Sabtu, 25 Ogos 2012

1 SYAWAL RATU AGONG





Satu Syawal
kau datang malam ini
menjenguk kamar usiaku
dalam kemelut meniti hari
pasti akan aku meyambutmu
dengan kegembiraan dan kasih mesra
akan aku kucup jejari lembutmu
sebagai ratu agung yang kurindui.


Jika kau dedaun emas
yang gugur di pagi aidil fitri
akulah orang pertama memungutnya
akan aku ucapakan kalimah syahdu
untukmu syawal maafkan daku zahir batin.
Allah Huakbar, Allah Huakbar,AllahHuakbar,
Allah Huakbar Walillah Ilham ..


Oleh; Nurimanja Pk
Telok Kumbar, Pulau Mutiara.
19hb Ogos 2012 / 1 Syawal 1433
25 November, 2001.








30 ulasan:

  1. RENUNGAN PAGI SABTU
    Oleh : Qalam Mutiara.

    HARI ini telah memasuki hari keenam atau ke tujuh kita menyambut aidul fitri. Bagi mereka yang terus beribadat dengan menyambungan dengan puasa enam . Thaniah dan Syabas! Mungkin anda seorang mempunyai rasa keimanan yang kental melawan hawa nafsu makan. Tetapi apakan daya begitulah rasa keadaan dan kenyataannya.

    Apa pun ibadat sunat puasa enam ini biasanya dilakukan oleh orang alim dan orang-orang tua telah pun berusia yang hamper menjelang senja. Terlalu sukar bagi orang muda. Kami difahamkan puasa amadan kali ini tidak cukup sebulan 30 hari. Sehari puasa dinilai sama dengan 10 hari , bearti kita puasa sebulan 30 hari sama dengan 300 hari. Tambah puasa enam hari lagi jadi 360 hari sama dengan setahun perhitungan hari. Siapa yang tak mahu bonus ini?

    Kerana terlalu sukar melawan hawa nafsu makan setelah sebulan berpuasa. Kita pun menyambut hari raya, menziarahi kaum keluarga dan sanak saudara, dihidang pula dengan ketupat rending, dan kueh mueh yang beranika upa dan rasa, siap yang boleh tahan? Terutama rangmuda dengan mengadakan pula rumah terbuka. Perjumpaan dan dimasukan pula sadikit hiburan hingga berbelan pula lamanya. Aysek dan mempersonakan dunia ini.

    BalasPadam

  2. CERPEN BERSIRI
    MATAHARI MERAH DIREMBANG PETANG.
    SIRI 2 OLEH : NURIMANJA.


    Hatiku kini bebelah bagi, akhirnya aku telah pun mengambil keputuan untuk menunggu beberapa hari lagi, jika Sandin tidak pulang juga, aku tepaksa mudik ke kuala Sungai Semak untuk memberi tahu tauke Ah Teek atau terus ke Bandar Sibu buat laporan pada pihak Polis saja.

    Kini telah dua malam berlalu, hatiku masih juga memikirkan tentang Sandin. Tiba-tiba pintu pondokku diketok orang bagai hendak pecah, aku terkejut besar,pelahan-lahan aku berdiri ditepi jendela, bila lampu suluh aku halakan kearah orang itu, alangkah terkejut, terasa seluruh tubuhku mengigir, tulang sendiku menjadi longar terasa.

    “Buka pintu ini!” sergah orang itu, di belakangnya berdiri beberapa orang lagi yang samar-samar dalam kegelapan malam itu.Hatiku menjadi kecut, dadaku berdebar-debar, Kerana mereka membawa senapang, suara mereka semacam bengis,garang dan kasar..

    Kerana aku terlalu takut, akhirnya aku terpaksa membuka pintu, setelah pintu dibuka mereka dengan pantas menyerbu masuk, sepucuk senapang buatan sendiri dihalakannya Kearah tubuhku, aku semakin gementar dan gugup. Bebrapa titik air kencing telah pun keluar membasahi seluar dalamku.

    “Ingat! Kawasan ini semuanya telah kami kepung, sekarang berada dibawah kekuasaan kami, sesiapa yang cuba keluar melarikan diri dari kawasan ini, mereka akan dibunuh. Fahammm!!!..”Sergah salah seorang daripada kumpulan itu, mungkin dia ketua daripada Kuompulan itu.

