Sabtu, 14 Julai 2012

PROPAGANDA BUALAN SIANG (4)



Sayembara puisi jun 2012 ke empat

Bukan aku sering mengeluh
Namun nyata sudah
bahawa selama ini
semua hanya berputar-putar
tetapi kini kau kembali
mendaki bukit neraka itu
Semua hal tentang kebaikan
kau katakan hanyalah propaganda
tak lebih dari bualan siang
kau cuba berpetualangan
dirimbunan lalang-lalang
mengangkang di malam hari

Oleh: Atan Yahoo
sajak sinis kepada ahli politik tertentu
/2 Julai 2012 3:00 PTG









30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN AKHIR

    Sdra.Atan Yahoo kini layak juga kepusingan akhir telah bebrapa kali mencubanya dengan sajaknya yang bertajuk:.PROPAGANDA BULAN SIANG Tema sinis suasana isu semasa politik tanah air nampaknya. Pengucapannya bersahaja tapi penuh sinis buat mereka yang mengerti. Mesejnya nyata menyentuh tentang kisah benar apa \yang berlaku pada politik tanah air kita dini hari Masing-masing YB asyik memperdagangkan banyak janji demi mencari pengaruh kedudukan di duniawi.dari kedudukan di akhrawi lebih selamat jangan diberi satu undi pun kepada orang yang sebegini .Amin! Layak diberi kedudukan tempat yang ke empat (4)

    BalasPadam
  2. CERPEN ANAK PEREMPUAN SIMPANAN OLEH : NURIMANJA.
    SIRI 10

    MEMANG dibawah katil itulah tempat Man menyembunyikan diri selama ini. Bila dia dirotan atau dilebas dengan tali pinggang papanya ,Man terkenang Papanya yang sudah tiga hari tidak pulang, kalau ada Papa tentu dia akan panggil dan bujuk Man untuk makan. Man berharap dan menunggu Papanya cepat pulang

    Man juga terkenang Abang Muda yang baik hati itu, terasa Man mahu mengikut Abang Muda pergi ke mana sahaja.Tetapi Man tidak pernah berkata begitu kepada Abang Muda.

    Man benci tengok muka Mama yang garang tidak tentu pasal.Man tahu dia selalunya tidak bersalah, tetapi Mama tidak mahu fakir itu semua, jika orang lain yang buat salah, Man juga yang menerima sasaran daripada Mama.

    Man hairan kenapa Mama tidak beri berkawan dengan Matnor, Ali, Usof , Yati, Nora dan Mimi itu. Mereka bukannya budak jahat, mereka baik juga dengan Man. Tetapi Mama yang selalu marah.

    Man tidak boleh tidur malam itu, menjelang tengah malam, Man dengar ada orang ketuk pintu , tetapi tidak kuat, seketika Mama pergi membuka pintu dan kembali semuala ke bilik tidur.

    Man yang bersembunyi di bawah katil sejak petang tadi, kian bertambah takut, kalau Mama menceritakan apa yang berlaku kepada papanya. Man terus mendiamkan diri seperti tikus.

    Hampir lewat waktu pagi Man terasa perutnya memulas dan ditekan rasa kelaparan yang amat sangat, telah beberapa kali perutnya berbunyi, Man tekan dengan jari-jarinya. Man bercadang hendak keluar dari bawah katil itu.

    Man merangkak pelahan-lahan , sewaktu kepala Man terjengul keluarMan cuba curi pandang di atas katil itu. Dari cahaya lampu yang samar-samar menerjah masuk kebilik itu. Man nampak ada dua batang tubuh tidur berpelukkan tidak berbaju.

    Bila Man cuba bangun untuk menolak daun pintu bilik itu, Man terpaku Man menjadi bertambah hairan, berbagai pertanyaan bersarang di benak hatinya.Man perhati betul-betul siapa lelaki yang tidur di atas katil bersama Mama nya itu. Sesudah Man perhati penuh teliti: Langkah Man bagai terhenti . Man tidak dapat berkata apa-apa, dia berlari keluar.

    Alangkah terkejutnya Man , rasa bagai tidak percaya, mahu dia memekek sekuat hatinya, dan tidak mahu melihat dan tidak sepatutnya di ketahui oleh kawan-kawannya, Bahawa batang tubuh lelaki yang tidur bersama Mamanya itu adalah Abang Muda..

