Selasa, 24 April 2012

SELUBUNG LUKA (8)




  sayembara puisi Mac tempat ke lapan


Semoga luka-luka ini cepat pudar
rasa perih cepat reda agar wajah ini
terasa bersih menatapMu
pada warna senja di ujung langit
kutitip selembar luas mendung
pernah kulukis dengan tinta hitam
Suram bagai melekat dipepohon
patah dahan daun dari ranting
seperti pekatnya cairan malam
menitis pada kain membentuk gambar
rumit bercorak senja ungu
bagaimana bisa menempa warna-warni
sedang tinta itu terlalu pekat 

Oleh: Ayu Manja
sajak keinsafan/28 Mac 2012 3:46 PTG


30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI AKHIR MAC MENENTUKAN TEMPAT PETAMA HINGGA LAPAN

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdr Ayu Manja wakil tunggal wanita yang layak ke pusingan akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SELUBUNG DUKA Tema keinsafan katanya walaupun nampak semacam jiwa2 Pengucapannya bersahaja, tapi pada ungapan akhir atau penutupnya sedikit rasa meragukan. Maksudnya semacam ingin membersih diri dari kesilapan dengan rasa keinsafan ingin kembali mengadapMu tuhan memohon keampunan dengan apa yang telah berlaku .Layak diberi kedudukan tempat ke lapan daripada lapan orang peserta yang dicalunkan ke peringakat akhir.Tahniah!!

    Oleh Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  2. SAYEMBARA PUISI AKHIR MAC MENENTUKAN TEMPAT PETAMA HINGGA LAPAN

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdr Ayu Manja wakil tunggal wanita yang layak ke pusingan akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SELUBUNG DUKA Tema keinsafan katanya walaupun nampak semacam jiwa2 Pengucapannya bersahaja, tapi pada ungapan akhir atau penutupnya sedikit rasa meragukan. Maksudnya semacam ingin membersih diri dari kesilapan dengan rasa keinsafan ingin kembali mengadapMu tuhan memohon keampunan dengan apa yang telah berlaku .Layak diberi kedudukan tempat ke lapan daripada lapan orang peserta yang dicalunkan ke peringakat akhir.Tahniah!!

    Oleh Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  3. CERPEN 1 MALAYSIA SIRI 8 BERTAJUK: ESTATE OLEH NURIMANJA PERAK.
    _____________________________________________________________________
    Siri Akhir ESTATE.

    PEKERJA–pekerja estate kembali bekerja seperti biasa Ribut kecil dalam estate itu kembali tenang. Tuan pengurus En Sanusi dan Penolong Pngurus En Zainal di estate itu mengenakan pekerjanya mengantikan kembali mana kerja yang belum diselesaikan dengan kerja tambahan.

    Mereka terpaksa mengantikan kembali kerja yang tergendala dua tiga hari yang lalu dan mengadakan pungutan buah kelapa sawit dan pemetek buah koko di ladang, kerana musim hujan mula mendatang. Pekerja akan bertambah susah kerana jalan akan mulai becak, pengankutan akan jadi lembab sadikit.

    Moniandy masih lagi berwajah sugul dan muram mengenangkan nasibnya yang sering saja dilanda malang, kesusahan timpa menimpa ke atas dirinya, dia masih nampak wajah keluarganya yang pergi itu, mula ibunya, bapa mertuanya, isteri yang dikasihi dan adik iparnya Luckmy.

    Kawan-kawannya juga merasa gelisah melihat kelakuan Monindy sejak kebelakangan ini,Wajahnya bagai tidak terurus lagi, sugul, diam, tidak bercakap banyak, dimana saja dia duduk di situlah dia banyak bermenung panjang.

    Malah dia lebih banyak mengasingkan dirinya daripada kawan-kawan, dia selalu saja termenung panjang, kekadang lori yang dipandunya dia sendiri tidak tahu kemana hala tujuannya. Kawan-kawannya yang menunggu berjam-jam untuk memungah buah koko dan kelapa sawit tidak juga sampai ke kilang.

    Malah lewat kebelangan ini lori yang dipandu sering saja bertukar tangan, Monindy sering kali cuti sakit, selepas dua tiga hari ini dia masuk pula bekerja, badan dan mukanya agak cengkung sadikit, bagai tidak bermaya, berjalan pun condong royong semacam ayam mabuk tahi..

    Pagi itu sewaktu Monindy sedang memandu lorinya, dia terasa pandangannya berpinau-pinau, mukanya panas di gagahi juga bekerja, Sebelah petang hujan turun renyai-renyai ke adaan jalan kian becak, pergerakkan lori agak berat dan pelahan sadikit.

    Semua perkerja telah pulang ke rumah masing-masing. Monindy bersama lori yang penuh sarat dengan buat kelapa sawit melintasi satu selekoh berhampiran dengan tanah perkuburan orang India beragama hindu.