    Aku tidak dapat berkata apa-apa, terasa seluruh tubuhku semakin kuat menggingil kerana Ketakutan, jika senapang itu meletup, pasti tubuhku akan tumbang bila-bila masa sahaja.

    “Sekarang awak ada makanan? Beri kepada kami, jika tidak awak akan matii! “kata pula seorang lagi sambil terus masuk ke ruang dapur dan mengambil apa saja yang mereka jumpa di dapur itu, aku menjadi serba binggung, aku tidak dapat berfikir lagi, aku cuma menunggu saat kematian saja.

    Lima belas .minit kemudian mereka pun pergi dengan membawa barang-barang makanan yang mereka ambil tadi. Nasib aku agak baik, mujurlah senapang itu tidak meletup, jika tidak sudah pasti aku telah menjadi aruah.

    Hampir setengah jam aku dibelenggu perasaan takut, tubuh masih lagi rasa menggigil dan berpeluh, letih dan lesu tidak bermaya, malam itu aku tidak dapat tidur hingga ke pagi .

    BERSAMBUNG SIRI 3 …

    BalasPadam

  3. Tetamu Malam berkata...

    81.HUKUMAN (TBD)

    Ku disini terdiam termenung
    Tak ada orang mengetahui
    aku kini bersembunyi
    semalam aku penuh gundah gelisah,
    mungkin takut serta trauma
    Malam menyingkap kenangan
    hancurkan segala yang ada
    Apa ini cobaan atau mungkin hukuman

    Oleh: Tetamu Malam
    sajak simbolik/29 Ogos 2012 1:47 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.

    Sdra Tetamu Malam kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:HUKUMAN . Tema sajak simbolik nampaknya ? .Pengucapannya mengelirukan agak samar ceritanya Mesejnya pun semacam penuh keharuan cemas dan takut dan troma sahaja .Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

    BalasPadam
  4. Dam Catur berkata...

    82.LUKISAN TANPA WARNA (LSS)

    Keindahan yang kurasakan
    kini perlahan pudar dan hilang i
    seperti sebuah lukisan tanpa warna
    aku coba memerhati dan menilai tapi hampa
    namun hatiku tetap menanti tidak terasa kecewa
    biar pun jauh hampir rebah dan menghibakan
    namun keyakinan ku bertanya dalam resah hati
    mungkinkah semua ini akan ada akhirnya?

    Dam Catur
    sajak penantian/29 Ogos 2012 1:49 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.

    Sdra. Dam Catur dengan sajak bertajuk: LUKISAN TANPA WARNA Tema sajak penantian katanya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan, namun bersahaja punya artinya yang tersembunyi . Mesejnya tentang persoalan yang mungkin mengures perasaan kerana terlalu lama menanti hati terus bertanya akan adakah kesudahannya.. Diberi peluang untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam




  5. Ungku Zubir berkata...

    83. DALAM RUNTUNAN RINDU (LSS)

    aku yang termanggu dan terharu masa lalu
    kini cuba menyusun kembali kerinduan
    mendamaikan hati yang telah menjadi serpihan
    kerana luka dalam diriku tak pernah reda
    masih tercalar mengharap kesempurnaan
    betapa permasalahan membuat aku letih lesu
    dalam runtunan rindu yang kecewa dan terseksa

    Ungku Zubir
    sajak kecewa apabila putus tunang buat kali ke 4/29 Ogos 2012 2:01 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.


    Sdra. Ungku Zubir dengan sajak bertajuk: Tema sajak bersedih dan kecewa nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan tapi bersahaja dan punya artinya yang tersembunyi . Mesejnya tentang kisah lama yang mungkin mengures perasaan rindu yang tidak berkesudahan kini cuma memendam rasa sedih dan kecewa.. Diberi peluang untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam




  6. Ali Conan berkata...

    84.HEMBUSAN ANGIN (TBD)

    aku tersentuh oleh tangan rindu,
    malam telah meniupkan dalam hatiku
    membangkitkan semua kenangan masa lalu
    melalui mimpi malam ini….
    pagi ini ku rasakan berbeza
    karena seperti kehilangan sesuatu
    lelah aku memikirkan
    hingga lupa secepat itu
    aku tuliskan pada selembar kertas
    ku kirimkan bersama hembusan angin

    Oleh: Ali Conan
    sajak sedih/29 Ogos 2012 2:03 PTG
    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.

