Rabu, 4 Julai 2012

DI MASA LALU (8)




 Sayembara puisi Mei tempat  ke lapan

ada waktunya ku mencoba
berbicara sendiri dengan jiwa raga
sebelum membuka bertanyakan
pula pada diriku sendiri
apa saja telah kulakukan?
sudahkah aku ini merasakan
sesuatu tentang penyesalan,
sebelum pengorbanan ataupun
ketulusan di masa lalu

Oleh: Paloi Atang
sajak sedih/31 Mei 2012 12:52 PG




30 ulasan:

  1. PEMENANG SAYEMBARA PUISI AKHIR ATAU FINAL UNTUK BULAN MEI2012.

    PUSINGAN AKHIR

    Sdra. Paloi Atang kini masuk akhir dengan sajaknya bertajuk;DI MASA LALU .Tema sajak kesedihan nampaknya.Pengucapannya bersahaja dan punya artinya tersendiri .Mesejnya menyentuh tentang kisah masa lalu mungkin sadikit ada kenakalan apa pun kini punya kesedaran setelah jiwa ada sidekit matang agaknya. Cuma andaian sahaja. Setelah dinilai dan diamati Layak untuk tempat ke lapan (8)

    BalasPadam
  2. SAMBUNGAN CERPEN ANAK PEREMPUAN SIMPAN. OLEH: NURIMANJA

    SIRI 3.


    Abang muda baik hati selalu saja beri Man . aiskerem, kacang goreng, coklat,atau pun asam katuk, jika ada penjaja yang datang melewati taman permainan kanak-kanak itu. Kemudian Abang Muda akan makan bersama Man.

    Kawan-kawan Man, seperti Matnor, Ali, Usof, Nora, Yanti, dan Meri, semuanya malu hendak berjumpa dengan Abang Muda, bila mereka tenguk Abang Muda mereka pergi main jauh-jauh.

    Man tidak pula rasa malu, malah Man terasa cukup mesra dengan Abang Muda. Kawan-kawan Man semuanya bersekolah di Tabika, tetapi Man tidak, Mama Man tidak beri, Man pun terpaksa main seorang diri, Sejak Man bertemu Abang Muda barulah hati Man terasa gembira dapat bermain lama sadikit.

    Walaupun Man tidak tahu siapa abang Muda, tetapi Man yakin mungkin Abang Muda tinggal di sekitar kawasan perumahan ini. Tetapi Man memang tidak tahu di mana rumahnya?
    .
    Bila Man tiba di bangku panjang di bawah pokok rambutan tua rendang dan jarang daun-daunya itu, Man dapati kosong, hati Man mulai rasa hampa, Setahu Man bila petang-petang begini tentu ada abang muda membaca akhbar di bangku panjang itu,


    Man rasa kecewa, Man ambil keputusan untuk menunggu saja di situ. Mungkin Abang Muda belum datang lagi, sementara itu Man duduk di atas bangku panjang seorang diri, kakinya terjuntai ke bawah, sambil Man menghayung-hayungkannya, matanya memerhati ke kiri dan ke kanan. Kalau-kalau ada Abang Muda yang datang.

    Sewaktu Man datang tadi, Man telah berjanji dengan kawan-kawannya, selepas Abang Muda pulang, Man akan memberi makanan rengan, seperti kacang goreng, asam katuk, coklat dan lain-lain, itu pun jika ada yang lebih bolehlah diberi kepada kawan-kawannya,

    Hati Man menjadi resah, Abang Muda tidak juga datang, apa yang mesti diberi kepada Kawan-kawannya nanti, Man bercadang untuk menunggu sadikit masa saja lagi, mungkin Abang Muda agak terlewat mata hari pun kian menurun di kaki langit, hati Man pun bertambah isau dan kacau.


