Isnin, 31 Disember 2012

RESAH TIDAK BERTEPI (1)









Tempat pertama November 2012


Andaikan aku berharta melimpah
tidak akan aku biarkan sesiapa pun
tangisan  insan yang tidak berdaya.
akan aku perbanyak titisan bantuan
agar negara ini lebih makmur dan maju.
Namun apakan daya aku ini lemah,
terombang ambing dipukul badai
menjadikan aku resah yang tidak bertepi…

Oleh: Tok Tam
sajak kekecewaan/29 November 2012 12:18 PG.




40 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI CITRARASA / CITRANURI UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG AKHIR NOVEMBER 2012

    PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

    Tok Tam Thahniah! buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan penentuan akhir dengan sajaknya yang bertajuk: RESAH TIDAK BERTEPI Tema sajak kekecewaan tapi simbolik juga nampaknya Pengucapannya bersahaja ada kekuatannya dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada rasa kecewa dengan keadaan isu semasa , Tetapi apa daya untuk membantunya amat sukar sekali. Kerana diri sendiri tidak terdaya resah dilanda badai kehidupan yang tidak bertepi.. Layak diberi tempat pertama (1)

    BalasPadam




  2. PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK SEPARUH AKHIR HANYA 12 ORANG LAYAK TERPILIH KE FINAL.


    KUM 1.

    1.WAJAH IBU-Abdullah Sani (LSS)
    2.LARANGAN TUHAN- Raja Munirah (LSS) T
    3.BAGAIKAN BANGKAI HANYIR -Santantee Krisnasari (LSS)
    4.INDAHNYA QALAMMU -Pendekar Waja (LSS)

    KUM 2.
    5.BONGKAH AIS- Muhamad Mualim (LSS) T
    6.MENINDIH - Ayu Manja (LSS)
    7.HUJUNG DERMAGA- Haji Khali (LSS) T
    8.DUKAKU ADALAH UJIAN - Tok Mahat (LSS)

    KUM 3.
    9.PERJUANGAN SEMAKIN RAPUH- Nasruq Haqq (LSS)T
    10.BESI- Hasyim Badri (LSS)
    11.SERENTANG KAIN HIJAU-Penyaiar Agung (LSS) T
    12BUNGA MELIAR- Jalal Rafzee (LSS)

    KUM 4.
    13.JANGAN JADI TIKUS MONDOK- Muhamad Rabbi (LSS)
    14 HIDUKU DI .KUMBAHAN -Satria Juragan (LSS)T
    15.DARAH SEGAR - Pangeran Pertawa (LSS)
    16.BALA-BALA - Irham kesuma (LSS)T

    KUM 5.
    17. KETAMAKAN- Penglipur Lara (LSS)
    18.TERLAHIR DALAM LUMPUR- Fatimah Zahrah (LSS)T
    19.TENTERAM-Shah Inderapura (LSS)T
    20.TINGKAH LAKU- Hambali Maliki (LSS)

    KUM 6.
    21. SI BALIK SENYUMAN MANIS ITU Tuan Wan Leman (LSS)
    22. TERKUAK DENGAN SENDIRI Richard Sariosa (LSS)T
    23.SENJA BINGUNG -Ustaz Zulkarnain (LSS)T
    24.SEPASANG BAJU DAN CELANA- Zain Issac (LSS)

    BalasPadam
  3. DATUK Hasbi kena undilah lagi. bagi adil ikut nasib siapa yang kena berentap dalam kumpulan mana yang
    mereka terpilihnanti .

    Kalau dalam satu KUM itu 4 orang semuanya sajak hebat-hebat. Qalam terpaksa pilih 2 sahaja . dua lagi tersenker.. Begitulah sebaliknya. Nasib.

    BalasPadam
  4. Apa pun kata Qalam sayembara ini terpaksa di lanjutkan sehari dua lagi maka pastinya masuk tahun baru... 2013.

    Maaf sajalah Datuk Hasbi. Yang penting Nazar Datuk Hasbi pasti boleh ditunaikan. Insyaallah..