    Sdra Ali Conan kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:HEMBUSAN ANGIN . Tema sedih merentih nampaknya ? .Pengucapannya mengelirukan antara tajuk dan mesejnya namun ada \ juga ceritanya Mesejnya pun semacam penuh keharuan sahaja .Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

    BalasPadam

  7. Guest berkata...

    85. BERSAMA ALAM KERINDUAN (P)

    bersama di alam kerinduan ini
    hujan turun mengingatkankita akan cinta
    ingin rasanya kita sematkan di dada
    biarkan malam semakin jauh larut
    semoga membawa sebuah kenangan manis
    di antara kerinduan kita bersama ….

    Oleh: Guest
    sajak cinta/29 Ogos 2012 2:05 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.

    Sdra.Guest kembali lagi dengan sajak bertajuk: BERSAMA ALAM KERINDUAN Tema sajak jiwa2 nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan , bersahaja tapi punyai artinya tersendiri. Mesejnya menyentuh tentang jiwa2 orang muda punya biasa khayal di alam kerinduan bermain sebuah cinta Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

    BalasPadam



  8. Dang Anum berkata...

    86.AIR MATA (TBD)

    kutanya pada air mata
    tak henti meneteskan air
    masih ingatkah tentang ketawa
    selalu mengingatkanku padamu
    tentang jalan selalu kita lalui
    masih ingatkah kau
    pada selembar kertas
    kau tuliskan kata cinta
    kubalas dengan curahan kasih

    Oleh: Dang Anum
    sajak sedih/29 Ogos 2012 2:07 PTG
    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.

    Sdri Dang Anum kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:AIR MATA. Tema sedih merentih nampaknya ? .Pengucapannya mengelirukan antara tema dan mesejnya namun ada \ juga ceritanya Mesejnya semacam jiwa2 yang penuh keharuan sahaja nampaknya .Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

    BalasPadam


  9. Ku Dania berkata...

    87.MENIDURKAN MALAM TANPA BINTANG (P)

    tertuang dalam pikiranku
    suatu keinginan meninggalkan
    perasaan hancur menyedarkanku
    terlalu sukar untuk menerima semuanya
    tapi langit seperti telah merastui tangisan
    lalu menumpahkan air mata nya ke laut luas
    membasahi bunga-bunga tidak kembang
    saolah menidurkan malam tanpa bintang

    Oleh: Ku Dania
    sajaks imbolik/29 Ogos 2012 2:11 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.

    Sdri Ku Dania kembali lagi dengan sajak bertajuk: MENITURKAN MALAM TANPA BINTANG Tema simbolik nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan , bersahaja tapi punyai artinya tersendiri. Mesejnya menyentuh tentang jiwa2 juga mengharap sebuah cinta yang bagaikan bunga kembang tak jadi embun menitik tempat yang lain. . Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

    BalasPadam
  10. Gelora Maya berkata...

    88.ANDAI KAU MENGERTI (TBD)

    ada geletar perih menusuk tajam
    serapuh hampa yang hitam
    lupakan aku biar bayangku menghilang
    biar jiwaku menghitam
    meski tertatih perihku menjauh darimu
    andai kau mengerti

    Gelora Maya
    sajak kecewa

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.

    Sdra Gelora Maya kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:ANDAI KAU MENGERTI . Tema kecewa pula nampaknya ? .Pengucapannya mengelirukan namun ada \ juga ceritanya Mesejnya penuh kekecewaan dan keharuan saja nampaknya .Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)






    BalasPadam
  11. MENGETUK SUBUH

    aku mengetuk subuh
    bukan ingin mengeluh
    melainkan untuk bersimpuh
    cari jawaban yang tak terjawab
    hanya membuka dialog tak tersentuh
    lewat sujud penuh peluh
    karena aku bukan tanpa dosa

