Rabu, 29 April 2015

BILA DAH TUA BANYAK MASALAHNYA




BILA DAH TUA BANYAK MASALAHNYA

Ramai orang muda takut jadi tua
Walaupun orang tua banyak pengalaman
Tetapi bila menjadi orang tua banyak masalahnya
Terutama bila berurusan dengan penyakit dan kesihatan.

Seorang tua bila hendak keluar rumah
Semuanya perlu disediakan untuk dirinya
Gigi palsu, cermin mata, tongkat kayu, basikal roda
Tidak termasuk bekalan ubat-ubatan dan pampers peribadi.

Itulah cerita gaya kehidupan seorang tua
Jika berasal dari keluarga berada tidak mengapa
Tetapi jika keluarga berpendapatan sederhana dan rendah
Miskin dan papa ke dana cuma mengharap kan bantuan kebajikan.

Oleh: Nuri manja
Catatan 28/4/2015

11 ulasan:

  1. Maaf Wak Catuk akan masuk blog ini bila keadaan tidak meriah dan sunyi sepi.

    BalasPadam
  2. Wak Catuk ada beberapa orang anak buah yang bertugas di Fb Pena Runcing, dan Suara Pulau secara sukarela.

    BalasPadam
  3. Kalau bahan tak ada Wak catuk akan minda bahan terbitan dari mereka, dan mereka juga banyak mengambil sedutan puisi dari Blog En Nuri ini.

    BalasPadam
  4. Terutama puisi en nuri dan cerpen dan juga kisah peliporlara, seram , kisah dan tauladan.

    BalasPadam
  5. Kini bulan Rejab tak lama lagi , Saaban dan Ramadan, sebaiknya di masukkan cerita Isra dan Mikraj

    BalasPadam
  6. Diam-diam budak dua orang ini dah siar dulu ke Fb Suara Pulau , bagus punya ciplak.

    BalasPadam
  7. Malah ada sajak yang belum lagi En Nuri siarkan dlm Blog ini, depa kebas dulu.Bagus punyak punakkan.

    BalasPadam
  8. Ada puisi yg cik nuri tulis belum lagi puas hati baru duk lagang. dapat dekat kedua punakkan ini terus disiarkannya dalam Fb. kacau!

    BalasPadam
  9. Apa nak kata punakkan kita , marah merajuk pula , nanti tak mahu pula tolong bapak saudara, Wak Catuk tak boleh nak kata apa .

    BalasPadam
  10. Hari ini duk minta En nuri tulis sajak cinta yang ada bau orang muda punya cita rasa . Angau sungguh depa ni?

    BalasPadam
  11. Maaf! ejaan tempat mengelirukan dalam puisi Nepal Kathmandu bukan Nepal Mogadishu .

    RALAT . Harap maklum!

    BalasPadam