Rabu, 4 April 2012

BUAT MEREKA YANG NGONG-NGONG






Ternyata telahan ini benar
Apa yang kita dengar  lihat dan baca Demi ada angenda tersembunyi
 Sehingga tidak perduli apa sahaja terjadi, Walaupun tergadai meruah jati diri
agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Kerjasama dengan dua puak Yahudi
Mungkin hanya cerita biasa di luar
Negara Bagi mengulingkan sesebuah Negara Apa akan terjadi jika perkara benar belaku?
Yng rugi dan menderita hanya rakyat biasa.


Harap jangan kita jadi Ngong-Ngong!
Fikir dahulu sebelum ikut membabi buta Jika harta di negara tercinta  telah musnah
Pastinya tidak ada arti pertukaran yang dijanjikan Melaikan kubur digali untuk kita  dikebumikan.


Oleh: Nuriamnja
  Catatan ibuat ; Tanggal 18/03/2012
  Selepas membaca akhbar dan melihat Berita Tv.





30 ulasan:

  1. CERPEN YANG KE 10 SIRI 1

    CERPEN SATU MALAYSIA SIRI 1 BERTAJUK: ESTATE OLEH NURIMANJA PERAK.
    _____________________________________________________________________

    BERAPAKAH sangat bayaran mengambil upah memotong getah di kebun Ahh Teek itu, kalaulah tidak disebabkan ibunya yang telah tua dan selalu sakit-sakit itu, memang sudah lama dia merambus pergi meninggalkan kawasan jahanam ini.

    Setelah kematian ibunya Moniandy tiada lagi tempat pergantungan untuk dia hendak mengadu, kini dia hidup sendiri mengikut untung nasibnya. Moniandy memang sudah lama berniat hendak meninggalkan tempat celaka yang sering saja mencekek kehidupan mereka dua beranak ini.

    Kini dia merantau di sebuah estate yang tidak jauh dari tempat tinggalnya, Dia bekerja sebagai seorang pemandu lori kelapa sawit dan buah koko. Moniandy masih ingat lagi sewaktu dia menjejakkan kakinya di estate ini. Ramasamy orang pertama dikenalinya.

    Sebenarnya Ramasamy jugalah yang telah menolongnya untuk mendapatkan kerja di estate ini, Dia juga salah seorang mandor memetek buah koko di estate ini. Kerana bila Moniandy berulang dari rumahnya ke estate ini selalu saja terlewat pendaftaran nama masuk kerja, Ramasamy menjemput Moniandy tinggal bersamanya.

    Malah Ramasamy menjadikan Moniandy sebagai anak angkatnya, Dan akhirnya sehinggalah Moniandy telah menjadi menantunya sendiri. Inilah budi baik Ramasamy bapak mertuanya yang selalu di kenang oleh Moniandy sejak akhir-akhir ini.

    Malang tidak berbau, Selepas lapan bulan perkhawinan Moniandy dengan anaknya Mona berlalu , Ramasamy menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan Moniandy dan disisi anaknya Mona dan Luckmy.

    Kini Ramasamy telah pergi mengikut isterinya yang telah sepuluh tahun bersemadi di tanah perkuburan orang India beragama hindu di hujung estate itu. Kini tinggallah Mona bersama adiknya bernama Luckmy yang masih mentah berusia belasan tahun itu.

    “Moniandy! Jika aku tiada lagi, kau jagalah Mona dan adiknya Luckmy dengan baik-baik. Aku sangat berharap pada kau seorang sahaja Moniandy. Mona selalu saja sakit, dan Luckmy pula tidak begitu matang fikirannya.” Kata bapak mertuanya.

    Kata-kata itulah masih kental bersemadi disudut hati Monindy hingga kini. Malah lewat kebelakangan ini, kata-kata itu sering saja bermain di cuping telinganya. Terasa baru semalam. Moniandy memicit-micit kening di kepalanya.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. Sajak Ini Qalam tak mahu Ulas
    Buat mereka yang Ngong-Nong. Dia kata hang ulas sajalah .....

    Gua rasa ini cerita sinis isu semasa
    agaknya. Ada banyak ngara hanur
    kerana makan budi dengan itu dua puak orang Yahudi.

    Lu orang boleh tengok luar negara, Banyak negara Islam hanur, krana ada dalang dalam negara sendii buka pintu kasi musuh luar masuk...