    Selamat menyambut tahun baru. Semoga anda semua diberi rezeki yang lebih dan berjaya dalam kerjaya. Amin... Maaf Zahir batin jika ada tersalah kata dan bahasa.

    untuk semua ahli dan penjaga blog Citranuri atau CR. Amin!!


    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. hadiah kali ni sy sediakan ada 12 semua sbb nk bagi ckup setahun 12 bulan..


    Tempat pertama (rm25ribu)
    -Toyota Vios (kereta ni sy beli utk beri kpd wife sy tp dia darah gemuruh x boleh bawak kereta dari terbiar dlm garaj dh 6 bulan jd sy sumbangkan kpd pemenang)


    Tempat Kedua (xpasti hrga)
    -perodua kancil (kereta dri rakan sy (datuk aziz) dia x jdi ahli cuma slalu dia dtg tgk2 blog citra rasa bila sy buka di pejabat dia tertarik dgn blog ni jd dia sumbang jgk hadiah)


    Tempat Ketiga (rm10ribu)
    -Motosikal Yamaha (ni asalnya sy belikan utk anak sy tp entahlah dia pakai pun? kdg2 rasa mcm kecik hati jgk sbb dh setahun terbiar dlm garaj lgpn anak sy tu dia pakai motosikal dia sendiri skuter)


    Tempat 4
    - 1 Jongkong Emas berharga rm3000
    (ni sumbangan dari rakan sy berbangsa cina (Datuk Steven Lau) dia tokey kedai emas dia pun meminati blog ni)


    Tempat 5 (2ribu)
    -sebuah I Pad (ini pun sy belikan utk anak sy yg no 2 tu tp langsung dia x gunakan dh setahun dlm bungkusan masih x dibuka jd dari terbiar sy sumbang la kepada pemenang)


    Tempat 6 (RM1500)
    -TV LCD (sy ada dua jd sy sumbang la 1 TV LCD ni sbb ni hadiah dari rakan semasa sy berkwin dahulu)


    Tempat 7 (RM1300)
    -Mesin Basuh dan Peti Ais (ni sumbangan dari isteri sy sbb lps kami berkwin rumah sy dah ada 2 benda ni? jadi peti ais dgn mesin basuh isteri sy ni dia kata sedekahkan kpd pemenang)


    Tempat 8 (rm1000)
    -home teater bersama hifi (ni semasa belum kawin dahulu tp lps dh kwin sy x pakai dh benda2 ni jd sy sumbang kpd pemenang jgk)


    Tempat 9 (RM850)
    -Set Perabot Dapur (ni sumbangan dari isteri sbb lps kwin byk barang2 dia sy pun ada jd kami ambik keputusan sedekah kpd pemenang)


    Tempat 10
    -4 tiket percutian ke London Paris New York 3 hari 2 malam (ni sebenarnya utk bulan madu sy dgn isteri dan anak2 tp anak2 plak xmahu pergi? nk buang sayang jd sy sedekah la kepada pemenang)


    Tempat 11
    -Wang Tunai RM500

    Tempat 12
    -Wang Tunai RM300

    P/S=sebuah hadiah2 sy sumbangkan ni bukan la yg mahal2 kebanyakan barang second hand ada jgk yang barang yang terbiar kat rumah tu nk bgi rakan2 sy yg lain mereka smua lagi kaya raya mmg x layan jadi dari xda sapa pakai nnt org kata kufur nikmat jadi sy sedekahkan kpd pemenang...

