Isnin, 9 April 2012

DEK KAPAL (2)



sayembara puisi Mac 2012 tempat ke 2

Debur ombak pecah di dek kapal
menggelegar memecah hening malam
hitam menyelubungi diri sendiri
seakan mengundang bintang bertandang
memberi petunjuk pada haluan kapal
tapi kedatangan bintang
hanya sekadar bertanya khabar
tapi ia terjadi perbualan
antara tawa dan hening
berbaring beratapkan langit
membisikkan kepada bulan
yang kini berada di balik awan

 
Oleh: Syah Inderapura
sajak sinis/28 Mac 2012 3:53 PTG



30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI AKHIR MAC MENENTUKAN TEMPAT PETAMA HINGGA LAPAN

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra.Syah Inderapura layak ke pusingan akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: DEK KAPAL Tema sinis simbolik politik nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima cuma ungapannya perlu diperbaiki agar lebih mnyakinkan. Maksudnya semacam ada gerakan gelombang senyap anatara awan bulan dan bintang hendak menjatuhkan mentari.Apa pun kita lihat kemampuan mereka pada PRU13 nanti .Layak diberi kedudukan tempat ke dua daripada lapan orang peserta yang dicalunkan ke peringakat akhir.Tahniah!! (2)

    BalasPadam
  2. CERPEN 1 MALAYSIA SIRI 3 BERTAJUK: ESTATE OLEH NURIMANJA PERAK.
    _____________________________________________________________________

    “Hey! Moniandy apa lagi termenung? Buah kelapa sawit dan penuh dalam lori itu, jalanlah.” Moniandy terkejut daripada lamunannya. Dia segera bangun dan mengabuskan
    Ponggong seluarnya , beberapa pasir halus jatuh berguguran ke tanah.

    “Ya! Ya! Baik! Baik,” kata Moniandy kepada salah seorang pekerja yang telah memasukkan buah kelapa sawit di dalam lorinya. Begitulah keadaannya Moniandy sebelum lorinya penuh di isi buah kelapa sawit dia akan duduk menanti dibawah pokok kelapa sawit yang rungkup itu.

    Kekadang dia tolong juga membantu pekerja-pekerja yang menaikkan buah kelapa sawit itu ke dalam lorinya. Walaupun dia tahu itu bukan kerjanya. Tugasnya hanya seorang pemandu mengangkut buah kelapa sawit sahaja.

    Tetapi hari ini agak lain sadikit tidak seperti hari –hari yang lalu, Moniandy akan bergurau senda dengan pekerja-pekerja pengangkut kelapa sawit itu. Malah berapa orang kawan sekerjanya juga berasa hairan , melihat kelakuan Moniandy banyak bermenung lewat kebelakangan ini.

    Setelah enjin lori dihidupkan, barulah lori yang dipandu oleh Moniandy bergerak menuju kejalan besar yang menghala ke sebuah kilang tempat buah kelapa sawit di longgokkan sebelum diproses peleraian buah dari tangkai dijalankan.

    Satu petang sewaktu Moniandy pulang dari hauspital Parit Buntar, wajahnya begitu muram sekali. Hatinya begitu ketara sekali dipagut resah. kerana penyakit isterinya kian bertambah berat , makan nya tidakberselera, cakapnya pun sudah berkurangan. Senyumnya juga sudah tidak ada lagi untuk Moniandy.

    “Bagaimana dengan kakak?” Tiba-tiba muncul Luckmy dari belakangnya, bertanya hal kakaknya di rumah sakit hauspital Parit Buntar itu.

    “Bertambah berat Luckmy. Aku pun tidak tahu apa hendak kata.” Jawab Moniandy sayu bunyinya. Sesekali nampak dia mengeloh dan termenung panjang

    Cuti kerjanya terlalu banyak, wang di poketnya pun sudah banyak yang habis digunakan untuk membeli apa yang perlu untuk isterinya di rumah sakit. Belanja tambang keenderaan dia berulang alik setiap petang pergi dan balik. Semuanya cukup memeningkan kepalanya.

