Selasa, 20 Januari 2015

DUNIA MELIHATNYA!


DUNIA MELIHATNYA!

Kalau kita!
Menjadi orang ternama
Tiap langkah-langkah kita ini
Akan diperehatikan oleh Khalayak
Dan sejarah pula pastinya merakamkan
Akan Tingkah laku kita sepanjang perjalanan.

Silap kita!
Dunia akan melihatnya
Jikalau kita berjalan tempang
Maka sejarah akan terus mencatat
Segala ketempangan jejak langkah kita
kita sendiri perlu memperbetulkannya kembali.

Oleh: Suara Pulau,
Catatan  sebelum subuh
29/03/2014 Gambar cuma hiasan.

20 ulasan:

  1. SAMBUNGAN DARI CERPEN BERSIRI
    BERTAJUK; PILU HATIKU PILU
    Oleh: Nurimanja.

    SIRI KE 7 AKHIR

    Di luar pintu Mak Ngah memasukkan bungkusan kueh raya di dalam begnya yang diletak di luar pintu,Mahani melihatnya dengan tersenyum.

    ¡°Wah! Banyak kueh raya Mak Ngah dapat, siapa bagi tu?¡± Tanya Mahani.

    ¡°Sapa-sapalah nak bagi aku. Syarifah anak aku tu malas nak buat kueh zaman dulu,.

    sebab itulah aku minta dekat adik beradik di kampung ini, nak bagi Syarifah,¡±jawabnya.

    Saad senyum-senyum dekat aku bila mendengar Mak Ngah kata begitu.

    Aku angok aja,Dalam hati bekata:

    Anak cikgu, menantu guru besar, Mak Ngah pula minta kueh dari adik beradik yang susah di kampung. Tak kah malu anak menantu nanti.

    ¡°Susah orang tua macam ini, tak bagi ia kata kita kedekut, kalau kita bagi, anak menantu dia kata, mak memang suka minta derma.

    ¡±.Kata Saad, sambil memandang padaku.

    Aku pun berasa pilu di hati. tak kata sesunguhnya, kata Mak saudara kita sendiri juga, kena batang hidung juga

    Nampaknya beginilah adik beradik kurang pendidikkan agama, jauh betambah jauh, yang dekat pula bermacam ragam.Aku menghabiskan air kopi di cawan.

    Sebelum aku memohon diri untuk pulang, aku menyelok saku seluarku dan menghulurkan sampul duitraya kepada Mahadi dan Saadiah seorang satu. Budak-budak itu pun mnyambut tanpa berkata sepatah kata, aku mncuit pipi keduanya.

    Kemudian bersalaman dengan Saad serta mengucapkan maaf zahir batin kepada Mahani dan Sidah, aku pun berlalu dengan berkata Asalamualaikm.


    S E L E S A I
    Dicatat oleh Nurimanja di 17:52

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. 2.PERISTIWA TAHUN GAJAH ; DICERITAAN
    SEMULA SECARA BEBAS DARI CATATAN
    LAMA ; OLEH NURIMANJA

    2.1.KISAH RAJA ABRAHAH,

    Seorang panglima perang negeri Yaman setelah berselesih faham dengan seorang panglima perang bernama Aryat. Dalam peperangan itu Aryat gugur di tangan Abrahah. Akhirnya Abrahah menjadi Gambenor Di Yaman.

    Bila dia lihat kaum suku Kinanah pergi beribadat di Mekah setiap tahun mengerjakan haji, dia rasa tidak senang hati. Abrahah membuat sebuah gereja bersalut emas intan dan permata, ditaburnya bau-bauan dinamakan Gereja itu Qulais.
    Tetapi sayangnya ada seorang pun yang sudi datang beribadat. Dia menjadi marah.Cuba menegah dan menyekat kaum Kinanah pergi beribadat ke Kaabah.


