengan wang
orang berniaga sentiasa berwang
berbeza orang bekerja makan gaji
selalu cemas  menanti hujung bulan.

Berniaga sama dengan kerja sendiri
Kita bebas untuk melaksanakannya
Bila-bila masa kita boleh ambil cuti
Soal wang tidak perlu bersusah hati
Bila ada pembeli ada wang kita nanti

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 2.00 ptg.
Tanggal 21hb Disember 2015

15 ulasan:

  1. Berniagalah kita orang Melayu, hidup kita masalah kita , tidak ada orang lain untuk menyelesaikan masalah kewangan kita dan makan minum kita bersama keluarga.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya ramai orang yang berjaya dalam hidup ini buat kerja lebih daripada dua kerja . Kenapa orang china kaya ? Mereka selain bertugas makan gaji , ada lagi kerja sendiri tanpa kita ketahui. Malah kerja lebih dari satu ini telah diamalkan seluruh rakyat di dunia.

    BalasPadam
  3. Ada seorang India muslim, jam 4 pagi potong kepala ikan di market. Jam 7 pagi hantar atau jual surat khabar . 11 pagi kerja kedai perabut , jam 8 malam kerja bantu kawan jual begger di tepian jalan . memang senang dia .

    BalasPadam
  4. Kebanyakkan orang china kerja apa sekali pun kebanyakkan hati mereka dan lkeluarga mereka berniaga , mereka akan membantunya . Kawang saya seorang guru di Batu peringgi, siang mengajar sekolah rendah Telok Bahang. malam buka restoran dekat hotel Rasa Sayang , dia punya.

    BalasPadam
  5. Jadi kalau ada sesiapa menghalang dan beri berbagai alasan supaya jangan buat dua kerja terpulang kepada dia , Siapa yang rasa tak cukup wang untuk belanja perlulah beriktiar dan berusaha , kalau nak ikut tak cukup masa , sampai mati pun kita tidak akan cukup masa, melainkan kita pandai mengunakan masa. Bernioagalah wahai orang melayu kita?

    BalasPadam
  6. BILA ANGIN PUTING BELIUNG

    Tatkala awan kelabu songsang berarak
    bakal menghamburkan jelaga dan keladak
    bersama bayu melintang berhembus laju
    tiada lagi sepoi-sepoi bahasa seperti dahulu
    ke mana agaknya kita akan berginjak dan berlalu
    sebelum halilintar ganas menuju
    puting beliung menerjah bertalu?
    Agaknya ke mana kita selepas itu
    jika rumah sendiri telah terkunci
    penghuni lain telah berkuasa didepan pintu
    mereka tak diundang itu tidak pernah kita kenal
    kita yang tiada apa-apa lagi
    terpaksa berlalu dan pergi
    sekadar memberontak dalam diri
    lewat penyesalan bersilih ganti

    Saizul Maizav
    sajak sinis buat kerajaan di pulau pinang
    hrp melayu tidak ditindas lagi
    air itam 29disember

    BalasPadam
  7. TEWAS

    Jangan salahkan ketewasan
    kerana tiada apa-apa mampu kita lakukan
    melainkan melihatnya dari sudut teladan.
    Kesatkan air matamu putera wira padang
    meskipun telah kau ketahui
    dukaku melirih di hujung sanubari.
    Pejamkan matamu senyumlah selalu
    seimbangkan emosi kukuhkan jati diri
    kita gali kembali muhasabah diri dengan berani
    di situlah kita akan temui
    tewas ini harganya kita tebus nanti
    maruah bola sepak kita secara hakiki.
    Bangkitlah berhemah usah tersadung
    akhlak mulia juga pasti disanjung.

    Naga Samudera
    sajak utk bola sepak kedah yang tewas sbb sy sendiri
    ada kat stadium sbb sy kerja kat stadium darulaman

    BalasPadam
  8. WARNA WARNI

    Warna-warna kelam dihati ini
    mula mengalir laju
    berlumba mengisi sempadan diri
    Bak air turun tatkala hujan,
    yang terselit pelangi di celah sinaran.
    jadi Dimana lagi harusku berdiri,
    Agar diri tidak lagi sunyi,
    Dimana lagi harusku berlari,
    Agar bahgia sering menemani,
    Dimana lagi harusku mencari,
    Agar kasih tenang di hati.

