Selasa, 11 Disember 2012

PRAJURIT HUJAN (7)



Sayembara puisi spet 20122 tempat ke 7

 terbayang ketika bersenjata
tekad menaiki kuda putih
menyeret takdir membawa emosi
apa berlaku pada selimut realiti
terpacu laju saat bermimpi

menyelimuti kanan dan kiri
prajurit lain telah tertinggal jauh
sebelum wajah menikam angin
jalur air mengalir di sekujur tubuh
bergerak cepat tertusuk senjata
tangan mengagungkan suara
siapakah lawan kita sekarang?
pendekar sakti atau naga api


Oleh: Muhamad Akmal
sajak dari abah "ismail bin kassim"
abah kata sajak tentang perjuangan semasa dia jd askar dlu
27 September 2012 8:03 PG






30 ulasan:


  1. SAYEMBARA PUISI CITRARASA/NURI UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPTEMBER 2012

    PUSINGAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR.
    Sdra Nuhanad Akmal Berjaya ke peringkat akhir kembali lagi dengan sajak bertajuk: PRAJURIT HUJAN Tema sajak mengenangmasa lalu nampaknya. Pengucapannya sadikit mengelirukan, tapi punyai artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh soal kecelaruan mungkin ada cerita yang kurang menyakinkan tentang perjuangan. Apa pun ini semua ujian dalam kehidupan yang penah dialaminya.Apa pun diberi peluang dan Terpilih ke final untuk tempat ke 7 (LT7)

    BalasPadam
  2. untuk pengetahuna anda semua blog ini Adminnya tinggal 2 orang saja, gua dan Qalam sahaja.

    En nuri nak bagi mati blog ini .Rasa pun macam hidup segan mati tak mahu. cuma kasihan dan sempati dengan datuk hasbi nazarnya belum tamat.

    Beberapa orang Admin yang keluar drp blog ini mereka saban malam sedang bermunajat agar pembangkang tumbang pru13 ini. Termasuk yang duduk di lubuk hantu dan puntianak serawak.

    Gua tak tahu cerita ini, tapi apa yang gua dengar itu macam la ...

    BalasPadam

  3. 25.CIUMAN PERTAMA (TBD)

    tegukan pertama dari cawan
    diisi oleh para dewa
    bersama batas antara kebimbangan
    menghiburkan dan menyedihkan
    takdir yang mengisinya
    Itulah baris dari suatu kehidupan
    tali menghubungkan pengasingan
    Ciuman pertama dapat menyatukan

    Ananita A/P Subahan
    sajak tentang cinta dari dewa2
    sungai petani 2.3.2012/11 Disember 2012 5:43 PTG

    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

    Sdri/Pn Ananita A/P Subahan kembali lagi kini dengan mengetengahkan sajaknya bertajuk ; CIUMAN PERTAMA Tema sajak cinta kedewaan katanya ? Pengucapannya mengelirukan ada semacam jampi mentera, Apa pun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya juga ada semacam mengharap doa rastu dari pihak Dewa agaknya Cuma andaian sahaja . Harap maaf, ada persaiangan hebat Cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam

  4. 26.DUA AROMA (TBD)

    keheningan perasaan bersama nyanyian
    Itulah satu kata kesetiaan
    rintihan manis permulaan
    membawa kepada ilham dan impian
    bintang dengan bunga buah delima,
    menyatukan dua aroma pada satu jiwa

    Oleh: Melati hawa (kakak ipar Angker 13)
    sajak cinta saya wakil angker 13 dia tarik diri ada hal lain yg perlu diselesaikan
    Shah Alam 9.2.2012/11 Disember 2012 5:48 PTG
    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

    Sdri/ Pn Melati Hawa penganti Angker 13 kini dengan mengetengahkan sajaknya bertajuk: DUA AROMA Tema sajak percintaan nampaknya ? Pengucapannya semacam bermadah tapi bersimbolik perlu sadikit lagi pembetulan ,namun punya artinya yang tersendiri.Mesejnya sadikit mengelirukan walaupun ternyata ada cerita orang muda punya biasa, Cuma andaian sahaja.Harap maaf, ada persaiangan cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam

  5. 27.PERKUBURAN MEREKA SENDIRI (LSS)

    Kasihan bangsa itu
    memakai pakaian yang terkoyak
    makan roti basi minum anggurdipijak
    mereka menganggap orang bodoh
    diangkat menjadi pahlawan
    membuat rusuhan sebagai hadiah.
    meremehkan nafsu dalam mimpi
    sementara menyerah ketika bangun.
    bangsa itu tidak pernah bersuara
    kerana mereka bagai berjalan
    di atas perkuburan mereka sendiri

    Anjang Aki
    sajak sinis simbolik
    Baling 11.12.2012 11 Disember 2012 5:55 PTG
    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


    Sdra. Anjang Aki kembali lagi dewngan sajaknya bertajuk: PERKUBURAN MEREKA SENDIRI Tema sajak sinis simbolik nampaknya. Pengucapannya bombastik berbagai citrarasa, namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya tentang persoalan kehidupan jagat manusia agaknya, mungkin ada sesuatu yang kurang menyenangkan di hati.si penulis melihat kekejaman dan kerangkusan manusia ingin berkuasa sehingga ada manusia lain seperti mengali kubur sendiri..Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam

  6. 28.DIGERTAK (LSS)

    aku tidak akan memberontak
    kecuali jika digertak
    tetapi kini aku sudah
    berada di antara landasan.
    orang atasan kini menjadi serigala,
    seniman semua menjadi penipu
    hanya untuk merebut kuasa
    orang sucinya diperbodohkan
    kini terasa aku semakin retak
    kerena disini semuanya
    masing-masing mengangap diri raja

    Oleh: Karim Ghani
    sajak tentang masalah di tempat kerja baru sy setelah ditukarkan dari teluk kumbar ke Balakong 2.12.2012\11 Disember 2012 6:01 PTG
    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

