Rabu, 14 Oktober 2015

MAAL HIJRAH PERUBAHAN TAMADUN ISLAM




91. MAAL HIJRAH  PERUBAHAN TAMADUN ISLAM


Peristiwa Hijrah ini satu perjalanan yang datang saban tahun
Agar dapat meningkat kan perubahan sikap setiap jiwa raga
Kerana dunia Islam hari ini sering sahaja suka berubah-ubah
Jadi  hayati roh hijrah itu perlu ada pada hati setiap manusia
Sama ada perjuangan, keimanan dan daya fikir dalam islam


Hijrah mampu menukar tamadun kehidupan umat Islam hari ini
Jadi berhijrah kerana Allah dan Muhamad S.A.W melakukannya
Mesej hijrah penuh dengan perancangan teliti dan tersembunyi
Agar kita contohi para sahabat berfikir menyelesaikan masalah
Untuk menghadapi segala keadaan selepas ketiadaan nabi nanti.


Hijrah juga boleh mengambil contoh melatih minda umat manusia
Jadikan kembali sejarah kekuatan keagungan negara-negara Islam
Dahulunya sebagai pusat rujukan penyelidik penakluk seluruh dunia
Sebaiknya majlis maal hijrah sebagai pusat perubahan keperibadian
Agar kepimpinan Islam di negara Malaysia menjadi contoh tauladan


Oleh Tinta Azimad
Catatan jam 11. 00 pagi
1 Muharam 1437 dan 14 Oktober 2015.

22 ulasan:

  1. PENGHUNI KAKI LIMA

    Izinkan dia beradu di sini
    Berbumbungkan langit
    Berselimutkan dingin sembilu
    Beralaskan hamparan kotak-kotak
    tapi masih mampu terlena
    Lebih lena dari tidurku
    Sedangkan ku pilih untuk berlari
    Jauh dari kehidupan realiti
    Lemparkan sedikit simpati
    Walau hanya sekelumit sisa dari mulut
    dia juga punya hati
    Tetapi Hati yang telah lama mati
    Hulurkan secubit kasih
    Agar sia rasa dihormati
    Sebagai penghuni terhormat
    Di kaki lima ini

    Kembara Budiman
    sajak utk pengemis dikaki lima yg bru sy temui tadi dan sy juga memberikannya makanan kasihan
    chow kid road
    3petang

    BalasPadam



  2. USAH GUSAR

    Usah gusar Bila melalui jalan sukar
    Kerana kita harus sedar
    Hidup tidakkan mudah
    Jika semangat kita lemah…
    Usah membisu Jika ada rasa terbuku
    Bukankah kita ditakdirkan bersatu
    Berkongsi rindu dan sendu
    Kerana kita harus tahu
    Beratnya beban menanggung pilu…
    Memang tidak mudah
    tapi kita tongkah dengan seribu tabah

    Quratul Aini
    sajak memberi semangat
    shah alam 8 pagi

    BalasPadam


  3. SERIBU PERHARGAAN

    SahabatKu sambut dengan seribu penghargaan,
    Agar kita menjadi insan berilmu,
    Dan pembela nasib masa depan,
    Hatimu perlu cekal dan tabah,
    Sesabar ibu mendewasakanmu,
    Jiwamu perlu subur dengan iman,
    Maka dibawah langit biru ini,
    Kita mengenal erti sebuah kehidupan,

    Pak Ya Nyabo
    Sajak tentang persahabatan
    3 ogos 2015

    BalasPadam


  4. TERSASAR

    Ku tersasar dalam hidupku,
    Tanpa arah dan tujuan,
    Menitis air mataku di setiap perjalanan,
    Mengesat peluh yang tidak kesampaian
    Mana ilmu yang diberikan?
    Mana kata nasihat yang disampaikan?
    Tapi itu semuanya dahulu,
    Ketikaku tidak memahami erti kehidupan dan perjuangan.
    Akhirnya aku mengerti,
    tiap perjalanan pasti ada ujian dan cabaran,
    tiap pertemuan pasti ada perpisahan,
    Akan ku tempuhi hidup ini demi pengalaman,
    Akan ku semat iman demiMu Tuhan,

    Datuk Hasbi
    sajak keinsafan
    4 julai 2015

    BalasPadam
  5. kumpulan 7 dah dilepaskan

    BalasPadam
  6. sajak kumpulan 8 dilepaskan

    BalasPadam

  7. MEMIMPIN

    Segala kupinta tiada kauberi
    Segala kutanya tiada kau sahuti
    Butalah aku berdiri sendiri
    tiada memimpin jari
    Maju mundur tiada berdaya
    Sempit bumi dunia maya
    Runtuh aku di jalan buntu
    Terbabas putus salah arahku
    harapkan ada yang memimpinku kembali