    Tambah pula hutang di kedai runcit Apek Liew kian meningkat. Makannya juga kadangkala tidak berselera, kerana memikirkan beban hutang yang menimbum, ditambah pula dengan masalah yang mencengkam.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. 25.Ungku Zubir berkata...
    MULAI MENGERTI (LSS)

    Aku tak mengerti apa-apa..
    Lemah dan sungguh tak ada impian
    Terkadang tak mengerti apa kuhendaki
    Dengan sejuta impian mereka,
    Ada kebahagian tersendiri disana...
    aku mulai menggunakan kakiku..
    berjalan dan berlari untuk mencari dan mengerti....

    Oleh: Ungku Zubir
    sajak kehidupan/10 April 2012 2:33 PTG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Ungku Zubir kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk MULAI MENGERTI Tema sajak kehidupan katanya .Pengucapannya bersahaja . Mesejnya bagaikan mencari satu pengertian untuk mengerti matlamat dalam kehiupan cuma andaian saja. Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  4. Qalam Musoffa berkata...

    26.KEKUSUTAN (LSS)

    Perjalanan yang harus aku ketahui,
    pengetahuan yang tak ada batasnya..
    Hari berlalu dengan cepatnya..
    membuatku kehilangan akal
    Tuhan nampak dekat sekali
    Aku bicara dalam hening doa
    Tentang sejuta kekusutan di hati
    bagi mencari jawaban setiap kekusutan..

    Oleh: Qalam Musoffa
    sajak dalam dilema/10 April 2012 2:35 PTG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Qalam Mutiara kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk KEKUSUTAN Tema sajak dalam dilemma katanya .Pengucapannya bersahaja . Mesejnya bagaikan mencari satu huraian pengertian untuk menyelesaikan kkusutan dalam kehidupan yang dialaminya pasrah kepada Allah swt.cuma andaian saja. Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  5. Ambuyak berkata...

    27.BESARNYA CINTA (TBD)

    Cinta itu adalah sebuah kehidupan
    mendengar, melihat, dan merasakan..
    Cinta itu adalah perasaan logika
    Adakesabaran ketulusan kepercayaan,
    Tak pernah menghitung kesalahan
    besarnya cinta saat akan kehilangan

    Oleh: Ambuyak
    sajak jiwa2/10 April 2012 2:38 PTG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Ambuyak kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk BERSARNYA CINTA Tema sajak jiwa2 katanya .Pengucapannya bersahaja . Mesejnya bagaikan ingin memberi tafiran atau erti pengertian besarnya sebuah cinta dalam kehdupan cuma andaian saja. Harap maaf kerana ada persaingan hebat anda terpaksa berhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  6. Saudagar Emas berkata...

    28.PERHUBUNGAN KITA (TBD)

    Tak cukup puas dengan hanya merasakan pasir pantai
    Kau harus mampu mendengar ombaknya merasakan hangat senja..
    Melihat burung laut bersautan,
    Mentafsirkan buih putih di pantai..
    Ada yang sulit namun apa harus akulakukan
    Untuk menjadikan ada keikhlasan perhubungan kita..

    Oleh: Saudagar Emas
    sajak perpisahan/10 April 2012 2:46 PTG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Saudagar Emas kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk PERHUBUNGAN KITA Tema sajak perpisahan jiwa2 juga nampaknya .Pengucapannya bersimbolik punya arti tersendiri Mesejnya ingin memberi tapfiran setiap perpisahan itu bukannya tiada ada keikhlasan atau sudah ditakdirkan,cuma andaian saja. Harap maaf kerana ada persaingan hebat anda terpaksa berhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  7. JIWA KASIH SAYANG

    saat jiwa ini telah terlelah
    oleh dekapan sang malam
    di kala raga ini sendu
    oleh kenangan dari rindu terbuang
    disaat itu jua embun menghilang
    rantai dari perjuangan
    telah dibuat oleh keinginan
    rasa yang terpancar memeluk
    kisah yang hadir dengankasih sayang