    Sama seperti Malaka dulu jatuh. Pertugas hentam pi . ada orang buka pintu kota melaka Panglima kentul punya kerja.

    BalasPadam
  3. Hadi Hamzah berkata...

    6.TERPANAH (TBD)-P

    aku terpanah merana
    terbujur tubuh ini dalam raga
    sisa tanpa sayap melekat
    aku seharusnya melepaskan
    sebelum nyawaku habis
    kurang udara akan bertahan
    duduk di pinggiran sambil mendengar
    cerita namun payah untuk
    dapat bertahan lebih lama
    tidak ada airmata sesal

    Oleh: Hadi Hamzah
    sajak simbolik/5 April 2012 11:37 PG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Hadi Hamzah dengan sajaknya yang bertajuk: TERPANAH Tema simbolik menyentuh jiwa2 rasanya. Pengucapannya menarik tetapi penutup terasa sadikit lompat menzahirkan cerita. Mesejnya kisah jiwa2 orang muda punya biasa ternyata rasa bagai nak gila bagi yang kecewa tetapi bagi yang berjaya pasti semuanya indah sahaja baginya. Harap maaf terpaksa berhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  4. Raju Linggam berkata...

    7.ANGIN MARAH (LSS)

    Angin marah menyerang bumi.
    dua ekor singa muncul manghancurkan
    Berkali aku mencari manakah ia
    Apakah tuhan adalah seniman ajaib
    hanya peduli dengan hal besar
    Seribu jari menudingku
    tapi aku Takkan kembali.
    Saat amarah bangkit memberi harapan
    sebagai laut yang menjadi beku
    Terkaca kesunyian berdarah
    terluka karena masa laluku yang parah

    Oleh: Raju Linggam
    buat sajak sy tp sy pnya kawan juga yang buat ini sajak dia orang melayu/5 April 2012 11:40 PG
    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.


    Sdra. Raju Linggam dengan sajaknya yang bertajuk: ANGIN MARAH Tema sajak tidak dinyatakan.. Pengucapannya bersimbolik tetapi perlu diperbaiki lagi agar lebih menyakinkan. Mesejnya menyentuh tentang rasa marah dan kecewa , munkin soal peribadi masa lalu demi untuk mencari kebenaran dalam kehidupan.Cuma andaian saja Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  5. Megat Iskandar berkata...

    8.BUKAN KERANA ANGIN (LSS)

    ketika waktu berharga telah terbuang
    lama menanti diri di hujung hari
    senja menyulam kenangan terpendam
    keresahan manghampiri jiwa yang sepi
    lelahnya hati megenggam perasaan
    terasa riak berlalu menyapu rindu
    setitis embun bagaikan beku disitu
    bukan kerana angin yang berlalu…

    Oleh: Megat Iskandar
    sajak sindiran kepada sesuatu/5 April 2012 11:44 PG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Megat Iskandar pendatang baru dengan sajaknya yang bertajuk: BUKAN KERANA ANGIN Tema sajak sendiran menyentuh jiwa2. Pengucapannya bersahaja tapi sadikit meragukan pada ungapan akhirnya.. Mesejnya sinis tentang orang muda punya biasa Mungkin ada yang indah dan ada yang kecewa duka nastapa jadinya Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  6. Jupri Helmi berkata...

    5..MALAM TIDURKU (TBD)

    Malam tadi kau ganggu aku
    Dengan hadir dalam mimpi
    Bagaimana bisa melupakanmu
    Lama sudah masa nan berlalu
    Namun kini kau tetap hadir dalam tidurku
    Mengingat aku pada senyum manismu
    Menjadikan aku merindui wajah ayumu
    Adakah kau cuma hadir dalam malam tidurku?