    Sdra. Cikgu Karim Ghani kembali lagi dengan sajak bertajuk: DIGERTAK Tema sajak permasalahan nampaknya. Pengucapannya bersahaja ada rasa simbolik, namun punya artinya yang tersendiri.Mesejnya tentang persoalan peribadi agaknya, mungkin ada sesuatu yang kurang menyenangkan hati. Dengan kuasa dan pengaruh politik mempengaruhi keadaan kini tempat bekerja boleh jadi pincang dengan ugutan dan gertak. .Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam

  7. 29.BISIK (TBD)

    bisik bahawa hidup adalah kegelapan
    penuh ketakutan jadi sebarkanlah
    apa yang telah dituturkan
    walau hati penuh kebimbangan
    Kuwartakan pada kalian
    jika tidak diselimuti oleh kehendak
    maka akan buta bila
    tidak diselimuti pengetahuan
    kosong hati tidak diiringi kerja
    segala kerja hanyalah kehampaan
    kecuali disertai kesungguhan

    Oleh: mentari senja
    sajak pengajaran ketika di tempat kerja baru di Jeli 13.7.2012\11 Disember 2012 6:06 PTG

    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

    Sdra Mentari kini dengan mengetengahkan sajaknya bertajuk: BISIK Tema sajak penngajaran katanya ? .Pengucapannya bersahaja semacam berfalasafah pun ada perlu sadikit lagi pembetulan untuk menyakinkan, namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya ternyata ada rasa ingin sesuatu yang hendak disampaikan pada awam dengan dengan apa yang dialami dan dirasakan. Cuma andaian Harap maaf, ada persaiangan cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam

  8. 30.KALA MALAM DATANG (TBD)

    Kala malam datang aku mulai terasa
    bangun dan berjalan ke laut
    Laut yang tidak pernah tidur
    laut menjadi penghibur
    bagi jiwa yang terjaga
    Ketika aku sampai di pantai,
    kabus dari gunung menjuntai kakinya
    seperti selembar menghiasi wajahku
    Aku melihat ombak yang berdeburan.
    tersembunyi di dalam ombak itu

    Oleh: Syed Faizal
    sajak fantasi ketika bercuti di pandai batu feringgi/11 Disember 2012 6:13 PTG

    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

    Sdra Syed Faizal kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya bertajuk: KALA MALAM DATANG Tema sajak fantasi katanya?.Pengucapannya meragukan perlu sadikit lagi pembetulan namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya ternyata ada soal peribadi , munkin ada rasa suka duka dalam menghadapi kehidupan ini ..Cuma andaian sahaja . Harap maaf, ada persaiangan cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam

  9. 31.KUSUT HATI (LSS)

    Ketika ku coba berbicara
    tiada siapa ingin mendengar
    dan tiada siapa mahu ambil peduli
    aku coba menyediri dan jauh menhindari
    Agar diri tetap terjaga dari kelalaian
    merenungkan akan nasib malang diri
    Yang tercampak dari permukaan bumi
    bersama nyamuk dan agas nakal menemani
    Kubiarkan kusut hati larut bermesra bersamanya..

    Oleh: Jalan Rafzee
    sajak kusut hati bersama kesedihan
    bagan samak 10.10.2011/11 Disember 2012 6:16 PTG

    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

    Sdra. Jalal Rafzee kembali lagi dewngan sajak bertajuk: KUSUT HATI Tema sajak kekusutan hati nampaknya. Pengucapannya bersahaja ada rasa simbolik, namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya tentang persoalan peribadi agaknya, mungkin ada sesuatu yang kurang menyenangkan. Bagi mengiburkan hati kini membawa diri di daerah pendalaman bermesra bersama nyamuk dan agas nakal sebelum pasrah saja kepada Allah yang maha kuasa. .Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya

    BalasPadam

  10. 32.ROH SEDANG BERMAIN (LSS)

    Ketika sebagian diri terlelap
    roh pula bermain di alam mimpi
    sebujur badan tergeletak bagai mati
    Aku masih tetap tejaga sepi sendiri
    Menyelami agar hidup ini
    bertemu dengan jati diri
    Mencari ketenangan menemani hati
    Hingga sampai pada batas waktu ini
    Ku adukan semua pada illahi

    Oleh: Adi marhain
    sajak keinsafan setelah memeluk islam tapi nama sy x tukar tetap guna nama adi marhain sbb imam yg mengislamkan sy dia kata dh elok nama ni sajak ni sy buat ketika bercuti bersama tunang di bayan lepas 15.11.2012 /11 Disember 2012 6:21 PTG
    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

    Sdra. Adi Marhan kembali lagi dengan sajaknya bertajuk: ROH SEDANG BERMAIN Tema sajak keinsafan nampaknya. Pengucapannya bersahaja ada rasa simbolik, namun punya artinya yang tersendiri.Mesejnya tentang persoalan peribadi agaknya, mungkin ada sesuatu keadaan semasa yang dialaminya agak mencemaskan kehidupan . kini keinsafan dengan pasrah saja kepada Allah yang maha kuasa. .Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  11. 25.CIUMAN PERTAMA- Anaita A/P


    25.CIUMAN PERTAMA- Anaita A/P Subahan (TBD)
    26.DUA AROMA – Melati Hawa (TBD)
    27 PERKUBURAN MEREKA SENDIRI- Anjamg Aki (LSS)
    28. DIGERTAK – Karim Ghani (LSS)
    29. BISIK – Menatri Senja (TBD)
    30. KALA MALAM DATANG – Syed Faizal (TBD)
    31. KUSUT HATI – Jalal Fafzee (LSS)
    32. ROH SEDANG BERMAIN – Adi Marhain (LSS)

    BalasPadam

  12. CERPEN BERSIRI KHAS SEMPENA MAAL HIJRAH 1432. KISAH LAGENDA.
    BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA. 20/6/1981


    Sebuah kisah dipendalaman yang terpencil di sewak.
    ___________________________________


    HADI terasa tekaknya pahit macam jadam. Mukanya panas berpinau-pinau, kelihatan
    dunia ini bagai kekaburan. Suhu badanya naik entak berapa F mungkin lebih daripada
    badan suhu manusia normal. Dia mengeliat beberapa kali. Badannya terasa lemah.

