Sabtu, 18 Februari 2012

SECEBIS KATA BISIKAN JIWA




Sayembara puisi ke 7

sejemput kata kutitip rindu
walau pilu tak lagi memburai
resah tak lagi menyesakkan dada .
adakah nanah dalam hidupku kini?
masih adakah dian dalam redupku?
masih adakah gelora dalam hatiku?
Hidup takkan bermakna tanpa drama
puisi tanpa kata kata atau bilangan tanpa angka
bahkan bagai panorama tanpa warna
tak usah diratapi karena tidak ada sesuatupun
yang pasti boleh terangkan redupku,

 
Oleh Doktor Hasmawi
sajak keresahan jiwa yang g membelanggu 
Tanggal 4 Februari 2012 8:46 PTG




30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI AKHIR CITRARURI DARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Doktor Hasmawi kini kembali lagi masuk kepusingan akhir buat kali pertama penyertaannya cuba mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SEJEMPUT KATA sebaiknya SECEBIS KATA Tema semacam keresahan yang membelenggu hati nampaknya Pengucapannya bersahaja tetapi sadikit kurang daya kreatif dan puitisnya. Mesejnya masih sajak bersiri kisah peribadi yang masih diserang penyakit keresahan untuk mendirikan alam berumah tangga. Sebaiknya setelah berikhtiar dan berdoa pasrah saja kepadaNya. kerana kita cuma merancang hanya Allah yang menentukannya Amin! Maaf kerana ada persaingan hebat. Harap maaf cuma disini sahaja sayembara anda terpaksa terhenti. (TBD)

    BalasPadam
  2. CERPEN KOMIDI LAGENDA BLOG CITRA RASA BETAJUK: CINTA TUKANG SAPU OLEH :NURIMANJA.

    Siri 1.
    .
    SABAN hari daun-daun kering yang luruh dari ranting pokok di halaman rumah tuannya itu, tidak pernah mengkhabarkan kisah-kisah indah padanya. Dan hari-hari berlalu sepi. Angin dari gugung sering merembas wajahnya yang telah menjangkau usia setengah abad itu .

    Disinilah dia menghabiskan masanya dengan tugas rutinya sebagai seorang tukang sapu di rumah tuannya yang bekerja sebagai seorang usahawan yang berjaya di kota yang penuh dengan kesebukkannya saban hari.

    Hmapir 35 tahun nalorinya memberontak, megharap kasih dan sebuah cinta daripada kaum hawa, kini mulai menampakkan bayangan, “Suminah!” Keluh hati Mamat, dia seperti nampak wajah itu dicelah-celah daun yang jatuh berselerak ke bumi.

    Seketika Mamat berhenti menyapu, matanya memandang jalan di sebelah pagar rumah tuannya, tiada siapa yang lalu. Hati Mamat menjadi sayu. Mamat merenung mentari sudah pun meninggi. Mamat terus menyapu lagi,

    Acapkali mata Mamat melempar kerlingan di tepi jalan sebelah pangar rumah tuannya, diketika itu juga hati kecilnya berdetik bertanya .

    “Suminah kemana kamu?”

    Bisik hati kecil Mamat.

    BRSAMBUNG ESOK.

    BalasPadam
  3. SEMALAM

    KUM 8
    1 Jupri Helmi
    2 hambali maliki@
    3 Roy Rashid@
    4 Muhamad Rabbi-P

    BalasPadam
  4. HARI INI

    KUM 9
    1 Vijay kumar
    2 Sulaiman Embong
    3 yusri nawab
    4 saudagar emas



    DAN ESOK

    KUM 10
    1 Malik Wariya
    2 Zain Issac
    3 Prof Lanang
    4 ustaz Nasarudin

    BalasPadam
  5. LANGIT CERAH

    membaca itu berat belajar itu payah
    mendengar itu sukar main itu ringan
    suka itu mudah cakap itu biasa.
    hidup setakat hari ini
    esok biarlah jadi lain
    jika dipanjangkan umur
    tahulah kelak langit
    tidak secerah hari ini

    Sulaiman Embong
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. CAIR

    ketika ini sangat panas
    jadi aku mahu sejuk dingin,
    aku mahu panas ku hilang tenggelam
    Dinginkan aku dengan cara
    rendamkan bara yang membara,
    bila rasa itu menjenggah
    aku cuba untuk melarikan diri
    pergi ke suatu tempat yang bisa
    menyejatkan dan mencairkan aku

    Saudagar Emas
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. RASA MENDERU

    Satu rasa satu jiwa
    tandus kasih dam sayang
    jiwaku bergelora ingin
    muntahkan semua rasa
    datang menderu makin menjadi-jadi
    semua sama berpura menayang rasa

