Jumaat, 3 Februari 2012

PAK CIK BERBASIKAL TUA




Semoga Pak cik dapat sama BR1M

Seorang Pak cik bersongkok lusuh
membongkok mengayuh bebasikal tua
mungkin balik dari pasar malam
bersama basikal tuanya begitu laju meluru
di pelantar belakang basikalnya
nampak berserebat diikat dengan tali rupia
cuma sebiji durian dibeli yang telah hilang tangkainya
mungkin wang Pak cik telah habis
atau pun itulah yang mempu dibeli di pasar malam
cukup berseri berbesar hati dia pulang
sebagai seorang perwira berjaya
dimedan tempur membawa kemenangan.
dengan sebiji durian sahaja
munkin untuk isteri dan anak-cucunya.

 
Oleh: Nurimanja.
Tk Kumbar hb, Disember 2011
Pagi sebelum subuh.



30 ulasan:

  1. CERPEN INI PERNAH TERSIAR DALAM MAJALAH WARTA JOHOR 1980. BERTAJUK; H A T I O R A N G K A M P U N G . Oleh; Nurimanja.

    Sambungan siri 5 akhir.
    “Ustaz!....Ustaz!......Assalamualaikum ustazah!” kemudian , mereka ketawa, setelah berselesih jalan masuk ke kampung Tanjung Nipis.Pak Cik Nur sambut salam mereka. Dalam hati Pak Cik Nur faham, jika seorang berpakain kain pelekat, baju melayu, berkupiah putih atau hitam , ini budaya sekolah Arab yang berlajar agama. Dalam bidang agama boleh buat apa, Cuma layak jadi ustaz saja,Pak Cik Nur sabar dan tahan hati bila dipanggil ustazah pula.

    Tiga tahun kemudian Pak Cik Nur Berjaya dapat melanjutkan pelajaran di sekolah sebahagian bantuan kerajaan negeri. Disinilah Pak Cik Nur telah dapat mempelajari ilmu hisab dan sains, di samping bahasa arab, bahasa Inggeris, ilmu alam, sejarah, dan bahasa Malaysia sendiri sebagai bahasa pengantar.

    Sesiapa pun tidak menduga, Pak Cik Nur yang kurus dan sering diserang selsema dan asma kini dapat menyambung pelajaran di sebuah sekolah menengah agama di tengah di sebuah bandar di negeri utara tanah air.

    Setelah bertongkus lomos dengan azam yang kuat selepast tiga tahun Pak Cik Nur berjaya menamatkan pelajarannya dalam dua jurusan agama dan akademik, tanpa di ketahui penduduk kampung, juga berkat doa Pak Ndak Mahmud dan Mak Ndak Mah diperkenankan Allah SWT ingin melihat Pak Cik Nur Berjaya, walaupun tidak ke luar Negara.cukuplah sekadar mengenal hukum Allah SWT.

    Orang-orang kampung tidak lagi berani mentertawakan Pak Ndak Mahmud, bila melihat Pak Cik Nur ada bersama, malah Pak Cik Nur diminta mudir di sekolah Arab tempat dia belajar dahulu.untuk mengajar disitu.Malah Pak Cik Nur kian menyerlah pula ketokohannya.

    Bila waktu solat maghrib dan inssa masuk , orang-orang kampung tolak menolok Pak Cik nur untuk mengimankan solat.Mula-mula Pak Cik Nur menolak , tetapi kerana selalu sangat disuruh oleh tok iman pula, Pak Cik Nur pun langkah kehadapan, lantas jadi iman kepada orang kampung’

    Sejak daripada itu, Pak Ndak Mahmud dan Pak Cik Nur dihormati dan disegani oleh orang kampung. Dua bulan kemudian Pak Cik Nur dengar ura-ura orang kampung minta Pak Cik Nur mengajar orang kampung ilmu keagamaan, Pak Cik Nur senyum-senyum saja.

    Bila tiba hari yang akan ditetapkan untuk Pak Cik Nur mengajar orang kampung di masjid.Orang kampung berasa seperti mereka mendapat rahmat di kampung pertama kali ada seorang ustaz di kampung mereka anak tempatan, semoga kami tidak jahil lagi.bisik orang kampung sesame sendiri.

    Esoknya, Selepas solat jumaat Pak Cik Nur menerangkan kepada ahli jawatan kuasa masjid dan orang kampung. Bahawa esok dia akan berangkat ke Serawak MalaysiaTimurbertugas sebagai seorang guru agama.

    TAMAT.

    BalasPadam
  2. 1. Ustaz Muda berkata...