    BalasPadam
  7. HARIMAU TUA

    kau makanlah senjata itu
    merompaklah kalian secara halus
    Hingga telanjangkan kami di jalanan
    kau hancurkan tangan besi dictator.
    Tipu dan menipu telah jadi rajamu.
    Lebih baik kau makan saja BR1M itu!
    duit yg penuh muslihat beracun!
    layaknya kau lebih baik terus diam!
    jangan jadi harimau tua
    berharap selalu jaga Negara
    tetapi tiada kami lihat kejujuran

    Hasyim Badri (kawan Usop Nayan)
    Sajak utk pak jib yg gila dgn pmpuan mongolia sy dpt idea semasa mengiringi bakal PM kita Anwar Ibrahim PRU13 kluar dari makhamah
    Permatang Pauh 1.2.2012

    BalasPadam
  8. JALAN BERLIKU

    Kulangkahkan kakiku
    menyelusuri jalan berliku
    Berusaha sekuat tenaga
    melewati tebing semakin melangkah
    jatuh bangun tak terasa
    tapi kini jalan kulewati tiada lagi
    tinggalhanyatebing menjulang tinggi
    Haruskah aku berhenti sampai disini
    Meratapi nasib tak kunjung henti
    Sampai bila semua ini berlalu
    Hingga kudapat melangkah maju
    Dengan hati penuh semangat

    Ayu Manja
    sajak tentang perjalanan kehidupan
    Brunei 3.9.2012

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. SEDETIK

    Sedetik rasa meski gelap menutupi
    Jiwa yang selalu senantiasa hidup
    Dalam garis hariku tak lagi lurus
    Hingga ke akhir nafasku cuma sedetik
    waktu bukan ukuran benar atau salah

    UStaz ZUlkarnain
    sajak simbolik
    teluk kumbar 23.12.2012

    BalasPadam
  11. LEMAH KERANA BENCANA

    lemahnya kita asal ada bencana
    mulalah kembali pada Dia,
    tapi bila reda semuanya
    kembali kita bongkak semula,
    hidup bagaikan tiada agama.
    mungkin bencana dahsyat berterusan
    adalah baik untuk kita?
    kerana barulah kita istiqomah
    berserah pada maha Esa

    Raja Munirah
    sajak bencana alam
    batu Gajah 31.12.2012

    BalasPadam
  12. BERIRAMA

    Indah terlukis sempurna
    Senyum bagai pelangi dilangit biru
    Hingga ku terpana membisu.
    hembuskan semilir kagum rahsia
    walau tak berirama alunan
    nada dari suara namun dapat dirasa
    walau masih dapat ingin mendengar

    Jalal Rafzee
    sajak simbolik kecewa
    Baling 4.6.2012

    BalasPadam
  13. KERINDUANA TANPA BATAS

    Kerinduan tanpa batas
    menghantui hariku menembus
    alam dimensi tanpa batas
    jatuh ke garis titik kehidupan ini
    Sepatah kata rindu yang terucap suara hati ku terbawa oleh angin
    Semakin berulang kali
    kata rindu terucap dalam benak

    Tok Mahat
    sajak kerinduan
    Padang Kota 6.5.2012

    BalasPadam
  14. MIMPI KEINDAHAN

    malam telah larut bergelumang
    semua ilusi mata penuh mengantuk
    beban pagi yang kian menerpa..
    terasa ingin segera memeluk mimpi…
    ketika penat kian memuncak
    seiring terbangnya awan hitam
    gundah semakin merasuk
    ku pejamkan mata padamkan bara..
    lupakan dunia tersenyum
    bersama mimpi tentang keindahan..

    Muhamad Rabbi
    sajak tekanan
    Puchong 3.2.2012

    BalasPadam
  15. TERBONGKAR

    Biarkan saja mereka berkata lantang
    Dengan ucapan tak terhingga.
    Yang terbentang di dasar hati
    kerana semua sudah mengetahui
    omongan itu hanyalah sandiwara
    walau nampak kami tenang saja
    kerana kami tahu roda
    akan terus berputar
    Akan tiba masa di mana
    kebenaran akan terbongkar

    Fatimah Zahrah
    sajak politik dari ayahanda sy "Shahrom Zaki"
    Skinchan 9.11.2012

    BalasPadam

  16. KUM 1

    1.HARIMAU TUA- Hasyim Badri(TBD)
    2.JALAN BERLIKU- Ayu Manja (LSS)
    3.SEDETIK -Ustaz Zulkarnain (TBD)
    4.LEMAH KERANA BENCANA- Raja Munirah (LSS) STK1

