Ahad, 11 Januari 2015

FIRAUN MENEMPAH JALAN KE NERAKA



FIRAUN MENEMPAH JALAN KE NERAKA

Firun nama universal
Hidup ingin jadi pemimpin
Disanjung dikelilingi orang ramai
Kerana mahu  memerentah  dan berkuasa .

Orang inginkan ke Syurga
Tetapi Firun akan cuba memimpin
Pengikutnya ke jalan menuju api neraka
Baca gambaran kehadapan dalam surah Hud.

Firun ingin disanjung dan dipuja
Orang ramai mudah tunduk mengikutinya
Mengarah pengikutnya tanpa ragu dan bimbang
Maka jadilah seperti kebodohan yang cukup melampau .

Oleh: Suara Pulau,
Tanggal 4/05/2014 /6 ptg.

20 ulasan:


  1. Haji Mustapa berkata...
    29.SYARIATMU (LS2)

    Tuhan memberi kekuasaan
    menganugerah kejayaan
    Memuliakan hamba dengan keimanan
    kami insan memerlukan
    pautkan hati dengan kemanisan iman
    Kekalkan kemesraan dalam kehidupaN
    Jalinkan ukhuwah sesama insan
    Lapangkan hati limpah keyakinan
    Berserah jiwa dan raga untukMu
    tabahkan hati menyanjung syariatmu

    Haji Mustapa
    sajak ketuhanan ketika selesai menunaikan fardhu haji thn 2014
    Kota Sarang semut
    4.1.201511 Januari 2015 3:38 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: .SYARIATMU

    Thema keagamaan dan Ketuhanan, Pengucapannya menarik mudah bagi pembaca menangkap maksudnya. Jika pengunaan perkataan yang lebih tepat dan puitis mudah memberi kesan dan rasa keyakinan khalayak untuk seterus membacanya. Mesej tentang pengabdian diri sebagai seorang hamba Allah yang zuhud kpd penciptaan, malah sering saja merasa diri ini kerdil dan perlu keampunan se waktu mengadap rumah Allah di tanah suci Mekkah.. . Apa pun kemampuan untuk menulis puisi yg lebih puitis syabas! anda layak seterusnya (LS2)

    Oleh: Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  2. Pahlawan Terbilang berkata...
    30.KEINGINANAN HAMBANYA (LS1)

    Aku hanyalah seorang manusia
    Yang tidak memiliki apa-apa
    Datang mengembara ke negeri fana
    Mencari cahaya terbentang luas
    mengirimkan khabar gembira
    menikmati kenikmatan
    Aku bukanlah ahli ibadah
    tetapi kucurah segala apa yang ada
    Untuk mencari perhatian kekasihNya
    Sehingga jadi pertimbangan dariNya
    Mengabulkan keinginan hamba


    Pahlawan Terbilang
    sajak ketuhanan ketika menghadiri qiamulai di kuala kangsar
    2.1.2015/11 Januari 2015 3:39 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: .KEINGINAN HAMBANYA

    Thema tentang ibadat dan ketuhanan, Pengucapannya menarik mudah bagi setiap pembaca menangkap akan maksudnya yang tersurat dan tersirat. Malah pengunaan perkataannya juga amat mudah memberi kesan keyakinan kepada pembacanya. Mesej tentang pengabdian diri sebagai seorang hamba yang zuhud kpd penciptaan, malah sering saja merasakan diri ini terlalu kerdil dan perlu mendapat keampunan drp Allah SWT. amin. Apa pun kemampuan untuk menulis puisi yg lebih puitis syabas! anda layak seterusnya (LS1)

    Oleh: Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  3. Dennis Chong berkata...
    31.TETAMU DATANG (x)

    Bila seorang tetamu sedang terlupa
    bertandang ke rumah kita
    halaukan saja beritahu pada dia
    di sini bukan tempat bersenang
    kerana kita sudah lama tinggal sini
    jika esok dia tetap datang lagi
    balingkan saja selipar
    kata pada dia yang
    kita sudah tidak tahan dengannya