    Satu hari ada seorang suku Kinanah masuk ke dalam gereja.Dia telah melumurkan najis ke dalam gereja itu. Bertambah-tambahlah lagi marahnya raja Abrahah , lalu dia mengutuskan seorang bernama Mohamad Kazib bagi menghalang suku Kinanah untuk pergi mengerjakan ibadat ke Kaabah,
    Tetapi malangnya Mohamad Kazib itu telah dibunuh oleh suku kinanah. Bertambahlah lagi marahnya raja Abrahah terhadap penduk -penduk mekah di sekeliling laabah.

    Dia bercadang hendak meruntuh Kaabah, dengan 1000 tentera bergajah dan 60.000 tentera perang bersama 10 orang panglima perang yang hebat berani mati.Abrahah mahu semua orang beribadat di Gereja Qulais.

    BalasPadam

  4. Satu hari ada seorang suku Kinanah masuk ke dalam gereja.Dia telah melumurkan najis ke dalam gereja itu. Bertambah-tambahlah lagi marahnya raja Abrahah , lalu dia mengutuskan seorang bernama Mohamad Kazib bagi menghalang suku Kinanah untuk pergi mengerjakan ibadat ke Kaabah,Tetapi malangnya Mohamad Kazib itu telah dibunuh oleh suku kinanah. Bertambahlah lagi marahnya raja Abrahah terhadap penduk -penduk mekah di sekeliling laabah.

    Dia bercadang hendak meruntuh Kaabah, dengan 1000 tentera bergajah dan 60.000 tentera perang bersama 10 orang panglima perang yang hebat berani mati.Abrahah mahu semua orang beribadat di Gereja Qulais.


    Abrahah segera melantik saekor ketua gajah bernama Mahmud, tujuan untuk hendak meruntuhkan Kaabah Orang Arab mula menjadi gempar dan takut.

    Seorang pemuda bernama Zu Nair sanggup berperang dengan raja Abrahah dan ramai pula yang mahu penyukongnya, tetapi telah kalah dan terbunuh di tangan raja Abrahah.

    Akhirnya berita ini sampai kepada orang Arab Mekah, tentera Abrahah telah pun masuk dan merampas segala unta Abdul Mutalib sebanyak 200 ekor.

    sambungan lagi.

    BalasPadam
  5. Hilal Ashraf berkata...1
    9.DICELAH KEKALUTAN (LS1)(TK2)

    Di celah kekalutan
    Ku menghitung kembali,
    Siapa diriku sebenarnya….
    Diciptakan tuhan sebagai hamba,
    atau khalifah pentadbir dunia,
    mungkin juga sebagai pembela agama
    Akan ku teruskan perjalanan itu,
    Semoga redha Allah mengiringiku…
    Langkahku kekadang tersungkur,
    Rebahku mengundang luka,
    Namun kugagahkan jua…
    Berpaut pada pepohon doa
    Ya Allah bantulah aku…
    Jangan biarkan aku terkulai layu
    Tenggelam bersama bisikan palsu…

    Hilal Ashraf
    sajak peringatan untuk diri sendiri supaya tak termakan dengan hasutan sedara mara
    Terengganu
    1.1.2015/16 Januari 2015 12:41 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: . DICELAH KEKALUTAN

    Thema sajak peringatan Pengucapannya bersahaja tetapi menarik penuh dengan daya kreatif dan puitis Mesej tentang kekalutan dan kecelaruan minda yang amat sangat bila saudaramara mudah menerima cerita yg mengelirukan terutama tohmah dan fitnah.. Justeruitu bagi seoprang penulis yg memperjuangkan dakwah Islamiahnya tidak mudah bertputus asa terus mencari jalan keredhaanNya. Apa pun ada berkemampuan untuk menulis puisi-puisi berthemakan Islamik syabas! Dan Thaniah anda layak seterusnya (LS1)

    Oleh: Qalam Mutiara. (TBK1)

    BalasPadam
  6. 10.Mursyidi Awit berkata...2
    LANGIT SEDIH (LS2)

    Hari ini langit sedih,
    Matahari sudah membengkak,
    guruh sudah bertekak,
    Lalu kilat datang bertimpa-timpa.
    Aku di sini masih bingung
    Penuh dingin menikam hati berdarah
    bagaikan membakar diri
    menjunam ke lembah neraka.

