Selasa, 13 Oktober 2015

MASA AKAN MENCERITAKAN





89. MASA AKAN MENCERITAKAN

Sejarah bisa merakamkan
waktu pula akan menentukan
bila tiba masa dan ketikanya nanti.

Setiap yang mungkar
jangan bisa dimakrupkan,
setiap yang batal jangan bisa disahkan,
kerana hari dan waktu
akan menceritakan segala
kerana sejarah telah membuktikan
pada cerita benar atau cerita yang salah.

Seorang berwajah tampan
jika kerjanya terlalu keji
ramai orang akan membenci,
tapi seorang kurang tampan
jika kerjanya baik dan ikhlas
ramai orang akan menyayanginya,

Begitulah lumrah kehidupan
masa  akan menceritakan segala
apa yang ada pada lipatan sejarah
untuk  kita mengambil iktibar darinya
sebagai satu tauladan buat pengajaran.

Oleh: Nuri manja,
Tersedar dari lena panjang 
salin semula pada 13 Oktober 2915.


23 ulasan:

  1. sajak kumpulan 5 dalam proses utk dilepaskan

    BalasPadam
  2. mcm mana dia bleh tau msa depan? hebat atuk en nuri ni

    BalasPadam
  3. eh! sapa nama atuk en nuri tu dia ada lgi x mcm mana dia bleh meramal msa depan?

    BalasPadam
  4. umur smpai 120!!!! biar btol!!!

    BalasPadam
  5. ROH PERPADUAN

    Bangkitlah roh perpaduan kita
    demi menegak kebenaran
    cubalah menebas kebatilan itu
    mari kita lupakan perbezaan
    rapatkan barisan dan menyusun agenda.
    Tegakkan maruah bangsa kita yang tercalar
    bangkitlah kita daripada kehancuran
    menyesatkan atas nama tiang agama suci
    ayuh tanamkan tekad melawan
    godaan yang menggoncangkan akidah
    Biar mereka terpegun dan sedar
    kitalah warga terbilang
    di tanah pusaka tercinta ini.

    Geletek Malam
    sajak utk himpunan baju merah sbb sebenarnya saya salah sorg yg terlibat dalam himpuan baju merah
    kedah 16 sept 2015

    BalasPadam

  6. KEHIDUPAN DUNIA

    Kehidupan di dunia
    Kadang kala indah bagai bulan purnama
    Kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana
    namun mulut tetap terkunci
    Tidak mampu melafazkan yang tersurat di hati
    Kerana jendela bibir terkunci rapi
    Termenung kuseketika
    Dilamun mimpi khayalan yang tak sudah
    Diri masih tertanya-tanya
    Kemana hilangnya kunci yang dicari
    Hilang tetap tak ditemui
    Kaki yang melangkah kedepan
    Tiba-tiba tersisir ke belakang
    Bagai hidup tiada penghujung
    Umpama bunga hilang wanginya
    Ibarat daun tiada hijaunya


    Pahlawan Terbilang
    sajak mengenang nasib
    kota bharu
    9mlm

    BalasPadam


  7. DUNIA BERPUTAR

    Dunia berputar
    Namun kaki tidak terlangkah
    Masa berlari
    Namun jiwa masih terhenti
    Umpama memijak awan
    Bagai berlari dikayangan
    Ibarat diri bayang-bayang
    Yang berpijak di bumi nyata
    Diri tinggal tanda Tanya
    Yang selama ini dikejar
    Namun tak pernah ditemui
    Yang selama ini diterokai
    Namun masih menjadi misteri

    Pak Akop
    sajak simbolik
    3pagi di sungai pinang

    BalasPadam



  8. TERSIMPUL MATI

    Pandanganku cuba jauh kedepan
    namun sering tersasar di persimpangan
    hati yang berbisik namun jiwa tidak terdetik
    sengaja ku abaikan risiko didepan
    Perjuangan masih di persimpangan
    musuh sekeliling sorak kegembiraan
    tatkala diri tersungkur dari batasan
    manusia serupa namun pemikiran berbeza
    jalan yang dilalui terasa bagai berduri
    Kaki yang melangkah terasa beratnya
    otak yang mengkaji berhenti keletihan
    apa lagi yang terlepas dari pandangan?
    apa maknanya semua ini
    naluri hati telah tersimpul mati
    hendak ditanya namun pada siapa
    ingin dijawab tiada pula soalannya

    En Sanusi
    sajak kesedihan dan musibah yang melandang keluarga
    6.julai 2015

    BalasPadam
  9. eh! sampai 120 skrg ada lagi x?