    Seri Suri
    sajak simbolik
    perak 2015

    BalasPadam
  9. ROSAK PERSAHABATAN KERNA

    persahabatan tak terungkapkan dengan perkataan,
    tetapi bercambah di dalam kalbu
    membesar menjadi rimbun, berbunga, berbuah
    bukan untuk satu tetapi buat semua merasa
    redup kesejahteraan meriah keamanan dan manis kehidupan.
    seperti sejenis ikatan dengan tali pengorbanan
    persahabatan rosak kerna pengkhianatan oleh dendam dari dalam.
    yang tertanam di jantung yang mengalir bersama darah
    tertancap di tulang-temulang bersemarak di perdu hati
    jadi jangan cuba merosakan sesuatu persahabatan

    Ali Conan
    sajak persahabatan
    kuala lumpur 2015

    BalasPadam
  10. LELAKI TINGGI TEGAP

    lelaki itu tinggi dan berdiri tegap
    menghadap cermin dengan yakin
    walau hatinya hanya tuhan yang tahun
    dia cuba gagah tenang untuk menatap seantero dunia
    bagi mewarnai jiwa semua dengan sepenuh harapan
    agar tiada kesangsian yang berlaku lagi
    walau dituduh agar menipu rakyat
    hingga memerangkap orang yang mendengar
    tetapi dengan kemasyhuran yang dicapai
    bukanlah harga yang dicari
    tetapi kepercayaan yang ditagih
    penjuang rakyat ini harus dicontohi

    Raja Muda
    sajak buat PM
    selangor 2015

    BalasPadam
  11. USAH PERCAYA

    Usah percaya riuhnya ayam
    lalu menyangka ia sudah bertelur
    usah percaya guruh mendentum
    lalu menyangka hujan nak tiba.
    Usah percaya gemuruhnya kompang
    lalu menyangka dah tiba mempelai
    usah percaya hebohnya orang
    lalu menyangka YB yang sampai.
    Usah percaya buah di pokok
    lalu menyangka dapat dimakan
    usah percaya gahnya tepuk
    lalu menyangka hebatnya sokongan.
    Usah percaya pada orang
    kerana manusia zaman sekarang
    yang jujur terlalu kurang
    yang banyak kaki temberang.

    Hero Kampung
    sajak sinis
    Kelantan

    BalasPadam
  12. BAJU KESABARAN

    kehilangan sesuatu yang hilang
    Tidak perlukah bersedih
    Jika dunia menawarkan kemerlapannya
    Maka bersabarlah terhadapnya
    Sabar itu kunci cita-cita
    Selalu menolong tiada hentinya
    Sabarlah meski panjang beberapa malam
    Barangkali kedukaan akan bertukar kepada kesukaan
    Barangkali keberhasilan itu mungkin itu tidaklah ada
    Jika kau bertemu saat menyedihkan
    Itu biasa jadi Kenakan baju kesabaran

    Julia
    sajak simbolik
    jasin 29 disember 2015




    BalasPadam
  13. MEMETIK CINTAMU

    Malam ini akanku tinggalkan sebuah mimpi
    Kali ini akanku cari diri sendiri
    Hadirku bagai ilusi sekadar menjadi impian
    Hati tak dapat ku miliki
    cuma hanya di alam fantasi
    Mungkin seratus tahun lagi
    Impian menjadi realiti
    Mungkin jua seribu tahun lagi
    Aku masih di sini
    Menunggu di pintu hati
    Menanti sesuatu yang tak pasti
    Akan ku terima hakikat ini
    Yang ingin memetik cintamu

    Mozaire
    sajak jiwa-jiwa untuk tunang
    teluk kumbar 2015

    BalasPadam
  14. saya lepas 8 sajak tp en nuri pilih 4 sahaja yg benar-benar layak....

    lagi 4 org singkir tapi antara 4 org yg tersingkir tu nanti pilih 2 org yg layak dpt peluang kedua...

    BalasPadam
  15. sayembara kali ni kita buat secara santai en nuri boleh ulas ikut suka xda paksaan nk cepat2...

    hadiah sayembara penaja nk bgi nset utk 3 org yg menang....

    BalasPadam