    KAKI MENAPAK (TBD) -P

    Ketika kaki menapak
    anak tangga yang tak berputar
    Hati entah dimana pikiran terlempar
    puas mencari-cari jendela yang terbuka
    biar angin dan debu melolos keluar
    Aku tetap menunggu penuh yakin
    Bahwa semua ini tak terbayangkan
    Mungkin juga membosankan
    Membuat kita bertanya-tanya
    Sampai sebahagian dari diriku
    Engan bertahan dalam genggaman waktu
    Entah sampai bila dan untuk apa aku menapak?

    Oleh: Ustaz Muda
    sajak simbolik/2 Februari 2012 4:12 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra Ustaz Muda Terima kasih, masih setia dengan blog Cr. Kali ini kembali masuk separuh akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: KAKI MENAPAK Tema simbolik tapi tiada penerangan nampaknya. Pengucapannya kabur dan mengelirukan hilang maksud walaupun cuba diperbetulkan. Mesejnya semacam ada hal yang tidak kena soal peribadi agaknya cuma andaian.. Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

    BalasPadam
  3. 2. Jalal Rafzee berkata...

    SEGALA ARAH MENJADI SATU (LSS)

    Setiap detik aku cuba memekirkan
    apa yang berlaku membuat kita terharu
    biar pun kita memang seagama bersaudara
    tetapi bila ada seorang buta yang bertanya
    bagaimana kehidupan bisa menjadi dusta,
    jikalau kita tidak tahu cerita kebenarannya
    tapi masih ada kawan yang bisa tersenyum
    dan mentertawakan bila ada yang tidak kena
    bukankah kita masih punya darah keturunan
    bebas mengalirkan kemana sahaja kita suka
    pada siapa kita perlu menatap dan mengharap
    marilah kita berdoa semoga segala arahan menjadi satu

    Oleh: Jalal Rafzee
    sajak sinis/2 Februari 2012 4:17 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Jalal Rafzee masih setia menglola blog Cr. Kini kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: SEGALA ARAH MENJADI SATU Tema sinis politik nampaknya Pengucapannya bersahaja dan sadikit pembetulan Maksudnya semacam menempelak orang melayu yang seagama sering bersengketa. Bukankah kita menyembah Allah swt yang satu. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  4. 3. en sanusi berkata...

    MELEBUR DAN PECAH

    Melebur dan pecah
    berserakan di kepala
    mata dan jiwa penuh harapan
    Maka sanggupkah berhenti sejenak
    Tidak usah berpaling
    Tapi rumput yang kau pijak
    Selangkah lagi menerpa wajahku
    Bukan senyum dan sendu disana
    Diantara decak lidahku yang kering
    Tak mungkin kau paham
    Terbelenggu tak kuingin
    tertunjuk oleh jemari

    Oleh: En Sanusi
    sajak simbolik/2 Februari 2012 4:19 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    En Sanusi Terima kasih, masih setia dengan blog Cr. Kali ini kembali masuk separuh akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MELEBUR DAN PECAH. Tema simbolik nampaknya tapi tiada penerangan. Pengucapannya kabur dan mengelirukan hilang maksud dan puitisnya. Mesejnya. Mengambarkan kelohan kerana ada yang tidak kena dengan apa yang berlaku. cuma andaian.. Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

    BalasPadam
  5. Bulan Terang berkata...

    4.SENJA HARI

    Seharusnya tak berhenti
    setidaknya untuk saat ini
    lalu mengapa harus disesali
    mencari jalannya sendiri
    berliku tak peduli
    seperih hati nurani
    menuju lautan harapan luas disini
    bertebaran di sekeliling
    tapi benarkah harus diikuti
    titian senja hari

    Oleh: Bulan Terang
    sajak simbolik/2 Februari 2012 4:21 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra, Bulan Terang masih setia dengan blog Cr. Kali ini kembali masuk separuh akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:. Tema simbolik tiada penerangan nampaknya. Pengucapannya kabur dan mengelirukan. Mesejnya. semacam kelohan kerana ada yang tidak kena sehingga berlaku perbalahan. cuma andaian.. Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

    BalasPadam
  6. 5.Doktor Hasmawi berkata...

    MENGHARAPKAN KEINDAHAN (LSS)

    Untuk apa tundukkan kepala
    jika hati ini masih tergenggam
    untuk apa aku pejamkan mata
    jika jiwa merindu bayangan hitam
    kerana debu di kakiku belum dibasuh
    memang belum saatnya aku bersedia
    karena peluh di tengkuk belum kering
    dan ingin kukatakan kehidupan tak selalu berarti
    aku ingin mencari sadikit ruang untuk muhasabah
    dalam menentukan sebuah harapan yang indah.