    Dennis Chong
    sajak tak puas hati dengan kawan-kawan yang datang rumah
    tapi tak reti nak balik
    Melaka
    7.1.2015/11 Januari 2015 3:41 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: . TETAMU DATANG

    Thema kebimbangan dan keresahan .Pengucapannya ada kemampuan kalau disusun dengan baik pasti lebih menarik dan puitislagi , Mesej yang hendak disampaikan kisah rerakan anak muda yang suka melepak lama di rumah orang, sehingga menganggu ketenteraman tuan rumah dan jiran2nya. Ini budaya yang terlalu biasa kini dan sukar dikikis dan dihapuskan . Sebaiknya cari jalan penyelesaian yang baik dan saksama .Apa pun syabas mempunyai kemampuan utk menulis sajak disebabkan ada persaingan yg lebih hebat. Maaf cuma di sini. Usaha lagi.(x)

    Oleh: Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  4. Junaidi Jumai berkata...
    32.MENJADI YANG TERBAIK (x)(P)

    Dalam kesamaran musim berliku
    aku titipkan embun ketabahan
    aku terus berkelana di bumi ini
    kerana tiada kekuatan untuk berlari
    kekalutan minda tidak tertahan..
    bantulah aku yang masih bernafas
    air yang berombak ganas kini
    kian melimpah ruah ke daratan
    adakah aku mampu bertahan
    Untuk menjadi seorang yang terbaik?

    Junaidi Jumai
    sajak kenangan
    Lubuk Antu
    4.1.2015/11 Januari 2015 3:42 PG
    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: . MENJADI YANG TERBAIK

    Thema Cuma kenangan? .Pengucapannya ada sadikit pembetulan namun ada kemampuan dan menarik punya daya kreatif dan puitis, Mesej yang hendak disampaikan agak mengelirukan. Mungkin kisah banjir melanda kenyalang ? walaupun cuma andaian sahaja, tetapi ingin melakukan sesuatu pertolongan itu perlulah memberi yang terbaik. Apa pun syabas mempunyai kemampuan utk menulis sajak walaupun ada persaingan sajak yg lebih hebat. Anda diberi peluang Usaha lagi.(P)

    Oleh: Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  5. CAHAYA TUHAN

    Di dalam cahayamu Tuhan
    Ku harap petunjukmu
    Di dalam sinaran purnama
    Ku mohon keampunan darimu
    Moga terlerai segala dosaku
    Tuhan Yang Esa udara yang kuhirup
    Terasa nikmatmu yang menggunung
    Tidak terhitung harga nilainya
    Segala apa yang Dikau berikan
    Ku harapkan pintu taubatmu terbuka
    Untuk hambamu yang sering leka
    Kau ampunilah segala dosaku
    Moga selamat dunia dan akhiratku

    Penduga Akal
    sajak ketuhanan dan keinsafan
    Teluk KUmbar
    10.1.2015

    BalasPadam

  6. SURAU KECIL DAN KITAB INJIL

    ketika waktu pukul 6pagi
    angin berhembus sejuk
    aku melangkah longlai
    saat jiwa aku masih berduka,
    aku bagaikan pucuk baru,
    di balik daun kuning.
    aku cuba melihat kitab injil itu
    ketika aku buka kitab itu
    aku terdengar suara di surau kecil
    di tingkapku tiba-tiba
    sedih hati ni terasa hilang
    bagai tiada lagi dihati
    lalu aku duduk terlentang
    mendengar segalanya yang dicerita
    ketika selesai ia bercerita
    aku terus dalam dilema
    masih mahu menganut kitab injil
    atau aku sudah jatuh cinta
    mendengar cerita surau kecil itu?

