Ahad, 1 Julai 2012

LEMBAYUNG (7)



Sayembara puisi tempat ke tujuh.

Lembayung hadir didepan mata
membias tanpa aturan
tak juga mampu menentramkan hati,
seolah mencerminkan satu memori
kisah telah berlalu hatiku merenung…
sebuah alam membuat jasadku terpaku
tetapi sukar untuk dimengerti


Oleh: Salleh Muhamadon
sajak simbolik/31 Mei 2012 12:54 PG



30 ulasan:

  1. PEMENANG SAYEMBARA PUISI AKHIR ATAU FINAL UNTUK BULAN MEI 2012.

    PUSINGAN AKHIR

    Sdra. Salleh Muhamadon kini dipilih semula layak masuk akhir dengan sajaknya bertajuk; LEMBAYUN SENJA . Tema sajak bersimbolik pula nampaknya.Pengucapannya bersahaja dan punya arti tersendiri.Mesejnya semacam mencari sesuatu dalam diri yang masih belum mengerti dengan keadaan semasa di alam yang penuh pancaroba ini. Cuma andaian sahaja Setelah dinilai dan diamati Layak untuk tempat ke tujuh (7)

    BalasPadam
  2. SAYEMBARA PUISI AKHIR 8 ORANG INI BAGI MENENTUKAN TEMPAT 1 HINGGA 8.
    30 Jun 2012 2:37 PTG

    1.Brader Joe
    2.Atan Yahoo
    3.Adi Marhain
    4.Gibran Agi
    5.Lagenda Pulau
    6.Geletek Malam
    7.Muhamad Mualim
    8.Supain Sipaun


    Oleh Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  3. CERPEN BERSIRI BERTAJUK: ANAK PEREMPUAN SIMPANAN OLEH : NURIMANJA.

    SIRI 1

    DI taman kanak-kanak inilah tempat Man menunggu, di sebuag bangku kayu yang tersorok di bawah sebatang pokok rambutan tua yang rendang dan jarang-jarang pula daunya. Man tahu di situlah tempat abang muda duduk dan membaca akhbar setiap petang.

    Kawasan di pinggir kota ini memang banyak rumah-rumah didirikan secara haram dan rengkas dan sederhana, Setahu Man mereka sudah beberapa kali pindah randa bersama mamanya. Papanya pula seorang tidak ambil kisah dimana mamanya mahu menyewa.

    Setahu Man papanya jarang-jarang pulang ke rumah segala perbelanjaan harian dan hal ehwal akan dilakukan semua oleh mamanya yang uruskan,, papanysa cuma sekalisekala sahaja pulang ke rumah, papanya kerja sebagai seoarang pemandu teksi dan kereta sewa.

    Man tahu hidup mereka tidak seperti jiran-jiran yang berada di sekelilingi sebelah menyebelahi rumah mereka. Keluarga mereka sentiasa nampak riang, tidak seperti Man kadang-kadang Mama tidak benar langsung man keluar rumah.

    Man juga hairan kenapa jiran-jiran di perumahan haram ini tidak perlu ambil tahu di antara satu sama lain cuma bawa diri hal masing-masing,balik kerja tutup pintu buat hal sendiri. Tak perlu bertergur siapa atau tolong menolong, jangan perduli hal orang lain, hidup kita kerja kita .


    sambung,

    BalasPadam
  4. Malah Man pun hairan melihat rumahnya semua tingkap dan pintu selalu saja tertutup, mama tidak membenarkannya dibuka. Mama selalu saja kerja malam. Cuma hari minggu mama rehat.

    Mama pula selalu saja naik angina, Man buka tingkap sikit pun marah, man Selalu sahaja terkurung dalam rumah, kecual hari minggu begini, itu pun cuma sejam saja Man dibernarkan keluar rumah.

    Man telah pun diberi peringatan , jika Man pergi main jauh-jauh dari kawas rumah, dapat tahu mama , Man akan terima habuan, mama akan getu peha Man, mama akan sebat punggung man dengan tali pinggang papanya..