    Cuaca di luar cukup membosankan. Angin pagi yang bertiup lembut , sesekali menyelinap masuk di celah-celah dinding lalu menjamah dadanya yang terdedah itu. Sesekali Hati gelisah dua tiga malma ini dia sering kali terjaga malam. Kerana diganggu mimpi yang sedeh sekali.

    Aruah ayahnya bagai mengarahkan Sesutu kepadanya, walaupun tidak bercakap, tetapi Hadi dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dia telah lakukan . Begitu juga dengan wajah tua ibunya, bagai terbongkok-bongkok mengangkat air dan kayu api di tepi sungai.

    Dalam bilik sewa rumah kongsinya itu memang tidak pernah tersusun. Sejak hadi masuk rumah sakit sehari dua dulu hingga kini semuanya berselerak, semak samun dan cukup membosankan. Tetapi inilah bilik rumah kongsi sewanya bersama Madian.

    Hadi terpaksa tinggal di sini, sehingga kesihatannya kembali pulih, mungkin sehari dua lagi, Dia sudah bertekad datang ke Bandar ini untuk mencari rezeki yang lebih. Untuk ibu tuanya yang berada terpencil di hujung kampong.

    Walaupun rumah sewa sekangkaang kera dan terletak di tanah haram di pinggir bandar kuching ini kepunyaan mandornya sendiri, tetapi sewanya tetap kena bayar, cuma RM50 sebulan termasuklah api dan air. Tetapi keadaannya cukup membosankan kerana di kelilingi sampah sarap.

    Disebabkan pulang kerja dari pagi hingga petang dalam keadaan leteh, mereka tidak menghiraukan bau busuk keadaan sekeliling, lalu tidur dengan lenanya, dan pagi esoknya sambung bekerja lagi.


    SAMBUNGAN (B)
    SIRI 2.

    BalasPadam
  13. CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________

    Siri ke 2.

    Dalam kepayahan menaham sakit dan bisa-bisa terasa pada urat dan sedinya. Hadi cuba bangun dan duduk tergangkung menongkat lutut di atas pangking tempat tidurnya. Bau peluh kering menyerbu masuk ke dalam lubang hidungnya. Hati terasa
    badannya begitu lemah.

    Malah selera makanannya huga sudah lebih dua hari terhenti. Seri cahaya di mukanya juga sudah hilang tidak nampak di mukanya lagi. Hadi melihat kedua tapak tangannya, kalau ditoreh bagai tidak berdarah pucat kelihatan. Hadi amat khuatir kalau kematian datang mengundang.

    Hadi menyerlangkan kedua tangannya lalu mengalangkan di antara kedua kepala lututnya, kemudian dia menyelangkumkan dahi kepalanya ke atas lengannya. Kedua matanya begitu berat untuk di buka, melainkan terpejam. Dadanya terasa bigitu panas,Tetapi seluruh tubuhnya terasa bagai dicengkam kesejukan yang amat sangat.

    Sesekali batuknya datang menyerang tetapi bagai tersekat di kerongkong, semua ubat yang diberi oleh doctor semuanya telah habis ditelan, tetapi penyakitnya bukan bertambah kurang atau beransur sembuh tetapi lebih memerekannya lagi.

    Hari ini hadi tidak dapat bekerja lagi, biarlah mandor Ah kau memerahinya atau memaki hamun dirinya lagi, biarlah, dia memang tidak terdaya lagi. Tenaganya semacam kehabisan, lemah, selemah-lemahnya dan tidak bermaya lagi.

    “Haya! Hadi, keleja mutut-mutut la, wa tenguk lu manyak main-main, nanti tauke datang tengok ini macam kerja ha , wa susah lo, kerja lambat siap tauke lugi musat maa…Wa kena malah” Kata mandor Ah kau yang berbadan besar pendek macam badan sumbu itu.

    Waktu itu Hadi cuma berhenti sekejap untuk membuang air kecil di tepi bangunan batu tujug belas tingkat yang belum siap itu. Sekali dia tidak menyangka rupanya mandor Ah Kau ada di tepi bagunan itu.

    “Wa kencing la mandor ! “ jawab hadi.
    “Kencing boleh, tapi jangan lama-lama, selupa babi kencing maa,” Kata mandor Ah Kau lagi, sambil berlalu dari situ.

    Hadi Nampak muka mandor Ah kau yang sememanganya sukar untuk senyum pada sesiapa saja, apatah lagi pada kuli-kuli bawah jagaannya. Sehingga ada di antara pekerja di bawa jagaannya mengelarkannya mandor muka penyu, kerana terlalu tegas
    Dan tidak boleh bertolak ansur dalam bekerja.


    BERSAMBUNG Siri 3. (B)

    BalasPadam
  14. CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________
    Siri ke 3.


    Sememangnya begitulah muka yang hidup cuma mengabdikan diri dalam memburu dan mengumpul harta benda dan kekayaan sahaja. Justeritu tidak hairanlah ada pekerja di bawah jagaan mandor Ah kau ramai yang angkat kaki tidak tahan lama, mereka meninggalkannya dan mencari kerja lain.

    Hadi juga terasa panas dan sakit hati dengan mandor Ah kau ini, bukan kerana kerja atau suasana yang memerekkan tetapi maki hamun yang pedas dari mulutnya yang tidak berkunci itu cukup menyakitkan hati, menjadikan ramai pekerja mengambil keputusan untuk berhenti.

    Hadi terbatuk-batuk kecil, dalam bunyinya bermain di kerongkong , dirasainya tekak
    dan lidahnya kian kering. Hadi menepuk-nepuk dadanya, kemudian mengangkatkan kepalanya dan memicit-micit dahi dengan jari jemarinya, terasa panas dan berdenyut-denyut hingga ke bubun.