    Mursyidi Awit
    sajak marah ketika pulang ke kampung di sarawak dan macam2 masalah menimpa
    12.1.201516 Januari 2015 12:42 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: . LANGIT SEDIH

    Thema sajak rasa semacam kekecewaan Pengucapannya menarik penuh dengan daya kreatif dan puitis Mesej tentang kekecewaan dengan masalah yang melanda saudaramara di perkampungan Justeruitu bagi seorang Islam mudah bertputus asa kita seharusnya terus berusaha berdoa dan bertawakkal mencari jalan keredhaanNya. Apa pun ada berkemampuan untuk menulis puisi-puisi berthemakan Islamik syabas! Dan Thaniah anda layak seterusnya (LS2)

    Oleh: Qalam Mutiara.


    BalasPadam
  7. Yahya Husin berkata...3
    11.GELADANGAN DIKAKI LIMA (X)

    Biasanya orang geladangan
    Rumah mereka merata-rata
    Rezekinya tidak menentu
    Tidur baringnya tak berwaktu
    Orang lain membuat harta
    Tapi mereka mengutipnya
    Orang lain kawan terbatas
    Tapi mereka kawan merata
    Orang lain musuhnya kurang
    mereka tiada musuh yang datang
    Orang lain mati dipuja
    mereka mati dikaki lima
    Sejarahnya dijaja orang
    Walau hidup tak seberapa

    Yahya Husin
    sajak utk gelandangan yg tidur dikaki lima di kuala lumpur
    14.1.2015/16 Januari 2015 12:43 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: . GELADANGAN DI KAKI LIMA

    Thema sajak geladangan . Pengucapannya terlalu biasa dan lebih pada penceritaan perlu mencari daya kreatif dan puitis Mesej tentang masalah manusia geladangan yg tinggal di kaki lima di KL.Justeruitu bagi seorang biasa tidak punya perasaan apa-apa , kecuali manusia yg berjiwa seni atau perasa mungkin ada sadikit rasa simpati terhadap mereka. Apa pun kami ucapkan syabas mempunyai kemampuan utk menulis gelagat manusia, walaupun ada persaingan peserta lain yang lebih hebat daya kreatifnya . Namun sajak ini terpaksa berhenti di sini . Maaf usaha lagi lain kali .(x)


    Oleh: Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  8. Bayangan Illustrasi berkata...4
    12.MALAM MEMBAWA RESAH (LS4)

    Malam gelap samar cahaya Bulan,
    Angin sayup berdesir di telinga
    Mungkinkah malam ini akan hujan?
    Atau cuma persinggahan angin
    di setiap sudut muka bumi?
    Malam terus gelap pekat,
    Jika tiada cahaya di bumi ini,
    Maka gelaplah serata alam maya,
    Meraba mencari arah untuk dituju.
    Malam dan siang ada ertinya,
    1001 makna tidak dapat dirungkai
    Tuhan lebih mengetahui
    setiap gerakkan di Alam ini,
    Malam makin dingin membawa resah

    Bayangan Illustrasi
    sajak tentang pengalaman bermalam disuatu tempat yg asing
    2.1.2015/16 Januari 2015 12:44 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: MALAM MEMBAWA RESAH
    Thema sajak tentang pengalaman: ?.Pengucapannya ada rasa puitis namun ada semacam ingin berfalasafah juga nampaknya, Mesej yang hendak disampaikan terasa sadikit samar dan mungkin boleh mengelirukan kepada pembaca. Ini menjadikan kyalayak perlu punya daya pemikiran yang tinggi utk menangkap maksud yg tersirat dan tersurat. Apa pun kami ucapkan syabas mempunyai kemampuan utk menulis walaupun ada persaingan peserta lain yang lebih hebat. Namun anda masih layak utk meneruskan sayembara seterusnya.(LS4)

    Oleh: Qalam Mutiara

    BalasPadam
  9. Maaf QM agak sebuk , dia cuma ulas 4 sahaja daripada 8 buah sajak yang dihantar, kata pening terlalu banyak susah buat penilaian .

