Ahad, 27 Disember 2015

BILA DAH TUA NAMPAK BANYAK PULA PARUT LAMA





                                             
158.BILA DAH TUA NAMPAK BANYAK PULA PARUT LAMA

Bila sudah tua
Nampak pula parut lama
Di kepala waktu kecil jatuh tangga
Di kening kena denda berdiri atas bangku
Buat bising cikgu marah jatuh terantuk kerusi kayu

Parut  di lutut kaki sebelah kiri
Buat kebun ubi  kena parang panjang
waktu sedang menebas parang pula terlepas.

Parut di pangkal jari telunjuk
Sewaktu kupas kulit tebu untuk atuk
Pisau tajam telajak dihentamnya jari telunjuk.

Parut di hujung jari
Pergi memancing kail baling
Ladung masuk sungai, mata kail lekat di jari.

Parut di tumit kaki kanan
Musim hujan main bola dalam rumah
Lawan duk rebut bola getah masuk celah pintu
tetiba tumit berdarah ada parang tajam di balik pintu.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 8.pagi
Tanggal 27hb Disember 2015.


15 ulasan:

  1. Zaman kanak-kanak siapa yang tak nakal terutama budak lelaki, main sesaja kerja mereka . bola, gasing, lelayang . guli dan sabung ayam.

    BalasPadam
  2. Kekadang pergi memancing ikan atau menyala udang galah . Masa itu bukan ada niat nak jaga tubuh badan , luka nanti lekat parut, taka ada masa nak ingat itu semua.

    BalasPadam
  3. Tahu main sahaja , buat apa sahaja , berkebut bila luka dapat parut, lastik burung , tangkap ikan pelaga , panjat pokok mangga , kalau jatuh dapat sakit, kalau luka dapat parut juga.

    BalasPadam
  4. deman campak atau ayam meletop pun boleh lekat parut kalau belum cukup sembuh pergi main air hujan .Parutnya boleh di bawa sampai ke tua.

    BalasPadam
  5. Walaupun dini hari berbagai ubat ada utk menghilangkan parut, tetapi berjaga lebih awal atau waktu muda tubuh kita lebih selamat . Kerana bila dah tua rambut dah hilang kepala botak , parut di kepala akan nampak.

    BalasPadam
  6. nakal jugak en nuri msa kecik

    BalasPadam
  7. ganas pulak en nuri byk parut

    BalasPadam
  8. dh mcm gangster plak byk parut

    BalasPadam
  9. wah! parut byk hebat en nuri ni

    BalasPadam
  10. parut kenangan tu

    BalasPadam
  11. pakai la krim menghilangkan parut qu puteh

    BalasPadam
  12. aik? smpai byk parut gila buas en nuri ni

    BalasPadam
  13. parent en nuri x marah ke en nuri msa kecik2 dlu

    BalasPadam
  14. sama la mcm aku kecik2 dlu smpai skrg pun parut byk

    BalasPadam
  15. legend en nuri ni parut byk

    BalasPadam