    Ustaz Zulkarnain
    sajak simbolik

    BalasPadam
  12. KESUCIAN

    malam terbalut sepi,
    saat aku mencoba
    membayangkan indahnya masa lalu
    semilir angin hanya menghanyutkan
    dalam alam maya semakin
    tersungkur ditengah penjelajahan
    mencari makna hidup
    tapi harapan semakin menjauh
    berlari meninggalkan sisa kesucian

    Sharifah Al Habsi
    sajak sedih

    BalasPadam
  13. MEMBALUT RINDU

    tanpa peduli betapa rapuhnya aku,
    mencoba untuk menyusun kembali
    apa yang ingin aku perbaiki
    meski perlahan aku kembali
    membalut rinduku dangan senyuman

    Puteri Lilin
    sajak sedih

    BalasPadam
  14. MEMILIH DIAM

    aku hanya memilih diam
    saat dusta mengoyak keyakinan
    lelah aku berkata tapi
    tak bermakna letih
    namun hanya sensarakan
    hanya bisa meratapi betapa
    sakitnya dikalah dalam permainan
    tapi biar tercabik oleh rasa sakit
    namun aku hanya memilih diam

    Ummu AKilah
    sajak marah

    BalasPadam
  15. DURI

    Aku mawar berduri
    duriku menyakiti banyak orang
    Bukan sengaja tetapi
    cuma mereka tidak mengerti
    Mereka menyukai bukan menyayangi
    Duri bagi mereka pelindung
    Tapi bagiku juga adalah siksa
    Dalam duriku ada darah
    Darah yang mengiginkan kelopakku
    Bukan kemurnian bungaku
    Bagi mereka bunga adalah keindahan
    Tapi bagiku bunga adalah kesucian

    Muhamad Akmal
    sajak ambik dari kakak punya koleksi

    BalasPadam
  16. FAJAR MENYERBAK

    fajar menyerbak sudah
    Para burung bersenandung pagi
    pohon cemara pula menikam diri
    Mendengar jejak kata-kata
    Kicauan mereka begitu nikmat
    Menggema menyapa hangat sang surya
    masih menggores waktu
    tiap detik mengalun dijiwa
    Fajar menjelang Mengeliat waktu
    Gema kicau hanyutkan relung jiwa
    Berseruling tanpa arah

    Pagok lana
    Sajak tentang alam

    BalasPadam
  17. SEPULANG DARI LADANG

    Sepulang dari ladang
    tanggalkan pakaian lusuh
    Bersandar ia di tembok rapuh
    Dipejamkan mata seakan beban menari
    redakan pikiran seakan
    semuanya terhanyut ombak
    Sambil memadahkan
    nyanyian para petualang
    Tanpa resah berbaring
    di atas bambu-bambu lapuk

    Madah Pujangga
    sajak dari seorang rakan tempat sy berkeja di dewan bahasa dan pustaka

    BalasPadam
  18. TERJERUMUS

    Sanubari dalam mimpi
    menanti sang bidadari
    mengusap jiwa dan raga
    kini yang hampir runtuh
    Bagaikan dalam pelukan sang mimpi
    Beginikah indah dusta dunia
    Terjerumus dalam kelembutan pertiwi.

    Malik Wariya
    sajak simbolik

    BalasPadam

  19. Ustaz Zulkarnain berkata...

    89.MENGETUK SUBUH (TBD)

    aku mengetuk subuh
    bukan ingin mengeluh
    melainkan untuk bersimpuh
    cari jawaban yang tak terjawab
    hanya membuka dialog tak tersentuh
    lewat sujud penuh peluh
    karena aku bukan tanpa dosa

    Oleh: Ustaz Zulkarnain
    sajak simbolik Ogos 2012 2:21 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.

    Sdra Ustaz Zulkarnain kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: MENGETUK SUBUH . Tema simbolik nampaknya ? .Pengucapannya bersimbolik namun ada cerita ketuahan .Mesejnya cuna ibadat yang diperentah tuhan solat subuh agaknya ..Harap maaf kerana diberi peluang pada muka baru yang belum ke final , cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam
  20. Sharifah Al Habsi berkata...