    SELESAI. (Ahad)

    BalasPadam
  3. SUDAH PUPUS

    Apalah nilai dari sebuah penantian
    Bila ditukar dengan penderitaan
    Sadarkan akan semua ini,
    bila semua kan terjadi.
    Mungkin betapa perih hati ini
    Selalu berharap dalamketidakpastian
    Malam kusendiri hati semakin sepi
    tak ada yang memiliki
    seperti aku sudah selalu pupus

    Puteri Lilin
    sajak kecewa

    BalasPadam
  4. MENEMUI ILAHI

    Bisikan itu masih kudengari…
    Kalimah suci menggamit hati nurani
    Bisikan semalam berlalu dibawa bayu
    Melintas sepintas lalu
    masih kuingati kerana
    kutahu ia akan kembali…
    Menggamit diriku menemui Ilahi…

    Sadaqallah Azim
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  5. GEMERCIK AIR

    Sunyi ketika ini
    Hanya ada gemericik air
    ditingkahi suara katak terdengar
    Bulan kegelapan sementara
    cahaya yang kebiruan menerpa
    Cahaya bulan menerpa
    pepohon seperti gerak bayang
    terhanyut dalam kesunyian
    menikmati pemandangan indah itu.

    Asyar Mujid
    sajak ketenangan selepas pulang dari umrah

    BalasPadam
  6. MAWAR BERDURI

    Aku ingin berpuisi tentang
    asmara setelah lama
    terusik kepalsuan dalam jiwa
    busuk hapak dan tak tahu malu
    Aku ingin mawar berduri jadi layu
    Setelah bintang bersinar
    diatas langit aku
    duduk dibawah rembulan
    sambil meneteskan air mata
    bertanya dalam hati
    tuhan tolong sampaikan rasa ini

    Ungku Zubir
    sajak kekecewaan

    BalasPadam
  7. Puteri Lilin berkata...

    65.SUDAH PUPUS (TBD)

    Apalah nilai dari sebuah penantian
    Bila ditukar dengan penderitaan
    Sadarkan akan semua ini,
    bila semua kan terjadi.
    Mungkin betapa perih hati ini
    Selalu berharap dalam ketidak kepastian
    Malam kusendiri hati semakin sepi
    tak ada yang memiliki
    seperti aku sudah selalu pupus

    Oleh: Puteri Lilin
    sajak kecewa/15 Julai 2012 2:25 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRANURI UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR

    Sdri.Puteri Lilin kembali lagi kali ini dengan sajak bertajuk: PANTAS BERLARI Tema sajak kekecewaan pula nampaknya Pengucapannya bersahaja punya arti tersendiri Cuma penutup sadikit longgar.Mesejnya semacam jiwa2 dilanda kekecewaan bila orang yang dinanti tidak kunjung tiba tanpa member sebarang kata dua.nampaknya..Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

    BalasPadam
  8. Sadaqallah Azim berkata...

    66.MENEMUI ILAHI (LSS)

    Bisikan itu masih kudengari…
    Kalimah suci menggamit hati nurani
    Bisikan semalam berlalu dibawa bayu
    Melintas sepintas lalu masih kuingati
    Kerana kutahu ia akan kembali…
    Menggamit diriku menemui Ilahi…

    Oleh: Sadaqallah Azim
    sajak ketuhanan/15 Julai 2012 2:27 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR
    Sdra Sadagallah Azim kini terpilih kembali lagi kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: MENEMUI ILAHI Tema sajak ketuhan nampaknya Pengucapannya bersahaja dan punya arti tersendiri Mesejnya menyentuh rasa hati semacam dapat ketenagan hati selepas mendengar bacaan kalimat-kalimat suci dari Al Quran yang menyentuh hati, mungkin selama ini tidak begitu dihayati sepenuhnya. Anda Layak sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  9. Asyar Mujid berkata..

    67.GEMERCIK AIR (P)

    Sunyi ketika ini
    Hanya ada gemericik air
    ditingkahi suara katak terdengar
    Bulan kegelapan sementara
    cahaya yang kebiruan menerpa
    Cahaya bulan menerpa
    pepohon seperti gerak bayang
    terhanyut dalam kesunyian
    menikmati pemandangan indah itu.

    Oleh: Asyar Mujid
    sajak ketenangan selepas pulang dari umrah/15 Julai 2012 2:30 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR

    Sdra Asyar Mujid kini kembali lagi kepusingan ke dua dengan sajaknya bertajuk:GEMERCIK AIR Tema sajak ketenangan nampaknya Pengucapannya bersahaja dan punya arti tersendiri Mesejnya menyentuh rasa semacam dapat ketenagan hati selepas kembali dari umrah atau ziarah ke tanah suci melihat baitullah. mungkin selama ini sering bergelut dengan kehidupan keduniaan.agaknya .. Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

    BalasPadam
  10. Ungku Zubir berkata...

