Sabtu, 28 April 2012

MUNAJAT SEORANG HAMBA




Di hujung malam,
lalu berdiri  bertakbir
berrukuk  bersujud bermunajat kehaderatmu,
seorang hamba, memanjat doa
setulus hatinya minta dihendarkan
pedih sakratulmaut  segala seksa kubur
dan azap api neraka.

Tersimpuh sepi,
diri atas sejadah  tangan menadah
berguguran air mata pasrah mengadap Allah
mengampunkan segala dosa lalu
agar Allah benarkan menempatkan dirinya
tergolong daripada gerombolan insan
beramalan solleh yang dibenarkan
tenang di surgaMu.


Oleh; Nurimanja,
waktu mula menulis sajak, 1973.
catatan rengkas dibulan ramadan.


 


30 ulasan:

  1. Cuma Catatan En Nuri


    Untuk mendekatkan diri dengan Allah selalulah bangun malam dan bermunajat
    dihujung malam di ketika orang lain sedang berdengkur. Anda bangun solat sunat yang tertentu.

    Kerana bila mana kita sudah berada di dalam kubur (Barzah) untuk minta kepada Allah bagun mengerjakan solat sunat dua rakaat
    tak ada peluang lagi.

    Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  2. KISAH MESTRI siri2. BERTAJUK MATI TIGA KALI OLEH: NURIMANJA

    Sewaktu tiba untuk di mandikan ramai orang berhimpun termasuk keluarga terdekat, teman dan sahabatnya. tetapi belum pun sempat kain penutup mayat dibuka, tetiba sahaja kain itu seperti dilempar,lalu berbunyi bertempek suara yang kuat : "Siapa kata aku mati, aku masih hidup, aku cuma koma saja,!" Bertempiaran lari orang ramai , mereka menyangkakan mayat itu berhantu, telah bangun untuk menyerang mereka.

    Mujurlah ada seorang ustaz atau tuk guru yang dapat menenangkan keadaan , setelah diamati ternyata si anak muda ini tidak mati, dia sekadar koma atau pengsan sahaja. maka berpelukkan mereka rasa bersyukur kepada Allah kerana si anak muda ini masih hidup. Kedua ibu bapaknya pun membuat kenduri kesyukuran bukan lagi kenduri tahlil atau aruah.

    Lalu hiduplah dia berpuluh tahun lamanya, dan mempunyai berpuluh orang anak dan beratus orang cucu hasil dari perkhawinanya dengan empat orang isterinya.setelah isteri satu demi satu meninggal dunia. Setelah umurnya hampir sembilan puluh tahun sekali lagi dia meninggal dunia, menjadi gempar penduduk kampung kerana ada seorang tua yang digelar tuk ayah meninggal dunia.

    Bersambung ....

    BalasPadam
  3. MELANGGAR RUKUN NEGARA TIDAK BOLEH JADI PEMIMPIN NEGARA.

    Perhimpunan Kotor 3 dibayar pihak tertentu, tidak seperti baju merah di thailand, mereka sanggup idur berbulan di padang tanpa bayaran, tetapi pehimpun kotor 3 cuma satu hari saja, tambah hari tambah duit....
    tak bayar tak ada perhimpunan, wang datang darimana , mungkin pihak tertentu dapat tajaan dari kuasa asing yang
    menyogoknya.ntuk memperkudakan keadaan menjadi huru hara. RAKYAT MALAYSIA PERLULAH MENILAIKANNYA.

    BalasPadam
  4. Kebanyak peserta tutup muka, mereka juga tak begitu suka atau redha, tetapi kerana bayaran wang sagu hati mereka turut serta.jadi tidak hairan ramai yang pakai kacamata hitam dan tuala kecil tutup muka. Malu juga kalau adik beradik tengok menyokong mmbabi buta. Sebaiknya tangkap pihak penganjur Habis cerita, biar dia merengkok sebulan dua, lepas itu kita tengok apa lagi agenda mereka?

    Kini ada hikmahnya dari tuhan Kerana rakyat sudah dapat menilai tidak ada adil dan tidak ada kebersihan yang nyata? Semuanya niat jahat dan kotor belaka, bagi menjadikan negara purak peranda dari hasil parti kumpulan bapa ,anak dan bini yang menghalalkan segala....

    Orang Islam yang kuat iman tiak akan bersubahat, jika diam atau turut serta dalam perhimpunan kotor 3 ini ternyata anda juga akan disoal di akhirat......

    BalasPadam
  5. INTA JAUH

    Aku masih terduduk disini sendiri
    Ditemani sepi merenung tiada habis
    Teringat akan memori manis
    Dimanakah hujung jalan?
    Hanya memori yang temani aku disini
    Dalam kesendirian dan kesepian
    Aku tak tahu kemana arah jalan
    Hanya beberapa saat sebelum
    semua berubah kelam sekarang
    disini aku kesepian
    mencari cinta yang jauh nian

    Qalam Musoffa
    sajak sedih

    BalasPadam
  6. BERFIKIR UNTUK HIDUP

    kabut yang mengalun lembut,
    dingin mempesona sepiku tersangkut
    pada keheningan yang riuh
    membawa kedamaian hati tertambat, kemudian hati beranjak terpikir
    akan kabut yang meremangkan pandang
    memberkas seurat kesedaran
    hidup dengan cara yang beza
    percaya pada hasrat
    naluri berpikir untuk hidup.