    BalasPadam
  10. mana dia tahu psl msa depan? ada lagi x bleh nk jmpa dia

    BalasPadam
  11. mana dia tahu psl msa depan misteri ni

    BalasPadam
  12. eh! atuk lelaki ke atuk pmpuan yg umur 120 tu?

    BalasPadam
  13. aku rasa dia pun datang dari zaman msa depan la...

    BalasPadam
  14. KUMPULAN 6 dilepaskan awal sbb sy akan ambik cuti seminggu jd lepas awal2 snang sikit utk kumpulan 7 dgn 8 sy serah kat quratul aini

    BalasPadam

  15. JANGAN BERCERITA LAGI

    sekarang aku menyerahkan diri dan segala dosa
    tapi Jangan lagi kau bercerita
    Sudah tercalar semua di muka ini
    hinggakan nanah sudah meleleh dari muka
    aku tidak bersuara tiap kali melangkah
    menahan dari mengerang kesakitan
    sambil mengelak untuk rebah
    hampir terhempas aku di bumi keras
    kerna bibir terasa kebas darah menjadi beku

    Anjang Aki
    sajak utk saudara-mara sy kerana kami kian renggang
    berkenaan hal pembahagian tanah dikampung
    Bagan Samak 11/oktober

    BalasPadam

  16. AJAL MENGKIANAT

    Sebelum ajal mendekat dan mengkhianat,
    mencengkam dari belakang tika tidak melihat,
    selama masih menggelombang dalam dada,
    kecewa dan gentar belum ada dihati ini,
    walau malam kini kian terbenam,
    berkibar hilang dalam kelam,
    Ajal yang menarik juga mencekik diri sendiri!
    Jangan tambatkan pada siang dan malam
    biarkan ia berkembang melangkaui angkasa

    Mat Noh
    sajak terkenang
    Sungai petani 11mlm

    BalasPadam


  17. CUACA SUDAH LARUT

    Kami semua bersama berjalan juga
    walaupun cuaca hari suadah larut
    ketika hujan membasuh kami
    kami bagai sudah tenggelam dalam air
    gerak badan kami sudah tak punya erti
    Darah pula menjadi pekat dan padat
    walaupun sebenarnya kami hanya rangka saja
    tapi hati tetap mahu berdiri
    sambil menunggu ketibaan bas disini

    John Bagerna
    sajak kenangan ketika basah lencun menunggu bas yg x muncul bersama isteri dan anak
    Kuala Terengganu 7ptg

    BalasPadam


  18. MENIUP NYAWA

    Sebuah jendela bagaikan
    menyerahkan kamar ini pada dunia.
    Bulan yang menyinar tapi jauh lebih dalam
    aku tertidur dalam tersedu,
    Keramaian di penjara ini sepi selalu,
    semuanya bersendiri tapi baring dalam jemu
    Mata menatap di bongkah batu
    kerana terlalu sempit buat meniup nyawa!

    Keris Berlian
    Sajak Sinis
    Permatang Pauh 12/oktober

    BalasPadam

  19. KUMPULAN 5.

    17.ROH PERPADUAN (LPK)

    Bangkitlah roh perpaduan kita
    demi menegak kebenaran
    cubalah menebas kebatilan itu
    mari kita lupakan perbezaan
    rapatkan barisan dan menyusun agenda.
    Tegakkan maruah bangsa kita yang tercalar
    bangkitlah kita daripada kehancuran
    menyesatkan atas nama tiang agama suci
    ayuh tanamkan tekad melawan
    godaan yang menggoncangkan akidah
    Biar mereka terpegun dan sedar
    kitalah warga terbilang
    di tanah pusaka tercinta ini.