    Oleh: Doktor Hasmawi
    sajak makan hati apabila keluarga buat keputusan tanpa saya/2 Februari 2012 4:23 PTG


    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Doktor Hasmawi masih bersama kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: MENGHARAP KEINDAHAN Tema semacam ada keraguan makan hati nampaknya Pengucapannya bersahaja dan sadikit pembtulan.Maksudnya ada keraguan dalam menentukan jodoh. Sebenarnya bisikkan syaitan. Insyaallah jika ada kelembutan dengan kekerasan dia akan menjadi lebih setabil. Bukan sebaliknya Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  7. 6. Mat Noh berkata...

    RAHSIA BUKU EMAS (LSS)

    semalam aku bermimpi
    di datangi seorang lelaki tua
    di tangannya ada sesuatu
    berkilau dan bercahaya
    sangat aneh mimpi ini
    rasa bagai jelas dan nyata
    aku terjaga dan di tanganku
    memegang buku emas
    seratus rahsia aku membeleknya
    dalam itu tersimpan berjuta azimat
    tetapi belum sempat aku menyalin
    aku terkejut dengan dentuman guruh
    rupanya aku bermimpi di dalam mimpi

    Oleh:.Mat Noh
    sajak ketika bermimpi aneh malam tahun baru/2 Februari 2012 4:24 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Mat Noh masih setia kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: RAHSIA BUKU EMAS. Tema mimpi aneh nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima menhidupkan cerita. Maksudnya mungkin anda hendak diangkat murtabat diri, tetapi telah dipersiakan peluang itu. Cuma ramalan sahaja. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  8. 7. Pak Kassim berkata...

    JANGAN SALAHKAN (TBD)

    Jangan salahkan takdir bila terjadi
    jangan salahkan cuaca bila hujan
    jangan salahkan sesiapa lagi ,
    kerna semua hanya satu dugaan kecil
    semua orang terpaksa menempuhinya..
    kita hanya perlu yakinkan hati sendiri
    bukan kerana paksaan atau kemahuan
    kita tidak perlu tunduk pada semua,
    kerana hidup kita tentukan sendiri,
    berfikirlah untuk berubah,
    bukan mengorbankan sesuatu,
    yang boleh membelenggukan fikiran

    Oleh: Pak Kassim
    sajak beri semangat/2 Februari 2012 4:26 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Pak Kassim masih setia kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: JANGAN SALAHKAN Tema memberi semangat katanya Pengucapannya semacam berseloka dan boleh diterima Maksudnya kita punya kebebasan dalam menentukan arah tuju kita sendiri, sajak ini tertewas kepada sajak Sdra. Jalal bertajuk SSMS Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi.(TBD)

    BalasPadam
  9. 8.Bos Kacak berkata...

    BELUM MATI (LSS)

    bila aku buka mata,aku tercium bau hujan.
    buatku rindu tenang dan damai hujan
    setiap kali tubuhku dibasahi hujan.
    bila bangun nyawa masih melekat.
    kadang aku mengeluh kasar.
    bertanya mengapa nyawa belum diambil
    sedang sebelum pejam mata tadi,
    aku sudah putus harapan.
    dengan dugaan atas perkerjaan ini
    Tapi setiap makhluk Tuhan ini.
    ada tanggungjawab harus dipikul
    jadi tanggungjawab aku belum lepas.
    maka nyawa belum masa ditarik.
    dari sudut lain harus bersyukur.

    Oleh: Bos Kacak
    sajak ketika satu ketiga sudah berputus asa apabila perkeja sy sendiri curi duit perniagaan sy/2 Februari 2012 4:30 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPAUH AKHIR AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Bos Kacak masih setia kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: BELUM MAHU MATI Tema hamper putus asa nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Maksudnya dalam kehidupan ini perlu tabahkan hati bila ditimpa musibah sebagai satu ujian keimanan kita Layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  10. mcm cerita cikgu najeri je.... pakcik nur????

    BalasPadam
  11. wah! berjaya jgk pakcik nur kali ni

    BalasPadam
  12. sapa pakcik nur tu???

    BalasPadam
  13. en nuri ke pakcik nur ni?

    BalasPadam
  14. mmg byk pengajaran dlm cerpen kali ni

    BalasPadam
  15. semoga kita smua contohi pakcik nur

    BalasPadam
  16. kisah benar ke rekaan je cerpen ni?

    BalasPadam
  17. eh! sapa pakcik tua ni?

    BalasPadam
  18. en nuri tulis kisah ayah en nuri ke

    BalasPadam
  19. org bunian kot pakcik tua tu bwk durian tgh2 hari padahal bukan musim durian

    BalasPadam
  20. en nuri tegur ke pakcik bwk durian tu?