    BERSAMBUNG ESOK SIRI 4

    BalasPadam
  3. senarai peserta bulan 7 plak... aku x boleh masuk dah jalal kata sbb bulan lps aku dh ke final.. hehe

    1 capricorn
    2 sadaqallah azim
    3 yusri Nawab
    4 Hamba Allah
    5 Nabil QUldi
    6 Ali Conan
    7 Sang Arjuna
    8 Pagok Lana
    9 Hamba Allah
    10 Ambuyak
    11 putera damien
    12 zain issac
    13 Ungku ZUbir
    14 Pak Ngah BUt
    15 Bulan Terang
    16 pak bostamam
    17 capricon
    18 Pagok Lana
    19 malik wariya
    20 nabil quldi
    21 gelora maya
    22 guest
    23 mozaire
    24 jalil janggut
    25 Mat Toopa
    26 hadi hamzah
    27 asyar mujid
    28 ziarah Makrifat
    29 saizul maizav
    30 Panglima Ketot
    31 Saudagar Emas
    32 Nuri Jaguh
    33 sang arjuna
    34 simsalabin
    35 Sufian AL Zahri
    36 Sohibul Wakdiamin
    37 Pak Hussin
    38 muhamad akmal
    39 harimau berantai
    40 ustaz rahman
    41 Badrolshah
    42 prof naquib
    43 pak kassim
    44 Haji Hamdan
    45 madah pujangga
    46 Abang
    47 Zainal arifin
    48 Seri Suri
    491 Kembara Budiman
    50 Yusmanira
    51 Nur Atikah
    52 Julia
    53 Dang Anum
    54 Mona
    55 Nurse Lisa
    56 Ummu Akilah
    57 Sharifah AL Habsi
    58 Puan Rosnah
    59 Sarah
    60 Puteri Lilin
    61 Emily Osman
    62 Ku Dania
    63 tengku Anita
    64 Nurul Syahirah

    BalasPadam
  4. TERLUKIS WAJAHMU

    Kukabarkan perasaan rinduku
    Rasa yang takkan pernah ada tepi
    Inilah perasaan dari pemuja
    Betapa rasa telah menghiasi
    dinding kamarku sehingga
    ketika aku melihat kiri kanan depan
    di situ hanya terlukiskan wajahmu

    Guest
    sajak memuja seseorang

    BalasPadam
  5. HAWA NAFSU

    Orang cenderung pada kehidupandunia
    adalah orang yang beku dan bodoh
    sibuk mengurus dirinya sendiri segala kesenangan penting duniawi
    Hanya perhati hal
    berhubungan serakah dan hawa nafsu

    Mona
    sajak sindiran

    BalasPadam
  6. MENJIWAINYA

    Kadang rintihan pilu
    terdengar di tengah malam
    jauh lebih mengesankan jiwa
    serangkai puisi tinggi bahasanya Penuh dengan makna khayalan indah
    Sebuah syair bahasa yang indah
    bisa menjadi sangat buruk,
    jika digubah seorang penulis
    tanpa penghayatan atau menjiwainya

    Mat Toopa
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. DILANDA CINTA

    aku yang kini dilanda cinta
    mempunyai perasaan dan sifat halus,
    bahkan lebih halus dari sutera, lebih bening dari embun
    secerah matahari indahbagai rembula
    Aku seperti berada
    di antara dunia yang berbeza
    Kurasakan semua tersenyum padaku
    keajaiban tentangku selama ini

    Puteri Lilin
    Sajak terkenang

    BalasPadam
  8. BAHAGIA

    Angin Daun dan Wahai pepohonan
    Hai kupu-kupu bunga dan matahari
    Kukhabarkan perasaan bahagiaku jiwa seorang hamba yang berbahagia Marilah berbahagia bersama-sama
    Ikutlah menyanyi bersama senandungku
    Menarilah bersama iramaku
    hidup kita harus selalu bahagia

    nabil Qudli
    sajak ceria

    BalasPadam
  9. GEMERCIK AIR

    Wahai pari-pari kuceritakan padamu,
    bercermin pantulan cahaya rembulan
    Aku mempunyai impian miliki bintang
    seperti yang engkau lihat malam ini
    Sungguh angan ku takutkan hal itu,
    risaukan hal sesungguhnya
    janji yang ia ucapkan itu benar
    bersumpah pada rembulan malam ini,
    berjanji pada air yang gemericik

    Muhamad AKmal
    sajak fantasi

    BalasPadam
  10. KERUSI TUA

    penat aku tiap malam
    sepanjang musim aku bersama, menuliskan syair untuk kekasih
    Hanya engkau menemani kesedihan
    membaca baris syair yang ku sadur
    Tak lelahkah menumpangkan aku?
    Sungguh engkau adalah teman terbaik
    esok kita bersua kembali
    Selamat tidur kerusi tuaku

    hadi hamzah
    sajak komedi...