    Man masih ingat; Bagaimana mama pukul Man dengan tali pinggang papa waktu itu Man rasa bagai nak pengsan, man tidak tahu berapa kali sebatan, yang man tahu dia sudah terkencing dalam seluar.

    Waktu itu papa tiada, jiran-jiran sebelah menyebelah pun tidak berani hendak tolong. Itulah sikap mama yang amat Man takut. Bila Mama naik angina, muka mama semacam singa lapar.

    BERSAMBUNG SIRI 2.

    BalasPadam
  5. GERBANG PUTIH

    ku terlihat di hujung
    ada gerbang putih
    ketika itu aku tak rasa sakit
    walau dagingku membeku
    derasnya aliran darah tadi hilang
    aku masih hidup dalam kematian
    tak peduli walau tanganku putus
    bagi membebaskan rantai besi
    menyeret sisa tubuhke gerbang putih
    hingga tangan memegang gerbang itu
    ketika itu aku rasa aku sudah bebas

    Brader Joe
    sajak bob Kuli yang masih sy simpan lagi sajak ni 3 bulan sebelum dia hilang sajak yang dia pernah mimpi dia ceritakan kps sy...

    BalasPadam
  6. BERTEKAD

    meski aku tak bilang tapi berguna
    bagi melihat ke belakang kemudian,
    menjadi lebih layak untuk ditinggal
    menjadi lebih pantas dibanggakan,
    lebih utama untuk diperhitungkan…
    Bukankah masih segar di tahun lalu
    Jiwa yang menggelora bertekad

    Lagenda Pulau
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. MIMPI TAK ADA ERTI

    mimpi hari ini tak ada arti
    Tak ada harga di sini
    hidup untuk bertahan
    mengais sebuah kesempatan
    demi sekedar setitik keilmuan
    Di sini pembelajaran menjerit
    karena bila diabaikan ia menangis…
    Di ruangan itu air mata meleleh
    Hanyalah agar kita jadi
    makhluk berguna ditanah dilahirkan

    Geletek Malam
    sajak tekanan di tempat kerja kerana ada musuh dlm selimut yang suka bagi batu api skrg sy dlm proses nak tukar di tempat lain

    BalasPadam
  8. MIMPI NURANI

    profesionalisma kita kini
    abdi dalam pertukaran gaji bulanan
    sebuah status dan sebuah kebanggaan
    Mungkin kita cukup beruntung
    hidup yang mampu memuaskan rasa
    Namun itu sebuah kemewahan
    perjuangan seringkali buat
    kita lemah tak mampu menang,
    Hingga sebuah penyangkalan
    akhirnya tersirat pikiran nuraniku
    merasa tak berdaya di sini

    Muhamad Mualim
    sajak sinis

    BalasPadam
  9. SAYAP KUPU-KUPU

    Kupu-kupu itu kini sayapnya
    menjadi kaku dalam senyap
    menyaksikan detak jantung mengiring
    tarian waktu yang berjinjit
    perlahan wajahnya menjadi tipuan
    jika itu hanyalah cara mengingati
    keraguan adalah cara melupakan terbakar menjadi abu
    berterabur di danau keheningan

    Gibran Agi
    sajak tentang ketidakpuasti tentang sesuatu

    BalasPadam
  10. PROPAGANDA BUALAN SIANG

    Bukan aku sering mengeluh
    Namun nyata sudah
    bahawa selama ini
    semua hanya berputar-putar
    tetapi kini kau kembali
    mendaki bukit neraka itu
    Semua hal tentang kebaikan
    kau katakan hanyalah propaganda tak lebih dari bualan siang
    kau cuba berpetualangan
    dirimbunan lalang-lalang
    mengangkang di malam hari