    Kemudian hadi mencapai botol air mineral yang tinggal sekerat botol lagi, dibukanya tutup botol dan melanggahnya beberapa teguk, terasa sejuk sadikit tekaknya, Kemudian dia kembali menelungkup dahi kepalanya ke lengan yang tergalang di atas kedua belah kepala lututnya.

    “Kau baru saja keluar dari rumah sakit. Eloklah kau berehat sehari dua dulu, bila sudah baik betul , barulah kau pergi bekerja. Aku khuatir jika nanti kau sakit semula, siapa yang susah?” Begitu kata Madian kepadanya sebelum pergi kerja pagi tadi.

    Sesekali difikirkannya , ada juga kebenarananya , kata-kata Madian sahabat karip sekerjanya itu, tetapi entah kenapa hati Hadi agak degil dan keras untuk mendengar nasihat dari orang lain, itulah tabiaatnya yang sukar untuk dirinya membuangkan jauh
    dari hati sanubarinya.

    Dari sikap kedegilan ini jugalah membuat hadi berhijrah ke bandar yang penuh mencabar hati seorang anak kampong sepertinya untuk menghadapi suasananya yang penuh dengan keagkuhan dan kesombongan ini.

    Hadi masih ingat lagi, bagaimana dia mula boleh menjejakkan kakinya ke bandar ini?
    Dia sanggup meninggalkan kampong halaman, sawah lading dan sebuah rumah kecil
    bersama seorang ibu tua yang selalu daif dan uzur itu, dia masih ingat.


    BERSAMBUNG. (B)
    SIRI 4.


    BalasPadam

  15. CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________
    Siri 4 .

    “Hadi! Kalau kau hendak kerja ikut aku di Bandar, di sana kerja banyak, tak payah pakai sijil, asalkan kau ada tenaga tulang empat kerat, sudah cukup, tambah pula dengan semangat yang rajin, Buat saja apa yang disuruh, gaji boleh tahan” Kata madian kawan baiknya yang baru sehari dua balik ke kampong hilir sebelah matahari naik. Waktu itu merekaberjumpa di kedai kopi Haji kawi.


    Telopong mulut dan terbeliak mata Hadi mendengarnya, Hati mudanya terasa bagaikan melonjak-lonjak hendak keluar, jiwanya juga terasa inginkan perubahan dan ingin keluar dari kampong yang tidak punya pekerjaan yang tetap ini. Dalam hatinya
    Hadi bertekat untuk berhijrah. Dia ingin mengubah nasibnya dari seorang anak muka kampong, meneroka kehidupan di Bandar.


    “Apa kerja yang aku boleh buatdi Bandar tu Mandi?” Tanya Hadi Nampak macam bersungguh dan beriya-iya sangat.

    “Ahh! Kau ikut saja aku, esok aku nak balik, Lagi pun kau duduk di kampong ini tak ada satu apa yang kau boleh buat, ke swah saja setiap hari, senang tak juga, alhirnya sampai ke tualah lu, tak merasa hidup di Bandar Kuching.” Kata madian sambil tersenyum lebar, seolah-olah telah merasa kebahagian.

    Kata-kata inilah yang menjadikan Hadi terperangkap dengan bujukan Madian, kawan sekampungnya yang telah tinga bulan yang telah tinggal dan bekerja di Bandar Kuching itu.

    Sesekali Hadi mengutuk dan menghina sikap kedegilannya itu. dia masih ingat lagi , betapa terlukanya hati ibunya di malam penghijrahan itu. Bila satu pertengkaran kecil telah berlaku diantara dia dengan ibunya.

    Hadi sepatutnya tidak boleh bertindak begitu . Hati orang tua patut dijaga. Tetapi perkara sudah berlaku. Memang selama ini dia tidak pernah mengalah, sejak dari kecil lagi, setiap pertengkaran berlaku dengan ibunya, kemenangan pasti menyebelahinya.

    “Hadi! Tak usahlah kau pergi, aku ini sudah tua, siapalah hendak mengerjakan tanah sawah peninggalan aruah ayah kau itu?” Begitu bunyi kata ibu hadi, bagai merayu bunyinya.

    “Ahh! Saya nak cuba mak! Bagaimana tinggal di Bandar kuching itu,” jawab hadi bagai tidak ada tolak ansur lagi.


    BERSAMBUNG. SIRI 5.

    BalasPadam
  16. CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________
    SIRI 5.


    “Jadi , kau memang hendak pergi juga ke Bandar itu ?” Tanya ibunya lagi untuk mendapatkan kepastian.

    “Ya mak! Hadi nak pergi juga mak, Hadi pergi bukan untuk bermain, tapi nak cari kerja,” jawab Hadi, agak meninggikan sikit suaranya itu.


    Ibunya tahu sikap semula jadi Hadi, kedegilan sukar diubati bagai mewarisi sikap aruah bapanya dahulu. Terlalu sukar dibawa berunding dan berbicara, malah kata-katanya pantang pula dihalang atau disangah. Ibu Hadi faham sangat.


    “Dikampung ini juga banyak kerja yang kau boleh buat, Cuma tangan kau saja yang tak terdaya,” Bujuk ibunya lagi dengan memberi alas an yang logic.

    “Kerja dikampung ini lain mak. Kerja di Bandar itu pula lain, di kampong Hadi kerja sendiri, sedangkan di Bandar itu Hadi mahu makan gaji mak, dibayar wang tiap bulan, wangnya pun Nampak terkumpul,di kampong ini bekerja wangnya tak Nampak habis begitu saja buat belanja harian,” Bantah Hadi.


    “ Kalau begitu , kau cubalah, jika kau tidak terdaya atau susah hidup di Bandar itu, eloklah kau pulang semula ke kampong ini, jangan pula kau rasa pula,” kata ibunya bagai sinis bunyi


    “Hadi akan cuba mak, nak harapkan kerja di kampong ini Cuma bergantung harap pada padi masak, menangkap ikan berasa duit yang hendak dapat, ikan di parit pun habis kena racut rumput ramai, saya cuba mak, ikut madian ke Bandar, walaupun kerja sebagai buruk kontrak,” jawab Hadi panjang lebar.

