Sabtu, 22 Disember 2012

MELODI IRAMA LAGU (4)


Sayembara Puisi oktober 2012 Tempat ke 4 

Dawai gitar dipacunya keras
senandung biasa mengukir hari
Menjejak nyanyian usang
tembok-tembok tebal berpagar
Tak peduli walau cela menghanyutkan
Tapi jiwa melodi tak lagi menyatu
Kala waktu enggan melebarkan pintu
Memahat tiap petik lagu
Melukis tiap irama nada
Mencoba menghibur hingga
getaran terakhir terukir

Oleh: Sanantee Krisnasari
sajak dari ayahanda sy dari jawa indonesia dia kirim ke emel sy sbb dia minat jgk sajak2 tp cuma x berkesempatan nak hantar ke pengarang di sana/30 Oktober 2012 12:01 PTG


30 ulasan:


  1. SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG OKTOBER2012
    PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

    Sdri/Pn. Sanantee Krisnasari Thaniah! buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir penentuan dengan sajak kepunyaan ayahndanya yang bertajuk: MELODI IRAMA LAGU Tema sajak bersimbolik juga nampaknya. Pengucapannya penuh bersahaja ada kekuatanna dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam memberi peringatan tegas dan perlu diingatkan apakah faedah keegoan yang bisanya menjerat diri .Sedangkan keadaan kehidupan mahu tidak mahu pasti akan terus berlalu.. Cuma andaian . Layak diberi tempat ke empat (4)

    BalasPadam

  2. KUM 11

    81.UNTAIAN ISI- Penghuni Maya (TBD)
    82.TERASING- Sanantee Krisnasari (LSS)
    83.HEMBUS- Dewi Anuja (TBD)
    84.SUARA INDAH-Richard Sariosa (LSS)
    85.INDAH DUNIA –Megat Iskandar (TBD)
    86. TANPA TAJUK –Tinta Bayu (TBD)
    87.KEANGKUHAN Hambali Maliki (LSS)
    88.TEROMBANG AMBING Kevin Khairudin (LSS)

    BalasPadam

  3. 81.UNTAIAN ISI (TBD)

    Gerimis malam ini
    terasa biasa syahdu tanpa makna
    Mencari untaian isi
    berkelana didalam sejuta tanya
    mulai coba kujejaki jejak lama
    Hingga kususun menjadi rangkaian
    Tapi kembali berhujung bayangan
    Aku tak mengerti untuk siapa
    kucoba dustai hati

    Oleh: Penghuni Maya
    Sintok
    9.jun,2012/20 Disember 2012 2:18 PTG


    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


    Sdra Penghuni Maya kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: UNTAIAN ISI Thema sajak tidak dinyatakannya Pengucapannya bersahaja tapi sadikit mengelirukan menyatakan maksud pada keseluruhanya , namun munkin punya artinya yang tersendiri .Mesejnya soal peribadi cerita orang muda punya biasa yang dialaminya dalam hidup ini.Cuma andaian saja Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam

  4. 82.TERASING (LSS)

    Mataku menembus angan yang panjang
    angin datang masuk dilobang kecil
    ruang empat persegi yang hampa
    aku terduduk diam dalam kesunyian
    sunyi dari kata yang terus pergi
    bayangan datang dalam lamunan
    tak bisa tersenyum dan berucap
    hanya kegelapan menatap mentari
    saat langkah ini berada di tengah
    namun kata masih tak ada tempat
    karena semua rasa dan bisa terasing …

    Sanantee Krisnasari
    sajak simbolik dari ayah sy di jogjakarta 8.julai.2012/20 Disember 2012 2:21 PTG


    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

    Sdri/Pn.SananteeKrisnasari kini muncul kembali lagi dengan mengetengahkan sajak ayahndanya dari Jogjakarta yang bertajuk: TERASING Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannya, bersimbolik dan bersahaja penuh peringatan namun punya gaya dan artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh soal situasi tempat tinggal yang mencengkam kehidupan menjadi bingung kata pun tak bisa terucap, bagai penghuni terasing. selama ini. Cuma andaian..Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam

  5. 83.HEMBUS (TBD)

    Tertawa dan senang semua tak berputar
    hati datang dan terbenam
    membuat waktu terus berlalu
    daun gugur datangnya angin
    musim yang berganti
    semua bagai hilang
    aku saksikan seakan hal terlupa
    siapa aku? darimana aku?
    apa telahku lakukan sepanjang waktu
    setiap nafas yang ku lepas hembus

    Oleh: Dewi ANuja
    sajak tanda tanya ambil dari majalah india. hehe
    Skinchan 9julai2012/20 Disember 2012 2:25 PTG