    4buah lagi sedang dalam proses ulasan dan satu akan tersingker, dan 8 lagi minggu depan belum dibaca.

    BalasPadam
  10. Sajak cerita GELADANGAN ini bagus tetapi nasib tidak menyebelahi anda
    ada lagi persaiangan yg lebih hebat.

    Apa pun geladangan ini dimana-mana negara di dunia ini pasti ada walaupun pihak pemerentah membuat berbagai cara membantu mereka, tetapi mereka tetap memilih cara hidup bergeladangan (pengemis di kaki lima).

    BalasPadam
  11. Datin Hasnah berkata.. 5
    13.RINDU ANUGERAH ALLAH (x)(TP)

    rindu itu adalah anugerah Tuhan
    perasaan adalah sentunan rohani
    indah dikenang tapi susah dilupa
    maka hargailah ia ketika dirindui
    Orang rindukan kedamaian
    membawa ketenangan
    kebahagiaan dapat dijalinkan
    agar Tuhan menyatukan perpaduan

    Datin Hasnah
    sajak kerinduan
    5.2.2014/16 Januari 2015 12:44 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: RINDU ANUGERAH ALLAH

    Thema sajak tentang kerinduan:?.Pengucapannya ada rasa puitis tetapi iramanya masih terasa semacam pantun bermadah pula, Mesej rindu yang hendak disampaikan agak mudah dan berfalasafah mudah menangkap maksudnya kerana rindu pada kedamaian dan perpaduan yang dianugerah Allah SWT pada tanah air yang tercinta ini perlu dikekalkan. walaupun ada persaingan peserta lain yang lebih hebat. Namun anda bernasib baik masih dipilih utk sayembara seterusnya.(x)P

    Oleh: Qalam Mutiara

    BalasPadam
  12. Quratul Aini berkata...6
    14.PERJUANGAN PAHIT (x)(TP)

    Perjuangan kebenaran adalah pahit,
    Kerana syurga itu manis.
    Perjuangan itu derita sengsara,
    Sebab itu pusaka nabi,
    Bukan pusaka Qarun dan Qisra.
    Perjuangan bererti miskin,
    Kerana ia tradisi rasul-rasul,
    ada pengorbanan dalam perjuangan
    Ada bangun setelah jatuh,
    Ada jatuh terus jatuh,
    Ada yang tidak mengenal jatuh,
    Dalam perjuangan Jangan terkejut,
    Kawan jadi lawan Lawan jadi kawan,
    Keranaitu menjadi perjalanan hidup

    Quratul Aini
    sajak kenangan ketika dipalestin
    bersama dengan rakan yg lain dlm misi menghantar bantuan tahun 2014/16 Januari 2015 12:46 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: PERJUANGAN PAHIT

    Thema sajak perjuangan di Palestin : ?.Pengucapannya ada rasa semacam bermadah seloka, namun ada semangat patriotic pada perjuangan tanah air. Mesej terkenang dengan apa yang telah berlaku di negara bumi ambiak ini. Apa pun kami ucapkan syabas mempunyai kemampuan utk menulis atau merakamkan apa yg berlaku , walaupun ada persaingan peserta lain yang lebih hebat. Namun anada diberi peluang dan terpilih utk meneruskannya lagi.(x)P

    Oleh: Qalam Mutiara

    BalasPadam
  13. hero kampung berkata...7
    15.TUAN BESAR DAN KERUSI LEMBUT(x)

    aku sekadar tersenyum bangga
    melihat tuan besar itu
    bersandar angkuh dalam kereta mewah
    tersengih aku melihat
    tuan besar itu mengumpul harta
    kemudian tinggal disinggahsana
    malangnya mereka tetap papa kedana
    tiada apa membeza mereka dan aku
    keranaku berkeja untuk sesuap nasi
    sedangkan mereka pula
    cuma bersandar di kerusi lembut
    mencongak apa yang berlaku
    untuk satu penggal akan datang