    * Sajak Terbaik Kumpulan 1 (STK1)

    BalasPadam

  17. 1.HARIMAU TUA (TBD)

    kau makanlah senjata itu
    merompaklah kalian secara halus
    Hingga telanjangkan kami di jalanan
    kau hancurkan tangan besi dictator.
    Tipu dan menipu telah jadi rajamu.
    Lebih baik kau makan saja BR1M itu!
    duit yg penuh muslihat beracun!
    layaknya kau lebih baik terus diam!
    jangan jadi harimau tua
    berharap selalu jaga Negara
    tetapi tiada kami lihat kejujuran

    Hasyim Badri (kawan Usop Nayan)
    Sajak utk pak jib yg gila dgn pmpuan mongolia sy dpt idea semasa mengiringi bakal PM kita Anwar Ibrahim PRU13 kluar dari makhamah
    Permatang Pauh 1.2.2012/31 Disember 2012 2:12 PTG
    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdra Hasyim Badri kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: HARIMAU TUA Thema sajak sensitif sadikit nampaknya.Pengucapannya mengelirukan pada bait pertama lagi (makanlah senjata) semacam rencana yang beremonsinal bukan lagi bentuk sajak Mesejnya juga terang-terangan tidak bersembunyi Kami tidak dapat membuat andaian takut bersubahat kerana najib telah melakukan sumpah laknatnya di masjid guar perahu ..Harap maaf kerana ada persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)


    BalasPadam

  18. 2.JALAN BERLIKU (LSS)

    Ku gagahi langkahkan kakiku
    menyelusuri jalan penuh berliku
    berusaha sekuat tenaga upaya
    melewati jurang tebing tinggi
    semakin aku melangkahkan kaki
    jatuh bangun menjadi biasa
    kini jalan kulewati tiada lagi
    tinggal tebing menjulang tinggi
    haruskah aku berhenti sampai disini
    atau meratapi nasib tidak berhenti.
    Sampai bila semua ini akan berlalu
    sehingga aku dapat melangkah maju
    dengan berbekalkan hati yang kental
    bersama semangat yang tidak kenal jemu.

    Oleh: Ayu Manja
    sajak tentang perjalanan kehidupan
    Brunei 3.9.2012/31 Disember 2012 2:27 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdri/Pn Ayu Manja Tahniah! Muncul lagi dengan sajaknya yang bertajuk: JALAN BERLIKU Tema sajak perjalanan kehidupan nampaknya. Pengucapannya,ada sadikit penambahan bersemangat dan bersahaja namun punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya perjalanan kehidupan menuju puncak susah payah, pahit getil perlu dilalui berbekal semangat dan hati yang kental menuju kejayaan, jangan henti..Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS)


    BalasPadam

  19. 3.SEDETIK (TBD)

    Sedetik rasa meski gelap menutupi
    Jiwa yang selalu senantiasa hidup
    Dalam garis hariku tak lagi lurus
    Hingga ke akhir nafasku cuma sedetik
    waktu bukan ukuran benar atau salah

    Ustaz Zulkarnain
    sajak simbolik
    teluk kumbar 23.12.2012/31 Disember 2012 2:37 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdra Ustaz Zulkarnain kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: SEDETIK Thema sajak simbolik nampaknya.Pengucapannya pendek dan sadikit mengelirukan pada bait ke dua (selalu sentiasa ), namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya juga semacam samar kami gagal menangkap maksudnya, mungkin isu semasa dan setempat dengan penyakit kecelaruan minda agaknya. Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam

  20. 4.LEMAH KERANA BENCANA (LSS)

    lemahnya kita asal ada bencana
    mulalah kembali pada Dia,
    tapi bila reda semuanya
    kembali kita bongkak semula,
    hidup bagaikan tiada agama.
    mungkin bencana dahsyat berterusan
    adalah baik untuk kita?
    kerana barulah kita istiqomah
    berserah pada maha Esa