    Ibunya terdiam seketika, Dia amat tahu sewaktu kecil dahulu kalau dia tidak dapatkan sesuatu, mukanya merah, dia akan menangis dan menghentakkan kakinya ke lantai, bebai dan meraung sekuat hatinya.


    “Terpulanglah pada kau, mak cuma mengingatkan kau saja,” Kata ibunya tanpa menyambut kata-katanya lagi.

    BERSAMBUNG ESOK. SIRI 6 (BT)

    BalasPadam
  17. CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________
    SIRI 6.



    “kalau begitu, mak benarkan saya pergi…”

    “Dengan siapa kau nak pergi?”

    “Dengan Madian lah mak siapa lagi?”

    “Setahu mak, Madian mana ada keluarga di bandar itu, dimana kamu nak tinggal?”

    “Madian janji, duduk dengan dia sama-sama bayar sewa”

    “kalau kau di sana nanti , jangan luma mak di sini,” Pesan ibunya.

    “Ahh! Mak tak usah bimbang, saya akan kirim duit setiap bulan untuk mak,” Begitulah janji Hadi kepada ibunya.


    Di Bandar yang angkuh dan sumbung itu. Hadi saban hari membakar tubuhnya dibawah sinar terek mentari. Hidup bekerja sebagai seorang buruh kasar mesti bersikap tahan lasak, kasar, dan tidak perlu pada pengurusan diri atau penampilan yang hebat, baik dan teratur.


    Makan pun sebarangan, tidur pun sekadar melepaskan keletehan badan, malah serringkali tidur lewat jauh malam, kerana untuk menyiapkan kotrak mengikut jadual yang telah ditetapkan, jika tidak syarikat akan menanggung kerugian.


    Selepas sebulan dua Hadi telah dapat merasa pahit mautnya hidup pekerja sebagai seorang buruh kasar di bangunan perumahan di tengah Bandar kota Khucing yang mencabar ini. Apa yang lebih menyedihkan, bila berlaku cuaca perubahan alam. semua kerja akan tergendala.


    Biasa hadi tidak dapat melakukan kerja menunang semen dalam lubang batang tiang yang telah di buat acuannya. Kerana bangunan yang tinggi berpuluh tingkat dalam keadaan hujan rebut, peter kilat sabunng menyabung. Terpaksa kerja di tanguhkan. Semua pekerja bersembunyi di bawah bangunan. Masa pun terbuang. Bila hujan berhenti. Hadi dan kawan-kawannya terpaksa melipat gandakan kerja yang terbengkalai itu. Kekadang sampai jam 12 malam baru selesai. Esok mereka sambung lagi.


    BERSAMBUNG SIRI 7.

    BalasPadam
  18. CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________
    SIRI 7.


    Tetapi bila Hadi sudah mula menerima wang gajinya dan mengenal sadikit sebanyak kehidupan di kota raya. Pengaruh keadaan telah menjemputnya keluar terutamanya malam minggu dihujung istirehat. Bersama kawan-kawan sebaya dengannya telah pun
    Menyelenap bermain embun jantan hingga ke hujung pagi.

    Kini pengaruh Bandar dan budaya morden begitu mencabar rasanubari alam kerumajaannya. Kekebalan keimanannya yang dibawa dari kampong nampanya kian terhakis, malah menjadi nipis dengan kelalaian dan keasyikan pukauan masa keadaan sekeliling.

    Solat lima waktu dulu yang tidak pernah ditinggalkan kini sudah mula menjadi bebelangan kucing, bertumpok-tumpok warna hitam dan putihnya. Hatinya yang dulu
    Bila mendengar azan akan segera ke masjid atau surau, kini bagai dirantai menjadi berat dan bertangguh-tangguh, malah utang qada solatnya kian bertambah.

    Hadi kini memang mulai lupa segala-galanya. Lupada pada ketentuan Allah, lupa lupa pada kampong halamannya, lupa pada janji yang dia lapaskan pada ibu tuanya, kini yang sedang menunggu pemberian wang gajinya yang tidak kunjung tiba. Kini segala-galanya tinggal janji, bila pengaruh kawan, pengaruh wang, pengaruh keadaan alam sekeliling menguasai dirinya.

    Di hujung bulan, bila wang penuh saku, hadi bagaikan terdorong untuk melakukan sesuatu, tanpa memekirkan baik buruk akan perlakuan dan perbuatannya itu. Hadi menjadi anak muda yang buas dan ganas di malam hari. Dia sering memburu kupu-kupu malam . Mengahabiskan masa di meja judi dan hiburan untuk mendapatkan rasa kepuasan.

    Akhirnya tanpa disedari wang yang diperolehi setiap bulan melalui titik keringatnya selama ini, habis mengalir dibelanjakan dan bertukar tangan pada jari-jari yang lembut, ghairah dan mempersonakan. Diam-diam telah membunuh kehidupan hadi di dalam dunia asyik dan melalaikan.

    Lantaran itulah semua janji-janji Hadi kepada ibu tuanya di kampong telah hanyut di
    telan masa dan dibawa arus hanyut ditengah gelombang keasyikan jiwa rumaja. Sedangkan ibunya tinggallah menanti dihujung sepi.

    Tidak ada siapa yang tahu kehidupan Hadi di Bandar yang angkuh dan sumbong itu, kecuali Madian teman se kampungnya yang mengajak dan mengajarnya mengenali arus kemordenan kehidupan di tengah bandaraya kuching.


    BERSAMBUNG.SIRI 8.

    BalasPadam
  19. CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________
    SIRI 8.


    DARI sikap kedegilan dan keangkuhan inilah menyembabkan hadi timpa musibah. Hamper lebih dua bulan dia terlantar di rumah sakit umum. Tiada teman dan tiada sanak saudara yang datang menziarahinya , kerana dia berasa malu tidak dibenarkan berita kesakitannya itu diberitahu pada sesiapa, malaikan Madian seorang sahaja.