    BalasPadam
  11. TINGGI

    Mengapa kau terus menatapku?
    Tak usah kau ikuti jejak jalanku
    Aku melangkah mencari jejak cinta
    Mengapa kau selalu tersenyum?
    Wahai rembulan sekarang aku
    berjalan di jalan pernah kulewati
    Melangkahi tangga naik lebih tinggi

    Badrolshah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  12. Nama ujian kelayakan sayembara kali ini terdapat nama yang sama dua kali. Adakah tak ada penyertaan penulis lain diantara ahli Cr dan Penjaga blog.? di antara bilangan 64 orang ini?

    Dulu pun SB6 berlaku dua kali nama yang sama seorang saja Haji Hamdan P blog . Mungkin kekurangan karya. walaupun pun setiap orang kena sedia tiga sajak utk ke pusingan akhir.

    Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  13. Guest berkata...

    1.TERLUKIS WAJAHMU (LSS)

    Inginku kabarkan padamu ……
    perasaan rinduku kini kian tenat
    hatiku ini sering saja mengingatimu
    bagaikan lautan bergelora tak bertepi
    itulah perasaan cinta seorang pemuja
    betapa rasa gelisah telah menghiasi
    di segenap dinding kamar hidupku
    sehingga aku melihat kiri dan kanan
    depan dan belakang , atas dan bawah
    semuanya di situ ada terlukis wajahmu ..

    Oleh: Guest
    sajak memuja seseorang/4 Julai 2012 6:52 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Guist dengan sajak bertajuk: TERLUKIS WAJAHMU Tema penyakit orang muda agaknya Pengucapannya biasa sahaja punya luahan hati muda. Mesejnya tentang falasafah cinta atau pun penyakit tenat yang melanda orang muda punya biasa Diberi peluang untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  14. Mona berkata...

    2.HAWA NAFSU (TBD)

    Orang cenderung pada kehidupan dunia
    adalah orang yang beku dan bodoh
    sibuk mengurus dirinya sendiri
    segala kesenangan penting duniawi
    Hanya perhati hal
    berhubungan serakah dan hawa nafsu

    Oleh: Mona
    sajak sindiran/4 Julai 2012 6:55 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Pn.Mona kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:HAWA NAFSU. Tema semacam sindiran sadikit nampaknya .Pengucapannya agak rengkas dan terlalu biasa Mesejnya tentang kisah kemanusian munkin hidup seorang di dunia ini yang cuma berlandaskan hawa nafsu dan kebendaan. Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

    BalasPadam
  15. Mat Toopa berkata...

    3.MENJIWAINYA (P)

    Kadang rintihan pilu
    terdengar di tengah malam
    jauh lebih mengesankan jiwa
    serangkai puisi tinggi bahasanya
    penuh makna khayalan indah
    sebuah syair bahasa yang indah
    tetapi bisa menjadi sangat buruk,
    jika digubah oleh seorang penulis
    tanpa penghayatan atau menjiwainya

    Oleh: Mat Toopa
    sajak simbolik/4 Julai 2012 6:57 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Mat Toopa kini muncul kembali dengan sajak bertajuk: MENJIWAINYA Tema simbolik katanya.Pengucapannya biasa sahaja tapi punyai arti tersendiri. Mesejnya samacam menyentuh tentang seorang yang menjiwai penulisan seni sastra mungkin sajak agaknya Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

    BalasPadam
  16. Puteri Lilin berkata...

    4.DILANDA CINTA (P)

    aku yang kini dilanda cinta
    mempunyai perasaan dan sifat halus,
    bahkan lebih halus dari sutera,
    lebih bening dari embun malam
    secerah matahari dan seindah rembulan
    tenatnya cintaku kini seperti berada
    di antara dunia yang berbeza
    Kurasakan semua tersenyum padaku
    seperti ada satu keajaiban yang datang
    menyelubungi tentang kehidupanku selama ini

    Oleh: Puteri Lilin
    Sajak terkenang/4 Julai 2012 7:02 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.


    Sdri. Puteri Lilin kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: DILANDA CINTA Tema terkenang kisah yang dialami agaknya Pengucapannya ada sikit pembetulan terlalu biasa nilai perasaan. Mesejnya samacam menyentuh kehidupan peribadi, mungkin kisah orang muda punya biasa diamuk penyakit deman asmara . Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

    BalasPadam
  17. nabil Qudli berkata...