    Raja Munirah
    sajak bencana alam
    batu Gajah 31.12.2012/31 Disember 2012 2:42 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdri/Pn Raja Munirah Tahniah! Muncul lagi dengan sajaknya yang bertajuk: LEMAH KERANA RENCANA Tema sajak bencana alam nampaknya. Pengucapannya, pasrah dan sadikit sinis, namun punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya rasa kecewa dengan musibah bincana alam yang sering datang timpa menimpa kerana kelalaian dan kesombongan manusia mempermainkan agama, engan beristiqamah sehingga melupankan Allah yang maha Esa.Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS) STK1

    BalasPadam

  21. KUM 2

    5.SIMPONIS BERIRAMA-Jalal Rafzee (LSS)
    6.KERINDUANA TANPA BATAS-Tok Mahat (TBD)
    7.MIMPI KEINDAHAN -Muhamad Rabbi (TBD)
    8.TERBONGKAR- Fatimah Zahrah (LSS) STK2

    BalasPadam

  22. 5.SIMPONIS BERIRAMA (LSS)

    Indah terlukis nampak sempurna
    Senyum bagai pelangi dilangit biru
    sehingga mataku terpana mulut membisu.
    hembuskan semilir penuh kekaguman kerahsiaan
    walau pun tidak berirama alunan lagu merdayu
    namun terasa nada dari suara amat mengasyikan
    Simponis irama kekecewaan bisa beri pengajaran…...

    Oleh: Jalal Rafzee
    sajak simbolik simponis irama kekecewaan
    Baling 4.6.2012/31 Disember 2012 3:24 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdra Jalal Rafzee Tahniah! Muncul kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: SIMPONIS BERIRAMA Tema sajak bersimbolik nampaknya. Pengucapannya, semacam pasrah dan sadikit sinis, bersimbolik namun punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya rasa kecewa dengan kesombongan manusia yang mempermainkan sesuatu dengan kebendaan, kini kita akan dengar dan lihat seponis irama kekecewaan akan memberi pengajaran bila tiba masanya nanti... Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS)


    BalasPadam

  23. 6.KERINDUANA TANPA BATAS (TBD)

    Kerinduan tanpa batas
    menghantui hariku menembus
    alam dimensi tanpa batas
    jatuh ke garis titik kehidupan ini
    Sepatah kata rindu yang terucap
    suara hati ku terbawa oleh angin
    Semakin berulang kali
    kata rindu terucap dalam benak

    Oleh: Tok Mahat
    sajak kerinduan
    Padang Kota 6.5.2012/31 Disember 2012 3:30 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Tok Mahat kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: KERINDUAN TANPA BATAS Thema sajak rindu nampaknya.Pengucapannya bersahaja sadikit mengelirukan pada bait-baitnya , namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya juga semacam samar Apa pun mungkin dimensi rindu semasa muda kembali kuat mengoda menjadikan hati kian bedak. Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam

  24. 7.MIMPI KEINDAHAN (TBD)

    malam telah larut bergelumang
    semua ilusi mata penuh mengantuk
    beban pagi yang kian menerpa..
    terasa ingin segera memeluk mimpi…
    ketika penat kian memuncak
    seiring terbangnya awan hitam
    gundah semakin merasuk
    ku pejamkan mata padamkan bara..
    lupakan dunia tersenyum
    bersama mimpi tentang keindahan..

