Isnin, 12 November 2012

PERTAUBATAN (1)



sajak tempat pertama september 2012


aku terhenti di separuh malam
menembus muara bercampur aduk
bak rasa yang tak terjamah
akhirnya pementasan melingkar
bersama kelam bermain kata
serak bergemuruh seperti
melintasi seluruh sejagad bumi
kalimat Allahuakbar berkumandangkan
sujud bersenandung dengan pasrah
hanya untaian doa pertaubatan
lalu air mata jatuh berderai di sajadah

Oleh; Abdullah Sani
sajak kekesalan atas kesilapan dahulu/27 September 2012 8:08 PG


30 ulasan:

  1. CERPEN SIRI 2
    BERTAJK ; ISTERI ANAK BUNGSU
    OLEH: NURIMANJA

    Pintu gerogoh ayah buka dengan hati-hati sekali.Ayah amat khuatir jika tersilap buka, udang galah akan melompat kembali ke dalam sungai, maka akan berputih matalah ayah nanti.

    Jari tangan ayah mengerewang masuk ke dalam mulut gerogoh, kepala udang galah ayah cekak. Udang galah mengelupur, getehnya mengerawang lengan ayah disepitnya. Ayah menahan kepedihan itu.

    Ayah terhidu bau gulai lemak udang galah campur belimbing buluh, ayah senyum sendirian.Tiga ekor udang galah ayah keluarkan dari dalam gerogoh, kemudian ayah masukkan ke dalam petak sampan lopek dan ayah tudung dengan papan. udang galah melompat-lompat dalam sampan lopeknya.

    Ayah nampak wajah Sarah. Ayah senyum. Ayah nampak Nuri wajah anak bongsunya, ayah senyum dan mengangguk-ganggukkan kepala. kemudian ayah senyum lagi..Ayah faham sangat sikap anak bongsunya itu. Walaupun di waktu kecilnya di serang pelbagai penyakit. Tetapi bila sudah besar, hatinya tabah dan gigih belajar.

    Ayah masih ingat sewaktu menjelang hari raya haji. Nuri suruh ayah membeli songkok rendah, tetapi ayah telah membeli songkok tinggi. Ayah nampak Nuri menggunting sedikit songkok itu, mulanya ayah hendak marah, tetapi bila ayah fikirkan minat dan sikap seseorang itu tidak sama, ayah tidak jadi marah.

    Begitu juga sewaktu mencari bakal isteri untuk Nuri dahulu, cukup banyak kerenah.ramai anak dara kampung ini di tolaknya.Bila orang bertanya, mak terasa susah hendak menjawabnya, kerana Nuri masih merahsiakan. Tetapi ayah pandai memberi alasan.

    “Nuri hendak pilih sendiri bakal jodohnya, jika Cina, India, Banjar atau Jawa, itulah menantu kami.” Jawab ayah mudah.

    “Kenapa Nuri tak mahu kahwin dengan orang kita?” Tanya seorang jiran pula.

    “Entahlah, itulah kata Nuri,” jawab ayah.

    Beberapa jiran tersenyum mendengar jawapan yang ayah berikan. Dan beberapa orang jiran dan saudara mara yang hendak menjodohkan Nuri dengan anak pinak mereka, terhenti.

    Selang beberapa hari, Nuri juga telah memberi jawapan yang sama seperti mana yang ayah katakan itu.

    “Ahh, pelik Nuri ini, perkara yang susah itu yang hendak dicarinya?” Gerutu hati ayah.

    Ayah menjadi lebih resah gelisah lagi, bila ada jiran yang mengatakan “Nuri sudah tiga puluh tahun, mengapa belum lagi beristeri, nanti nabi tidak mengaku umat.”

    BERSAMBUNG 3

    BalasPadam

  2. Cerpen inl ditemui sdra Tinta dalam pendraver putih lama kini telah menjadi miliknya. sebelum dia salin dan tingalkan blog ini.

    Kami tak dapat menyekat apa sajak karya en nuri yang telah terlepas. malah ada 10 buah antologi yg dikelolakan oleh Tinta dan Pena semua salinan ada pada mereka.