    Atan Yahoo
    sajak sinis kepada ahli politik tertentu

    BalasPadam
  11. KERINGAT RINDU

    Naluri kini mula tergundah
    ketika ada bening disudut mata
    tetapi terjatuh dan pecah…
    Seraut wajah berjalan tergesa-gesa
    Ada gerih disudut hati..
    Seiring nyanyian angin gersang
    menghitung bait datang dan pergi
    bersama ranting berpatahan..
    Sementara jemari keriput
    kian berkeringat rindu…

    Adi Marhain
    sajak tentang terbanyang kehidupan
    sy pada masa akan datang

    BalasPadam
  12. PENJAGA SEJATI

    ku masih bertahan dari putus asa
    Bertahan dari ketidakpastian…
    Sejauh angan berharap…
    tiada jua kunjung tiba
    Akankah penantiannya akan berakhir tetapi aku akan tetap disini
    menjadi penjaga yang sejati…

    Supain SIpaun
    sajak terkenang bekas tunang

    BalasPadam
  13. Brader Joe berkata...

    81.GERBANG PUTIH (1)

    Aku terlihat di hujung
    ada gerbang putih
    ketika itu aku tak rasa sakit
    walau dagingku membeku
    derasnya aliran darah tadi hilang
    aku masih hidup dalam kematian
    tak peduli walau tanganku putus
    bagi membebaskan rantai besi
    menyeret sisa tubuhke gerbang putih
    hingga tangan memegang gerbang itu
    ketika itu aku rasa aku sudah bebas dan lepas.

    Oleh: Brader Joe
    sajak bob Kuli yang masih sy simpan lagi sajak ni 3 bulan sebelum dia hilang sajak yang dia pernah mimpi dia ceritakan kps sy.../2 Julai 2012 2:29 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN AKHIR

    Sdra.Brader Joe kini layak kepusingan akhir dengan sajaknya bertajuk:.GERBANG PUTIH Tema sebuah mimpi ngeri seorang sahabat katanya. Pengucapannya bersahaja merakam gambaran sebenar musibah yang berlaku ke atasnya cukup menyayukan Mesejnya menyentuh kisah benar dua persahabatan lama, salah seorang yang pergi dengan penuh misteri. Kecewaan dan kemarahan masih bersarang dan sukar dilupakan dengan trajedi yang menyayat hati itu. Semoga Allah swt memberkati rohnya. Amin! Layak diberi kedudukan dan dinobatkan tempat yang pertama (1)

    BalasPadam
  14. Geletek Malam berkata...

    82.MIMPI TAK BERARTI (2)

    Mimpi hari ini tak ada arti
    bagaikan tak ada harga diri di sini
    kehidupku cuma untuk bertahan
    mengais sebuah kesempatan
    demi sekedar setitik keilmuan
    di sini pembelajarannya rasa sakit
    karena apabila diabaikan ia menangis…
    di ruangan itu air mataku selalu meleleh
    demi menahan rasa iman dan kesabaran
    sebagai makhluk berguna ditanah kelahirkan.

    Oleh: Geletek Malam
    sajak tekanan di tempat kerja kerana ada musuh dlm selimut
    yang suka bagi batu api skrg sy dlm proses nak tukar di tempat lain/2 Julai 2012 2:45 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN AKHIR

    Sdra.Geletek Malam kini layak kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk:.MIMPI RAK BERARTI Tema suasana tmpat kerja yang kurang menyenangkan katanya. Pengucapannya bersahaja Mesejnya menyentuh kisah benar \yang berlaku ditempat pekerjaan, munkin ada yang kurang senang, cemburu, iri hati jika ada sikit kelebihan. Sebelum kesabaranhilang eloklah angkat kaki Semoga lebih selamat .Amin! Layak diberi kedudukan tempat yang ke dua (2)