    Entah bagaimana lori yang dipantunya telah tergeleceh, lorinya terjunam ke dalam parit, kepala Monindy telah terbenam ke dalam lumpur itu, badannya dihempit buah kelapa sawit,air parit menjadi keruh , setengah buah kelapa sawit bergelempangan timbul dipermukaan air, Bila orang ramai datang mencarinya , mereka menemui Monindy tidak bernafas lagi.

    S E L E S A I.

    BalasPadam
  4. BERHARAP

    kau selalu ada namamu
    tak pernah luput
    tapi mengapa kau berlalu
    dari tatapanku dikala hatiku
    mengerti apa sebenar engkau mahu…
    telah kupersembahkan hati
    bayanganmu sentiasa mengulik alam
    namun diwaktu telah menjadi berbeza
    berubah menjadi tak peduli…
    disini ku masih lagi berharap

    Sharifah AL habsi
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  5. LEBUR BERSAMA GUNDAH

    titian langkah ini redup
    terlihat gugusan bintang menjalar
    biarkan mata tetap terjaga
    beku dingin bumi tua,
    kumampu menjaga perasaan ini
    menjadi memori dalam sejarah
    berkarat cerita mengalir berdebu
    seiring waktu melipat masa
    biarkanlah ia lebur bersama gundah

    Ungku Zubir
    sajak sedih

    BalasPadam
  6. LAGU KEABADIAN

    titipkan sepenggal rasa cinta
    tertinggal dan malam akan
    segera merapat dipenghujung hari
    setelah ia mengarungi perjalanan
    senandung air kembali mengalirkan
    sambil mendengdangkan lagu keabadian

    Pak Ngah But
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. DEBARAN OMBAK

    Debaran ombak mengikis desir pasir
    Hembusan angin membeku ini
    Tak sanggup berdiri
    di tepi karang yang sepi ini
    Tak mampuku melakukan kerana
    semangat ini pudar bagai terhentam
    ombak dan terdampar jauh
    sesekali aku bertanya
    Ya tuhan maha kuasa berilah
    aku penerang dalam meniti kehidupan
    berikan aku jalan hingga
    aku sampai tujuan asalku

    Megat Iskandar
    sajak pasrah ketuhanan dlm memilih keputusan berkenaan jodoh

    BalasPadam
  8. Sharifah AL habsi berkata...

    77.BERHARAP (TBD)

    kau selalu ada namamu
    tak pernah luput
    tapi mengapa kau berlalu
    dari tatapanku dikala hatiku
    mengerti apa sebenar engkau mahu…
    telah kupersembahkan hati
    bayanganmu sentiasa mengulik alam
    namun diwaktu telah menjadi berbeza
    berubah menjadi tak peduli…
    disini ku masih lagi berharap

    Oleh: Sharifah AL habsi
    sajak jiwa2/25 April 2012 3:32 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Sdri Sharifah Al Habsi kini kembali semula ke pusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: BERHARAP Tema sajak jiwa2 nampaknya.Pengucapannya bersaaja dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam mengharapi dia kembali menambil tahu terasa punya jiwa2 juga, Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini.anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  9. Ungku Zubir berkata...

    78.LEBUR BERSAMA GUNDAH (TBD)-P

    titian langkah ini redup
    terlihat gugusan bintang menjalar
    biarkan mata tetap terjaga
    beku dingin bumi tua,
    kumampu menjaga perasaan ini
    menjadi memori dalam sejarah
    berkarat cerita mengalir berdebu
    seiring waktu melipat masa
    biarkanlah ia lebur bersama gundah

    Oleh: Ungku Zubir
    sajak sedih/25 April 2012 3:36 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    SdraUngku Zuir kini menjejak kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: LEBUR BERSAMA GUNDAH Tema sajak bersedih jiwa2 nampaknya.Pengucapannya bersahaja dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam bersedih dan pasrah kepada takdir mencari kekasih yang belum kesampaian. Ingat lagu: Ikan di laut , asam di darat ….Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini.anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)-P

    BalasPadam
  10. Pak Ngah But berkata...

    79.LAGU KEABADIAN

    titipkan sepenggal rasa cinta
    tertinggal dan malam akan
    segera merapat dipenghujung hari
    setelah ia mengarungi perjalanan
    senandung air kembali mengalirkan
    sambil mendengdangkan lagu keabadian

    Oleh: Pak Ngah But
    sajak simbolik/25 April 2012 3:40 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Pak Ngah But kini kembali melangkah kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: LAGU KEABADIAN Tema sajak simbolik katanya.Pengucapannya bersahaja dan punya artinya tersendiri. Mesejnya mengambarkan sebagai seorang hamba dalam perjalanan kehidupan manusia di dunia ini bisa sujud dan patuh pada peciptanya.Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini.anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  11. Megat Iskandar berkata...

