Ahad, 4 Mac 2012

SAAT AKU MENULIS SAJAK (1)




Sayemabara puisi tempat pertama


Saat aku menulis sajak ini,
cuma sebuah sajak sederhana
waktu di ambang petang  nan suram
bertemankan burung-burung pulang
angin samar menebarkan wangi
lewat kucupan sang kupu-kupu
lihat riang bertandang sebentar
kemudian telah meninggalkan
bulu halusnya di putik madu
lalu jatuh menetes rasa manis
pada jejak yang membisu

Oleh: Teksi manaf
sajak simbolik/2 Mac 2012 4:38 PG
buat yang masih mahu bersubehat.



30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Teksi Manaf Kali ini berjaya melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: SAAT AKU MENULIS SAJAK Tema sembolik nampaknya .. Pengucapannya bersimbolik pada alam punya pengertiannya tersendiri. Maksudnya Si Penulis bisa mencatat apa yang dilihat sama ada baik atau buruk gelagat manusia dalam hidup ini. . Layak diberi tempat pertama buat sayembara puisi Februari 2012

    BalasPadam
  2. CERPEN BERTAJUK: PERGINYA BERSAMA IGAUAN OLEH: NURIMANJA BROWN GARDEN. GELUGUR, PULAU PINANG. 10/12/1983

    Siri ke 5

    Tuk Wan Durani membuka celepak rokok daunnya, membalut sebatang , meletakan di celah vivir, lalu menghidupkan api, Dia menyedut panjang, sesekali melepaskan asap rokok itu , dia terasa puas.

    “Limah!” Laung Tuk Wan Durani, sambil memandang ke muka Tuk Limah yang sedang membantunya meraut bilah-bilah buluh untuk dibuat bubu.

    “Jika aku tiada, kau gagahilah menyambung usaha aku ini, jangan kau harap sangat pada Tamin. Aku lihat dia sendiri sering keluh kesah mencari rezeki untuk menyara anak-anak dengan isteri barunya itu.” Begitu keluh Tuk Wan Durani bersempati.

    Memang kata-kata Tuk Wan Durani dialah itu bagaikan satu wasiat dan pesanan yang tidak mudah dilupainya sehingga akhir hayat. Nasihat itu juga merupakan satu petanda yang dia akan pergi tanpa kembali lagi.

    Sesiapa pun tidak menduga dan menyangka di atas pemergiannya itu amat mengharukan. Selepas saja solat Issak, dia membaca yasin , kemudian masuk tidur lebih awal dari biasa, Esoknya dia tidak bangun lagi seperti hari-hari yang pernah dilakukan, dia tidak sakit ataupun deman.

    Pemergian Tuk Wan Durani semacam tidak mahu melihat hasil kejayaan cucunya. Jika dia masih bernafas hari ini pastilah, dialah orang paling gembira di kampung ini. Kerana segala cita-citanya selama ini dikabulkan Tuhan.

    Mungkin dia akan bersujud syukur kehadrat Illahi karana berpuas hati dengan usaha dan cita-citanya untuk membekalkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan kepada kedua cucunya telah pun tercapai.

    Sanah cucunya yang pertama itu, brusia dua puluh tiga tahun . baru sahaja menamatkan kursusnya di salah sebuah di Maktan perguruan Tempatan . Dia bakal menjadi calun pendidik anak-anak bangsanya.

    BERSAMBUNG ESOK.

    BalasPadam
  3. MAAFKANKU DIAM MEMBATU

    dulu berbagi nafas
    sampai sekarang tetap begitu..
    sampai sekarang kita menyatu..
    ketika ini tak mahu..
    tiada yang seteduh laku pandangmu
    membuatku tahu ada mereka
    sekali lagi ku yakin itu doa tulus maafku hanya diam membatu

    Mona
    sajak sedih

    BalasPadam
  4. TAK PANTAS

    aku bukan seseorang yang pantas tidak seperti dulu
    aku hanya tangis bahagia..
    entah beberapa hari lalu..
    mungkin selama ini aku diam..
    karena percakapan merobek bahasa..
    tak kenal usia di atas semuanya..

    hajjah jamilah
    sajak agak terkilan dgn rakan sekeliling

    BalasPadam
  5. MILIKNYA

    masih ku ingat senyum kemarin
    kembang manis menghias
    saat itu masih kumiliki
    sekarang ia menjadi milikNya
    rintik hujan menari di atas nisan
    berlayar tak pikirkan berlabuh
    mengepak ke batas terakhir semesta

    Haji Khali
    terkenang arwah isteri pertama

    BalasPadam
  6. KOTORI MARUAH

    si penipu itu berbaring membusuk
    sambil sandang kotak sejuta mimpi
    selagi masih ada lubang
    ia akan telan saja hingga kenyang
    apakah kita dalam dunia fana
    mengangkang hingga ke pagi
    mungkin aku masih belum mengerti
    semangat bawah tanah telah dilupa
    jangan kotori maruah sendiri

    Syah Inderapura
    sajak buat sipolan yg byk main drama hrp qalam phmm

    BalasPadam
  7. 5.Mona berkata...

