Isnin, 12 Oktober 2015

BERHIJRAH LAH KE ARAH KEBAIKAN





88. BERHIJRAH LAH KE ARAH KEBAIKAN


Sebaiknya kita perlu belajar berhijrah
Kerana kata baginda nabi Muhamad S.A.W
Kalau kita inginkan kejayaan berhijrah lah
Dari hidup dalam kesusahan ke pada kesenangan
Berbagai cara dan Ikhtiar boleh dijalankan
Cuma terpulang pada hati dan diri kita sendiri
Bagaimana Nabi Muhamad sendiri berhijrah
Sewaktu mengembang kan syariat Islamiah
Dari kota Mekah berhijrah ke kota Madinah
Menjadikan Islam berkembang hingga ke hari ini
pengajaran ini patut kita  ambil dan contohi
sebagai panduan dalam kehidupan kita seharian
berusaha, bertawakkal, berdoa pasrah kepada Nya.
Insyakallah niat yang baik akan diberkati . Amin


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7.15 pagi
Hari Sabtu 10/10/2015.

15 ulasan:


  1. SAYEMBARA PUISI CITRANURI SARINGAN 2015

    KUMPULAN 1

    1.BENTANGAN LANGIT (TK)

    Dari bentangan langit yang indah,
    kemarau datang kepadamu tumbuh perlahan.
    Berhembus amat panjang
    Menyapu lautan tapi mengekalkan tanah
    senantiasa diam dingin dan tak menyapa

    Pilot Hafizah
    sajak simbolik 11 Oktober 2015 5:16 PTG

    ULASAN:
    Sajak simbolik ini menyetuh tengan jerebu agaknya walaupun agak pendek pendek amat menarik jika dapat di uruskan atau diolah dg baik dan sempurna mengucapannya lebih member keyakinan pada pembaca. Ada kemampuan . Perlu berusaha lagi .harap maklum dan maaf.terkeluar (TK)

    BalasPadam

  2. 2.PUTERI PURNAMA (TK)

    Taukah kamu lamanya kumenunggu,
    Suburnya mimpi ditanah haru,
    Dengan terang cinta dipadang pasir,
    Cahaya menyilau darimu putri purnama.
    Adakah rasa jemu ku menanti,
    Dari luar biasanya saling menyayangi.
    Putri purnama telah sudi,
    Menari bersamaku malam ini.
    agar ku tersenyum dikemudian hari

    Badrolshah
    sajak jiwa-jiwa2 ketika dilokasi hrp2 boleh menang sbb en sanusi kata kalau sy menang sayembara? en nuri janji nk berlakon dgn wan hanafi su Selangor 5 ptg 11 Oktober 2015 5:14 PTG

    ULASAN

    Sajak aura fantasi org muda usia nak masuk setengah abad. Apa pun pengucapannya mengancam hati buat org dalam kerinduan tapi mesejnya agak terlalu biasa buat sesaorang dalam keresahan mencari pasangan . Usaha lagi Harap maklum dan Maaf Tekeluar (TK)

    BalasPadam

  3. 3.AKU ANAK MERDEKA (LPK)

    Bangkit dari persada luka
    Berdiri megah di pentas wira
    Inginku tebus maruah bangsa
    Terjaga dari ranjang kecewa
    Berpaksi gagah di panggung perkasa
    Ingin ku bela nasib bangsa
    Akan kutentang petualang negara
    Yang tegar membuat angkara
    Di hati semangat waja

    Sarjan Husin
    sajak kemederkaan sy buat utk arwah anak sy yg meninggal di lahad datu moga rohnya dicucuri rahmat al fatihah
    Perak 11/oktober/2015

    ULASAN

    Sajak berthemakan perjuang kemerdekaan tanah air yang ada waris perjuangan turun temurun dua org keluarga turut terkorban . Cuma kentalkan lagi pengucapannya agar dapat memberi kemantapan pada pembaca menangkap pengertiannya. Syabas! Sajak anda diterima dan dibenarkan Layak Persaingan kedua (LPK)

    BalasPadam

  4. 4.Panyair Agung berkata...
    4.ANAK BANGSAKU (LPK)

    Anak bangsaku padam bara hatimu
    biarkan ia sedingin salju
    siramilah budimu biar subur selalu.
    terangilah dadamu iman di kalbu.
    Anak pertiwi hidup biar berfikir dahulu
    Menerimalah segala yang ada wahai anak bangsaku
    engkau tahu usul dirimu.
    sebelum bertindak melulu

    Panyair Agung
    sajak buat himpuan bersih yg mencemarkan imej msia
    Ulu Tembeling 11.10.2015

    ULASAN:

    Sajak menarik mesej baik utk dihayati . kesedaran mesti ada buat genarasi muda bagi mengekalkan rasa perpaduan dalam hidup di Negara berbilang bangsa dan berlainan agama dan fahaman politik yang cukup berbeza . Demi Negara ketepikan semua yang mencelarukan minda . anda Layak Kepersaiangan Kedua. (LPK)

    BalasPadam
  5. Buat kumpulan 2 esok akan diterbitkan okey! usaha lagi bagi yg tidak terpilih ujian saringan kelayakan. lain kali . okey!

    BalasPadam
  6. sajak ni mmg kena la dgn aku sbb aku bru je berhijrah dri teluk kumbar ke air itam walaupun kt tempat aku xda kemudahan makanan mcm telok kumbar tp aku x kisah sbb yg penting aman damai kt sini sbb aku dok umah kmpung tepi jalan....

    BalasPadam
  7. sajak kumpulan 2 bila x sabar jgk nk tau aku menang ke x?

    BalasPadam
  8. bleh komen ke dlm ni

    BalasPadam
  9. sajak maal hijrah ke

    BalasPadam
  10. halo aku try cuba test tgk komen msuk x

    BalasPadam