    80.PASRAH DEBARAN OMBAK (LSS)

    Debaran ombak mengikis desir pasir
    hembusan angin membeku kini
    aku tak sanggup berdiri lagi
    di tepi karang yang sepi ini
    tak mampuku melakukan kerana
    semangat kian pudar dipukul
    badai ombak terdampar jauh
    sesekali aku bertanya pada diri
    Ya tuhan maha kuasa berikan kekuatan
    dalam pasrah menentukan kehidupan
    sehingga sampai tujuan asal niat suciku

    Oleh: Megat Iskandar
    sajak pasrah ketuhanan dlm memilih keputusan berkenaan jodoh/25 April 2012 3:48 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Sdra Megat Iskandar kini kembali melangkah kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: DEBARAN OMBAK Tema sajak pasrah pada ketentuan tuhan nampaknya .. Pengucapannya ada sadikit pembetulan tapi bersimbolik, namun punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam dalam kemelut mencari jalan pemilihan jodoh, akhirnya pasrah dan akur kepada ketentuan Allah swt .Ada layak untuk sayembara puisi seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  12. KUM 4

    1 Sharifah AL habsi
    2 Pak Ngah But
    3 Ungku Zubir-P
    4 Megat Iskandar@

    Thahniah buat Megat Ikandar!
    kerja kena rajin baru rezeki berkat!

    BalasPadam
  13. RONA KATA

    Rona kata ini ibarat
    sepuluh jemari menyatu
    Seperti sepasang tangan
    mencipta harmoni dimiliki
    saat mencipta keindahan
    imaginasi keindahan tak selalu diletakkan pada rupa
    namun pada rona kata-kata

    Jalil Janggut
    sajak simbolik

    BalasPadam
  14. PAHIT MADU

    apakah aku tidak lagi seperti itu?
    bayang malam pun berputar pagi, terperangkap terhanyut
    hendak kemana aku ini?
    mata yang mulai lelah
    menyelimuti syair ku rajut..
    Perlahan tubuhku membakar cemburu… mengoyak amarah pahit menjadi madu
    ketika arah menjadi pecah
    waktu menjadi mati berserah
    tulus hati begitu dusta…
    tidak seorangpun memahaminya
    .
    Ummu AKilah
    sajak marah

    BalasPadam
  15. JELMAAN

    Saat jantungku berdetak
    perasaan semakin hebat… nalurikupun semakin kalut kusut
    segenggam dalam hidupku
    tak pernah kurasa seperti ini,
    semakin jauh terlarut tak berarah…
    telah ku coba menepikan perasaanini
    namun tak bisa sebab setiap aroma mmenjadi jelmaanmu yang menghantui
    menyelimuti nadi di dalam darahku..

    Putera Damien
    sajak ketakutan

    BalasPadam
  16. DOSA DIHUJUNG MALAM

    dosa dihujung jalan hitam mencegkam
    lampu malam menyorot tubuh
    terpantul gelisah dikulit pucat.
    sampai pelukan air mata tercurah
    melanda benteng kerinduan
    kini terdampar sendiri dingin
    tak mampu mengangkat wajah.
    disini dipinggir benua sepi,
    seribu tanda tak bisa menjawab,
    tapi duka tak pernah jua mencair.
    kumohon setetes doaMu
    serahkan segala kasihMu buat mereka

    Tinta Bayu
    sajak buat penghuni KL yang hidup terbiar di lorong2

    BalasPadam
  17. Jalil Janggut berkata...

    81.RONA KATA (TBD)

    Rona kata ini ibarat
    sepuluh jemari menyatu
    Seperti sepasang tangan
    mencipta harmoni dimiliki
    saat mencipta keindahan
    imaginasi keindahan
    tak selalu diletakkan pada rupa
    namun pada rona kata-kata

    Oleh: Jalil Janggut
    sajak simbolik/26 April 2012 3:58 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Sdra Jalil Janggut kini kembali melangkah kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: RONA KATA Tema sajak simbolik katanya.Pengucapannya bermadah dan kreatif punya artinya tersendiri. Mesejnya mengambarkan keindahan bukan pada rupa tetapi pada gaya pengucapankanya..Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini.anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  18. Ummu AKilah berkata...