    Dari penyesalan inilah Hadi baru mengenal diri dan menyesali akan segala keangkuhan dan kejahatannya yang lalu.Dahulu dia berlagak bagaikan Casanova, ganas, rangkus, sering memburu kupu-kupu malam untuk bermesra dan bercengkarama.

    Malam minggu dia seringkali menghilangkan diri . Nasihat Madian tidak diperdulinya
    lagi. Dia sering menyelinap di lorong-lorong sempit, tawar menawar, sering pula dia memperdaya gadis-gadis kilang yang tidak berdosa. Kini terimalah akibatnya bila sumpah seranah atau doa mereka telah dikabulkan Allah swt.

    Hadi merasa pinggangnya sakit bagai dicucuk-cucuk dengan jarum peniti, sesekali terasa pula seluruh tubuhnya bagai dicengkam rasa kebas tulang-tulang rusuknya rasa ngilu. Ini mungkin terlalu lama duduk mengcangkung.

    Dia mengalih kedudukan untuk membetulkan saluruan darahnya tidak dapat berjalan dengan betul tadi. Hadi merasa lagi dadanya dengan jari-jari tangannya yang Nampak kurus, masih panas dan membahang. Dia hairan sedangkan tubuhnya merasa sejuk kini.

    “Aku sakit lagi?” Bisik hati kecil Hadi. Dia merebahkan tubuhnya yang kian surut dan cengkung itu. Dulu dadanya yang bidang penuh berisi dan kini telah pun mempamerkan sadikit tulang-tulang serangka yang kian menunjul.


    Hadi cuba memejamkan kedua kelopak matanya yang sudah kuyu dan cengkung itu. Dia melipatkan kedua belah tangannya ke atas dahi. Hadi menelentang, kakinya dijulurkan kehadapan, matanya sayu memandang kayu-kayu palang bumbung zin buruk dan reput itu. Saolah-olah rasa kengerian menyelubungi hidupnya.


    Hadi tidak dapat memejamkan matanya. Fikirannya kian kusut, kenapa sakitnya lambat untuk sembuh. Keinsafan mulai menyusup masuk dalam lengkaran hatinya. Dia mula merasai akan dosa-dosanya selama ini. Dia mula menduga inikah balasan tuhan agaknya. Dihempit akan dosa-dosa kepada ibunya yang selalu saja mengalah dengannya.


    BERSAMBUNG. SIRI 9.

    BalasPadam
  20. CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________
    SIRI 9 DAN 10.


    HADI tidak dapat memejamkan kedua matanya. Fikirannya menjadi kusut, bagai tali bersempul mati. Di pipinya mengalir air mata kesayuan, panas terasa. Begitulah kesedehan dan kepedehan penderitaan hadi yang sakit terlantar di rantau orang.

    Hadi mengurut-ngurut dadanya. Masih terasa panas, rengkongnya juga kering dan pahit bila ditelah air, Dia cuba memejamkan kedua matanya untuk tidur, tetapi ternyata matanya engan untuk lena. Terasa benar waktu-waktu sakit begini, matanya memang sukar dipujuk untuk membawa dirinya untuk tidur walapun sebentar.

    “Aku rasa aku tidak boleh tinggal di sini lagi,” Bisik hati kecil hadi. Malah lewat kebelakangan ini, wajah ibunya sering kali muncul dalam mimpi-mimpi singkatnya. Dan kalangkala hingga terbawa dalam igauannya. Sesekali dia terbayang wajah ibu tuanya di ruang mata.

    “Makkk!!” Keluh hadi di dalam hati. Terasa dalam hatinya kerinduan mulai mengoda
    pada kampong halaman. Sawah bendang yang ditinggalkan, rumah kampong tempat dia dilahirkan, ibu tua yang selalu uzur dan sering mengharap bantuannya.


    “Makkk!” Keluh hati kecil hadi lagi. Dia mulai sedar akan segala perbuatannya selama ini. Dia terasa dosa-dosanya bagai berkumpul di hadapannya. Terlalu sukar untuk dihitung.


    Sesekali dia terasa bagai ternampak dua malaikat yang diutuskan untuk mengawal akan dirinya sedang mencatat dan menghitung kembali akan dosa-dosanya yang telah dilakukan selama ini. Lebih-lebih lagi dengan dosanya yang amat dikesali terhadap ibu tuanya yang penuh harap menunggu wang hantarannya yang dijanjikan.


    “Betapa berdosanya aku selama ini. Barangkali inilahagaknya balasan yang aku terima?” Bisik hati kecil Hadi lagi. Penyeksaan kesakitan ini cukup amat ketara sekali baginya. Cukup terasa bagai satu hukuman yang setempal dengan sikap zalim dan kejamnya terhadap orang tuanya selama ini.


    Hadi masih ingat kata-kata Tuk Khatib sewaktu membaca khutebah jumaat di masjid kampungnya dahulu: Bahawa dosa durhaka seorang anak terhadap ibu dan bapanya. Allah tidak akan menangguh pembalasannya di akhirat nanti, tetapi Allah swt akan memberi pembalasannya di dunia ini lagi.



    BERSAMBUNG SIRI 10.

    BalasPadam


  21. BERSAMBUNG SIRI 10.
    CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.

    “Jika aku di kampong….semuanya akan diuruskan oleh mak..” Bisik hati kecil hadi lagi. Hadi masih ingat. Bagaimana hari-hari yang lalu , bila dia sakit ibunyalah yang melayaninya , cukup mesra dan memuaskan. Waktu itu ibu hadi masih kuat dan bertenaga.
    “Hadi! Kau denman , hari ini, jangan pergi turun ke sawah , biar mak yang buat.”
    “Mak! Hadi nak makan agar-agar?”
    “Nanti mak buat,”
    “Mak! Hadi nak makan bubur nasi?”
    “Nanti mak buat,”
    “Mak! kepala Hadi pening dan panas,”
    “Nanti mak jelum dengan air asam jawa, nanti mak ambil putik pisang kelat, mak parut isinya, mak tempek dekat kepala hadi, mak balut dengan kain buruk.”
    Mak akan buat semuanya itu. Mak akan menjaga hadi sampai Hadi sembuh. Mak langsung tidak menunjukan rasa jemu dan susah menjaga Hadi sewaktu sakit dan deman. Malah wajah mak lebih manis daripada jururawat yang menjaga Hadi di rumah sakit umun dulu.
    “Ohhh Ibu!” Hadi megeloh seorang diri. Hatinya baru teringat ibu tua yang entah sihat, entahkan tidak yang ditinggalkannya selama ini. Hadi baru dapat menilai kasih saying hati seorang ibu tua kepada anaknya. Betapa dia selama ini tidak dapat menilai dan cuba menghargai jasa baik ibunya yang selama ini begitu mengambil berat kehidupannya selama ini.