    Hambali Maliki
    sajak tentang kehidupan di kampung setelah bermalam beberapa di kampung sy yang serba kekurangan

    BalasPadam
  7. MENCIPTA DUNIA

    Setelah hujan reda bersama
    titis air yang jatuh dari dedaunan,
    aku berdiri di kelebatan hujan.
    Bukan karena cerita
    atau khayalan yang sesat
    karena tinta tertumpah
    membawa makna menciptakan dunia

    hamba allah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  8. KESABARAN DAN KEIKHLASAN

    kita merenda hari dengan sulaman
    cinta penuh warna kasih mesra
    suka duka menyelimut keikhlasan kedalaman jiwaku bersyukur
    hingga hari esok datang menjelang…
    semoga cinta ini tak henti bersemi
    diatas kesabaran dan keikhlasan

    Mia Safiyah
    sajak nasihat

    BalasPadam
  9. Qalam Musoffa berkata...

    93.CINTA JAUH (TBD)

    Aku masih terduduk disini sendiri
    Ditemani sepi merenung tiada habis
    Teringat akan memori manis
    Dimanakah hujung jalan?
    Hanya memori yang temani aku disini
    Dalam kesendirian dan kesepian
    Aku tak tahu kemana arah jalan
    Hanya beberapa saat sebelum
    semua berubah kelam sekarang
    disini aku kesepian lagi
    mencari cinta yang jauh nian

    Oleh: Qalam Musoffa
    sajak sedih/29 April 2012 2:50 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Sdra Qalam Musoffa kini kembali melangkah kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk:CINTA JAUH Tema sajak jiwa2 sedih nampaknya.Pengucapannya biasa sahaja punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada rasa resah mencari sebuah cinta atau teman dalam kehidupannya ini. Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini.anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  10. Hambali Maliki berkata...

    94.BERFIKIR UNTUK HIDUP (TBD)

    kabut yang mengalun lembut,
    dingin mempesona sepiku tersangkut
    pada keheningan yang riuh
    membawa kedamaian hati tertambat,
    kemudian hati beranjak terpikir
    akan kabut yang meremangkan pandang
    memberkas seurat kesedaran
    hidup dengan cara yang beza
    percaya pada hasrat
    naluri berpikir untuk hidup.

    Oleh: Hambali Maliki
    sajak tentang kehidupan di kampung setelah bermalam beberapa di kampung sy yang serba kekurangan, 29 April 2012 2:59 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Sdra Hambali Maliki kini kembali melangkah kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: BERFIKIR UNTUK HIDUP Tema sajak mengenang kehidupan orang kampong nampaknya.Pengucapannya masih mencari kekuatan bagi menghidupkan cerita. Mesejnya mengambarkan perbezakan kehidupan seharian di luar Bandar atau pun desa.Bila masanya akan mrenerima pembangunan.? Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini.anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  11. hamba allah berkata...

    95.MENCIPTA DUNIA (TBD) -P

    Setelah hujan reda bersama
    titis air yang jatuh dari dedaunan,
    aku berdiri di kelebatan hujan.
    Bukan karena cerita
    atau khayalan yang sesat
    karena tinta tertumpah
    membawa makna menciptakan dunia

    Oleh: Hamba allah
    sajak simbolik/29 April 2012 3:00 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Sdra Hamba Allah kini kembali melangkah kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: MENCIPTA DUNIA Tema sajak simbolik katanya .Pengucapannya pendek dan kabur punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam mengambarkan keadaan dan keindahan alam ciptaan Tuhan yang maha kuasa. Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini.anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)-P

    BalasPadam
  12. Mia Safiyah berkata...

    96.KESABARAN DAN KEIKHLASAN (LSS)

    kita merenda hari dengan sulaman
    cinta penuh warna kasih mesra
    suka duka menyelimut keikhlasan
    kedalaman jiwaku bersyukur
    hingga hari esok datang menjelang…
    semoga cinta ini tak henti bersemi
    diatas kesabaran dan keikhlasan

    Oleh: Mia Safiyah
    sajak nasihat/29 April 2012 3:03 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Pn. Mia Safiyah kini kembali melangkah kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: KESABARAN DAN KEIKHLASAN Tema sajak nasihat sebenar saya kira.. Pengucapannya bersahaja dan punya artinya tersendiri, Mesejnya semacam mengingatkan seiapa saja yang telah mendirikan rumah tangga sepatutnyalah mengamal sikap keduanya.. Anda layak untuk sayembara puisi seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  13. KUM 8