    Hilal Ashraf
    sajak keinsafan
    3 mei 2015

    BalasPadam

  8. RUMPAI DAN KERANG

    Kaku tersadai di permatang pasir pantai
    tersenyum memandang rumpai
    segar menari tarian dunia laut
    diusik anak-anak ikan ceria
    di balik batu si kerang giat mengintip
    ghairah memandang keriangan di dasar sungai
    Itulah yang bermain di fikiranku
    bagaimana harus kembali
    mengecapi saat-saat gemilang seperti ini

    Adiwira Angkasa
    sajak simbolik kehidupan
    1 januari 2015

    BalasPadam



  9. ENTAH PERGI KE MANA

    Masa silam adalah rimba kesakitan
    hingga dikau tidak mampu berdiri
    di laman kendiri merenung bulan
    memancarkan jernih kekesalan
    di wajahmu yang rawan.
    Yang terjadi adalah tragedi
    sesaat yang mengubah rasa
    pahit sendirian menelan segala
    entah pergi ke mana.

    Harimau Berantai
    sajak terkenang
    19 oktober 2015

    BalasPadam

  10. PERKAMPUNGAN KOTA MURNI

    Melihat sepintas mimpi
    di perkampungan kota murni
    menghimpun kita kembali
    menghampar kata sejahtera,
    Malam ini di tengah-tengah ruang luas
    ada bintang dan sinar cahaya
    Kepada kota di perkampungan ini,
    menyisir tirai jendela
    kilau bayangan menjadi nyata
    kebersihan suci lumrahnya memuncak barakah
    ke persada perjuangan harga diri.

    Lagenda Pulau
    sajak simbolik
    sungai dua 2/okober/2015

    BalasPadam
  11. KUMPULAN 6

    Anjang Aki berkata...
    21.JANGAN BERCERITA LAGI (TK)

    sekarang aku menyerahkan diri dan segala dosa
    tapi Jangan lagi kau bercerita
    Sudah tercalar semua di muka ini
    hinggakan nanah sudah meleleh dari muka
    aku tidak bersuara tiap kali melangkah
    menahan dari mengerang kesakitan
    sambil mengelak untuk rebah
    hampir terhempas aku di bumi keras
    kerna bibir terasa kebas darah menjadi beku

    Anjang Aki
    sajak utk saudara-mara sy kerana kami kian renggang
    berkenaan hal pembahagian tanah dikampung Bagan Samak 11/oktober 2015

    ULASAN:

    Pak AA thema soal kekeluargaan juga mesej perebutan pembahagian harta pusaka . Macam ada persamaan dg keluarga ibu En nuri juga,satu geran ada 17 nama . Apa pun cerita begini baik disembunyikan sahaja drp pengetahuan umum. Sebaiknya cari thema yg lebih mencabar dan umum. Harap maklum (TK)

    BalasPadam

  12. 22.AJAL MENGKIANAT (TK)

    Sebelum ajal mendekat dan mengkhianat,
    mencengkam dari belakang tika tidak melihat,
    selama masih menggelombang dalam dada,
    kecewa dan gentar belum ada dihati ini,
    walau malam kini kian terbenam,
    berkibar hilang dalam kelam,
    Ajal yang menarik juga mencekik diri sendiri!
    Jangan tambatkan pada siang dan malam
    biarkan ia berkembang melangkaui angkasa

    Mat Noh
    sajak terkenang
    Sungai petani 11mlm 13 Oktober 2015 11:54 PG

    ULASAN:

    Sdra MN dengan mesej sajak sedih kisah lama yang masih bermain dalam kenangan. Bila si dia yg amat dikasih telah pergi . Agak terlau peribadi , sebaiknya cari thema yang lebih mencabar . Maaf Harap Maklum (TK)


    BalasPadam

  13. 23.CUACA SUDAH LARUT (LPK)

    Kami sekeluarga bersama berjalan
    walaupun cuaca sudah larut
    ketika hujan turun membasahi
    kami bagaikan sudah tenggelam dalam air
    gerak badan sudah tidak lagi punya erti
    Darah pula menjadi pekat dan padat
    walaupun kami hanya tinggal rangka saja
    tetapi hati tetap mahu terus berdiri
    sambil menunggu ketibaan bas di sini .