    MAAFKANKU DIAM MEMBATU (TBD)

    Dulu berbagi nafas
    sampai sekarang tetap begitu..
    sampai sekarang kita menyatu..
    ketika ini tak mahu..
    tiada yang seteduh laku pandangmu
    membuatku tahu ada mereka
    sekali lagi ku yakin itu doa tulus
    maafku hanya diam membatu

    Oleh: Mona
    sajak sedih/6 Mac 2012 2:56 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdri./Pn. Mona kembali lagi masuk ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:MAAFKAN AKU DIAM MEMBATU .Tema sedih pula nampaknya Pengucapannya agak sadikit meragukan Maksudnya: kisah peribadi pohon maaf rasanya sekian lama menyepi diri. ,.Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

    BalasPadam
  8. 6. hajjah jamilah berkata...

    TAK PANTAS (TBD)

    Aku bukan seseorang yang pantas
    tidak seperti dulu
    aku hanya tangis bahagia..
    entah beberapa hari lalu..
    mungkin selama ini aku diam..
    karena percakapan merobek bahasa..
    tak kenal usia di atas semuanya..

    Oleh: Hajjah Jamilah
    sajak agak terkilan dgn rakan sekeliling/6 Mac 2012 2:58 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012
    MENANGKAP MAKSUD SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdri./Pn. Hajjah Jamilah kembali lagi masuk ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk :TAK PANTAS .Tema terkilang pula dengan kawan katanya .Pengucapannya agak sadikit meragukan Apa pun maksudnya: kisah kurang menyenangkan hati dengan gelagat umpat cela agaknya ,.Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

    BalasPadam
  9. 7. Haji Khali berkata...
    MILIKNYA (LSS)

    Masih ku ingat senyum kemarin
    kembang manis menghias
    saat itu masih kumiliki
    sekarang ia menjadi milikNya
    rintik hujan menari di atas nisan
    berlayar tak pikirkan berlabuh
    mengepak ke batas terakhir semesta

    Oleh: Haji Khali
    terkenang arwah isteri pertama/6 Mac 2012 3:00 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Haji Khali kembali lagi masuk ujian kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MILIKNYA Tema mengenangkan aruah isteri pertama nampaknya Pengucapannya boleh diterima Maksudnya sebaik manusia terpaksa pasrah dengan apa yang berlaku semua di atas kehendakNya.. .Amin .Layak diberi peluang untuk sayembaraseterusnya . (LSS).

    BalasPadam
  10. 8. Syah Inderapura berkata...

    KOTORI MARUAH (LSS)

    si penipu itu berbaring membusuk
    sambil sandang kotak sejuta mimpi
    selagi masih ada lubang
    ia akan telan saja hingga kenyang
    apakah kita dalam dunia fana
    mengangkang hingga ke pagi
    mungkin aku masih belum mengerti
    semangat bawah tanah telah dilupa
    jangan kotori maruah sendiri

    Oleh: Syah Inderapura
    sajak buat sipolan yg byk main drama hrp qalam phmm/6 Mac 2012 3:03 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Syah Inderapura kembali lagi masuk ujian kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: KOTORI MARUAH Tema sinis simbolik politik Pengucapannya boleh diterima Maksudnya sebaik manusia perlu menjaga maruah dan tanah airnya sendiri, bukan mencemar dan mengotori dengan agenda tersendiri. Amat memalukan..Layak diberi peluang untuk sayembaraseterusnya . (LSS).

    BalasPadam
  11. CERITA KELMARIn

    sorakan untuk kita berlayar
    tak fikirkan berlabuh
    telan saja olehmu hingga kenyang
    apakah telah masuki cahaya
    kita sekarang mengusung kembali
    cinta bukan hanya rasa
    sejuk banyak menanti untuk dihargai
    ini cerita kelmarin

    Dang Anum
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  12. TERBAIK

    syair ku seolah menari dengan indah
    seperti menatapmu buat tak berdaya
    ingin berkata berteriak
    menyebutkan mengungkapkan rasa
    tapi ini bukanlah cinta
    kau timbulkan sungguh menyiksa
    berat kehilanganmu
    namun jika itu terbaik

    Taib
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  13. PADA CERMIN KU BERTANYA

    Tawaku pada cermin pecah
    berbalik melihat rupaku dua
    hati berbelah berputus jua
    Masih kupijak di dalam bayangan
    gelap dalam malam kelam
    Kududuk dengan sepi terdiam
    bintang penuh sindiran
    Langkah kaki kumantap
    Bingung pantulan kaca
    pada cermin ku bertanya

    Ungku ZUbir
    sajak simbolik

    BalasPadam
  14. LORONG SIANG

    Seraut wajah luka sepi
    Sepi lonceng tertampar mati
    Mati sekejap menjerit lelah
    Lelah terbiasa tawa asa
    bertemu waktu lorong siang
    Siang padam malam bintang
    Bintang redup luka lalu
    Lalu jiwa slalu senandung
    Senandung abadi kobar hidup

    Sarah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  15. 9.Dang Anum berkata...