    Hero Kampung
    sajak memori ketika pernah berkeja menjadi pekebun di rumah YB di kelantan tahun 2010-2013/16 Januari 2015 12:47 PG

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: TUAN BESAR DAN KERUSI LEMBUT

    Thema sajak sinis berbau politik dlm memori agaknya: ?.Pengucapannya terlalu biasa semacam lebih pada penceritaan atau sinis madah seloka, Mesejnya cuma terkenang kisah lama diantara seorang pekerja dg majikannya? Yang mempunyai perjalanan hidupnya yang tersendiri dan berbeza di dunia ini, itu sahaja. walaupun apa pun anda ada kemampuan utk menulis, kerana adanya persaingan peserta lain yang lebih hebat-hebat. anda terpaksa berhenti di sini . Maaf usaha lagi lain kali .(x)

    Oleh: Qalam Mutiara


    BalasPadam
  14. Datuk Sri Adnan berkata... 8
    16.PEMIMPIN ITU (LS3)

    Ada seorang pemimpin ini
    walau kurang jelas kelihatan
    tetapi sesekali dia akan mencuba
    untuk menaikkan namanya
    Walau dengan pelbagai cara..
    walau Janjinya tak pernah dipegang
    dia bagaikan sudah mati
    hilang entah ke mana..
    Sesungguhnya ada maksud
    di sebalik segala tragedi menimpa
    disimpan segala penipuan
    Sekalipun apa yang berlaku kini
    tiada kesan terhadap pemimpin ini
    kita Usah biarkan ini berlaku
    Ketahuilah setiap kepimpinan
    harus bersandarkan tanggungjawab
    Bukan hendak menghina dan mencaci,
    Tetapi inilah hakikat sebenar seorang Pemimpin itu

    Datuk Sri Adnan
    sajak utk ahli politik rasanya qalam tahu sy tuju kepada siapa?
    Pahang
    10.1.2015

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

    TAJUK: PEMIMPIN ITU

    Thema sajak masih berbau sinis politik?.Pengucapannya mudah dan bersahaja masih berirama sinis madah seloka, Mesej yg hendak disampaikan masih berlegar tentang siri cerita lalu ahli politik yang licik. Ada rasa semacam ingin berfalasafah dan pencerahan, sebaikya sikap buruk dan keji ini tidak sepatutnya kita contohi . Apa pun ada berkemampuan untuk menulis puisi-puisi sinis pada gelagat manusia dlm kepimpinannya Thaniah anda layak utk sayembara seterusnya (LS3)


    Oleh: Qalam Mutiara

    BalasPadam
  15. TUAN BESAR DAN KERUSI LEMBUT

    Satu lagi tersingkir: sajak bentuk bercerita sinis yang terang tanpa bersimbolik atau sandaran pada alam benda atau semulajadi dalam usaha penyampaiannya; Mesej cuma perbezaan diantara majikan dan pekerjanya. Yang terlalu biasa dan rata-rata kyalayak pun tahu dan memahaminya.

    Harap maklum QM.

    BalasPadam
  16. maaf buat encik qalam walaupun sy menang ke pusingan seterusnya tp sy nk tarik diri anak perempuan sy akan ganti sbb dia minat jgk blog ni jd dia ganti sy la sbb sy pun start minggu ni sibuk sikit dgn persatuan wanita di jalan duta ni

    BalasPadam
  17. saya menang atau x pertandingan sajak nnt sy nk tarik diri sbb isteri sy koma skrg kena kencing tikus jd jika sy menang pertandingan sajak adik sy akan truskan pertandingan sajak nama dia Arif Bakar

    BalasPadam
  18. sajak mak sy menang ke? mcm mana nak tahu menang ke kalah ni?

    BalasPadam
  19. lagi 8 sajak qalam lps minggu dpn ke

    BalasPadam
  20. terima kasih qalam

    BalasPadam