    BalasPadam
  3. sajak sy siarkan 8 en qalam pilih hanya 4 yang terbaik....

    BalasPadam
  4. sajak kami lps secara rawak.....

    BalasPadam
  5. KATA YANG MENGAUM

    Diam berdiri dalam kata mengaum
    Antara dimensi malam dan pagi
    Namun berbeza tetapi hampir sama
    Singkat, namun cukup rumit
    Padat tapi terdengar bergema
    Canda tawa mengiringi sepenggal kata bermakna hanya itu yang keluar

    Salleh Muhamadon
    sajak simbolik kehidupan
    11.5.2012 balik pulau

    BalasPadam
  6. PALUNG HATI

    Lelah hati menanti
    mencoba mendaki tebing hati
    inikah takdir dari Illahi
    memangkah aku tak pantas dikagumi
    tanpa jawaban aku harus terima sepi
    selarik puisi harap luluhkan sunyi
    secarik kain bantu hapus duka ini
    pantasnya aku undur diri
    terima kegagalanku kesekian kali
    jika memang ada dalam palung hati

    Yusri Nawab
    sajak sedih ketika isteri minta cerai
    Raub 1/2/2012

    BalasPadam
  7. MERAPUH

    Tuhan ajarlah aku
    menghitung hari-hari hidupku sahaja
    Tetapi untuk bertemu Dikau
    Dalam detak jantung memburu waktuMu
    Engkau yang awal Engkau yang akhir
    Berkatilah selagi aku masihberjalan
    sebelum jejakku ini mulai merapuh

    Fatimah Zahrah
    sajak keinsafan
    ketika berada di kampung di Rawang 12/11/2012

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. TAK MAMPU BERTAHAN

    Seiring keindahan pagi terus pergi.
    Hati mulai gelisah
    jarak bersenandung mesra.
    Seiring senja muncul.
    Berpadu dengan keindahan malam.
    Tanpa ku terus terikat dirantai ini
    Karena tak mampu bertahan lagi

    Malik Wariya
    sajak kerinduan kepada isteri(Sharifah AL Habsi) di sabah sedangkan sy di Kuala Nerang
    22.7.2012

    BalasPadam
  10. KOTAK IMAGINASI

    mencari aroma Ikan di dalam air,
    Boneka pula kembali ke rumah
    Seekor burung berkepak perkasa
    Melayang melaju di angkasa raya Melengkung dalam kotak imaginasi
    Aku dengan lautan kata
    Bergulung mengombak tetapi pecah, bertepi dalam bait-bait puisi

    Tetamu Malam
    sajak fantasi
    ketika dlm bercuti di Skinchan
    17.4.2012

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. SEKADAR ISYARAT

    Tak lagi kucari ke mana
    setiap rindu bermuara
    Barangkali percuma atau parah
    Mengendus jejak di samudera rindu
    Andai tulisan ini sekadar isyarat
    Ke arah mana harus kutatap
    Biar nyala semangattak segera padam

    Brader Joe
    sajak simbolik terkenang
    batu feringgi 12.12.2011

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  14. MELIHAT TANPA MERASA

    kini aku semakin terporosok
    di dalam jurang yang kelam ini
    tak ada yang datang membantu
    semua diatas sambil menghirup udara
    mengapa menjadi seperti ini
    semuanya penuh sifat kebingungan
    tetapi jika ada tersalah langkah
    mohon jangan panggil aku
    kerana aku semakin terpuruk disini
    hanya melihat tanpa merasa .

    Haji Khali
    sajak ketidakpuashati
    ketika di warung Teluk Tempoyak
    10.10.2012

    BalasPadam
  15. SENJATA

    kita berjuang untuk satu masa depan
    sedang tidak ada takdir yang datang
    tak usah kita berkumpul dan bersatu
    berperang di medan kebodohan
    wajau digelar seorang pahlawan
    tapi akhir gugur di pertempuran
    selaluku di hantui rasa bersalah
    mengingat pahlawan yang gugur
    walau perang sudah berakhir
    tetapi masih ada perang yang kedua
    kini aku hanya bersiap berdoa perlindung sebagai senjata

    Pendekar Waja
    sajak pejuangan semasa di hutan pahang ketika membuat latihan komando sy dpt idea utk menulis sajak ni 3.7.2012

    BalasPadam
  16. kena ambil 32 orang sahaja bulan ini. termasuk 12 orong yang belum menang.