    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

    Sdri/Pn. Dewi Anuja kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya petikan dari majalah India. yang bertajuk: HEMBUS Thema sajak tidak dinyatakannya.Pengucapannya mengelirukan terjemahannya perlu diperbaiki lagi pada keseluruhanya , namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya seperti berfelasafah terkenang tentang kehidupan seharian yang dilaluinya untuk apa kenapa dan bagaiaman kesudahannya? Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam


  6. 84.SUARA INDAH (LSS)

    suara-suara indah berkumandang
    saat matahari mahu terbit dan terbenam
    ketika itu semua terdiam
    sedang tadi semua hinggar
    jalan-jalan mulai sunyi
    aku tersandar di bangunan usang
    dihadapanku bertabur botol minuman
    pikiranku kian bercelaru dan terharu
    langkah kakiku tak mampu berdiri
    mendengar suara indah itu
    aku seolah-olah terbangun
    dari tidur yang panjang

    Richard Sariosa
    sajak misteri ketika sebelum memeluk islam
    Dalai Lama 6.7.2012/20 Disember 2012 2:30 PTG

    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

    Sdra Richard Sarisa kini muncul kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SUARA INDAH sajak seruan misteri nampaknya. Pengucapannya, ada sadikit penambahan dan bersahaja penuh peringatan namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh soal seruan misteri (azan) yang didengarinya pagi dan petang sewaktu umat Islam untuk bersolat. Sebenarnya telah menyedarkan seorang insane yang selama ini munkin bergelumang dengan dosa onar dan mungkar. Kini Allah telah memberinya taufik dan hidayah. Amin sajak terbaik kum 11. Cuma andaian..Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)


    BalasPadam

  7. 85.INDAH DUNIA (TBD)

    ketika gelap taK ada cahaya…
    kabut hitam tak ada putihnya…
    dingin diam bersembunyi…
    seperti menunggu hadirnya mentari…
    Bila embun cerahi jiwa…
    Hati ini riang taK terduga…
    Bersamanya Ku genggam tangan
    terpejam mata nafas kian terUji
    cerah dengan pemandangan indaHdunia

    Megat Iskandar
    sajak menghajati permandangan
    Batu Feringgi
    8.7.2012/20 Disember 2012 2:33 PTG

    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

    Sdra Megat Iskandar kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: INDAH DUNIA Thema sajak Menghayati pemandangan katanya.Pengucapannya juga terlalu biasa perlu diperbaiki lagisadikit mengelirukan, namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya terlalu biasa tentang orang muda dengan fantasinya menghayati pemandangan alam ciptaan Tuhan. Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam

  8. 86. TANPA TAJUK (TBD)

    hari-hari dalam hidup
    menunggu hadirnya seorang kekasih
    hingga larut tetapi akankah
    hari ini yang ku bertemu seseorang
    sambil sebuah mimpi yang ku ukir
    sampai saat ini cukup menghibur
    saat itu mungkin esok
    esoknya jiwa ini tak lagi sendiri

    Tinta Bayu
    sajak sedih
    Jelapang 14.julai.2012/20 Disember 2012 2:35 PTG

    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

    Sdra Tinta bayu kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: Tidak dinyatakan tajuknya? Thema sajak sedih katanya.Pengucapannya terlalu biasa perlu diperbaiki lagi pada keseluruhanya , namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya cerita biasa tentang kehidupan seharian orang muda punya biasa yang dilaluinya Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)


    BalasPadam

  9. 87.KEANGKUHAN (LSS)_

    siang begitu benderang
    pada suasana mencengkam.
    periknya takdir kehidupan
    panasnya awan di langit
    lambang kehausan manusia
    berkuasa bertahtakan keegoaan.
    angin sepoi pun terus mehilang
    termakan rakusnya gaya keangkuhan

    Hambali Maliki
    sajak simbolik
    Sungai Petani 30jun 2011/20 Disember 2012 2:38 PTG

    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

    Sdra. Hambali Maliki kini muncul kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: KEANGKUHAN sajak simbolik juga nampaknya. Pengucapannya, ada sadikit penambahan dan bersahaja penuh sinis peringatan namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh soal situasi kehidupan dengan manusia yang lupa daratan bila sudah berkuasa sanggup melakukan apa sajak demi untuk menunjukkan keangkuhannya.. Cuma andaian..Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)


    BalasPadam

  10. 88.TEROMBANG AMBING (LSS)

    kehidupan makin terombang ambing
    antara mengaku benar atau menolak salah.
    terasa samar hitam muncul di awal fajar,
    semuanya musnah terbawa arus gelombang
    Keyakinan pun hilang langkah terhenti
    mungkin sampai pada titik kehancuran.
    manusia akan membuat jeritan kematian jiwa