    Yusri Nawab
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  8. TERSEPIT

    aku rindu masa laluku
    sungguh sempit tapi bahagia
    aku rindu waktu itu
    kerana kini sudah tersepit
    dalam ruang yang besar
    tapi penuh derita
    rasa ketidakpuasan hati
    makin menebal dalaman ku menderita
    sampai waktu bahagia akan muncul
    detik berlalu dengan perlahan
    jangan lemaskan aku dalam penantian

    Haji Abkam
    sajak dlm dilema

    BalasPadam
  9. bukan cerpen jambu mawar ke

    BalasPadam
  10. aik! 35 x kwin lagi? mcm kisah psl aku je sbb aku pun 35 jgk ni

    BalasPadam
  11. cerita kali psl hantu ke

    BalasPadam
  12. eh! smpai 35 x kwin jgk

    BalasPadam
  13. kwin je la kesian plak baca

    BalasPadam
  14. kerja tukang sapu ke

    BalasPadam
  15. aik! dia msih hujang ke

    BalasPadam
  16. mamat ni nama btol dia ke

    BalasPadam
  17. aik! dok angau plak mamat ni

    BalasPadam
  18. jd bujang terlajak la mamat ni

    BalasPadam
  19. aik! mcm pnh baca je cerpen ni

    BalasPadam
  20. cerpen ni psl komedi ke

    BalasPadam
  21. dia ni angau kt suminah tu sapa

    BalasPadam
  22. suminah ni janda mana la

    BalasPadam
  23. eh! apa cerita ni intro dh menarik

    BalasPadam
  24. 33, Sulaiman Embong
    LANGIT CERAH (TBD)

    membaca itu berat belajar itu payah
    mendengar itu sukar main itu ringan
    suka itu mudah cakap itu biasa.
    hidup setakat hari ini
    esok biarlah jadi lain
    jika dipanjangkan umur
    tahulah kelak langit
    tidak secerah hari ini

    Sulaiman Embong
    sajak simbolik/18 Februari 2012 5:24 PTG

    SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Jupri Helmi masih setia dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: PAUT Tema biasa kisah kasih sayang nampaknya. Pengucapannya semacam madah pujangga .Maksudnya seakan memberi nasihat berguna dalam renungan ungapan susunan kata-kata hikmat .Maaf kerana ada persaingan cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

    BalasPadam
  25. 34.Saudagar Emas berkata...

    CAIR (LSS)

    ketika ini sangat panas
    jadi aku mahu sejuk dingin,
    aku mahu panas ku hilang tenggelam
    Dinginkan aku dengan cara
    rendamkan bara yang membara,
    bila rasa itu menjenggah
    aku cuba untuk melarikan diri
    pergi ke suatu tempat yang bisa
    menyejatkan dan mencairkan aku

    Oleh: Saudagar Emas
    sajak simbolik/18 Februari 2012 5:25 PTG

    SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Saudagar Emas masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:CAIR .Tema simbolik katanya. Pengucapannya besrbimbolik Maksudnya bila kita rasa marah perlu bersabar dan cari jalan penyelesaian sebaiknya, agar hati kembali sejuk . Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

    BalasPadam
  26. 35. Yusri Nawab berkata...

    RASA MENDERU (TBD)

    Satu rasa satu jiwa
    tandus kasih dan sayang
    jiwaku bergelora ingin
    muntahkan semua rasa
    datang menderu makin menjadi-jadi
    semua sama berpura menayang rasa

    Oleh: Yusri Nawab
    sajak jiwa2/18 Februari 2012 5:26 PTG

    SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Yusri Nawab masih setia dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: RASA MERINDU Tema biasa jiwa2 nampaknya. Pengucapannya bersahaja Maksudnya mengharapkan sebuah kasih sayang untuk mengisi kekosongan jiwa (sajak lama agaknya). Maaf kerana ada persaingan cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

    BalasPadam
  27. 36. Haji Abkam berkata...

    TERSEPIT (LSS)

    aku rindu masa laluku
    sungguh sempit tapi bahagia
    aku rindu waktu itu
    kerana kini sudah tersepit
    dalam ruang yang besar
    kini penuh derita
    rasa ketidakpuasan hati
    makin menebal dalaman ku menderita
    sampai waktu bahagia akan muncul
    detik berlalu dengan perlahan
    jangan lemaskan aku dalam penantian

    Oleh: Haji Abkam
    sajak dlm dilema18 Februari 2012 5:26 PTG

    SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Pak Haji Abkam masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TERSEPIT .Tema dalam dilema nampaknya. Pengucapannya bersahaja boleh diterima Maksudnya semacam dicengkam keharuan namun hati penuh harap seperti kehidup dahulu tidak tertindas. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

    BalasPadam