Sabtu, 2 Mei 2015

NEPAL KATHMANDU



NEPAL KATHMANDU

Nepal Kathmandu
Satu Tragedi menyayat hati
Bila gempa bumi berlaku di bumimu
Bagaikan peristiwa tahun 1981 berulang kembali
Sehingga lebih 5.000 kematian dan 8,000 kecederaan.

Kini cerita sama
Gempa bumi berulang lagi April 2015
lebih 10,000 orang rakyatmu mangsa terkorban
berpuluh ribu lagi ditimpa kecederaan dan kecacatan
Ada jua yang hilang dan tertimbus belum ditemui mayatnya
Di bawah runtuhan bukit bukau, tanah dan rumah tempat kediaman.

Apakah petaka ini
Dapat mengajar kita selama ini
Dan boleh mengingat kan kita sebagai manusia
Bahawa segala perilaku yang kita amalkan selama ini
Tidak menganggu gugat alam atau dimurkai oleh Allah S.W.T’

Oleh: Nuri Manja,
Catatan 30 /4/2015


11 ulasan:

  1. Kita negara yang kurang ditimpa musibah alam, sepatutnya banyak bersyukur...

    BalasPadam
  2. Kita negara yang kurang ditimpa musibah alam, sepatutnya banyak bersyukur...

    BalasPadam
  3. Bukan perlu menimbulkan musibah dengan sengaja membuat huruhara
    dengan demontrasi jalanan membantah sesautu yang baik utk kepentingan rakyat jelata.

    BalasPadam
  4. Adakah kita lebih gemar dalam hidup ini menjadi dalang dan petualang dengan sengaja membuat fitnah dan tohmah mengasut, memperlekeh dan membantah apa sahaja yang dirancang oleh kerajaan bagi kepenting negara dan rakyat jelata.

    BalasPadam
  5. Sebaiknya buatlah sesuatu yang baik di dunia dan baik juga di akhirat , ingat kata nabi dunia ini syurga buat org bukan muslim tetapi penjara buat orang muslim , adakah kita perlu masuk lagi penjara di akhirat nanti.

    BalasPadam
  6. BICARA PUISI DALAM CERPEN-CERPEN CITRANURI DALAM TAHUN 2015
    1.BILA TIBA WAKTUNYA

    Sesiapa pun tidak boleh menduga
    Jika cempedak boleh menjadi nangka
    Kerana setiap kehidup dan ketentuan kita
    Semuanya telah di tentukan oleh Allah S.W.T.
    Pada qada dan qadar catatan diLulmahput sana

    Walaupun aku bangsa melayu orang Asia
    Tidak mustahil memperisterikan orang barat
    Kalau dulu papaku tunduk kepala dan tabit hormat
    Pada Bosnya berbangsa Inggeris setiap pagi
    Harinya bangsa itu menjadi isteri aku sendiri.

    Oleh: Nuri manja,
    Rajang Sarikei, Serawak,
    24/4/2015

    BalasPadam
  7. BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

    2.DUNIA INI SEMANKIN SEMPIT

    Sesuatu yang diharapkan selama ini
    Tetiba sahaja menjadi satu kegagalan
    Pastinya terasa satu musibah yang menimpa
    Apakan daya bagi seorang perempuan
    Segala yang impikan dan dicita habis berkecai
    Terasa dunia ini semankin sempet deritanya
    Kesedihan pun bagaikan bergayut di mana-mana ?

    Oleh: Nuri Manjua
    Catatan: 25/4/2015

    BalasPadam

  8. BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

    3.MENEMPAH MASA

    Masa depan kehidupan kita
    Kita sendirilah yang mencorakkannya
    Allah SWT telah menyediakan segala-galanya
    bagi mencorakkan masa depan dan cita-cita kita

    Kerana Allah tidak mengubah
    Nasib dan kejayaan sesaorang itu
    Melainkan dia sendiri yang mengubahkannya
    Tentang corak dan warna kehidupan kita di dunia ini.

    Oleh: Nurimanja,
    Catatan 26/4/2015

    BalasPadam

  9. BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

    4.MAT BAT
    Kecintaanya luar biasa
    Pada seni biolanya
    Yang pernah membawanya hanyut
    Bersama setengah abad usia kehidupannya.
    bunyi gesek kan biolanya bagaikan kekasih
    Yang ghairah dan mengasikkan pada hatinya
    Bila Irama biola berlagu di pentas khalayak
    bagaikan dia mendapat membalasan cinta sucinya.
    Satu permainan yang mengasek kan hingga lupa segala .

    Oleh Nurimanja,
    Catatan 27/4/2015

    BalasPadam
  10. BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

    5.PENYEKSAAN

    Kesombongan dan keangkuhan
    Adalah sifat mazmumah yang terkeji
    Orang Islam tidak patut mengamalkannya
    Sikap tercela dan menjatuhkan murtabat diri
    Bila melakukan budi pekerti yang membawa orang benci
    Penyeksaan pula satu musibah
    Bila mana berlaku pasti ada hikmahnya
    Jika kita membuli orang atau sebagainya
    Satu hari musibah akan menimpa pada diri kita
    Contoh yang paling mudah dan senang sakit berpanjangan

    Oleh: Nurimanja,
    Catatan 28/4/2015

    BalasPadam
  11. Harap Maaf! ejaan tempat mengelirukan dalam puisi Nepal Kathmandu bukan Nepal Mogadishu .

    RALAT . Harap maklum!

    BalasPadam