    Oleh: Jupri Helmi Rindu
    sajak terkenang/5 April 2012 11:34 PG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Jupri Helmi Rindu dengan sajaknya yang bertajuk: MALAM TIDURKU Tema sajak terkenang menyentuh jiwa2 rasanya. Pengucapannya terlalu biasa dan bersahaja. Mesejnya kisah jiwa2 tentang orang muda punya biasa bila hatinya dilamun cinta semuanya idah saja. Tapi bila cinta belum berbalas. sehingga menganggu tidur malam nampaknya.. Harap maaf terpaksa berhenti di sini . harap berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  7. KU SANDAR JASAD INI

    kembali kusandarkan jasad ini
    dibangku kusam berbintik lumut tepat ditepian jembatan tua…
    selempang jingga yang mencoba menyepuh warna lembayung…
    awan putih menebal dan melayang
    kuhela nafas sebanyak paru-paru
    tertunduk lesu terbaca dipantulan
    redup suria rona wajahku lusuh’
    kutepis teriakan camar melintas,
    aku merasa bukan waktu sejengkal,
    kutakut tuk melangkah sendiri

    Pak Bostamam
    sajak kehidupan

    BalasPadam
  8. JERITAN HATI HAMPA

    kini hariku tiada lagi berseri bersama sang bintang juga rembulan
    dulu selalu memberiku cahaya ceria
    kini biasnya pudar entah kemana…
    sedang kunang terus merajuk
    sejenak kucoba sapa dan mengetuk
    namun yang kembali hanyalah
    pandangan menjangkau jauh…
    jika masih ada kesempatan
    berikanlah aku waktu
    sampaikan salam pada angin
    dengarkanlah jeritan hati hampa ini

    Tok Mahat
    sajak simbolik

    BalasPadam
  9. RETAK HANCUR

    hati ini bukan retak tapi hancur
    tak kembali utuh membuat
    tubuhku semakin kering
    bunga dijambangan tak lagi mekar layu bagai tak tersiram kasih
    air mata berguguran
    tak juga mengartikan cinta,
    seharusnya ku berduka seperti ini
    jika asmara dan rasa menyatu
    namun dua hati terpisah jauh
    masihkah ada jalan untuk kembali

    Malik Wariya
    sajak terkenang

    BalasPadam
  10. BUNGA

    Kemarau detik berlanjutan
    mengalir dalam pusaran arus
    sejenak enggan terhenti
    mengganti kata oleh pandangan mata.
    Separuh bunga pudar sebelumwaktunya
    Musim kemarau menuju setengah akhir
    hujan yang datang liar dan aneh
    mengugurkan bunga ke tanah berserak
    sejenak menebar bau harum

    Asyar Mujid
    sajak simbolik kehidupan

    BalasPadam
  11. @Pak Bostamam berkata...

    9.KU SANDAR JASAD INI (LSS)

    kembali kusandarkan jasad ini
    dibangku kusam berbintik lumut
    tepat ditepian jembatan tua…
    selempang jingga yang mencoba
    menyepuh warna lembayung…
    awan putih menebal dan melayang
    kuhela nafas sebanyak mungkin
    tertunduk lesu terbaca dipantulan
    redup suria rona wajahku lusuh’
    kutepis teriakan camar melintas,
    aku merasa bukan waktu sejengkal,
    kutakut untuk melangkah sendiri

    Oleh: Pak Bostamam
    sajak kehidupan/6 April 2012 4:30 PTG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Pak Bostaman kembali dengan sajaknya yang bertajuk: KU SANDAR JASAD INI Tema sajak kehidupan katanya. Pengucapannya bersahaja tapi punya artinya tersendiri... Mesejnya mungkin mengenang tentang kisah kehidupan yang kian mencabar dalam usia meniti senja ini . Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  12. @Tok Mahat berkata...

    10.JERITAN HATI HAMPA (LSS)

    kini hariku tiada lagi berseri
    bersama sang bintang juga rembulan
    dulu selalu memberiku cahaya ceria
    kini biasnya pudar entah kemana…
    sedang kunang terus merajuk
    sejenak kucoba sapa dan mengetuk
    namun yang kembali hanyalah
    pandangan menjangkau jauh…
    jika masih ada kesempatan
    berikanlah aku waktu
    sampaikan salam pada angin
    dengarkanlah jeritan hati hampa ini

    Oleh: Tok Mahat
    sajak simbolik/6 April 2012 4:34 PTG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Kini Tok Mahat muncul dengan sajaknya yang bertajuk: JERITAN HATI HAMPA Tema sajak bersimbolik berbau politik nampaknya.Pengucapannya bersahaja tapi punya artinya tersendiri. Mesejnya mungkin hati rasa kecewa dengan gelagat tokoh dua pemimpin yang kurang menyenangkan lewat kebelakangan ini semacam jauh tersasar dan menyimpang nawaitunya.. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  13. Malik Wariya berkata...