    John Bagerna
    sajak kenangan ketika basah lencun menunggu bas yg x muncul bersama isteri dan anak Kuala Terengganu 7ptg 13 Oktober 2015 11:

    ULASAN:

    Sdra JB anda mungkin bernasib baik sama dg sajak HK yang QM pilih dan buat sedikit pembetulan pada pengucapannya namun tidak lari drp maksud atau mesej yg hendak disampaikannya . cerita anda agak menarik boleh diandaikan dengan berbagai tangkapan pada khalayak yang membacanya. Terpilih utk seterusnya (LPK)

    BalasPadam

  14. 24.MENIUP NYAWA (LPK)

    Sebuah jendela bagaikan
    menyerahkan kamar ini pada dunia.
    Bulan yang menyinar tapi jauh lebih dalam
    aku tertidur dalam tersedu,
    Keramaian di penjara ini sepi selalu,
    semuanya bersendiri tapi baring dalam jemu
    Mata menatap di bongkah batu
    kerana terlalu sempit buat meniup nyawa!

    Keris Berlian
    Sajak Sinis Permatang Pauh 12/oktober 2015 11:55 PG

    ULASAN:

    Sajak sdra KB thema berbau sinis pengucapannya agak memberi satu kesedaran bahawa satu hari kita tetap gagal menyembunyikan cerita. Kerana masa akan tetap menceritakannya. Segala kebenaran kita dan kesalahan kita lakukan. Anda terpilih (LPK).

    BalasPadam
  15. KUMPULAN 7

    25.PENGHUNI KAKI LIMA (TK)

    Izinkan dia beradu di sini
    Berbumbungkan langit
    Berselimutkan dingin sembilu
    Beralaskan hamparan kotak-kotak
    tapi masih mampu terlena
    Lebih lena dari tidurku
    Sedangkan ku pilih untuk berlari
    Jauh dari kehidupan realiti
    Lemparkan sedikit simpati
    Walau hanya sekelumit sisa dari mulut
    dia juga punya hati
    Tetapi Hati yang telah lama mati
    Hulurkan secubit kasih
    Agar sia rasa dihormati
    Sebagai penghuni terhormat
    Di kaki lima ini

    Kembara Budiman
    sajak utk pengemis dikaki lima yg bru sy temui tadi dan sy juga memberikannya makanan kasihan chow kid road 3petang14 Oktober 2015 12:29 PTG

    ULASAN:

    Sajak KB tema belas kasihan sikap yg baik .Cuma Pengucapannya patut direngkaskan sadikit agar lebih padat dan mantap ,agar penceritaannya juga lebih menarik , mesej sudah baik penyusunan bait-baitnya belum begitu mantap . Usaha lagi Maaf Cuma di sini (TK)

    BalasPadam

  16. 26.USAH GUSAR (TK)

    Usah gusar bila melalui jalan sukar
    Kerana kita harus sedar
    Hidup tidakkan mudah
    Jika semangat kita lemah…
    Usah membisu Jika ada rasa terbuku
    Bukankah kita ditakdirkan bersatu
    Berkongsi rindu dan sendu
    Kerana kita harus tahu
    Beratnya beban menanggung pilu…
    Memang tidak mudah
    tapi kita tongkah dengan seribu tabah

    Quratul Aini
    thema sajak memberi semangat
    shah alam 8 pagi 14 Oktober 2015 12:29 PTG

    ULASAN:

    Sajak sdri QA thema member semangat pengucapannya baik, ada kemampuan menghidupkan penceritaan . walaupun mesej bentuk umum pembaca boleh menangkap maksud dan membuat berbagai andaian. Maaf kerana ada puisi lain lebih mencabar anda terpaksa berhenti di sini saja (TK)

    BalasPadam

  17. 27.SERIBU PERHARGAAN (LPK)1

    SahabatKu sambut dengan seribu penghargaan,
    Agar kita menjadi insan berilmu,
    Dan pembela nasib masa depan,
    Hatimu perlu cekal dan tabah,
    Sesabar ibu mendewasakanmu,
    Jiwamu perlu subur dengan iman,
    Maka dibawah langit biru ini,
    Kita mengenal erti sebuah kehidupan,

    Pak Ya Nyabo
    Sajak tentang persahabatan
    3 ogos 2015

    ULASAN:

    Sajak PYN thema persahabatan yg lulur mungkin dulu ada sahabat yg pernah dikenali sewaktu di pengajian dahulu . Kini dalm usia meniti senja masih mampu memberi perangsang dan semangat utk rakannya meneruskan usaha mungkin bekarya agaknya. Layak utk seterusnya (LPK)


    BalasPadam

  18. 28.TERSASAR (LPK)