    BalasPadam
  21. aik! tgh2 hari bawak durian pelik jgk dan misteri

    BalasPadam
  22. orang gila kot pakcik tu atau sakit jiwa2 sorg2 bawak durian plak?

    BalasPadam
  23. SURAM DAN KELAM

    Malam ini suram sekelam nurani
    Hatiku sepi parah dimamah rindu,
    Secubit rindu jadi seribu sendu,
    Lidah kelu lecur dicarik sembilu,
    Hati sakit pedih bagai mahu mati
    Langit tidak lagi biru di mataku
    Malam pasti tak secerah siang
    Unggas bersiul berarak pulang
    tapi bintang tetaphias langit malam
    Hatiku ditutup mendung kesunyian
    perpisahan ini ku rela
    walau pilu rasa hatiku

    Zainal Arifin
    sajak sedih

    BalasPadam
  24. MAHU BICARA

    maafkan aku tiada niat mengganggu
    segunung tidak sekumanpun tidak
    aku hanya suka berbisik
    berbicara bersuara bercerita
    suka dan duka kongsi bersama
    lalu cari aku telinga yang sudi
    bersahabat bersama bicara ku
    ceritera duka nestapa ku
    maaf jika bicara aku tersalah erti
    kerana ceritaku adalah sebuah mimpi

    Inspektor Halim
    sajak simbolik

    BalasPadam
  25. SAYAP

    sayap kasih terbentang akan naluri kehendak ingin satu perasaan
    pengertian kasih yang terbang
    jangan di biarkan ia
    berlalu begitu saja
    sayap burung bebas dan terbatas
    kasih dipinjam kasih dibuang
    hargai satu keasyikkan
    jangan biarkan ia hilang
    tanpa sayap tdak satu
    pun mampu berkasih

    Roy Rashid
    sajak simbolik

    BalasPadam
  26. SELAUTAN RINDU

    Andai waktu mampu aku takluk
    Akanku setia pada rinduku
    Ingin sekali aku genggam tanganmu
    Tidak rela aku kehilangan
    Walau hanya sekujur bayangmu
    Ingin ku beritakan
    seluruh alam keagungan kasihku
    padamu bagai selautan rindu

    Datuk Borhan
    sajak terkenang

    BalasPadam
  27. DAHAN TELAH PATAH

    Dahan janji telahpatah dengan ngeri
    menggugurkan dedaun yang bersaksi
    kita tidak boleh berteduh lagi
    kerana disitu ribut sedang melanda
    semua bukti ranap dan mati.
    Tiada lagi angin damai dari benua
    menyimbah ego fatamorgana lena
    tiada lagi sinar ceria
    memagari sepi cekerawala
    Apakah kita akan berakit bersama
    atau hanyut ke kuala sengsara

    Penyair Agung
    sajak sinis

    BalasPadam
  28. NIKMATILAH

    nikmatilah jernihnya air;
    dengarlah hayatlah angin berdesir.
    Inilah dendang bumi yang kaya
    kita warisnya sungguh bertuah.
    Di kocak sungai ikan segar menari,
    di dahan unggas cergas menyanyi.
    Seisi alam ini satu anugerah
    syukur tulus kita kepada Allah.
    Bumi yang yakin, langit yang tulen
    berdakap damai seakrab mungkin.

    Ustaz Mahfuz
    sajak puji keindahan Allah

    BalasPadam
  29. BERSATU

    Kau dan dia harus bersatu,
    dia tak lengkap tanpamu,
    Kau tempang bila dia tiada,
    Kamu amat saling memerlukan,
    Coretan lama usah di kenang,
    mulakan ceritera baharu,
    Kerana dunia bergerak kedepan,
    Semua kenangan akan di tinggalkan,
    Lembaran sejarah kita kambus,
    Kekecewaan lalu kita tebus,
    sekarang kamu harus bersatu,

    lagenda pulau
    sajak politik

    BalasPadam
  30. BEREHAT DI KAMAR SUNYI

    aku perlukan waktu untuk sembuh
    tak perlu lagi mencari aku
    kepada penghuni duniawi
    biarlah kehilangan aku berlalu
    di bawa oleh angin malam
    jangan khuatir dan menunggu
    kerena aku akan muncul nanti
    ketika ini aku sedang letih berehat
    di kamar sunyi walau letih
    tetapi mataku tak terlelap
    kerena khilafku belum dimaafkan
    jadi aku berharap selama aku disini
    aku diampunkan agar dapat
    aku berehat dan tidur
    di kamar sunyi dan tenang ini

    Abul Hassan
    sajak dari abang sy 3 hari sebelum dia kemalangan

    BalasPadam