    1 Hambali Maliki
    4 Qalam Musoffa
    2 Hamba Allah-P
    3 Mia Safiyah@

    Tamat kesemua 8 KUM

    BalasPadam
  14. HARAP PILIH SAJAK MEREKA YANG TERPILIH INI SEDIA KE FINAL
    MENENTUKAN TEMPAT 1 HINGGA 8 TERBITKAN 8 SEKALI GUS

    1.Pn Hajjah Jamillah
    2.Nasruq Haqq
    3.Megat Iskandar
    4.Syed Faizal
    5.Tinta Bayu
    6.Raju Linggam
    7.Pendekar Waja
    8.Mia Safiyah

    BalasPadam
  15. JAWAPAN DARI TUHAN

    Menghempaskan impian ke tanah
    harus melakukan yang terbaik..
    Namun sesuatu yang terbaik
    bukan berarti sempurna..
    terbaik berarti sesuatu
    jawaban suci dari Tuhan..
    Adalah sebuah titik sebuah takdir.
    Kembali aku mendapati diri sendiri
    Setelah semua yang telah terjadi..

    Raju Linggam
    sajak peribadi

    BalasPadam
  16. TIANG BERDIRI

    Menunggu dalam langkah bimbang
    samar kulihat tiang tegak berdiri
    walau kian menjadi serpihan
    tak berharga namun ia tetap
    tegar melawan usia semakin
    merapat kegerbang senja

    Tok Mahat
    sajak kehidupan

    BalasPadam
  17. RINTIK HUJAN

    Semilir angin mengalun dingin
    rintik renggang menjadi banyak…
    jatuh menjadi hujan tanah basah.
    Bunyi air jatuh dari atap rumah
    Rintik hujan berlumba dengan air
    jatuh dari pancuran atap,
    membuat suasana begitu hening.
    Aku hanya berdiri di bawah atap
    hanyut dalam rintik mulai mengecil

    Hambali Maliki
    sajak simbolik

    BalasPadam
  18. BAYANG CERMIN

    bayangan cermin menemani diri
    berjalan dahaga mencari air
    bagi penawar rasa
    mawar hitam laksana embun
    menutupi diri dengan duri tajam
    akhir pertanyaan suatu jawaban
    walau terkadang suatu pertanyaan
    keresahan yang membimbangan
    diingin hanyalah suatu kenangan
    hadir dengan suara ceria
    muncul dengan wajah berseri
    menyapa dikala dahaga menghampiri

    Pendekar Waja
    sajak simboik

    BalasPadam
  19. SATU POHON DI TENGAH GURUN

    satu pohon hidup di tengah gurun
    Mendabakan hujan namun hujan
    tak pernah hadir kerana
    Angin datang dengan kesejukan
    menghapus keringat sang pohon..
    daun yang bertuliskan kepercayaan,
    Jikabasah kering makasemuanya pudar
    bahkan lebih buruk iatakkan ada apa

    Tinta Bayu
    sajak simbolik sinis

    BalasPadam
  20. PERJALANAN MENCARI BINTANG

    dengarkanlah bisik kerinduan ini
    berlagu mencari tepian
    kemana harus kutambatkan dermaga
    sebelum habis kikisannya
    perjalanan jantung ini sunyi
    berdetak berlari kehilangan arah
    kemana sebaiknya kubilas debu
    yang melekat disanubari
    pencarian panjang tanpa sedar
    menghabiskan perjalanan
    mencari sebutir bintang

    Nasruq Haqq
    sajak tentang kehidupan

    BalasPadam
  21. SETITIS AIR

    setitis air mampu menghidupkan
    semua tumbuhan yang telah mati..
    disetiap titisan air
    mampu mengenyangkan perut
    disetiap aromanya
    mampu mengubah semua yang buruk
    Ada sebuah pelajaran tersendiri..
    Saat aku harus kehilangan..
    Itu yang dinamakan keikhlasan
    sesulit mencengkam di langit
    Keikhlasan bukan hanya melepaskan
    Melainkan penuh pengorbanan tulus

    megat Iskandar
    sajak pengajaran

    BalasPadam
  22. AROMA TANAH

    Aroma tanah tersiram air
    mengisitiap ruang udara yang kosong
    terkoyak tabir masa lalu
    terkunci rapat berdebu dan usang
    tetap melangkah walau bertatih
    namun Kurangkai kembali
    sisa kenangan masih setia menemani

    Syed Faizal
    sajak kenangan bersama rakan-rakan

    BalasPadam
  23. aik! masa remaja dia meninggal msa dh besar pun sama?

    BalasPadam
  24. pengamal ilmu hitam ke

    BalasPadam
  25. pelik la smpai 3 kali mati

    BalasPadam
  26. dia koma kot 3 kali mereka sangka dia mati

    BalasPadam
  27. aik! sampai 3 kali mati dia alien ke

    BalasPadam
  28. manusia normal sekali saja mati... hehehe

    BalasPadam
  29. rasanya dia koma tp disangka mati

    BalasPadam
  30. kali ni tempat pertama hingga ke 4dpt hadiah handphone dari sy tempat ke 5 hanya dpt rm200....

    BalasPadam