    Ku tersasar dalam hidupku,
    Tanpa arah dan tujuan,
    Menitis air mataku di setiap perjalanan,
    Mengesat peluh yang tidak kesampaian
    Mana ilmu yang diberikan?
    Mana kata nasihat yang disampaikan?
    Tapi itu semuanya dahulu,
    Ketikaku tidak memahami erti kehidupan dan perjuangan.
    Akhirnya aku mengerti,
    tiap perjalanan pasti ada ujian dan cabaran,
    tiap pertemuan pasti ada perpisahan,
    Akan ku tempuhi hidup ini demi pengalaman,
    Akan ku semat iman demiMu Tuhan,

    Datuk Hasbi
    sajak keinsafan .4 julai 2015

    ULASAN:

    Sajak DH thema kesedaran dan keinsafan pengucapannya agak peribadi tetapi kita nilai dari mesej yg hendak disampaikan boleh memberi satu wadah utk pembaca berfikir dan sedar kalau kita sudah lupa atau tersasar kembalilah semula pada jalan kebenaran dan direhdaan Allah SWT. Anda diterima Layak utk (LPK)


    BalasPadam

  19. KUMPULAN

    29.MEMIMPIN (TK)

    Segala kupinta tiada kauberi
    Segala kutanya tiada kau sahuti
    Butalah aku berdiri sendiri
    tiada memimpin jari
    Maju mundur tiada berdaya
    Sempit bumi dunia maya
    Runtuh aku di jalan buntu
    Terbabas putus salah arahku
    harapkan ada yang memimpinku kembali

    Hilal Ashraf
    sajak keinsafan ,3 mei 2015

    ULASAN:

    Sajak sdra HA thema keinsafan pengucapannya baik ada kemampuan menghidupkan penceritaan . walaupun bentuk individu tetapi masih mampu pembaca membuat berbagai andaian lain drp apa yang disampaikannya. Maaf kerana ada puisi lain lebih mencabar anda terpaksa berhenti di sini saja (TK)

    BalasPadam


  20. 30.RUMPAI DAN KERANG (LPK)


    Kaku tersadai di permatang pasir pantai
    tersenyum memandang rumpai
    segar menari tarian dunia laut
    diusik anak-anak ikan ceria
    di balik batu si kerang giat mengintip
    ghairah memandang keriangan di dasar sungai
    Itulah yang bermain di fikiranku
    bagaimana harus kembali
    mengecapi saat-saat gemilang seperti ini

    Adiwira Angkasa
    sajak simbolik kehidupan ,1 januari 2015

    ULASAN:

    Sajak sdra AA thema kehidupan ada sedikit kelaian pengucapannya. Ternyata jika anda teruskan berusaha menulis ada kemampuan bagi menghasilkan puisi yang lebih puitis menjana minda pembaca atau khalayak . Syabas usaha lagi layak seterusnya (LPK)

    BalasPadam


  21. 31.ENTAH PERGI KE MANA (TK)

    Masa silam adalah rimba kesakitan
    hingga dikau tidak mampu berdiri
    di laman kendiri merenung bulan
    memancarkan jernih kekesalan
    di wajahmu yang rawan.
    Yang terjadi adalah tragedi
    sesaat yang mengubah rasa
    pahit sendirian menelan segala
    entah pergi ke mana.

    Harimau Berantai
    sajak terkenang 19 oktober 2015

    ULASAN:

    Terlalu banyak sajak thema terkenang mesejnya juga semacam sama soal peribadi , berpisah , peceraian dan putus cinta . Pengucapan yang diolah begitu cantik beragai bentuk namun isinya tetap sama, kecewa sedih dan raca macam nak gila . Maaf cuba lagi lain kali (TK)

    BalasPadam



  22. 32.PERKAMPUNGAN KOTA MURNI (LPK)

    Melihat sepintas mimpi
    di perkampungan kota murni
    menghimpun kita kembali
    menghampar kata sejahtera,
    Malam ini di tengah-tengah ruang luas
    ada bintang dan sinar cahaya
    Kepada kota di perkampungan ini,
    menyisir tirai jendela
    kilau bayangan menjadi nyata
    kebersihan suci lumrahnya memuncak barakah
    ke persada perjuangan harga diri.

    Lagenda Pulau
    sajak simbolik ,sungai dua 2/okober/2015

    ULASAN:

    Sajak sdra LP walaupunthema simbolik Nampak mesejnya luas , dalam pengucapannya pembaca boleh membuat berbagai andaian dan tangapan contoh perkampong kota murni mungkin ruang tamu rumah panjang , bila hari gawai mereka kembali berkumpul dan merayakan kebudayaan dan adat resam kesejahteraan mereka. Layak diteruskan (LPK)

    BalasPadam