    Pak Hussin
    sajak simbolik

    BalasPadam
  8. TUMBUH BARU

    rantai perjuangan telah dibuat
    keinginan sebagai kisah tersimpan
    embun telah menangis
    senja akan hadir mengganti siang malam akan menjelang lelah
    tertidur di balik tembok kesepian
    satu waktu telah berganti
    bukan menghilang ataupun tiada
    tapi tumbuh jadi sesuatu yang baru

    pendekar Waja
    sajak kehidupan

    BalasPadam
  9. MENYEMAI INDAH

    satu saat nanti hadirkan kisah baru
    menorehkan jawaban lama
    melupakan kenangan yang pahit
    tiada perlu mengerti semua
    kita harus percaya hari
    walau titisan awan yang gugur menyemai indah tenang di kala malam

    Pak Hussin
    sajak tentang ketenangan

    BalasPadam
  10. ABDIKAN

    Selalu kuabadikan cinta ini
    membalutkan sepi yang kera
    menyapu hati mematri kasih
    hanya hingga diujung waktu
    terjemput menghadang langkah
    namun perjalanan ini panjang
    untuk kita tempuhi

    Panglima Ketot
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  11. 29.JIWA KASIH SAYANG (TBD)

    saat jiwa ini telah terlelah
    oleh dakapan sang malam
    di kala raga ini sendu dan sayu
    dicuit kenangan dari rindu terbuang
    disaat itu jua embun jatuh menghilang
    dari rantai perjuangan
    telah dibuat oleh keinginan
    rasa yang terpancar memeluk
    kisah yang hadir dengan kasih sayang

    Oleh: Ustaz Zamree
    sajak simbolik.13 April 2012 10:52 PTG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Ustaz Zamree kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk JIWA KASIH SAYANG Tema sajak bersimbolik nampaknya .Pengucapan simboliknya sadikit mengelirukan perlu diperbaiki lagi.Mesejnya ingin memberi tapfiran kasih sayang dalam kehidupan agaknya. saja. Harap maaf kerana ada persaingan hebat anda terpaksa berhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  12. 30.TUMBUH YANG BARU (LSS)

    Rantai perjuangan telah dibuat
    keinginan sebagai kisah tersimpan
    seumpama embun telah lama menangis
    menanti senja yang akan hadir
    untuk mengganti tempat siang
    lalu malam pun akan menjelang
    lelah tertidur di balik tembok kesepian
    kini satu waktu telah berganti
    bukan menghilang atau pun tiada
    tapi tumbuh jadi sesuatu yang baru

    Oleh: Pendekar Waja
    sajak kehidupan/13 April 2012 10:55 PTG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Pendekar Waja kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk TUMBUH YANG BARU Tema sajak kehidupan katanya .Pengucapannya agak sadikit mengeliru untuk menyakinkan pembaca. . Mesejnya bagaikan mengharapkan satu berubahan yang baru untuk menyelesaikan kekusutan dalam kehidupannya ini. Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  13. 31.MENYEMAI INDAH (LSS)

    satu saat dan ketika nanti
    akan hadir suatu kisah baru
    bagi menjawab jawaban lama
    untuk melupakan kenangan yang pahit
    tiada perlu bagi mengerti semua itu
    kerana kita harus percaya kehadiran
    bersama titisan embun yang gugur
    menyemai indah yang tenang di kala malam

    Oleh: Pak Hussin
    sajak tentang ketenangan/13 April 2012 11:02 PTG


    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Pak Hussin kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk MENYEMAI INDAH Tema sajak mencari ketenangan nampaknya .Pengucapannya bersahaja punya arti tersendiri. Mesejnya bagaikan mengharapkan satu yang indah dan tenang dalam kehidupan yang dialaminya dalam usia meniti senja ini pasrah kepada Allah swt.cuma andaian saja. Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  14. 32.ABDIKAN (TBD)

    Selalu kuabadikan cinta ini
    membalutkan sepi yang ketara
    menyapu hati mematri kasih
    hanya hingga diujung waktu
    terjemput menghadang langkah
    namun perjalanan ini masih panjang
    untuk bersama kita tempuhi liku hidup ini …..