    “Hadi! Tenguklah , sejak kau tiada ini, batas perengang sawah kita telah dinaiki rumput rampai dan semak samun. Tebaslah rumput-rumput itu Hadi , bawa parang panjang aruah ayah kau itu, asah tajang-tajang supaya mudah melimbasnya, Tetapi perlu berhati-hati, nanti tertebas pula pokok cabai mak di atas batas itu,” Begitulah selalunya pesan ibu.
    Kata-kata ibunya itu Hadi tidak akan membantah lagi. Hadi akan patuh kali ini. Hadi rasa cukup senang ibunya memerentahnya begitu. Ibunya beruara lembu, cukup rasa menyenangkan telinga mendengarnya.

    BERSAMBUNG SIRI 11.

    Hadi terus mengambil parang panjang aruah ayahnya yang tersangkut di hujung bentul di bawah rumahnya. Dia terus mengasah dan menajamkan mata parang panjang itu, berkilat dan tajam nampaknya, biar sekali lembas berpuluh rumput selaput tunggul putus berderai jatuh ke tanah.

    “Hadi, sekarang kita tidak susah lagi. Pemerentah suruh kita tanam padi dua kali setahun. Ada diberi benis dan baja percuma. Jual padi pula ada tambahan subsiti lagi. Tak banyak sepuluh ringgit seguni.

    Jadilah kalau kita dapat sepuluh guni, sudah dapat seratus,cukuplah,” Hadi dengar dengan teliti kata-kata ibunya.
    Hadi terbayang bagaimana dia boleh mengumpul dan menabung wang hasil jualan padinya. Malah dia juga boleh mengambil upah dari tanah sawah orang lain jika padi di sawahnya sudah selesai, tentu banyak dapat duit. Ibu tentu suka sekali.

    Bila banyak wang. Hadi bolehlah meminang anak siapa yang dia suka, ibunya akan turut sahaja. Kalau ibu pilih lebih berkat. Ibu pasti pilih menantu yang yang solehah, tidak tinggal sembahyang, dan yang taat perentah ibu bapa dan patuh kehendak suami,
    serta bertanggungjawab terhadap pengurusan rumah tangga.

    Kalau Hadi sudah khawin, mak tentu dapat timang cucu, mak tentu boleh cium cucu, mak boleh tolong jaga cucu, menantu mak pun senang untuk memasak di dapur. Hadi rasa cukup bahagian hidup berumah tangga. Hidup sebagai orang kampong biasa sahaja. Ahh! Alangkah indahnya ada anak dan punya isteri yang taat pada perentah Aallah swt

    Hadi senyum lagi, Bila Hadi nampak mak timang cucu, mak main cak cekur udang gamait dengan cucu, mak main cuk cuk empin dengan hujung jari mak geletek ketiak cucu mak. Cucu mak pun ketawa kerana terlalu geli. Ketawa terkekeh-kekeh, mak pun turut ketawa sama.
    Bila terlalu geli, cucu mak pun terkencing di atas riba mak. Lalu mak pun memekek
    “Ahhh! Cucu mak dah kencing….” Mak akan berkata cucu mak ini nakal selalu membasahkan kain mak. Hadi senyum mengulum,. Tanda senang hati.

    BERSAMBUNG. SIRI 12.

    BalasPadam
  22. CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA. SIRI 12 DAN AKHIR

    KALAU di sebelah petang jika Hadi tidak turun ke sawah , Hadi akan duduk di rumah bermain bersama cucu mak. Kekadang bila Hadi melihat isterinya di dapur dia segera membantu apa saja yang patut. Mak gemar makan cucur udang waktu petang. Senang saja, ambil tepung gandum sewan dua, taruh bawang besar, taugel dan daun sadri atau dengan daun bawang, letak udang kering atau basah, jika tiada masuk saja ikan bilis yang ditumbuk lumat. Potong cabai muda, bubuh telur ayam sebiji, garam secup rasa, masuk air, gaul sekejap. Isteri akan goring.

    Bila masak Hadi akan bawa air kopi dan sepering cucuk udang panas cicik dengan cili sos, duduk bawah pokok ceri di depan rumah, tempat mak buat buai cucu dan satu bangku panjang, mak duduk minum dan makan cucuk udang sambil menghayun buai cucu mak yang sedang tidur itu.bersama angin petang yang bertiup sepoi bahasa itu, mak nampak tenang dan senyum panjang.

    Kekadang bila malam lepas solat maghrib dan issyak menantu mak akan hiding makanan malam, biasanya nasi yang dimasak tengah hari tadi, mak minta menantu mak perangat kembali di atas dapur kayu. Kekadang mak tolong juga, tetapi menantu mak berkeras kata, mak jangan buat, biar cik yang buat, mak duduk saja. Mak mengalah.

    Selepas makan malam , mak ada masa ikut sama tenguk Tv tonton drama melayu bersama menantu dan cucu. Tetapi jarangnya mak tonton sampai habis, separuh jalan, cerita belum tamat, mak lari masuk tidur, mak akan kata, Emm Aku dah mengantuk, nak idturlah..