    11.RETAK HANCUR(TBD)-P

    hati ini bukan retak tapi hancur
    tak kembali utuh membuat
    tubuhku semakin kering
    bunga dijambangan tak lagi mekar
    layu bagai tak tersiram kasih
    air mata berguguran
    tak juga mengartikan cinta,
    seharusnya ku berduka seperti ini
    jika asmara dan rasa menyatu
    namun dua hati terpisah jauh
    masihkah ada jalan untuk kembali

    Oleh; Malik Wariya
    sajak terkenang/6 April 2012 4:37 PTG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Malik Wariya kembali dengan sajaknya yang bertajuk: RETAK HANCUR Tema sajak terkenang menyentuh jiwa2 nampaknya. Pengucapannya bersahaja boleh diterima tetapi ada persaingan hebat. Mesejnya mengenang tentang orang muda punya biasa Mungkin ada sadikit perselisehan faham kini hati ingin rujuk kembali nampaknya. Harap maaf terpaksa berhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  14. Asyar Mujid berkata...

    12.BUNGA(TBD)

    Kemarau detik berlanjutan
    mengalir dalam pusaran arus
    tiada sejenak enggan terhenti
    mengganti kata oleh pandangan mata.
    Separuh bunga pudar sebelum waktunya
    Musim kemarau menuju setengah akhir
    hujan yang datang liar dan aneh
    mengugurkan bunga ke tanah berserak
    sejenak menebar bau harum

    Asyar Mujid
    sajak simbolik kehidupan/6 April 2012 4:40 PTG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.


    Sdra. Ansyar Mujid kembali dengan sajaknya yang bertajuk BUNGA Tema sajak simbolik kehidupan menyentuh jiwa2 nampaknya. Pengucapannya menarik cuma penutup terasa sadikit meragukan. Mesejnya kisah jiwa2 orang muda punya biasa ternyata rasa resah yang mengoda dalam kehidupan ini bila tidak berteman dan seorang diri. Ada pesaingan hebat. Harap maaf terpaksa berhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  15. CAHAYA LAIN

    walau belum ku bertanya
    mereka yang dapat jawabnya…
    sedangkan aku masih sibuk menganalisis apa yang ditanya
    hati dan jiwaku sibuk
    memburai cinta hingga kini sepenggal sejarah beribu kenangan
    kuingati bahawa tak perlu
    menunjuk bintang atau cahaya lain

    En Sanusi
    sajak simbolik

    BalasPadam
  16. BANGUN KEMBALI

    diatas segalanya kubangun kembali
    karena cinta ini kupertaruhkan…
    melangkah menapak takdir
    yang sudah digariskan
    sambil bertanya bila akan sudah

    Ustaz Majusi
    sajak terkenang

    BalasPadam
  17. TELUS

    hilang ditelan tanah bunga guguran
    menyambut jejak pulang
    membawa kehormatan diri
    yang terkhianati dalam segala
    apa yang gugur terselerak
    kemudian membusuk tertinggal makna?
    tidak ada makna jika tidak melintas
    seperti membawa perbuatan
    tergerak dalam perubahan
    tetapi manusia harus tetap telus

    Jalil Janggut
    sajak peringatan

    BalasPadam
  18. JASAD MATI

    terpaku sendiri menatap sepi,
    galau singgah di hati ini,
    layangkan angan beribu pertanyaan
    tapi tiada jawaban
    Inikah pejuangan yang sebenar
    tunas yang bersemi dilubuk hati
    telah ku cantas hingga ke akarnya
    kerana selama inikubagai jasad mati

    Syed Faizal
    sajak politik bantuan ayah mertua

    BalasPadam
  19. En Sanusi berkata...

    13.CAHAYA LAIN (TBD)

    walau belum ku bertanya
    mereka yang dapat jawabnya…
    sedangkan aku masih sibuk
    menganalisis apa yang ditanya
    hati dan jiwaku sibuk
    memburai cinta hingga kini
    sepenggal sejarah beribu kenangan
    kuingati bahawa tak perlu
    menunjuk bintang atau cahaya lain

    Oleh: En Sanusi
    sajak simbolik/7 April 2012 10:42 PG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.