    90.KESUCIAN (L)

    malam kian terbalut sepinya,
    saat aku mencoba melerai kesedihan
    membayangkan indahnya masa lalu
    semilir angin hanya menghanyutkan
    dalam alam maya semakin tenat
    tersungkur ditengah penjelajahan
    mencari makna hidup sebenar
    tapi harapan kini semakin jauh
    berlari meninggalkan sisa kesucian

    Oleh: Sharifah Al Habsi
    sajak sedih/31 Ogos 2012 2:23 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.

    Sdri Sharifah Al Habsi dengan sajak bertajuk: KESUCIAN Tema sajak kesedihan katanya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan, namun bersahaja punya artinya yang tersendiri . Mesejnya mungkin soal peribadi , kerana terlalu lama menanti hati terus bersedih dan membawa diri dalam memelihara kesucian. Cuma andaian .Diberi peluang untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  21. Puteri Lilin berkata...

    91.MEMBALUT RINDU (P)

    tanpa peduli betapa rapuhnya aku,
    mencoba untuk menyusun kembali
    apa yang ingin aku perbaiki selama ini
    meski rasa terlewat aku kembali
    membalut rinduku bersama senyuman sendu

    Oleh: Puteri Lilin
    sajak sedih/31 Ogos 2012 2:24 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.

    Sdri Puteri Lilin kembali lagi dengan sajak bertajuk: MEMBALUT RINDU Tema sajak jiwa2 bercampur sedih nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan , bersahaja tapi punyai artinya tersendiri. Mesejnya menyentuh tentang jiwa2 orang muda punya biasa di alam kerinduan yang munkin sadikit terluka untuk dibalut nampaknya.Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

    BalasPadam
  22. Ummu AKilah berkata...

    92.MEMILIH DIAM (TBD)

    Aku hanya memilih diam
    saat dusta mengoyak keyakinan
    lelah aku melotar kata tapi
    tak bermakna letih jadinya
    namun hanya sensarakan jiwa
    hanya bisa meratapi betapa
    sakitnya dikalah dalam permainan
    tapi biar tercabik oleh rasa sakit
    aku hanya memilih diam sahaja.

    Oleh: Ummu AKilah
    sajak marah/31 Ogos 2012 2:26 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.

    Sdri Ummu Akilah kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:MEMILIH DIAM . Tema sajak marah nampaknya ? .Pengucapannya menarik dan bersahaja punya cerita tersendiri. .Mesejnya semacam marah dan kecewa pada sesaorang lantas mengambil sikap berdiam diri sahaja. ..Harap maaf kerana diberi peluang pada muka baru yang belum ke final , cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam
  23. Muhamad Akmal berkata...

    93.AKU INI MAWAR BERDURI (L)

    Aku ini mawar berduri
    duriku bisa menyakiti ramai orang
    Bukan sengaja tetapi iulah kenyataan
    cuma mereka yang tidak mengerti
    ramai menyukai bukan menyayangi
    Duri bagi mereka pelindung diri
    Tapi bagiku juga adalah satu penyesaan
    Dalam duriku ada darah merah mengaler
    Seandai ada yang mengiginkan kelopakku
    Bukan rasa kemurnian bau bungaku
    jangan mengangap bunga adalah keindahan
    Sebenarnya bagiku bunga adalah kesucian

    Oleh: Muhamad Akmal
    sajak ambik dari kakak punya koleksi
    31 Ogos 2012 2:32 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.

    Sdra. Muhamad Akmal dengan sajak bertajuk: LUKISAN TANPA WARNA Tema sajak tidak dinyatakan, mungkin amaran nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan, namun bersahaja punya artinya yang tersembunyi . Mesejnya tentang persoalan yang mungkin mengures perasaan siapa yang mendekatinya kerana mawar berduri baunya wangi tetapi berhati-hati jika terkena durinya yang berbisa... Diberi peluang untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  24. Pagok lana berkata...

    94.FAJAR MENYERBAK (TBD)

    fajar menyerbak sudah
    Para burung bersenandung pagi
    pohon cemara pula menikam diri
    Mendengar jejak kata-kata
    Kicauan mereka begitu nikmat
    Menggema menyapa hangat sang surya
    masih menggores waktu
    tiap detik mengalun dijiwa
    Fajar menjelang Mengeliat waktu
    Gema kicau hanyutkan relung jiwa
    Berseruling tanpa arah yang nyata

    Olh: Pagok lana
    Sajak tentang alam/31 Ogos 2012 2:35 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.