    BalasPadam
  15. Muhamad Mualim berkata...
    83.MIMPI NURANI (3)

    profesionalisma kita kini
    abdi dalam pertukaran gaji bulanan
    sebuah status dan sebuah kebanggaan
    Mungkin kita cukup beruntung
    hidup yang mampu memuaskan rasa
    Namun itu sebuah kemewahan
    perjuangan seringkali buat lemah
    kita gagal dan tak mampu menang,
    Hingga sebuah penyangkalan
    akhirnya tersirat pikiran nuraniku
    merasakan diriku tak berdaya lagi di sini

    Oleh: Muhamad Mualim
    sajak sinis/2 Julai 2012 2:46 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN AKHIR

    Sdra.Muhamad Mualim kini layak juga kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk:.MIMPI NURANI Tema sinis suasana tempat kerja baru yang kurang menyenangkan nampaknya. Pengucapannya bersahaja Mesejnya nyata menyentuh tentang kisah benar apa \yang berlaku ditempat pekerjaan, munkin berlaku pembulian yang berlebihan. Sebelum rasa kesabaran hilang eloklah mencari jalan yang terbaik semoga lebih selamat .Amin! Layak diberi kedudukan tempat yang ketiga (3)

    BalasPadam
  16. Atan Yahoo berkata...

    84.PROPAGANDA BUALAN SIANG (4)

    Bukan aku sering mengeluh
    Namun nyata sudah
    bahawa selama ini
    semua hanya berputar-putar
    tetapi kini kau kembali
    mendaki bukit neraka itu
    Semua hal tentang kebaikan
    kau katakan hanyalah propaganda
    tak lebih dari bualan siang
    kau cuba berpetualangan
    dirimbunan lalang-lalang
    mengangkang di malam hari

    Oleh: Atan Yahoo
    sajak sinis kepada ahli politik tertentu/2 Julai 2012 3:00 PTG


    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN AKHIR

    Sdra.Atan Yahoo kini layak juga kepusingan akhir telah bebrapa kali mencubanya dengan sajaknya yang bertajuk:.PROPAGANDA BULAN SIANG Tema sinis suasana isu semasa politik tanah air nampaknya. Pengucapannya bersahaja tapi penuh sinis buat mereka yang mengerti. Mesejnya nyata menyentuh tentang kisah benar apa \yang berlaku pada politik tanah air kita dini hari Masing-masing YB asyik memperdagangkan banyak janji demi mencari pengaruh kedudukan di duniawi.dari kedudukan di akhrawi lebih selamat jangan diberi satu undi pun kepada orang yang sebegini .Amin! Layak diberi kedudukan tempat yang ke empat (4)

    BalasPadam
  17. Supain Sipaun berkata...

    85.PENJAGA SEJATI (5)

    ku masih bertahan dari putus asa
    bertahan dari ketidakpastian…
    sejauh angan berharap…
    tiada jua kunjung tiba
    akankah penantiannya akan berakhir
    tetapi aku akan tetap disini
    menjadi penjaga yang sejati…

    Oleh: Supain Sipaun,
    sajak terkenang bekas tunang/2 Julai 2012 3:06 PTG.


    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN AKHIR

    Sdra. Supain Sipaun kini berjaya jugaanda melangkah kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk:.PENJAGA SEJATI Tema terkenang kisah lama nampaknya. Pengucapannya bersahaja ada kisah yang punya arti. Mesejnya nyata menyentuh tentang kisah sebenar apa \yang berlaku bila pertunangan telah putus munkin ada kesilapan dan keraguan di antara keduanya bagi. mencari satu penyelesaian putus tali pertunanganlah jalan sebaiknya.semoga lebih selamat Amin! Layak diberi kedudukan tempat yang ke lima (5)

    BalasPadam
  18. Adi Marhain berkata...