    Sdra. En Sanusi kembali dengan sajaknya yang bertajuk CAHAYA LAIN Tema sajak simbolik kehidupan nampaknya. Pengucapannya menarik cuma penceritaannya sadikit meragukan. Mesejnya semacam dibelenggu kesibukan membuatkan banyak hala sekeliling ada yang terlepas pandang nampaknya.cua andaian saja. Kerana ada pesaingan hebat. Harap maaf terpaksa berhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  20. Ustaz Majusi berkata...

    14.BANGUN KEMBALI (TBD)

    diatas segalanya kubangun kembali
    karena cinta ini kupertaruhkan…
    melangkah menapak takdir
    yang sudah digariskan
    sambil bertanya bila akan berakhir.

    Oleh: Ustaz Majusi
    sajak terkenang/7 April 2012 10:46 PG
    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN.

    Sdra. Ustaz Majusi muncul dengan sajaknya yang bertajuk: BANGUN KEMBALI Tema sajak terkenang nampaknya. Pengucapannya bersahaja tapi punya artinya tersendiri. Mesejnya mungkin rasa kecewa dahulu, kini ingin bangun kembali , menilai arti taqdir namun bilakah akan berakhir cabaran ini? Harap maaf kerana ada persaingan hebat terpaksa berhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  21. Jalil Janggut berkata...

    15.TELUS (LSS)

    hilang ditelan tanah bunga guguran
    menyambut jejak pulang
    membawa kehormatan diri
    yang terkhianati dalam segala
    apa yang gugur terselerak
    kemudian membusuk tertinggal makna?
    tidak ada makna jika tidak melintas
    seperti membawa perbuatan
    tergerak dalam perubahan
    tetapi manusia harus tetap telus

    Oleh: Jalil Janggut
    sajak peringatan/7 April 2012 10:50 PG
    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN. (PTA*) Politik Tanah Air


    Sdra. Jalil Janggut kembali dengan sajaknya yang bertajuk TELUS Tema sajak peringatan. Buat pihak tertentu namapaknya. Pengucapannya menarik cuma penutup terasa sadikit meragukan. Mesejnya semacam rasa resah dengan keadaan PTA* bagi menilai ketelusan yang sebenaran, agar jangan bermain kotor oleh pihak tertentu. . Cuma sebagai peringatan nampaknya. Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  22. Syed Faizal berkata...

    16.JASAD MATI (LSS)

    terpaku sendiri menatap sepi,
    galau singgah di hati ini,
    bermain beribu pertanyaan
    tapi gagal tiada jawaban
    Inikah pejuangan yang sebenar?
    tunas yang bersemi dilubuk hati
    telah ku cantas hingga ke akar umbinya
    kerana selama ini kurasakan bagai jasad mati.

    Oleh: Syed Faizal
    sajak politik bantuan ayah mertua/7 April 2012 10:55 PG

    SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

    PUSINGAN KELAYAKAN. (PTA*) Politik Tanah Air


    Sdra. Syed Faizal kembali dengan sajaknya Pak mertuanya yang bertajuk JASAD MATI Tema sajak berbau politik Pengucapannya menarik cuma penutup terasa sadikit meragukan. Mesejnya semacam rasa kecewa dengan sebuah parti PTA* yang begitu banyak kerenah menjadikan pengikutnya tawar hati hilang matlamat sama seperti jasad yang mati.Cuma andaian saja. Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  23. cerita estet ni sambungan yg mahmood mati yang dia tinggal anak dia fatimah tu ke?

    BalasPadam
  24. aik! cerita masyarakat india plak ke

    BalasPadam
  25. cerpen sedih ke india ni

    BalasPadam
  26. mcm filem estet mamat khalid plak cerpen en nuri ni

    BalasPadam
  27. apa cerita psl cerpen ni cerita sedih ke jiwa2

    BalasPadam
  28. cerpen jalil dh hbis ke

    BalasPadam
  29. Gua dah baca cerpen Estate ini. kerana dia ada ceri-ceri satu malaysia , Gua terbitlah.

    BalasPadam
  30. Oh Ya ! Lupa
    Cerpen mencari ketenangan dah SELESAI.


    Siri baru Estate pula. Ini cerita keluarga orang India i sebuah Estate
    di bagan Serai, Perak sadikit masa dahulu. Kata En nuri....

    BalasPadam