    82.PAHIT MADU (TBD)

    apakah aku tidak lagi seperti itu?
    bayang malam pun berputar pagi,
    terperangkap terhanyut
    hendak kemana aku ini?
    mata yang mulai lelah
    menyelimuti syair ku rajut..
    Perlahan tubuhku membakar cemburu…
    mengoyak amarah pahit menjadi madu
    ketika arah menjadi pecah
    waktu menjadi mati berserah
    tulus hati begitu dusta…
    tidak seorangpun memahaminya


    Oleh: Ummu AKilah
    sajak marah/26 April 2012 4:00 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Sdri Ummu Akilah kini kembali semula ke pusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: PAHIT MADU Tema sajakkemarahan nampaknya.Pengucapannya ada arti tersendiri.tapi perlu iperbaiki lagi. Mesejnya semacam beremonsi dan rasa kecewa pun ada, Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini.anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  19. Putera Damien berkata...

    83.JELMAAN (TBD) -P

    Saat jantungku berdetak
    perasaan semakin hebat…
    nalurikupun semakin kalut kusut
    segenggam dalam hidupku
    tak pernah kurasa seperti ini,
    semakin jauh terlarut tak berarah…
    telah ku coba menepikan perasaanini
    namun tak bisa sebab setiap aroma
    mmenjadi jelmaanmu yang menghantui
    menyelimuti nadi di dalam darahku..

    Oleh: Putera Damien
    sajak ketakutan/26 April 2012 4:03 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Sdra Putera Damien kini kembali melangkah kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: JELMAAN Tema sajak kerisauan nampaknya.Pengucapannya punya artinya tersendiri. Tapi perlu diberbaiki lagi. Mesejnya mengambarkan rasa kerisauan dan takut sehingga menganggu kehiupan harian. Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini.anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  20. Tinta Bayu berkata...

    84.DOSA DIHUJUNG MALAM (LSS)

    Dosa -dosa dihujung jalan hitam mencegkam
    di bawah lampu malam menyorot tubuh
    terpantul resah gelisah dikulit pucat.
    sampai pelukan air mata tercurah
    melanda segala benteng kerinduan
    kini terdampar sendiri dalam kedinginan
    tak mampu untuk mengangkat wajah.
    disini bagai dipinggir di benua sepi,
    malah seribu tanda tak bisa menjawab,
    kerana duka I sini tak pernah jua mencair.
    kumohon setetes doa pertunjuk padaMu
    agar serahkan rasa keinafan kasihMu buat mereka

    Oleh: Tinta Bayu
    sajak buat penghuni KL yang hidup terbiar di lorong226 April 2012 4:09 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Sdra Tinta Bayu kini kembali melangkah kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: DOSA DI HUJUNG MALAM Tema sajak buat penghuni KL nampaknya .. Pengucapannya ada sadikit pembetulan tapi bersimbolik dan arti tersendiri, Mesejnya semacam resah melihat kemelut dosa-dosa di hujung malam sekadar pasrah dan akur kepada ketentuan Allah swt .Ada layak untuk sayembara puisi seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  21. mati ke muniandy ni?

    BalasPadam
  22. mcm bunohan plak cerpen ni smua mati

    BalasPadam
  23. mati mcm tu je kesian

    BalasPadam
  24. sedih jgk cerpen ni

    BalasPadam
  25. MENGKAGUMI

    aku tidak bisa melakukan persembahan
    bahkan tidak mampu berkorban
    aku hanya terdiam memandang.
    sesaat hatiku terluka membuat bahagia
    seperti itulah kau sungguh mengagumi
    benar-benar membuatku tak berdaya

    Sarah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  26. HARU BIRU

    Aku sadar kini bukan
    rintik hujan menemani
    Hanya segelas air mulai membeku.
    kini bertambah membisu.
    Bahkan kini Membasahi waktuku
    Memang terlalu lama untuk tahu
    bagaimana waktu berdetik laju.
    seharusnya berdetak denga haru biru

    Saizul Maizav
    sajak gundah gulana

    BalasPadam
  27. KEANGKUHAN

    Tersingkap sudah tabir rahsia ketakutan hidup yang begitu jelas
    merayap dan membelenggu hati
    Aku telah lama terikat dalam ruang meratap dalam keluh menangis pilu
    sukma terhempas kehampaan
    tanpa cerita hambar aku mengadu
    disetiap nafas luka masa lalu.
    Aku bertanya dengan lelah
    masihkah mampu menapak hari esok
    samar lewati pintu keangkuhan

    Syed Faizal
    sajak peringatan

    BalasPadam
  28. TUHAN YANG BARU

    sementara sayup terdengar
    Berdendang dalam kesenyapan
    kutemui sesuatu yang kuabaikan.
    Duhai Sang dewa hanuman
    Segala hatiku tak inginkembali situ
    ku ingin kejalan baru menikmati
    hembusan kasih tuhan yang baru
    agar tegar dan ikhlas diriku
    meneruskan langkah gelora hidup ini

    Raju Linggam
    sajak semperna 1 mei ni saya mahu masuk islam sbb sy berkwin dgn perempuan melayu tp hrp en nuri atau en qalam boleh beri pendapat mau letak nama apa?

    BalasPadam