    86.KERINGAT RINDU (6)

    Naluri kini mula tergundah
    ketika ada bening disudut mata
    tetapi terjatuh dan pecah…
    seraut wajah berjalan tergesa-gesa
    ada gerih disudut hati..
    seiring nyanyian angin gersang
    menghitung bait datang dan pergi
    bersama ranting berpatahan..
    Sementara jemari keriput
    kian berkeringat rindu…

    Oleh:Adi Marhain
    sajak tentang terbanyang kehidupan
    sy pada masa akan datang/2 Julai 2012 3:04 PTG
    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN AKHIR

    Sdra.Adi Marhain kali pertama kini layak juga kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk:KERINGAT RINDU Tema agak anih terbayang andaian masa depan.yang menyenangkan nampaknya. Pengucapannya bersahaja Mesejnya nyata menyentuh tentang kisah khidupan yang berlaku keatasnya , munkin berlaku perubahan dalam kehidupan keluarga rasa kesusahan kian menghilang bila anak sudah bekerja dapat membantu ayah ibu di desa. Berkat kesabaran dan usaha kini kehidupan Nampak terbaik semoga lebih selamat . Layak diberi kedudukan tempat yang ke enam (6)

    BalasPadam
  19. Lagenda Pulau berkata...

    87.BERTEKAD (7)

    meski aku tak terbilang tapi berguna
    bagi melihat ke belakang kemudian,
    menjadi lebih layak untuk ditinggal
    menjadi lebih pantas dibanggakan,
    lebih utama untuk diperhitungkan…
    Bukankah masih segar di tahun lalu
    Jiwa yang menggelora tetap bertekad

    Oleh: Lagenda Pulau
    sajak simbolik/2 Julai 2012 2:34 PTG


    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN AKHIR

    Sdra.Lagenda Pulau Akhirnya kini anda layak juga kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk:BERDEKAD .Tema simbolik tanpa sadikit penerangan nampaknya. Pengucapannya semacm ada sinis juga tapi sidikit rasa meragukan . Mesejnya menyentuh tentang kisah peribadi dengan apa yang berlaku dan yang sedang dialami, munkin kini ingin bertekad ingin membuktikan aku boleh , bukan lagi semacam dahulu ,aku mampu untuk seterusnya untuk memburu cita.. semoga berjaya selalu agar lebih selamat .Amin! Layak diberi kedudukan tempat yang ketujuh (7)

    BalasPadam
  20. Gibran Agi berkata...

    88.SAYAP KUPU-KUPU (8)

    Kupu-kupu itu kini sayapnya
    menjadi kaku dalam senyap
    menyaksikan detak jantung mengiring
    tarian waktu yang berjinjit
    perlahan wajahnya menjadi tipuan
    jika itu hanyalah cara mengingati
    keraguan adalah cara melupakan
    terbakar semuanya menjadi abu
    berterabur di danau keheningan

    Oleh: Gibran Agi
    sajak tentang ketidak puasti tentang sesuatu/2 Julai 2012 2:50 PTG


    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN AKHIR

    Sdra.Gibran Agi buat petama anda kini layak juga kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk:SAYAP KUPU-KUPU.Tema rasa kurang menyenangkan nampaknya. Pengucapannya semacm ada sinis juga tapi sidikit meragukan . Mesejnya menyentuh tentang kisah peribadi dengan apa yang berlaku dan yang sedang dialami, munkin ketidak puasan hati berlaku jika kita sering menilai kedudukan kita dengan orang lain, terutama bila kita baru mengenal dunia pekerjaan yang kita belum alami selama ini. semoga nilai kembali agar lebih selamat .Amin! Layak diberi kedudukan tempat yang ke lapan (8)

    BalasPadam
  21. SANARAI KEPUTUSAN SAYEMBARA PUISI AKHIR 8 ORANG INI BAGI KEDUDUKAN TERBARU TEMPAT 1 HINGGA 8.
    3 Julai 2012


    1.Brader Joe
    2.Geletek Malam
    3.Muhamad Mualim
    4.Atan Yahoo
    5.Supain Sipaun
    6.Adi Marhain
    7.Lagenda Pulau
    8.Gibran Agi


    Oleh Qalam Mutiara.
    Hadiah Pemurah Datuk Hasbi dan Datinya Nurse Lisa. Semoga Allah memurahkan reziki anda semua Amin. Selamat!!