    68.MAWAR BERDURI (TBD)

    Aku ingin berpuisi tentang
    kiah asmaradana setelah lama
    terusik kepalsuan dalam jiwa ini
    busuk hapak dan tak tahu malu
    Aku ingin mawar berduri jadi layu
    Setelah bintang bersinar
    diatas langit aku duduk dibawah rembulan
    sambil meneteskan air mata
    bertanya dalam hati
    tuhan tolong sampaikan rasa ini

    Oleh: Ungku Zubir
    sajak kekecewaan/15 Julai 2012 2:35 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR
    Sdra. Ungku Zubir kini kembali lagi kepusingan ke dua dengan sajak bertajuk: MAWAR BERDURI Tema sajak kekecewaan lagi nampaknya Pengucapannya bersahaja ada sadikit pembetulan tapi punya arti tersendiri Mesejnya masih jiwa2 semacam sedih dan kecewa sehingga mengadu pada tuhan kerana kecewa dengan sikap mawar berduri yang sering mendiamkan diri. Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

    BalasPadam
  11. Saya akan leteka kisah dan tauladan Ulangan;


    Saya pun tidak tahu sama ada Pena sudah letak atau belum lagi Siri kisah dan tauladan ini.

    Untuk tidak membosankanSaya letak kembali cerita pengajaran ini.

    BalasPadam
  12. CERITA PENGAJARAN AKHLAK.

    1.ORANG TUA PANDAI BERENANG.


    Tiga orang graduan muda pergi ke se buah kampung buat kajian
    Tentang tumbuhan ekologi bakau di persisiran sungai kuala Kurau Mereka menyewa perahu seoang tua di kampong itu.

    Seorang daripanya bertanya Pak cik tua, Berapa umur Pak cik? 60 tahun , jawab Pak cik pendayung perahu, Pak cik tak tahu tentang ilmu Biologi, Ekologi, Astronimi dan Sosialogi,? Tak tahu, jawab Pak cik.

    Ketiga pemuda bakal geraduan itu ketawa sinis, sia-sia umur Pak cik
    selama ini , rugi, jahil dengan ilmu . Pak cik diam , terus mengayuh perahunya.Dalam hatinya rasa tercabar.

    Tiba-tiba di pertengahan sungai perahu itu dimasuki air, ketiga anakmuda itu merasa cemas, Siapa diantara kamu yang boleh berenang? Tanya Pak cik itu. Semuanya diam tidak menjawab. Sia-sia jika mati tanpa ilmu berenang.



    Oleh Nurimanja, Diceritakan semula secara bebas.
    13/8/07 8.00 malam.

    BalasPadam
  13. BUSUR DAN PANAH

    aku kini seperti seorang pemanah
    mempertaruhkan hidup pada
    sebuah busur dan anak panah
    terkadang aku jadi seorang penjudi
    mempertaruhkan kekayaan
    jika aku salah habisseluruh hidupku
    karena tak pernahku biarkan
    waktu terbuang untuk hal lain lagi

    Hadi hamzah
    sajak dilema dalam memilih perkerjaan sama ada mahu terus kekal tempat lama atau ke tempat baru

    BalasPadam
  14. BERTALU-TALU

    perpisahan akan terjadi
    rindu akan dirantai
    kasih akan dipasung cinta dibelenggu
    hati mengaum akan dihambat
    kemegahan jiwa celaru akan disiram
    airmata kekesalan digerak
    kepada hentaman rotan bertalu

    Seri Suri
    sajak terkenang

    BalasPadam
  15. MENCARI CINTA

    Cinta itu cahaya sanubari,
    memenuhi insani bercambah
    tautan cinta disitulah
    naluri rindu bermula,
    Sang pujangga mencipta kata,
    Cinta itu tak pernah meminta,
    Tetapi memberi sepenuh rela,
    Rasa bahagia menyulam jiwa,
    Bakal perjalanan encari cinta

    Ambuyak
    sajak tentang pergertian cinta

    BalasPadam
  16. LANDASANMU

    terdetik di hati ini,
    bertapa bertuahnya diri kerDil ini,
    memBuatkan aku teRfikir....
    beTapa leMahnya diri ini.
    leMahnya aku ini laluku seRu namaMu
    jangan kau memanggilku pulang,
    aKu masih leKa daLam kealpaan,
    berikan aku pelUang kuatkan hatiku
    teguhkanlah jiwaku aGar selalu aku,
    berada di atas landasanMu

    Sang ARjuna
    sajak Ketuhanan

    BalasPadam
  17. pandai org tua hentam dorg balik... hehe

    BalasPadam
  18. makan dalam apa yang org tua tu kata? hahahaha

    BalasPadam
  19. sinis org tua bedal balik

    BalasPadam
  20. hahhaha terkena balik org tua kata

    BalasPadam
  21. padan muka tu la biadap dgn org tua2... hahaha

    BalasPadam
  22. sedap org tu hentam balik hehe

    BalasPadam
  23. btol apa yang org tua tu kata... hahaha

    BalasPadam
  24. kesian kena balik bdk2 tu

    BalasPadam
  25. lain kali nk ckp apa pikir dlu kan dh kena balik

    BalasPadam
  26. hahahah kan dh kena balik smua x reti berenang

    BalasPadam
  27. Hadi Hamzah berkata...