    Sdra Pagok Lana kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: MENGETUK SUBUH . Tema tentang alam katanya ? .Pengucapannya bersahaja dan punya artinya yang tersendiri .Mesejnya semacam memuja alam atau sadikit sinis pun ada juga terasa buat mereka yang mudah lupa. Harap maaf kerana diberi peluang pada muka baru yang belum ke final , cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam

  25. Madah Pujangga berkata...

    95.SEPULANG DARI LADANG (TBD)

    Sepulang dari ladang
    tanggalkan pakaian lusuh
    Bersandar ia di tembok rapuh
    Dipejamkan mata seakan beban menari
    redakan pikiran seakan
    semuanya terhanyut ombak
    Sambil memadahkan bahasa
    nyanyian lagu para petualang
    Tanpa resah dan gelisah berbaring
    di atas bambu-bambu lapuk yang berdebu.

    Oleh: Madah Pujangga
    sajak dari seorang rakan tempat sy berkeja di dewan bahasa dan pustaka/
    31 Ogos 2012 2:37 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.

    Sdra Madah Pujangga kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:SEPULANG DARI LADANG . Tema semacam bersimbolik nampaknya ? .Pengucapannya menarik Cuma sadikit mengelirukan namun punya ceritanya yang tersendiri .Mesejnya mengambarkan seuatu yang kurang menyenangkan hati dalam tugas harian nampaknya...Harap maaf kerana diberi peluang pada muka baru yang belum ke final , cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

    BalasPadam



  26. Malik Wariya berkata...

    96.TERJERUMUS (P)

    Sanubari dalam mimpi menanti sang bidadari
    mengusap jiwa dan raga kini yang hampir runtuh
    Bagaikan dalam pelukan sang bidadari dalam mimpi
    Beginikah indah cerita dusta di dunia syorga loka
    hamper aku terjerumus dalam kelembutan pertiwi.

    Oleh: Malik Wariya
    sajak simbolik/31 Ogos 2012 2:39 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

    PUSINGAN SUKU AKHIR.

    Sdra Malik Wariya kembali lagi dengan sajak bertajuk: TERJERUMUS Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannya mengelirukan tapi punyai artinya yang tersembunyi. Mesejnya menyentuh tentang kehidupan yang dialaminya, munkin sadikit kurang senang dengan apa yang berlaku nampaknya.Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

    BalasPadam

  27. Nama 16 Orang ke separuh akhir untuk Ogos 2012

    1. Capcrion L
    2. Pak Bostaman-L
    3. Mona-P
    4. Pak Ngah But-P
    5. Putera Damen L
    6. Zainal Arifin-L
    7. Sarah P
    8. Petualang Tiga P
    9. Dam Catur L
    10. Ungku Zuber L
    11. Guest P
    12. Ku Diana P
    13. Sharifah al habsi L
    14. Puteri Lilin-P
    15. Muhamad akmal-L
    16. Malik Wariya-P

    BalasPadam
  28. Hai seksa betul dengan penjaga sajak yang bercelaru terbit sajak.

    Bila nama diberi tak ikut senarai bila sajak ditrbitkan.

    Jadi bercelaru ,kena susun nama siapa yang ke separuh akhir ini.
    makan masa berjam pula. Dulu bagus Jalal jaga ada sistem.

    BalasPadam
  29. Aku dengan Qalam selalu bercelaru. Qalam kata dah ulas, aku rasa belum lagi sajak kawan.


    Qalam bilang dah cukup 64 atau 32 untuk jadi 16 dan 8 ke final. aku rasa belum lagi. kadang-kadang kami pening.

    BalasPadam
  30. Penjaga ruangan sajak ini selalu buat karut sekarang burung dia pula kena potong jadi herok .

    Dah jadi tak tentu arah, aku kesian dekat en nuri saja. ikut hati nak berhenti. malas tak ada peraturan,
    ikut suka hati saja. Sekarang dah jadi tak tentu arah.

    BalasPadam