    Sebaiknya bulan satu tahun depan kita buat semua juara 12 kumpulan , ambil number satu hingga lima 1-5 .

    kalau ada sajak siapa saja yg belum menangatau menang tahun 2011 boleh dilepaskan, kalau mereka menang tak ada sajak ganti kawan pun boleh.

    Buat masa ini sy nak ulas pun susah.bulan November ada 16 hari saja lagi.

    Ini sebab nazar Datuk Hasbi janji kena tunai setahun. trpaksa cari 16 orang lagi pemenang.

    Sebaiknya lepas 4 orang sahaja sajak senang ulas. kalau ada 12 orang kita tandingkan mereka sahaja.

    Sajak yang dah lepas 8 orang ini kita tangguh tahun depan.

    Bulan Disember kita tunggu kalau ada 8 orang sahaja, merekalah yang kita pilih.

    BalasPadam
  17. SEPATUTNYA NAMA2 NI YANG KAMI NAK LETAK UTK SAYEMBARA BULAN 11 TAPI DLM BYK2 NI HANYA 8ORG SAJA YG NK MASUK SAYEMBARA BULAN 11 NI LAGI 30 ORG XNK MASUK SAYEMBARA SBB HADIAH X LUMAYAN KEBANYAKAN NAK HADIAH WANG TUNAI BERATUS RM SBB DATUK HASBI BAGI RM50 JE SAGUHATI SBB TU SMUA XMAHU MASUK DAH YG SELEBIHNYA X JAWAB LAGI EMEL KAMI...

    KUM 1

    1 Pak Hussin =xnk masuk
    2 jalil janggut =xnk masuk
    3 harimau berantai
    4 Ustaz Zulkarnain =xnk masuk
    5 Badrolshah =nak
    6 prof naquib
    7 pak kassim =xnk masuk
    8 Haji Hamdan =xnk masuk

    KUM 2

    1 madah pujangga
    2 Abang =nak
    3 Zainal arifin =nak
    4 pedang kesatria =xnk masuk
    5 Kembara Budiman =xnk masuk
    6 saizul maizav =xnk masuk
    7 simsalabin =xnk masuk
    8 Panglima Ketot

    KUM 3

    1 gelora maya
    2 Ustaz Sahzan =nak
    3 pak bostamam =nak
    4 Bulan Terang
    5 Pak Ngah BUt
    6 Ungku ZUbir =xnk masuk
    7 putera damien =xnk masuk
    8 Ravi Ramachandran=nak

    KUM 4

    1 Ambuyak =nak
    2 malik wariya
    3 Nabil QUldi =xnk masuk
    4 ustaz rahman =xnk masuk
    5 salikin samsudin =xnk masuk
    6 Jengking Perak =nak
    7 Lukiee =nak
    8 Karem Kramjit

    KUM 5

    1 Sufian AL Zahri =nak
    2 Sohibul Wakdiamin
    3 Nuri Jaguh
    4 Nurul Syahirah
    5 tengku Anita
    6 Anis Syahila
    7 Siti Hajar
    8 Mona

    KUM 6

    1 Dang Anum =xnk masuk
    2 Julia
    3 Seri Suri
    4 Nurul Lisa Kim =xnk masuk
    5 Yusmanira =xnk masuk
    6 Nur Atikah =xnk masuk
    7 Ummu Akilah =xnk masuk
    8 Dayang

    KUM 7

    1 Zuraifah =xnk masuk
    2 Sharifah Habsi =xnk masuk
    3 Emily Osman =xnk masuk
    4 Ustaz Zamree
    5 Ku Dania =xnk masuk
    6 Olie Pajutdy
    7 Tuna Tatiati =xnk masuk
    8 Mawar Berduri

    KUM 8

    1 dewi anuja =xnk masuk
    2 Sarah
    3 Angelina Woo
    4 Tasya Humairah
    5 pak manaf
    6 haji deraman
    7 tok tam
    8 ananita subahan

    BalasPadam
  18. lagipun pemintaan hadiah terlalu tinggi sy emel sorg2 reply mcm2 nak hadiah antaranya...