    Kevin Khairudin
    sajak dilema
    Marang 20.1.2012/20 Disember 2012 2:41 PTG

    SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

    PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


    Sdra. Kevin Khairudin kini muncul kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TEROMBANG AMBIL Tema sajak dalam dilemma nampaknya. Pengucapannya, ada sadikit penambahan dan bersahaja penuh peringatan namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh soal situasi semasa isu politik agaknya bila keadaan anak muda ramai diserang penyakit kecelaruan minda. Antara terobang ambil memikirkan mana satu yang benar dan auta.sehingga menunggu saat semuanya menjadi hancur atau tenat diserang kematian akibat sakit jiwa... Cuma andaian..Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  11. PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA

    KUM 1

    1.MERAPUH- Fatimah Zahrah (LSS)
    2.SEKADAR ISYARAT – Brader Joe (LSS)
    3.MELIHAT TANPA MERASA- Haji Khali (LSS)
    4.SENJATA- Pendekar Waja (LSS)

    KUM 2

    5.DISINI AKU BERDIRI – Dam Catur (LSS)
    6.BATIN NURANI – Petualang Tiga (LSS)
    7.PANCARAN CAHAYA- Muhamad Akmal (LSS)
    8.DAMAI DI JIWA – Raja Muda (LSS)

    KUM 4

    9.BERTERIAK PADA SUNYI- Syah Inderapura (LSS)
    10.KARYA ALAM - Penyair Agung (LSS)
    11.MENGUKUR WAKTU – Muhamad Rabbi (LSS)
    12.TERKAPAR DI TENGAH JALAN- Kusyari Adnan (LSS)

    KUM 5

    13.PERKUBURAN MEREKA SENDIRI- Anjamg Aki (LSS)
    14. DIGERTAK – Karim Ghani (LSS)
    15. KUSUT HATI – Jalal Fafzee (LSS)
    16. ROH SEDANG BERMAIN – Adi Marhain (LSS)

    KUM 6

    17.OMONGAN KOSONG ITU – Tuan Wan Leman (LSS)
    18.CEMBURU DALAM HATI – Supian Sipaun (LSS)
    19.BATU PUTIH MENANGIS-Raja Munirah (LSS)
    20.ORANG KAYA DARI LANGIT – Mat Noh (LSS)

    BalasPadam

  12. SAMBUNGAN

    KUM 7

    21. KEPERCAYAAN- Hasyim Mustapha (LSS)
    22.PEJUANG KESELAMATAN -Sang Arjuna (LSS)
    23.MERUBAH DUNIA -Abudlah sani (LSS)
    24.SEJUTA PINTAKU INI-Pangeran Pertawa (LSS)


    KUM 8

    25.TATAP LANGIT -Ali Conan (LSS)
    26.BENIH MENGUCUP -Nasruq Haqq (LSS)
    27.SEPI MEMANGGIL-MANGGIL -Tok Tam (LSS)
    28.MEMBOHONGI CERMIN- Halima Saadiah (LSS)

    KUM 9

    29.MATI DALAM KEDAMAIAN Quratul Aini (LSS)
    30.LUMPUR HITAM – Saidatina Ayubi (LSS)
    31.ANUGERAH – Zain Issac (LSS)
    32.RODA- Ustaz Mahfuz (LSS)

    KUM 10.


    33.DESIR ANGIN – Muhamad Mualim(LSS)
    34.PALSU-Tok Mahat (LSS)
    35.MENIPU – Doktor Hasmawi (LSS)
    36 .HANCURKAN –Penglipur Lara (LSS)

    KUM 11

    37.SAAT TERTIDUR – Irham Kesuma (LSS)
    38MUSANG PENIPU- Satria Juragan (LSS)
    39NIKAH IBADAH - Ayu Manja (LSS)
    40. YANG TERLAHIR – Qalam Musoffa (LSS)

    KUM 12

    82.TERASING- Sanantee Krisnasari (LSS)
    84.SUARA INDAH-Richard Sariosa (LSS)
    87.KEANGKUHAN Hambali Maliki (LSS)
    88.TEROMBANG AMBING Kevin Khairudin (LSS)



    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  14. PUSINGAN KEDUA

    Fatimah Zahrah
    Brader Joe
    Haji Khali
    Pendekar Waja
    Dam Catur
    Petualang Tiga
    Muhamad Akmal
    Raja Muda
    Syah Inderapura
    Penyair Agung
    Muhamad Rabbi
    Kusyari Adnan (adik Guest)
    Anjang Aki
    Karim Ghani
    Jalal Fafzee
    Adi Marhain
    Tuan Wan Leman
    Supian Sipaun
    Raja Munirah
    Mat Noh
    Hasyim Mustapha (kawan usop Nayan)
    Sang Arjuna
    Abdullah sani
    Pangeran Pertawa
    Ali Conan
    Nasruq Haqq
    Tok Tam
    Halima Saadiah (adik puteri bunian)
    Quratul Aini (adik abul)
    Saidatina Ayubi
    Zain Issac
    Ustaz Mahfuz
    Muhamad Muaim
    Tok Mahat
    Doktor Hasmawi
    Penglipur Lara
    Irham Kesuma
    Satria Juragan
    Ayu Manja
    Qalam Musoffa
    Sanantee Krisnasari
    Richard Sariosa
    Hambali Maliki
    Kevin Khairudin


    nama2 yg ke pusingan seterusnya... sajak dilepaskan mengikut undian yg diberikan kepada datuk hasbi jadi nasib la sapa2 masuk kumpulan 1 smpai 11 nanti....

