Ahad, 22 April 2012

ALUNAN KISAHKU (7)


 
sayembara puisi Mac tempat ke tujuh

alunan kisahku mengalir deras,
memaksa perih tak bertepi..
syahduku seperti dulu
mulai tak terdengar
entah terbawa arus kenistaan
mungkin mati terkikis pasir menderu
titik embun mulai mengering
tidak lagi untuk dipuja..
apakah aku tidak lagi seperti itu?
begitu aku kaku dan rapuh,
terbias bayang malam berputar pagi,
terperangkap dalam terhanyut
seperti sampan tak bertuan

 
Oleh: Mentari Senja
sajak simbolik kehidupan/28 Mac 2012 3:47 PTG



30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI AKHIR MAC MENENTUKAN TEMPAT PETAMA HINGGA LAPAN

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra.Mentari Senja layak juga ke pusingan akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: ALUNAN KASIHKU Tema simbolik kehidupan nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima cuma ungapannya perlu diperbaiki sadikit Maksudnya mengambarkan soal peribari atau diri sendiri dengan asam garam kehidupan .Layak diberi kedudukan tempat ke tujuh daripada lapan orang peserta yang dicalunkan ke peringakat akhir.Tahniah!! (7)

    BalasPadam
  2. CERPEN 1 MALAYSIA SIRI 7 BERTAJUK: ESTATE OLEH NURIMANJA PERAK.

    Sewaktu Moniandy pulang dari kerja dia menjadi panik. Bila orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam hutan koko. Bila Monindy cuba menghampirinya, ada seorang rakan berkata; “Luckmy minum racun serangga!”


    Monindy segera menerkam di tempat kejadian itu, ternyata di dapati Luckmy tertiarap di atas tanah di bawah pangkal pokok koko, di tangannya terdapat sebiji botol racun serangga yang telah kosong, mulutnya berbuih, muka dan tangannya menjadi biru dan kaku.
    Luckmy diangkat oleh Monindy bersama orang ramai segera untuk dikejarkan ke hauspital atau ke kelinik di estate itu. Tetapi ternyata Luckmy sudah tidak bernyawa lagi.


    Apabila telah dibuat pemedahan ,di hauspital, doktor mengesahkan benar Luckmy minum racun serangga untuk membunuh diri.

    Esok di surat khabar harian, keluar tajuk besar, SEORANG GAGIS INDIA MINUM RACUN SERANGGA, MENGANDUNG DUA BULAN. Berita itu kian menular ke seluruh estate, dan perkampung melayu yang berdekatan, juga menjadi bualan di kedai kopi dan kedai runcit Apek Liew di estate itu.

    Selang sebulan pada pagi ahad kelihata pekerja-pekerja estate berkumpul ramai, riyuh rendah bunyinya. Ada yang bawa parang dan cangkul seperti ingin mencari saseorang. Tetapi Monindy tidak nampak batang hidung, dia masih berkurung di dalam rumahnya.

    Beberrapa orang kawan-kawannya datang berdiri di hadapan rumah kongsi pekerja estate itu. Monindy Pelahan-lahan bangun memerhati keadaan, kemudian bertambah ramai pula yang datang berkumpul betul-betul di hadapan rumahnya.

    Dua orang daripadanya datang mengetuk pintu rumahnya sambil memanggil dengan Monindy dengan suara kuat, “Monindy! Moniandy! Buka pintu ini, Raju sudah lari dari estate ini, Mari kita pergi cari dia. Kurang ajar, dulu adik ipar lu dia kasi bunting, sekarang saya punya adik pula dia mahu kacau…” kata Mutu dengan geram.

    Kemudian muncul pula kepala Dollah mandor pemetek koko. Sambil bercekak pinggang.
    “Panggil Monindy ikut sama kita cari Raju sampai dapat.!!”

    “Ayuh! Mari, celaka itu Raju, kalau dia kacau Maria aku bunuh!” bentak pula Ramlee. Seorang pekerja di estate itu, Geram nampaknya: mungkin Maria tunangannya.

    Terdengar perbualan itu, barulah Monindy muncul di muka pintu, dan segera mengambil kayu pengandar mengangkut air dan turun dari rumahnya, bersama turut serta dalam orang ramai itu. Mereka mencari Raju hingga ke petang, tetapi hampa, Raju lebih dahulu menghilangkan diri lari dari estate itu.