    Geletek Malam
    sajak utk himpunan baju merah sbb sebenarnya saya salah sorg yg terlibat dalam himpuan baju merah kedah 16 sept 2015

    ULASAN:

    Puisi sdra GM Thema mengharapkan perpaduan . Mesejnya tepat sekali buat masa kebelakangan ini. Pengucapannya biasa-biasa sahaja mudah ditangkap segala maksud yg tersurat dan tersirat sama seperti puisi –puisi gaya en nuri . Syabas! ( LPK)

    BalasPadam

  20. 18.KEHIDUPAN DUNIA (LPK)

    Kehidupan di dunia
    Kadang kala indah bagai bulan purnama
    Kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana
    namun mulut tetap terkunci
    Tidak mampu melafazkan yang tersurat di hati
    Kerana jendela bibir terkunci rapi
    Termenung ku seketika
    Dilamun mimpi khayalan yang tak sudah
    Diri masih tertanya-tanya
    Kemana hilangnya kunci yang dicari
    Hilang tetap tak ditemui
    Kaki yang melangkah kedepan
    Tiba-tiba tersisir ke belakang
    Bagai hidup tiada penghujung
    Umpama bunga hilang wanginya
    Ibarat daun tiada hijaunya

    Pahlawan Terbilang
    sajak mengenang nasib kota bharu 9mlm 13 Oktober 2015 11:38 PG

    ULASAN:

    Puisi Sdra PT membawa Thema mengharapkan suatu kebenaran . Mesejnya jelas bagaikan mencari kebenran dan kenapa mesti ada penghalang utk kebaik dan kebenaran, mengapa mesti ada teka teki dalm hidup ini. Sedangkan kita sedangh menuju kea lam baqa? Syabas! (LPK)

    BalasPadam

  21. 19.DUNIA BERPUTAR (TK)

    Dunia berputar
    Namun kaki tidak terlangkah
    Masa berlari
    Namun jiwa masih terhenti
    Umpama memijak awan
    Bagai berlari dikayangan
    Ibarat diri bayang-bayang
    Yang berpijak di bumi nyata
    Diri tinggal tanda Tanya
    Yang selama ini dikejar
    Namun tak pernah ditemui
    Yang selama ini diterokai
    Namun masih menjadi misteri

    Pak Akop
    sajak simbolik
    3pagi di sungai pinang 13 Oktober 2015 11:38 PG

    ULASAN:

    Sajak PA begitu simbolik yang sukar ditangkap segala maksud dan isi pengertiannya? Kami mengharap puisi yang setelah dibaca dapat kita berfikir dan meneliti nilai mesejnya. Bila ungapan kata terlalu banyak bermain dg simbolik , akhirnya menyembunyikan cerita yang hendak disampaikan. Maaf Cuma disini (TK)

    BalasPadam

  22. 20.TERSIMPUL MATI (TK)

    Pandanganku cuba jauh kedepan
    namun sering tersasar di persimpangan
    hati yang berbisik namun jiwa tidak terdetik
    sengaja ku abaikan risiko didepan
    Perjuangan masih di persimpangan
    musuh sekeliling sorak kegembiraan
    tatkala diri tersungkur dari batasan
    manusia serupa namun pemikiran berbeza
    jalan yang dilalui terasa bagai berduri
    Kaki yang melangkah terasa beratnya
    otak yang mengkaji berhenti keletihan
    apa lagi yang terlepas dari pandangan?
    apa maknanya semua ini
    naluri hati telah tersimpul mati
    hendak ditanya namun pada siapa
    ingin dijawab tiada pula soalannya

    En Sanusi
    sajak kesedihan dan musibah yang melandang keluarga
    6.julai 2015

    ULASAN

    Puisi ES juga bertemakan kesedihan soal peribadi agaknya. Mesej yang hendak disampaikan bermain dalam ungapakan kata yang tersembunyi, berteka teki mungkin agak sukar buat pembaca menangkap maksud isi penceritaannya. Buat sdra ES Harap maaf Cuma di sini (TK)

    BalasPadam
  23. Maaf sajak KUM 5 ini tak sempat diterbit jam 5 pagi tadi kerana QM pergi ambil anak dia kat USM nak balik . Lepas itu ikut sambutan maal hijrah mungkin di masjid dan surau agaknya.

    BalasPadam