    Oleh: Panglima Ketot
    sajak jiwa2/13 April 2012 11:05 PTG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Panglima Ketot kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk ABADIKAN CINTA KITA. Tema sajak jiwa2 juga nampaknya .Pengucapannya terlalu biasa . Mesejnya ingin mengambarkan rasa keikhlasan cinta itu perlu diabadikan antara satu sama lain.. Harap maaf kerana ada persaingan hebat anda terpaksa berhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  15. SEKADAR CERITA

    Sebahagian waktuku benar menghilang
    tapi aku mencoba untuk tenang..
    sampai suatu saat dia datang..
    bukan sebagai bintang
    menyentuh dengan begitu terang
    juga bukan bulan sangat benderang…
    dia hanya menyapa tapi
    itu terlihat tak biasa.
    tapi mungkin belum ku coba.
    Aku bukan berjalan tanpa mata.
    Aku melihatnya bukan sekedar cerita

    Tinta Bayu
    sajak simbolik

    BalasPadam
  16. SEPERTI DULU

    Dia nyata kini dia tiada..
    memang benar tapi aku merasa
    dia ada walau pun tiada.
    Andai dia kembali aku ingin
    Seperti daun jatuh di taman
    mencuba tenang walau melelahkan
    Tapi seandainya dia tak kembali?
    Mungkin aku akan seperti dulu

    Tuan Haji
    sajak kesedihan

    BalasPadam
  17. PIKUL

    Mungkin aku akan seperti sesuatu
    Tersenyumlah mungkin itu diucapkan.
    Tapi tidak bisa hilang sesaat
    senyuman adalah kenangan.
    bagaimana aku terbiasa
    atas waktu yang begitu singkat..
    merubah perjalanan berat.
    Aku tahu di dalam hati ini
    menjadi pekat berat untuk dipikul

    Lagenda Pulau
    sajak tentang pergorbanan

    BalasPadam
  18. MENCARI CINTA

    mungkinku memang tak sempurnadimata
    tak bisa aku menjadi sempurna….
    mungkin aku juga bukan terindah untuk berdiri disampingmu…
    tapi kumohon agar
    kau tahu maksud hatiku…
    menjadi terbaik untuk teman hidup
    hati ini sudah sangat lelah,
    bahkan letih hingga ke hujung diri
    dalam pengembaraan mencari cinta

    Man Pendek
    sajak kekecewaan

    BalasPadam
  19. itu wa pnya nama pun ala masuk jgk lor... hahaha telima kasih itu en nuli

    BalasPadam
  20. kenapa dgn muniandy ni

    BalasPadam
  21. kakak muanidy kenapa

    BalasPadam
  22. eh cerita psl hantu ke muanidy ni

    BalasPadam
  23. mcm mana la nasib muniandy ni

    BalasPadam
  24. dia mati ke akhir sekali nnt

    BalasPadam
  25. cerita baru ke rasa mcm xpnh baca lgi

    BalasPadam
  26. mcm mana la kesudahan nasib muanidy ni

    BalasPadam
  27. anak dia kakak dia yg jaga ke

    BalasPadam
  28. muniady ni yg mati minum arak yg dia msuk islam nama mahmood ke???

    BalasPadam
  29. eh! panjang lagi ke cerpen muniandy

    BalasPadam
  30. eh! apek liew pun ada sekali dlm cerpen ni

    BalasPadam