    BERSAMBUNG.ESOK

    BalasPadam
  3. Pak Bostamam berkata...

    69.HARI BERIKUTNYA (TBD)

    Bila usiaku tidak tiba hingga esok
    Kuberharap masih ada
    kehidupan hari berikutnya
    Masa dimana aku memulai kembali
    menyata kembali hidup dari awal
    Tidak akan pernah kusakiti semua
    Aku ingin orang senang denganku
    aku ingin menjaga keyakinanku pada Tuhanku
    jikalau aku masih diberi kesempatan hidup
    pada harihari yang berikutnya

    Oleh: Pak Bostamam
    sajak sedih/23 April 2012 1:41 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Pak Bostamam kini kembali semula kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: HARI BERIKUTNYA Tema sajak kesedihan nampaknya.Pengucapannya bersahaja dan punya artinya tersendiri. Mesejnya terasa semacam sedih mengenang hari-hari yang dilalui dan akan datang memohon agar dalam kebaikan sehingga akhir hayatnya.. Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini.anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  4. Lukiee berkata...

    70.GOD CREATION (LSS)

    Pour the love item
    To the life rhythm
    Make a perfect platform
    To this world and its system
    Paint this black space
    With the colorful faces
    Keep many swimmers breathe
    In the ocean named life
    I don’t know how to
    Praise God’s creation anymore
    Because I never found
    The creation who is better than god

    by: Lukiee
    sajak tentang memuji keindahan alam/23 April 2012 1:43 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Sdra Lukiee kini kembali semula kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: ALLAH PENCIPTA Tema saja memuji keindahan alam iptaan tuhan . Pengucapan dalam bahasa Inggeris dan punya artinyatersendiri. Mesejnya semacam mengambarkan Allah swt pencipta yang tidak ada tolok bandingnya di alam maya ini justeru itu sewajarnyalah DIA kita sujud dan sembah tiada yang lain melainkan Allah swt... Apa pun syarat Sayemabara puisi blog Cr ini mesti dalam Bahasa Malaysia! Harap maklum! Kali ini diberi peluang! Anda terpilih untuk sayembara puisi seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  5. Capricorn berkata...

    71.BANJIR BESAR (TBD)

    banjir besar pada awalnya
    adalah keheningan sunyi Tenang
    Bayangan di bawah sinar rembulan
    Angin malam bertiup sepoi-sepoi
    Menyibakkan rambut-rambut
    Dibangun diantara dua sungai besar
    Lebih tinggi melewati awan
    menyentuh langit lalu semua berubah

    Oleh: Capricorn
    sajak simbolik/23 April 2012 1:45 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR
    Sdra Capricorn kini kembali semula kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: BANJIE BESAR Tema sajak simbolik katanya. Pengucapan bersahaja dan punya artinya tersendiri tetapi sadikit mengelirukan. Mesejnya semacam mengambarkan pergerakan senyap dan tenang yang ingin melakukan perubahan seperti banjir besar.tetapi tidak ada petanda yang boleh kita menyakinkan keadaan. Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini.anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  6. Tuan Haji berkata...

    72.BAHASA BERBEZA (TBD)-P

    Menari dalam keangkuhan
    kesombongan bercadang
    dari puncak menara itu
    ia ingin memanah matahari
    tapi niatnya telah dikutuk
    kerana ingin merosakan segala
    juga bahasa sebuah bangsa
    memecahnya untuk terserak
    ke seluruh muka bumi ini
    pada awal adalah keheningan
    kini mereka merencana dan berbicara
    tapi dalam bahasa yang ukup berbeza-beza

    Oleh: Tuan Haji
    sajak sinis buat yang memahami/23 April 2012 1:49 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Tuan Haji kini kembali semula ke puingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: BAHASA BERBEZA Tema sajak cerita sinis nampaknya.Pengucapannya bersahaja cuma sadikit diberi pembetulan, namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya semacam menibai pihak merancang berbagai cara dalam permainan politik licik untuk mencari pengaruh sebagai kuda tonggangan dikalangan budak-budak di PTA PTS /yang pernah diserang dengan penyakit kecelaruan minda . Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini. terpaksa anda berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  7. Tuan Haji berkata...