    5.BAHAGIA (TBD)

    Angin Daun dan Wahai pepohonan
    Hai kupu-kupu bunga dan matahari
    Kukhabarkan perasaan bahagiaku
    jiwa seorang hamba yang berbahagia
    Marilah berbahagia bersama-sama
    Ikutlah menyanyi bersama senandungku
    Menarilah bersama iramaku
    hidup kita harus selalu bahagia

    Oleh: Nabil Qudli
    sajak ceria/4 Julai 2012 7:05 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra Nabil Quldi kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: BAHAGIA . Tema Nampak cria saja lulus pereksa? .Pengucapannya bersahaja gambaran riang gembira Mesejnya tentang kisah keceriaan yang dirasa sehingga kau menjemput alam sekeliling pun turut gembira dahsat! Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

    BalasPadam
  18. Muhamad AKmal berkata...

    6.GEMERCIK AIR (TBD)

    Wahai pari-pari kuceritakan padamu,
    bercermin pantulan cahaya rembulan
    Aku mempunyai impian miliki bintang
    seperti yang engkau lihat malam ini
    Sungguh angan ku takutkan hal itu,
    risaukan hal sesungguhnya
    janji yang ia ucapkan itu benar
    bersumpah pada rembulan malam ini,
    berjanji pada air yang gemericik

    Oleh: Muhamad AKmal
    sajak fantasi/4 Julai 2012 7:09 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.


    Sdra Muhamad Akmal kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: GERMERCIK AIR Tema fantasi nampaknya Pengucapannya amat jauh berbeza dibawa ke alam fantasi pula nampaknya Mesejnya samacam pembikinan sebuah filem pari-pari.suka menonton Tv, ini mungkin suka berkhayal orang muda punya biasa sama juga seperti Nabil Quldi Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

    BalasPadam
  19. hadi hamzah berkata...

    7.KERUSI TUA (LSS)

    penat lelah kau setiap malam
    sepanjang musim aku bersama,
    menuliskan syair untuk kekasih
    hanya engkau menemani kesedihan
    membaca baris syair yang ku sadur
    tidakah kau lelah menumpangkan aku?
    bagiku engkau adalah teman terbaik
    setia bersamaku esok kita bersua kembali
    Selamat tidur kerusi tua kesayanganku

    Oleh: Hadi Hamzah
    sajak komedi./4 Julai 2012 7:12 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra Hadi Hamzah yang tak pernah mengaku kalah. Kini kembali dengan sajak bertajuk: KERUSI TUA. Tema bicara rasa kehidupan yang melucukan. Pengucapannya bersimbolik dan bersahaja Mesejnya menyentuh dailong dengan kerusi tua yang munkin banyak berjasa kepadanya. Anda Layak sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  20. Badrolshah berkata...

    8.TINGGI (TBD)

    Mengapa kau terus menatapku?
    Tak usah kau ikuti jejak jalanku
    Aku melangkah mencari jejak cinta
    Mengapa kau selalu tersenyum?
    Wahai rembulan sekarang aku
    berjalan di jalan pernah kulewati
    Melangkahi tangga naik lebih tinggi

    Oleh: Badrolshah
    sajak simbolik/4 Julai 2012 7:15 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra Badrolshah kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: TINGGI Tema simbolik tanpa penerangan nampaknya Pengucapannya bersahaja punya arti tersendiri tetapi suspen? Mesejnya samacam punya persoalan kepada siapa tidak dinyatakan munkin kepada seorang kekasih agaknya. Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

    BalasPadam
  21. bang muda ni penculik kanak2 ke

    BalasPadam
  22. abg muda dia ni bapak dia ke

    BalasPadam
  23. tiba2 abang muda ada ni sapa plak

    BalasPadam
  24. abg muda ni nama apa?

    BalasPadam
  25. hantu ke abg muda ni?

    BalasPadam
  26. kekasih mak man tu la abg muda ni

    BalasPadam
  27. abg muda ni umor brapa

    BalasPadam
  28. abg muda ni jiran dia ker

    BalasPadam
  29. abg muda abang man ke???

    BalasPadam
  30. Abg mUda ni skandal dgn mak man ni

    BalasPadam