    Oleh: Muhamad Rabbi
    sajak tekanan
    Puchong 3.2.2012\31 Disember 2012 3:42 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdra Muhamad Rabbi kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: MIMPI KEINDAHAN Thema sajak tertekan nampaknya.Pengucapannya terlalu biasa dan bersahaja sadikit perlu diperbaiki, namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya juga semacam samar Apa pun mungkin keletihan di tempat kerja menjadikan rasa diri tertekan, melainkan dapat tidur sadikit member ubat hilang keletihan dan stress .Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam

  25. 8.TERBONGKAR (LSS)

    Biarkan saja mereka berkata lantang
    Dengan ucapan tak terhingga.
    Yang terbentang di dasar hati
    kerana semua sudah mengetahui
    omongan itu hanyalah sandiwara
    walau nampak kami tenang saja
    kerana kami tahu roda
    akan terus berputar
    Akan tiba masa di mana
    kebenaran akan terbongkar

    Oleh: Fatimah Zahrah
    sajak politik dari ayahanda sy "Shahrom Zaki"
    Skinchan 9.11.2012/31 Disember 2012 3:43 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)
    Sdri/Pn Fatimah Zahrah Tahniah! Muncul kembali dengan sajak ayahndanya yang bertajuk: LEMAH KERANA RENCANA Tema sajak berbau politik nampaknya. Pengucapannya, pasrah dan sadikit sinis, namun punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya mengambarkan satu permainan sadiwara hamper tamat Hanya menanti masa dan ketikanya sahaja cerita akan tamat. Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS) STK1

    BalasPadam
  26. terima kasih qalam ke final jgk akhirnya.... hehehe sajak sy pun dri ayahanda sy dia ketua umno cawangan di selangor apa2pun terima kasih byk2 qalam mmg benar ulasan anda....

    BalasPadam
  27. aku rasa sajak aku mcm bodo je? tp qalam bagi menang plak? hmm... hrp2 qalam bagi menang bukan sbb kesian sbb aku kalau boleh nk menang dgn cara yg btol klu sbb kesian x best la.... apa2pun benar ulasan anda qalam sajak kecewa tu dgn keluarga sebelah mertua... apa2pun terima kasih la qalam masuk ke final 2 tahun berturut2 thn lps akhir tahun pun aku ke final jgk dpt TV hrp2 tahun ni dpt lagi best

    BalasPadam
  28. menyesal buat sajak mcm melepas batuk di tangga sbb ingatkan hadiah x menarik rupa2nya lagi menarik!!! aduh... sajak aku kali ni psl letih balik kerja kalau aku tahu buat sajak politik pun xpe.... alahai.... kalah plak walaupun hmpir nk ke final!!!!!

    BalasPadam
  29. ingatkan tahun ni boleh ke final tp persaingan hebat2 sajak sy plak ala kadar sahaja? nk buat sajak yg lagi menarik x ada masa sbb sy skrg sibuk ke laut lps pencen dari posmen sy kerja kat laut skrg jadi nelayan balik rumah pun xda masa jd mmg sajak pun kurang berkualiti... sayangnya rugi x buat btol sbb hadiah mengancam tahun ni...

    BalasPadam
  30. sajak kali ni saja sy buat sendiri tu pun sy ambik idea dari sajak2 ahli jgk yg buat psl bencana alam sbb ayah mnggu ni sibuk sikit kerja overtime sbb tu sy terpaksa jgk la tulis sendiri tp syukur menang jgk ke final... apa2pun final ni minta ayah yg tolong buatkan jgk la nanti? hehe apa2pun ayah sy kirim salam kepada qalam mutiara dia kata kalau ada rezeki nak jmpa qalam....

    BalasPadam
  31. terima kasih qalam kerana beri sy ke final hujung tahun 2012 ni mmg sy dh hajat nk ke final klu ada rezeki? akhirnya tercapai jgk.. sajak sy tu lebih kpd tekanan sikit dgn beban sbb lps sy berkwin dgn org di kuala kurau sy berhenti jadi pramugari sbb suami sy pilot tp bila dh berhenti kerja jd suri rumah mcm bosan plak sbb sebelum ni dh biasa kerja skrg jd surirumah byk beban sikit... tu la yg sy luahkan dlm sajak2 sy

    BalasPadam
  32. apa2pun tahniah kpd ke final hujung thn 2o12 ni sbb hujung thn 2011 sy dh ke final alhamdulilah dpt moto sbiji menang tempat ketiga thn ni tewas separuh akhir sy x kecik hati sbb apa2pun sy lebih suka beri peluang kpd org2 baru plak merasa hadiah yg besar2 ni... apa2pun tahniah qalam pilihan anda adalah tepat!!!