    72.BAHASA BERBEZA (TBD)-P

    Menari dalam keangkuhan
    kesombongan bercadang
    dari puncak menara itu
    ia ingin memanah matahari
    tapi niatnya telah dikutuk
    kerana ingin merosakan segala
    juga bahasa sebuah bangsa
    memecahnya untuk terserak
    ke seluruh muka bumi ini
    pada awal adalah keheningan
    kini mereka merencana dan berbicara
    tapi dalam bahasa yang ukup berbeza-beza

    Oleh: Tuan Haji
    sajak sinis buat yang memahami/23 April 2012 1:49 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Tuan Haji kini kembali semula ke puingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: BAHASA BERBEZA Tema sajak cerita sinis nampaknya.Pengucapannya bersahaja cuma sadikit diberi pembetulan, namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya semacam menibai pihak merancang berbagai cara dalam permainan politik licik untuk mencari pengaruh sebagai kuda tonggangan dikalangan budak-budak di PTA PTS /yang pernah diserang dengan penyakit kecelaruan minda . Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini. terpaksa anda berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  8. KUM 2

    Hanya seorang sahaja terpilih (@)dan(P)penanti jika @ tarik diri

    1 Pak Bostamam
    2 Capricorn
    3 Lukiee@
    4.Tuan Hajip-P

    Bulan Mei jalau buat semacam ini ramai boleh masuk pilih seorang sahaja satu lagi penganti.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. TERCERMIN KATA-KATA

    hakikatnya perasaan jiwa diungkapkan
    dalam untaian kata dan menimbulkan
    berbagai kesan dan pesan.
    Karena perasaan halus
    sebagai bagian dari kodratku
    aku merasa lebih akrab dalam jiwa seperti tercermin dalam Kata-kata

    Mei Ling
    sajak sedih

    BalasPadam
  11. KASIH SAYANG

    Hadiah untuk semua kasih sayang
    Dari satu sumber kasih sejati
    Seperti mata air takkan berhenti
    Tuhan akan menjaga setiap hati
    Jalan kasih dan sayang menjadi
    rumah tempat kita pulang
    Kembali pada janji yang terpancang
    Masuk pada pintu terang dan lapang

    Bulan terang
    sajak kasih sayang

    BalasPadam
  12. TIADA TERBATAS

    senja diperantauan bumi
    bertabur cahaya dikeindahan alam
    bertepi diselak daun hutan rimba
    temaram malam menyingsing
    diakhir siang putaran mentari
    tak terhitungkan menunggu waktu takkan habis berharap hariku
    nanti tak terperangkap
    walau jauh tiada batas

    Nasruq Haqq
    sajak tentang kehidupan diri yang di penghujung senja

    BalasPadam
  13. KELAM HATIKU TERASA

    Titisan hujan membasahi kalbu
    Hati terbenam sepitanpa kehadiranmu
    Kelam terasa, saat kau jauh dariku
    Sunyipun terasa saat
    kau tak hiraukan aku
    Beginikah perasaanku?
    Kegalauan telah mengisi ruang hati
    Tak ada cahaya menyelimuti hati ini
    Hampa dalam meniti kehidupan
    gelap saat ku mencari tujuan
    Tak terarah dan membuatku bimbang

    Nurul Lisa Kim
    sajak tentang masalah rumah tangga kerana retak menanti belah

    BalasPadam
  14. Nurul Lisa Kim berkata...

    73.KELAM HATIKU TERASA (TBD)

    Titisan hujan membasahi kalbu
    Hati terbenam sepi tanpa kehadiranmu
    Kelam terasa, saat kau jauh dariku
    Sunyi pun terasa saat kau tak hiraukan aku
    Beginikah perasaanku?
    Kegalauan telah mengisi ruang hati
    Tak ada cahaya menyelimuti hati ini
    Hampa dalam meniti kehidupan
    gelap saat ku mencari tujuan
    Tak terarah dan membuatku bimbang


    Oleh: Nurul Lisa Kim
    sajak tentang masalah rumah tangga kerana retak menanti belah/24 April 2012 11:55 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Pn. Nurul Lisa Kim kini kembali semula kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: KELAM HATIKU TERASA Tema sajak masalah rumah tangga nampaknya.Pengucapannya bersahaja dan punya artinya tersendiri. Mesejnya terasa semacam sedih mengenang kisah yang dilalui dalam pergolakan rumah tangga yang sepatunya perlu sesama bertolak ansur, sebelum rumah tangga hancur.... Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini.anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  15. Mei Ling berkata...