    CERITA KELMARIN (TBD)

    Sorakan untuk kita berlayar
    tidak fikirkan perlabuh
    telan saja olehmu hingga kenyang
    apakah telah masuki cahaya
    kita sekarang mengusung kembali
    cinta bukan hanya rasa
    sejuk banyak menanti untuk dihargai
    ini cerita kelmarin


    Oleh: Dang Anum
    sajak jiwa2/7 Mac 2012 2:09 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdri Dang Anum kembali lagi masuk ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:CERITA KEMARIN .Tema jiwa2 nampaknya Pengucapannya agak sadikit meragukan Maksudnya: mungkin kisah lama dan peribadi dalam orang muda punya biasa ,.Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

    BalasPadam
  16. 10. Taib berkata...

    TERBAIK (LSS)

    Syair ku seolah menari dengan indah
    seperti menatapmu buat tidak berdaya
    ingin aku memekek dan berteriak
    menyebutkan mengungkapkan rasa
    ini bukanlah kisah rasa cinta kita
    cuma kau sering timbulkan masalah
    sungguh amat menyiksakan
    tetapi berat pula rasa kehilanganmu
    namun jika itulah pilihannya
    mungkin satu jalan yang terbaik……..


    Oleh: Taib
    sajak jiwa2/7 Mac 2012 2:13 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Taib kini kembali lagi masuk ujian kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TERBAIK Tema jiwa2 sajak lama agaknya. Pengucapannya terpaksa dilakukan sadikit pembetulan. Maksudnya hati manusia tidak boleh dipaksa dalam soal cinta, pasrah saja kepadaNya, jika itu jalan terbaik..Layak diberi peluang untuk sayembaraseterusnya . (LSS).

    BalasPadam
  17. 11. Ungku Zubir berkata...

    PADA CERMIN AKU BERTANYA (LSS)
    Pada cermin aku bertanya
    bila melihat pantulan kaca
    masih bersinar pada cermin pecah
    terharu melihat wajahku menjadi dua
    hati terasa berbelah berputus jua
    masihkah aku berpijak dalam bayangan
    pastinya gelap dalam malam kelam
    aku duduk dengan sepi terdiam
    melihat sinar bintang penuh sindiran
    aku cuba mantapkan langkah kaki
    bersama kebingungan hati
    meneruskan perjalanan sepi ini …..

    Oleh: Ungku Zubir
    sajak simbolik/7 Mac 2012 2:14 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Ungku Zubir kembali lagi masuk ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: PADA CERMIN KU BERTANYA Tema simbolik sepi katanya. . Pengucapannya terpaksa dilakukan sadikit pembetulan. Maksudnya semacam ada persoalan dalam hati tentang kebingungan yang dirasakan bila hidup dalam kesepian. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

    BalasPadam
  18. 12.Sarah berkata...

    LORONG SIANG (TBD)

    Seraut wajah luka sepi
    Sepi lonceng tertampar mati
    Mati sekejap menjerit lelah
    Lelah terbiasa tawa asa
    bertemu waktu lorong siang
    Siang padam malam bintang
    Bintang redup luka lalu
    Lalu jiwa slalu senandung
    Senandung abadi kobar hidup


    Oleh: Sarah
    sajak simbolik/7 Mac 2012 2:15 PG

    SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdri Sarah kembali lagi masuk ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:LORONG SIANG .Tema simbolik jiwa2 nampaknya Pengucapannya agak mengeliru dan meragukan perlu diperbaiki lagi. . Maksudnya: Gagal untuk kami menangkap ceritanya. mungkin kisah peribadi dalam orang muda punya biasa ,.Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

    BalasPadam
  19. cerpen psl kekeluargaan ni

    BalasPadam
  20. kasihan tok limah

    BalasPadam
  21. dlu ada tok wan dollah skrg dia sorg2 saja

    BalasPadam
  22. cerpen ni kisah benar ke

    BalasPadam
  23. mmg pengorbanan yg agak besar tok limah

    BalasPadam
  24. wah! anak dia jd cikgu la

    BalasPadam
  25. cerpen beri inspirasi best ni

    BalasPadam
  26. patut beri dia pingat ibu mithali tok limah ni

    BalasPadam
  27. sedih plak cerpen kali ni

    BalasPadam
  28. agak menghibakan cerpen ni

    BalasPadam
  29. mamat dlu cerpen lawak kali ni sedih plak

    BalasPadam
  30. sorg2 dia ke jaga cucu dia

    BalasPadam