    BalasPadam
  22. MAAF SAMBUNGAN CERPEN APS TADI TERTINGGAL

    Malah Man pun hairan melihat rumahnya semua tingkap dan pintu selalu saja tertutup, Mama tidak membenarkannya dibuka. Mama selalu saja kerja malam. Cuma hari Ahad Mama rehat.

    Mama pula selalu saja naik angin, Man buka tingkap sikit pun marah, Selalu sahaja Man terkurung dalam rumah, kecuali hari minggu sahaja, itu pun cuma sejam saja Man dibernarkan keluar rumah.

    Man telah pun diberi peringatan , jika Man pergi main jauh-jauh dari kawasan rumah, dapat tahu Mama , Man akan terima habuan, Mama akan getu peha Man, Mama akan sebat punggung Man dengan tali pinggang papanya..

    Man masih ingat; Bagaimana Mama pukul Man dengan tali pinggang papa waktu itu Man rasa bagai nak pengsan, Man tidak tahu berapa kali sebatan, yang Man tahu dia sudah terkencing dalam seluar.

    Waktu itu papa tiada, malah jiran-jiran sebelah menyebelah pun tidak berani hendak tolong. Itulah sikap Mama yang amat Man takut. Bila Mama naik angin, muka Mama semacam singa lapar.

    BERSAMBUNG SIRI ESOK 2.

    BalasPadam
  23. CERPEN ANAK PEREMPUAN SIMPANAN OLEH : NURIMANJA. SIRI 2


    Tetapi Man suka tengok muka Abang Muda , tidak jemu, dia suka senyum nampak baik, bercakap lemah lembut, jarang nampak marah dan bengis, ini yang membuat Man suka tengok muka Abang Muga.

    Man mula kenal dengan Abang Muda selepas Man kena marah dengan Mama, lalu Man merajuk melarikan diri bersedih hati termenung di bangku panjang di bawah pokok rambutan tua yang rendang dan jarang-jarang daunya.


    Kemudian Abang Muda datang mendekatinya, mula-mula Man tidak mahu bercakap tetapi kerana beberapa kali Abang Muda bertanya dan memujuk Man dengan cara lemah lembut, Man pun sudi menjawab.

    “Kenapa adik duduk disini?”
    “Mama marah!”
    “Itu tandanya Mama sayang adik,”
    “Bohong!”
    “Benar, Mama sayangkan Adik,”

    Man diam lama, kemudian Abang Muda bertanya lagi kepada Man,

    “Siapa nama adik ini?”
    “Osman.”
    “Bapa Osman siapa?”
    “Ludin,”
    “Ohh! Osman bin Ludin,”
    “Mama panggil, Man saja!”
    “Oh, baik nanti Abang panggil Man saja, okey, jangan bersedih lagi,”

    Man masih ingat, kata-kata Abang Muda itu, kemudian menepuk-nepuk bahu dan belakang Man, kesedihan Man mulai menurun dan kemudian hilang, Man merasa cukup senang.

    Selepas pertemuan itu , setiap petang bila hari ahad, Man sering mencari peluang untuk pergi menanti Abang Muda di kerusi panjang rehat,mana tahu Abang Muda datang lagi di taman permaiana kanak- kanak perumahan di pinggir bandar itu.


    BERSAMBUNG ESOK SIRI 3

    BalasPadam
  24. man ni anak pelacur tu ke cerpen ni?

    BalasPadam
  25. anak luar nikah ke man ni?

    BalasPadam
  26. man ni anak sapa?

    BalasPadam
  27. abang muda ni sapa plak?

    BalasPadam
  28. abang muda?? gigolo ke dia ni?

    BalasPadam
  29. mak man pnya skandal kan abang muda ni kalau x salah la

    BalasPadam
  30. abang muda ni sapa tiba2 ada org bunia ke

    BalasPadam