    BalasPadam
  15. KUMPULAN 1

    WAJAH IBU

    wajah ibuku pandang bisu
    padanya terlakar sekolam lesu
    padanya jua terlukis selaut resah
    tercoret sebendang rindu
    tidak sekaliku dengar keluh kesah
    menyesali takdir menyesali suratan
    cuma ada hanya segaris keluhan

    Abdullah sani
    sajak tentang pengorbanan
    Machang Bubuk 9.1.2012

    BalasPadam
  16. LARANGAN TUHAN

    Islam tidak melarang membangun
    jika mampu bangunlah
    Tapi mengapa mahu derhaka
    Islam membenarkan berkemajuan,
    tetapi mengapa berkemajuanmu
    hadir bersama kederhakaan?
    Gunakanlah kebebasan yang diberi
    tetapi jangan merobek hak manusia
    hingga melanggar larangan Tuhan,

    Raja Munirah
    sajak peringatan buat semua
    Ipoh 3.2.2012

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  18. PERIH LUKA

    Ketikaku terjebak dalam perih luka
    Aku menjerit untuk menahan pedihnya
    Ketika aku terkulai tak berdaya
    Aku terlelap untuk melupakannya
    Setiap ukiran kekecewaan terpahat
    Tak pernah ku mengenangkannya lagi

    Petualang Tiga
    sajak kekecewaan setelah putus tunang xda ilham nk buat sajak lain jd sy buat sajak jiwa2
    Sungai Wang 21.12.2012

    BalasPadam
  19. SEJARAH DIHATI

    Bolehkah aku berharap?
    Ada namaku kembali
    Bolehkah aku memohon?
    mengingat wajahku dimimpi indah
    Walau sebentar kembali mengobati Rayuan manis mengulas senyum
    Sudah cukup ia hanyalah sejarah
    sejarah terindah dalam hatiku
    perkara yang paling berbekas

    Supain Sipaun
    sajak jiwa2 lagi? hehe lgpn xda idea nk buat sajak lain dlu sy menang sajak jiwa2 hrp2 kali ni menang jgk
    Bayan Baru 8.11.2012

    BalasPadam
  20. senarai kumpulan 1 smpai 11 sy dh emel kpd raja munirah sy buat secara rawak senarai kumpulan tu tapi sy minta raja munirah rahsiakan biar suspen sikit...

    apa2pun nasib la kalau korang semua masuk kumpulan maut ke nanti?

    BalasPadam
  21. sajak pusingan kedua sy tgk kebanyakan rang muda nampaknya byk jiwa2 la xda ilham ke nak buat sajak ni?

    BalasPadam
  22. tu la orang muda byk sajak jiwa2 sy klu ayah x tolong mmg nk hntr sajak jiwa2 pun tapi ayah sumbang sajak dia hrp2 la ok

    BalasPadam
  23. sapa pnya sajak yg kluar pusingan kedua sila komen kat ulasan.... hehe

    BalasPadam
  24. aku mmg xda idea nak buat sajak dh aku wat pun sekadar melepas batuk ditangga je ni... ingatkan dh tersingkir pusingan pertama tapi tiba2 menang plak?

    BalasPadam
  25. sy terus terang kata semua sajak2 sy bukan sy pnya tapi ayah yg pnya "Raja Shahirshah" sy cuma pinjam je sbb ayah kata dia nak tolong lagipun dh mmg hajat dia nk masuk sayembara bulan ni dgn menggunakan nama sy..

    BalasPadam
  26. lps ni sajak sapa la plak kumpulan 2 ni?

    BalasPadam
  27. entahlah undian ni datuk hasbi yg buat kira nasib la masuk kumpulan senang atau susah nnt

    BalasPadam
  28. aku xthu ada lagi ke utk sayembara pusingan kedua ni

    BalasPadam
  29. sajak jiwa2 hrp2 qalam singkir la naik meluat baca

    BalasPadam
  30. aku rasa msti aku kalah ni tp aku x kisah la sbb klu menang pun sajak2 jiwa2 la aku buat nanti hehehe

    BalasPadam