    1.nk moto sebiji
    2.nk jumpa en nuri yg sebenar
    3.nak rm1000
    4.nak kereta sebiji
    5.saguhati rm500
    6.pergi ke rumah en nuri
    7.nk bergambar dgn en nuri
    8.nk makan malam dgn en nuri
    9.nk wang tunai rm5000
    10.nk pergi melancong ke luar negar

    dan ada lagi smua permintaan pelik2 setiap sorg minta pelik2!!! yg hairan kebanyakan nk jmpa en nuri???? sapa en nuri tu?????? sy pun xthu sbb sy masih baru lagi...


    smua pemintaan ni sy bagitahu kat datuk hasbi dia kata dia x dpt nk penuhi lgpn dia bukan org snang sbb tu datuk hasbi pun dh kata klu smua nak minta mcm2 baik bagi semua pemenang sebelum ni berkumpul lawan balik sapa juara maharaja sayembara

    BalasPadam
  19. sy pun xthu nk kata apa lagi sbb en sanusi kata tnggu kata putus dari pena azimad dgn tinta utara mcm mana nk buat sayembara bulan 11 sbb ramai xnk masuk sayembara...

    terbalik plak semua pemenang yg pernah menang bulan lps bila sy emel smua jawab setuju nk bergabung berentap balik walaupun ada la jgk 5/6 org xnk masuk...

    BalasPadam
  20. yang paling x tahan permintaan hadiah org yg xpnh menang punya la nk mewah2... permintaan yg pernah menang mereka kata bagi apa pun xpe asalkan dpt masuk sbb kebanyakan yg pernah menang dlu lama dh x msuk sbb tu yg gian nk masuk balik....

    BalasPadam

  21. Qalam Mutiara: Kata en nuri ikut saja cakap datuk Hasbi ada 12 orang semua akan terima hadiah.

    BalasPadam

  22. Qalam Mutiara: nanti sy trbit sajak letak satu saja sajak setiap hari,kita semua pakat komen sehingga penuh 30 ulasan.

    BalasPadam

  23. Qalam Mutiara: Habis 12 orang , ada lagi masa 2 hari Qalam akan menentukan tempat 1 hingga 12. Okey .

    BalasPadam
  24. Qalam Mutiara: semua kita jadi pengulas puisi, komen saja apa yg anda suka , siapa cepat nama dia naik, 30 ulasan berhenti

    BalasPadam

  25. Akhir sekali

    Sajak yang baru diterbitkan 8 orang semalam tidak dikira kita bawa bulan Disember 2012 nanti Sayembara Puisi Maharaja kata jalal.

    Sebenarnya memang ssya belum ulas...

    BalasPadam



  26. KUM 8 JIKA TAK ADA ORANG JUGA SIAR SAJA SAJAK MEREKA.

    1 dewi anuja
    2 Sarah
    3 Angelina Woo
    4 Tasya Humairah
    5 pak manaf
    6 haji deraman
    7 tok tam
    8 ananita subahan

    BalasPadam
  27. Setelah dinilai cuma ada 10 yang minat dengan sayembara bulan November ini maka kami tambah
    2 orang lagi bagi cukup 12 orang sebagaimana yg dikhendakki Datuk Hasbi.

    BalasPadam
  28. Kalau menikut cara lama memang cantik pun KUM 8 ada lapan orang yang belum pernah menang. seoang tak nak masuk budak India , boleh ganti dengan Mawar berduri. cukup lapan.

    BalasPadam
  29. Apa pun terpulang kepada Datuk Hasbi dia yang bernazar dan mnajakan hadian buat kalian. pilih 12 oang atau 8 orang.

    BalasPadam
  30. Apa pun buat mereka yg beri nama persetujuan lewat selepas diumumkan
    di bulan November ini harap raja munirah tidak dilayan.

    Hanya mereka menlis bkan kerana wang atau hadiah akan diberi keutamaan.
    kerana en nuri menulis tanpa bayaran, malah sy juga mengulas juga secara percuma.

    Sekian. salam maal hijrah.

    BalasPadam