    Brandon ally
    sajak ketika bermalam di rumah rakan tapi tak boleh tidur tiba-tiba terdengar
    ada seorg bercerita dekat surau lama seronok pula mendengar kisah2 yg diceritakan
    Bagan serai
    11.1.2015

    BalasPadam
  7. HAMPARAN JALANAN DURI DUKA

    Hamparan jalanan itu,
    Bertebaran duri-duri duka,
    Yang bisa menggamit seribu rasa,
    Yang jelas terasa pahit maungnya…
    Tatkala ku lewati daerah itu,
    Aku tergamam harus ku tempuh jua,
    Meniti jalan penuh onak derita…
    Kalbuku segera mencongak rasa,
    Apakah ku mampu harungi semua,
    Aku tak punya ilmu cukup di dada,

    Junaidi Jumai
    sajak ketika hari pertama minta kerja jaga blog en nuri
    1.1.2015

    BalasPadam

  8. TERSUNGKUR

    aku tersungkur di satu lembah sepi
    tanpa suara memerhati
    tatkala itu hatiku menyahut
    sanubari terusik mengukir mesra
    kenikmatan tertusuk
    tersemat di jiwa
    ku susun atur langkah aku menyusur
    kembali di jalanan yg berliku..
    seringkali aku dibisik dihati
    terbentang kesyahduan di jalanan
    aku menepis kelamcuba berdiam diri

    Hamid Man
    sajak kesedihan yang melanda
    pahang
    1.2.2015

    BalasPadam

  9. KATA IBARAT KACA

    Andaikata kita mudah terasa...
    janganlah mudah melontarkan kata..
    Adakala kata umpama kaca..
    sekali retak dicantum takkan sama
    Jika ada tersirat luahkan disini.
    hujahkan dan kongsi bersama
    kerna sekali berkata pedih menanti
    pasti ketenangan takkan kembali..
    Aku insan lupa akan segalanya...
    jika sisa sekalipun aku terlupa
    kerana derita dan sengsara
    tak pernah ku luahkan
    apa yang terpendam....

    Srikandi DUnia
    sajak nasihat
    Taiping
    2.2.2014

    BalasPadam
  10. PERPADUAN ATAU PERPECAHAN

    Aku lihat orang selalu
    melaungkan perpaduan
    selalu sahaja mengingatkan orang
    jangan cetuskan perpecahan!
    Tapi aku lihat engkau
    seolah tidak tahu erti perpaduan
    tidak faham erti perpecahan
    kerana kau ajak orang berpadu
    gelagat kau membawa perpecahan
    cuba berslogankan persatuan,
    kau berlakon di pentas kehidupan,
    macam di dalam drama
    Rakyat melihat ramai menilai
    Nanti orang ramai kenal
    siapa sebenarnya engkau
    pelakon? pejuang? Atau petualang?
    Berhenti sebelum kau disingkirkan

    Abang Jap
    sajak sindiran
    Kajang
    2.1.2015

    BalasPadam
  11. DEBU MENJADI EMAS

    Kemerdekaan ibarat debu jadi emas
    Di batas ada kisah sejarahnya
    Demi kebebasan yang terangkul
    Pada kalimat keramat yang dilaung.
    Di jalan-jalan keras dan kering
    kebebasan wujud hasil
    peluh darah pejuang
    Bersama air mata rakyat tumpah
    Dalam riak dendam amarah musuh
    Tersimpan kukuh di generasi tua

    Pak Ya Nyabo
    sajak kemerdekaan
    31.8.2014

    BalasPadam
  12. PANCARAN SINAR

    Cinta adalah pancaran sinar
    terpantul di setiap
    makhlok hidup dimuka bumi
    ia lebih hebat dari pancaran suria
    matahari menyegarkan nafas hela
    ia lebih redup di atas bulan
    sewaktu malam tetap merindu
    hingga terkesan dalam mimpi,
    tak siapa boleh
    pisahkan dari hati ini

    SAGEENTA KURI
    sajak terkenang
    Nibong Tebal
    3.1.2015

    BalasPadam
  13. firun sapa plak dlm sajak ni

    BalasPadam
  14. firun ni nama org ke

    BalasPadam
  15. tak ada cerpen ke?

    BalasPadam
  16. firun ke firaun???? silap ejaan ni

    BalasPadam
  17. dlu ada cerpen skrg tak ada pulak?

    BalasPadam
  18. sajak ketuhanan ke ni en nuri

    BalasPadam
  19. firun??? sajak mcm cerita zaman firaun tp kenapa tulis firun?

    BalasPadam