    BalasPadam
  33. ingatkan xleh komen tp td raja munirah kata lps qalam ulas sajak kena komen kat sini... apa2pun sy x puas hati sbb kalah tp x mengapa kalah disini bukan bermaksud kami akan kalah di PRU13 ni sbb sudah terbukti PKR akan menguasai byk negeri nanti jd apa2pun kepada qalam jgn la hanyut dgn wang ringgit diberi pak jib tu sbb smua x kekal pun smua dia beri tu muslihat semata-mata utk meraih undi dan nk tutup cerita dia skandal dgn mongolia tu? sbb smua dh tahun pmpuan tu skandal najib bila pmpuan tu dh bunting dia nk dtg msia cri najib tu yg kena hapus tu... apa2pun tahniah buat ke final! apa2pun ANWAR IBRAHIM akan jd PM satu hari nanti tgk lah... doa kami bersama dia.....

    BalasPadam
  34. TERLALU BANYAK

    terlalu banyak masalah
    tidak bisa disatukan
    bukannya sakit dalam perasaan
    tapi ini suatu kenyataan
    senyuman amat teramat liar buatku
    berubah segala hanya demikesenangan
    hati terlanjur kembali
    berbalik kearah lebih baik
    jangan coba memalingkan itu sia-sia
    teruskanlah kehendak hati
    banyak jalan tetapi kenapa
    mesti pilih yang demikian

    Satria JUragan
    sajak kecewa
    Permatang Damar Laut
    9/2/2012

    BalasPadam
  35. TAHAJUD MENANGIS

    Aku terbangun diwaktu sunyi
    Hangat selimut tak lagi berarti
    Aku berlari menatap langit
    Aku berdiri dihamparan bumi
    Melihat sepi meratapi diri
    seakan aku hilang tertelan kelam?
    Mataku terkejut tak bergema
    kini aku tak mampu berbaring
    dengan tenang aku mulai melangkah
    Mencari suci saat bertasbih
    Dalam tahajud aku menangis

    Abdullah Sani
    sajak kekesalan
    Klang 4.3.2012

    BalasPadam
  36. SURIAN TAKKAN TERLELAP

    Aku bukanlah seorang raja.,.
    berkuasa disebuah istana.,.,.
    aku hanya seorang penyair kesepian
    hingga kini kumelangakah
    tak tentu arah dan tujuan..,
    tetapi cuba menyusun
    kata-kata ditengah sepi dunia…
    diantara tusukan perih dalam jiwa
    karena caci maki dan hinaan….
    aku berharap suria takkan terlelap
    diantara kegelapan hari ini

    Sanantee Krisnasari
    sajak simbolik berharapkan sesuatu
    sumbangan dari pak saudara ketika pulang bercuti krismas
    Johor Baharu 10/12/2012

    BalasPadam
  37. IKRAR

    perjalanan masa terlewat dari dulu
    kini kunanti tiada terputus
    sehela nafas yang terhembus
    menyatu ditali jiwa yang mengabadi
    sarat terkandung langkah ribuanarah
    membayangi roh dan diselimuti
    ikrar puluhan masa tiada kenalgoyah

    Haji Khali
    sajak simbolik
    Changlun 8.5.2012

    BalasPadam

  38. KUM 3

    9.TERLALU BANYAK- Satria Juragan (TBD)
    10.TAHAJUD MENANGIS- Abdullah Sani (LSS)STK3
    11.SURIA TAKKAN TERLELAP Sanantee Krisnasari (LSS)
    12.IKRAR -Haji Khali (TBD)