    Kekadang bila malam jumaat mak macam faham pula, tengah malam mak minta cucu untuk tidur besamanya, pelahan-lahan mak angkat cucu bawa masuk ke dalam kelambu mak. Kemudian mak baringkan cucu di sisi mak, mak tepuk-tepuk sambil mak menyanyi atau mendodol cucu mak, cucu mak pun tidur lena.

    Mak semacam hendak beri kedamaian malam dalam rumah itu untuk Hadi dan isterinya bermesra dan bergurau senda tanpa ganguan dari sesiapa. Pagi esok mak senyum tengok hadi dan menantu keduanya madi rambut basah, sebelum solat subuh.

    Mak raga lega, semoga tambahlah lagi seorang cucu. Amin
    HADI terkejut dari lamunannya. Apa bila sebuah teksi menyelinap masuk, lalu berhendi di hadapan rumah sewanya. Madian turun tergesa-geasa, berlari merempuh masuk dengan menolak pintu yang diperbuat dari papan kadbot . Dawai yang mencakuk kuncin tanpa ensile itu putus, pint uterus terbuka.

    “Kenapa madian ini?” Pekek Hadi di dalam hati. Bila melihat sahabatnya, masuk dengan tergesa-gesa. Mahu rasanya ingin marah bila melihat kelakuan Madian itu, tertapi belum pun sempat Hadi bersuara, Madian sudah pun berdiri di hadapannya.

    “Hadi! Cepat siap…” Kata Madian kepada hadi seperti memerintah dan mengarahkan sesuatu. Hadi jadi terpinga-pinga melihat kelakuan sahabatnya itu. Belum pun sempat
    Hadi bertanyakan sesuatu. Madian kumidian tergopoh gapah segera menghimpunkan semua barang keperluan bersama pakainnya dan juga kepunyaan Hadi di sumbatkanya ke dalam beg pakaian mereka masing-masing.

    Sambungan siri Akhir.

    BalasPadam
  23. OMONGAN KOSONG ITU

    Tinta hanya mendengar kata
    hanya tertawa dalam hati yang hitam
    tapi tak berani mendekatinya
    Pensil beraneka warna mendengar
    tapi mereka tak pernah mengiyakan
    cuma selembar kertas seputih salju
    yang suci dan murni itu sahaja
    menturuti segala omongan kosong itu

    Tuan Wan Leman
    sajak sinis
    batang berjuntai 2.2.2012

    BalasPadam
  24. MALAM PENUH KEGELAPAN

    Terpancar raut wajah dibenakku….
    seakan ada disini menemani
    Namun tersadar dari khayalan….
    menghantui mimpi malam
    Saat diri ini tak mampu melangkah….
    Namun hati kecil slalu merindukan
    Dalam kesepian sentiasa menemani
    Melewati malam dipenuhi kegelapan

    Teksi Manaf
    sajak terkenang
    kulai 2.3.2011

    BalasPadam
  25. MENJADI BATU

    Malam, siang, dan senja
    hanya menghilangkan waktu
    Tak berbuat untuk diri dan semesta
    Haruskah ini terus berlanjut menguras jurang rasa
    Tak bisa ku menjadi batu
    melihat rumput yang masih putih
    Menjalar mencari angin di angkasa

    Paloi Atang
    sajak simbolik
    kuala nerang 9.10.2011


    BalasPadam
  26. KEMATIAN ILMU

    disini aku kematian ilmu
    apa harus kita baca untuk mengganti
    Perang tak membuat kita sedar
    Ilmu tak membuat kita memiliki
    Kata indah mengalir dalam puisi
    Kelembutan menjadi moral
    Kebahagiaan yang dimiliki
    kedamaian yang larut dalam tubuh
    Itulah aku yang tak bisa diganti Menikmati huruf demi huruf
    Di keluasan dunia tak terbatas

    Lagenda Pulau
    sajak fantasi
    jasin 13.7.2012

    BalasPadam
  27. LANGIT MENANGIS

    langit menangis bumi berangan
    ombak-ombak pun berkibaran
    seakan tak ingin memberi keindahan
    mungkin aku sama seperti itu
    melihat keindahan melainkan
    sedih aku biar orang tahu
    selalu indah hiang kepada bayagan
    sampai sekarang masih menutupi

    Angelina Woo
    sajak sedih
    sarekei 3/ogos 2012

    BalasPadam
  28. CEMBURU DALAM HATI

    Matahari terasa gelap
    Langit menjadi kelam
    Hatiku gundah melihatnya
    Apa arti semua ini
    Semua hal begitu sukar dimengerti
    Kebencian menbua-buak
    mengapa jadi begini
    ku tak menyangka hanya kerana
    cemburu dalam hati
    takkan pernah mati

    Supain Sipaun
    Sajak patah hati
    mak mandin 2disember2012

    BalasPadam
  29. BATU PUTIH MENANGIS

    Batu itu berwarna putih
    Terungkap sebaris nama
    Dahulu megah berkiblatkan
    pangkat dan kuasa
    Namun sekarang ia menangis
    Dirinya terasa usang
    sesiapapun enggan singgah menyapa
    Tiada alunan Fatihah bergema
    Tanahnya kontang lalang meninggi
    Menelan kewujudannya
    Hilang sudah segalanya

    Raja Munirah
    sajak peringatan tentang kematian dari ayah sy "raja shahrilshah"
    alor gajah 19.8.2012

    BalasPadam
  30. ORANG KAYA DARI LANGIT

    Orang kaya akan selalu
    menganggap kebahagiaan ia peroleh
    adalah anugerah dari langit
    khusus dilimpahkan tuhan kepadanya
    karena kelebihan yang ia miliki
    Orang macam itu tak dapat memahami
    bahwa kebahagiaan hanyalah hutang
    Hari ini diberikan padanya
    esok diambil kembali
    Kebahagiaan yang sebenar hanyalah
    permainan zaman melingkari manusia

    Mat Noh
    sajak simbolik sinis sy buat ketika sebulan mendirikan rumah tangga atas desakan anak2
    Kota Sarang Semut 1.1.2012

    BalasPadam