    74.TERCERMIN KATA-KATA (TBD)

    Hakikatnya perasaan jiwa diungkapkan
    dalam untaian kata dan menimbulkan
    berbagai kesan dan pesan.
    Karena perasaan halus
    sebagai bagian dari kodratku
    aku merasa lebih akrab dalam jiwa
    seperti tercermin dalam Kata-kata

    Oleh: Mei Ling
    sajak sedih/24 April 2012 11:58 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Sdri Mei Ling kini kembali semula ke pusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: TERCERMIN KATA-KATA Tema sajak kesedihan nampaknya.Pengucapannya semacam bermadah pendek dan punya artinya tersendiri. Mesejnya terasa semacam sedih punya jiwa2 juga, Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini.anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

    BalasPadam
  16. Bulan terang berkata...

    75.KASIH SAYANG (TBD)-P

    Hadiah untuk semua kasih sayang
    Dari satu sumber kasih sejati
    Seperti mata air takkan berhenti
    Tuhan akan menjaga setiap hati
    Jalan kasih dan sayang menjadi
    rumah tangga tempat kita pulang
    Kembali pada janji yang terpancang
    Masuk pada pintu terang dan lapang

    Oleh: Bulan terang
    sajak kasih saying/24 April 2012 11:59 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Sdra Bulan Terang kini kembali semula kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: KSIH SAYANG Tema sajak kasih saying nampaknya.Pengucapannya bersahaja dan punya artinya tersendiri. Mesejnya mengambarkan kepada kita jika hidup ini pnuh dengan kasih saying kegembiraaan pasti menjelma sebagai pekerja yang tergesa pulang kerumahnya mendapat kasih ayang anak isterinya.Harap maaf kerana ada persaingan yang hebat dan seorang saja pilihan kali ini.anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)-P

    BalasPadam
  17. Nasruq Haqq berkata...

    76.BUMI TIADA TERBATAS (LSS)

    Di penghunjung senja ini
    aku masih diperantauan
    biarpun bumi tiada terbatas
    bertabur cahaya dikeindahan alam
    bertepi diselak daun hutan rimba
    bersama tebaram malam menyingsing
    dan diakhir siang putaran mentari
    tidak terhitungkan menilai waktu
    kini setelah usia di hujung senja
    dalam kembara dibumi Rabbi
    hatiku kini penuh pasrah
    agar hari-hari yang aku lalui ini
    semoga tidak terperangkap
    dalam kancah onar noda dan dosa
    walaupun aku jauh di perantauan
    di bumi yang asing tiada batasannya.


    Oleh: Nasruq Haqq
    sajak mngenang kehidupan diri yang di penghujung senja/24 April 2012 12:05 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

    PUSINGAN KE DUA SUKU AKHIR

    Sdra Nasruq Haqq kini kembali semula kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: DI BUMI TIADA TERBATAS Tema saja mengenang kehidupan diri nampaknya .. Pengucapannya ada sadikit pembetulan tapi punya artinya tersendiri. Mesejnya mengambarkan bumi tiada batasan ciptaan Allah swt sewajarnyalah manusia berhemburan mencari rezeki dengan mengambara sehingga usia ke hujung senja. Ada layak untuk sayembara puisi seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  18. KUM 3

    1 Nurul Lisa Kim
    2 Mei Ling
    3 Bulan Terang-P
    4.Nasruq Haqq@

    Kami tahu ada sajak yang sewaktu ditrbitkan telah berlaku lompatan dan bercelaru ungapannya tidak seperti yang diulis oleh penulis pada asalnya.

    Apa pun Kami akan memilih sajak yang punya artinya yang tersendiri dengan sadikit pembetulan. asalkan tidak lari dari isdan i maksudnya.

    Harap maklum Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  19. smpai mengandung luchmy???

    BalasPadam
  20. sapa bapa anak kandungan luchmy tu

    BalasPadam
  21. kenapa smpai bunuh diri

    BalasPadam
  22. sapa rogol luchmy plak

    BalasPadam
  23. org india mmg kalau ada masalah minum racub saja kerja bodoh pnya org mcm ni

    BalasPadam
  24. aik! bunuh diri trus luchmy tu?

    BalasPadam
  25. nasib baik dia bukan islam klu x mmg murtad la bunuh diri ni

    BalasPadam
  26. kenapa pendek akal smpai snggup bunuh diri tu?

    BalasPadam
  27. sapa yang bagi mengdung luchmy tu

    BalasPadam