    BalasPadam

  39. Satria Juragan berkata...

    9.TERLALU BANYAK (TBD)

    terlalu banyak masalah
    tidak bisa disatukan
    bukannya sakit dalam perasaan
    tapi ini suatu kenyataan
    senyuman amat teramat liar buatku
    berubah segala hanya demikesenangan
    hati terlanjur kembali
    berbalik kearah lebih baik
    jangan coba memalingkan itu sia-sia
    teruskanlah kehendak hati
    banyak jalan tetapi kenapa
    mesti pilih yang demikian

    Oleh: Satria Juragan
    sajak kecewa
    Permatang Damar Laut
    9/2/2012/1 Januari 2013 4:20 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdra Suatria Juragan kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: TERLALU BANYAK Thema sajak kekecewaan katanya. Pengucapannya terlalu biasa dan sadikit perlu diperbaiki, namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya juga semacam samar dan mengelirukan . Apa pun mungkin terlalu masalah yang gagal di atasi sehingga menjadi kecewa. .Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)


    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



    Abdullah Sani berkata...

    10.TAHAJUD MENANGIS (LSS)

    Aku terbangun diwaktu sunyi
    Hangat selimut tak lagi berarti
    Aku berlari menatap langit
    Aku berdiri dihamparan bumi
    Melihat sepi meratapi diri
    seakan aku hilang tertelan kelam?
    Mataku terkejut tak bergema
    kini aku tak mampu berbaring
    dengan tenang aku mulai melangkah
    Mencari kesucian saat bertasbih
    Dalam tahajud aku menangis

    Oleh: Abdullah Sani
    sajak kekesalan
    Klang 4.3.2012/1 Januari 2013 4:24 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)
    Sdr Abdullah Sani Tahniah! Muncul kembali dengan sajaknya yang bertajuk: TAHAJUD MENANGIS Tema sajak kekesalan nampaknya. Pengucapannya, bersahaja dan penuh keinsafan namun punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya kekesalan diri kini perlu mencari ubatnya dengan bertahajud di hujung malam sepi untuk bertasbih menyuci diri serta pasrah kepadaNya. Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS) STK1


    BalasPadam

  40. Sanantee Krisnasari berkata...

    11.SURIA TAKKAN TERLELAP (LSS)

    Aku bukanlah seorang raja.,.
    berkuasa disebuah istana.,.,.
    aku hanya seorang penyair kesepian
    hingga kini kumelangakah
    tak tentu arah dan tujuan..,
    tetapi cuba menyusun
    kata-kata ditengah sepi dunia…
    diantara tusukan perih dalam jiwa
    karena caci maki dan kehinaan….
    aku berharap suria takkan terlelap
    diantara kegelapan hari ini

    Oleh: Sanantee Krisnasari
    sajak simbolik mengharapkan sesuatu
    sumbangan dari pak saudara ketika pulang bercuti krismas
    Johor Baharu 10/12/2012/1 Januari 2013 4:32 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

    Sdri/Pn Sanantee Krisnasari Tahniah! Muncul kembali dengan sajak bapa saudaranya yang bertajuk: SURIA TAK AKAN TERLELAP Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannya, pasrah dan sadikit sinis, namun punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya mengambarkan satu keadaan yang kurang menyenangkan hati bila maki hamun dijadikan senjata umpat keji, berharap pihak berkuasa jangan membiarkan begitu saja.Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS)



    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

    Haji Khali berkata...

    12.IKRAR (TBD)

    perjalanan masa terlewat dari dulu
    kini kunanti tiada terputus
    sehela nafas yang terhembus
    menyatu ditali jiwa yang mengabadi
    sarat terkandung langkah ribuanarah
    membayangi roh dan diselimuti
    ikrar puluhan masa tiada kenal goyah

    Oleh: Haji Khali
    sajak simbolik
    Changlun 8.5.2012/1 Januari 2013 4:34 PTG

    PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

    UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)
    Haji Khali kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: IKRAR Thema sajak simboli katanya. Pengucapannya bersahaja dan sadikit perlu diperbaiki, namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya juga semacam samar dan mengelirukan . Apa pun mungkin terlalu lama menanti satu janji yang kental penuh ikrar tak pernah goyah .Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)


    BalasPadam