    69.BUSUR DAN PANAH (P)

    aku kini seperti seorang pemanah
    mempertaruhkan kehidupan ini
    pada sebuah busur dan anak panah
    terkadang aku jadi seorang penjudi
    mempertaruhkan nasib pada kekayaan
    jika aku salah habis seluruh hidupku
    karena tak pernahku membiarkan
    waktuku terbuang untuk hal lain lagi

    Oleh: Hadi Hamzah
    sajak dilema dalam memilih perkerjaan sama
    ada mahu terus kekal tempat lama atau ke tempat baru /16 Julai 2012 1:16 PG


    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR

    Sdra Hadi Hamzah kini kembali lagi kepusingan ke dua dengan sajaknya bertajuk:BUSUR DAN PANAH Tema sajak dalam dilema nampaknya Pengucapannya bersahaja dan punya arti tersendiri Mesejnya menyentuh tentang pemilihan kerja lama dan baru lama tau baru. Solat istikharah dua rakaat minta dipertunjuk baik atau buruknya sebaiknya batu yang tidak bergerak itu mudah dilekati lumut. Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

    BalasPadam
  28. Seri Suri berkata...

    70.BERTALU-TALU (TBD)

    perpisahan akan terjadi
    rindu akan dirantai
    kasih akan dipasung cinta dibelenggu
    hati mengaum akan dihambat
    kemegahan jiwa celaru akan disiram
    airmata kekesalan digerak
    kepada hentaman rotan bertalu

    Olh: Seri Suri
    sajak terkenang/16 Julai 2012 1:18 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRANURI UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR

    Sdri.Seri Suri kembali lagi kali ini dengan sajak bertajuk: BERTALU-TALU Tema sajak terkenang pula nampaknya Pengucapannya sadikit mengelirukan tapi punya arti tersendiri Mesejnya semacam terkenang kisah lama yang selama ini baru terlepas dari segala kekeliruan hidup berpasangan dan berkeluarga.Cuma andaian saja. Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

    BalasPadam
  29. Ambuyak berkata...

    71.MENCARI CINTA (TBD)

    Cinta itu cahaya sanubari,
    memenuhi insani bercambah
    tertaunya rasa cinta disitulah
    naluri di hati mulai merindu,
    Sang pujangga mencipta kata,
    Cinta itu tak pernah meminta,
    Tetapi memberi sepenuh rela,
    Rasa bahagia menyulam jiwa,
    Bakal perjalanan encari cinta

    Oleh: Ambuyak
    sajak tentang pergertian cinta/16 Julai 2012 1:20 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR
    Sdra. Ambuyak kini kembali lagi kepusingan ke dua dengan sajak bertajuk: MENCARI CINTA Tema sajak kisah cinta lagi nampaknya Pengucapannya bersahaja ada sadikit pembetulan tapi punya arti tersendiri Mesejnya jiwa2 semacam ingin menerangkan arti atau falasafah cinta buat orang kena penyakit cinta nampaknya.Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

    BalasPadam
  30. Sang Arjuna berkata...

    72.LANDASANMU (LSS)

    terdetik di hati ini,
    bertapa bertuahnya diri kerdil ini,
    membuatkan aku terfikir....
    betapa lemah dan daifnya diri ini.
    ketika aku menyeru namaMu
    jangan kau memanggilku pulang,
    aku masih leka dalam kealpaan,
    berikan aku peluang kuatkan imanku
    teguhkanlah jiwaku agar selalu aku,
    berada di atas landasanMu

    Oleh: Sang Arjuna
    sajak Ketuhanan/16 Julai 2012 1:23 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR

    Sdra Sang Arjuna kini terpilih kembali lagi kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: LANDASANMU Tema sajak ketuhan nampaknya Pengucapannya bersahaja dan punya arti tersendiri. Mesejnya menyentuh rasa ingin kembali pada landasanNya mungkin selama ini sering bergelut dengan kehidupan keduniaan yang penuh dengan kealapaan dan kelalaian agaknya Apa pun Anda Layak sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam