Isnin, 20 Februari 2012

INGIN MEMBACA GERAKAN HATI





Sebenarnya aku pun tidak mngtahui
sekadar andaian dan telahan sahaja
siapa yang ketuk pintu di siang hari si musafir yang beri salam diluar rumah
serkahan gerakkan hati yang berkata sipolan itu cuma isan penagih sempati
serahlah sedikit wang jika ada berlebihan.

Selalunya begitulah gerakkan hati
seolah semacam ada yang memberi tahu setiap isi cerita sajak yang diulas
sebagai wadah penyampaian maksud sesuatu pengucapan yang dilontarkan
semacam sajian untuk kita santap bersama.

seperti terbiasa gerakkan hati
sempat membaca pekerti akal manusia sama ada di luar ataupun di dalam
semacam terpancar gerakgeri wataknya sama ada boleh dipercaya sebaliknya
sebab gambaran telah pun diberi sebaiknya.


Oleh: Nurimanja,
siang hari jam 3 ptg semalam 6hb, Mac, 2011.





30 ulasan:

  1. Sajak ini tidak ada ulasan drp Qalam
    cerita pasal apa pun gua tak tahu?

    Nampaknya ahli kena baca sendiri dan tangkap maksudnya sendiri.Apa pengajarannya gua pun tak tahu!

    BalasPadam
  2. CERPEN KOMIDI LAGENDA BLOG CITRA RASA BETAJUK: CINTA TUKANG SAPU OLEH :NURIMANJA.

    111

    Dua malam berlalu, Mamat tidak dapat tibur, bukan kerana salakan anjing atau pun bising keinderan lalu lalang di hadapan jalan utama bangle tuannya, tetapi diganggu wajah Suminah yang datang dengan senyum manis yang mengulum di hadapan matanya.

    Mamat semacam nampak Suminah berdiri hamper pada tepi katil bujang tempat pembaringannya. Wajah Suminah tetap juga mengelum senyumnya kepadanya. Mamat ternampak Suminah memabawa secangkir kopi panas dan sepotong roti disapu mentega di tengah malam itu, mungkin diamabil dari dapur tuan rumah tempat dia bekerja.

    “Suminah, bagaimana kau masuk kemari?” Tanya Mamat dengan penuh rasa romentik, Suminah hanya tersenyum, sambil menghulurkan secangkir kopi panas yang dibawanya kepadanya. Mamat teasa kalau beginilah keadaannya, pati citannya telah terbalas.

    “Suminah telah membalas cintuku!!!” Mamat memek sendirian ditengah malam sepi itu. Ingin rasanya dikhabarkan pada bintang, atau pun pada bulan dan mentari pagi esok di siang hari. Biar mereka tahu dan merastui cinta sucinya

    Hati Mamat terasa cukup gembira, tentulah secangkir kopi yang hitam pekat ini tidak akan dapat mengatasi senyum manis Suminah yang lebih menawan lagi. Sewaktu Mamat cuba untuk mencapainya, ternyata hampa, Suminah tidak ada, Hati Mamat pun mengeluh panjang.

    BRSAMBUNG ESOK.

    BalasPadam
  3. KESUNYIAN

    Seseorang itu kesunyian,
    bila mencari sebanyak mungkin teman
    bila teman yang di cari menjauh
    bila cintanya tidak berbalas
    bila perasaan sendiri tak dikenali
    hilang sensitivitinya bila dijadikan suatu permainan
    tandus akan kemanusiaan,
    bila tidak mendengar
    suara hati manusia

    Panglima Sakti
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. LEPAS DARI BELENGGU

    Rerama hinggap dijendela
    Kupandang sepi dari kamar
    Indah tapi alam itu suram
    cahaya lampu menyakitkan mata
    mengimbas waktu lalu
    kerana tawa riang mengusir sedih
    Aku masuk ke dunia tanpa ragu
    Hilang tenggelam dalam rindu
    Tapi tika ini ku tersentak
    Kabus hitam itu mengekori
    Lepaskan dari belenggu

    Pendekar Waja
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. SESAT DIBUMI

    Ku pohon kesempatan kedua
    Andai diberi waktu,
    akan ku sulam cahaya
    pintal iman didada
    Berilah aku kesempatan itu,
    kuncikan hati rapatkan pintu
    Aku tunduk pada sujudku
    Jangan hadirkan rasa itu
    timbulkan kenangan lalu
    Biar ku usir jauh
    Tunjukkan aku jalan lurus Mu
    Agar aku tidak sesat di bumi ini..

    Suara Rakyat
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  6. KU GAGAHI JUA

    Zahirnya aku tersenyum ceria
    tapi isi dalam bergelora
    ibarat ombak besar menggulung
    pasir putih pantai
    tidak mampu menghaluskan rasa
    walau sedalamnya bayang silam menjengah lagi hadir
    disetiap mimpi malam hari
    air terbit di muka
    ku perhati sekeliling
    ku gagahi kaki melangkah
    mencari cahaya di

    Nabil QUldi
    sajak mencari harapan

    BalasPadam
  7. 41.Panglima Sakti berkata...

    KESUNYIAN (TBD)

    Seseorang itu kesunyian,
    bila mencari sebanyak mungkin teman
    bila teman yang di cari menjauh
    bila cintanya tidak berbalas
    bila perasaan sendiri tak dikenali
    hilang sensitivitinya bila dijadikan suatu permainan
    tandus akan kemanusiaan,
    bila tidak mendengar
    suara hati manusia

    Oleh: Panglima Sakti
    sajak simbolik/21 Februari 2012 11:20 PG

    SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Panglima Sakti masih setia dengan blog Cr. mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: KESUNYIAN. Tema sebenarnya mengenang bukan simbolik. Pengucapannya biasa dan sadikit mengelirukan, bercampur aduk mengenangkan., jiwa2, dan kecewa Maksudnya terasa semacam kehilangan sesuatu dalam pesahabatan, Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

    BalasPadam
  8. 42. Pendekar Waja berkata...

    LEPAS DARI BELENGGU (LSS)

    Rerama hinggap dijendela
    Kupandang sepi dari kamar
    Indah tapi alam itu suram
    cahaya lampu menyakitkan mata
    mengimbas waktu lalu
    kerana tawa riang mengusir sedih
    Aku masuk ke dunia tanpa ragu
    Hilang tenggelam dalam rindu
    Tapi tika ini ku tersentak
    Kabus hitam itu mengekori
    Lepaskan dari belenggu

    Oleh: Pendekar Waja
    sajak simbolik/21 Februari 2012 11:24 PG

    SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Pendekar Waja selamat bertenang! Kini masih setia dg blog Cr., kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:LEPAS DARI BELENGGU.Tema simbolik katanya. Pengucapannya bersahaja ungapan bersimbolik Maksudnya semacamterlepas dari cengkaman penyeksaan yang ditanggung selama ini, Namun apa pun mengalaman telah banyak mengajar kita dalam hidup ini.. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

    BalasPadam
  9. 43.Suara Rakyat berkata...
    SESAT DIBUMI (LSS)

    Ku pohon kesempatan kedua
    Andai diberi waktu,
    akan ku sulam cahaya
    pintal iman didada
    Berilah aku kesempatan itu,
    kuncikan hati rapatkan pintu
    Aku tunduk pada sujudku
    Jangan hadirkan rasa itu
    timbulkan kenangan lalu
    Biar ku usir jauh
    Tunjukkan aku jalan lurus Mu
    Agar aku tidak sesat di bumi ini..

    Oleh: Suara Rakyat
    sajak ketuhanan/21 Februari 2012 11:25 PG

    SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Suara Rakyat masih setia, kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SESAT DIBUMI .Tema ketuhanan katanya. Pengucapannya bersahaja dan pasrah .Maksudnya semacam dicengkam keharuan, namun hati penuh parah kepada Kepada Allah swt agar menunjukkan jalan yang lurus.supaya tidak tersesat lagi. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS)

    BalasPadam
  10. 44.Nabil Quldi berkata...

    KU GAGAHI JUA (TBD)-P

    Zahirnya aku tersenyum ceria
    tapi isi dalam bergelora
    ibarat ombak besar menggulung
    pasir putih pantai tidak mampu menghaluskan rasa
    walau sedalamnya bayang silam menjengah lagi hadir
    disetiap mimpi malam hari
    air terbit di muka
    ku perhati sekeliling
    ku gagahi kaki melangkah
    mencari cahaya di maya pada ini.

    Oleh: Nabil Quldi
    sajak mencari harapan/21 Februari 2012 11:28 PG

    SAYEMBARA PUISI KELAYAKN FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG CR. 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Nabil Quldi masih setia dengan blog Cr. Kali ini mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:KUGAGAHI JUA. Temanya mencari harapan . Pengucapannya biasa dan sadikit mengelirukan, Maksudnya semacam mimpi fantasi dalam mencari sinar harapan., Maaf kerana ada persaingan hebat, cuma disini sahaja sajak anda terpaksa berhenti dan usaha lagi . (TBD)

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  12. CINTANYA

    Semalam berlalu terus ku tinggalkan
    berdiri tanpa sedar ada titisan
    tidak dapat tertahan lagi
    mengenang diri yang menyimpan dosa
    bolehkah kiranya aku di ampunkan?
    Suatu hari hati dijentik rasa
    bukan cinta biasa tapi dari cintaNya

    Simsalabin
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  13. JIHAD

    Aku terkesima tersayat dikalbu
    hariku mendung tak bermaksud celaru
    tapi entah mengapa barangkali
    aku belum bersedia belum berani
    memasuki bulatan itu walau
    haruskah aku berjihad dijalan itu

    Pak Awang
    sajak kemushkilan

    BalasPadam
  14. SESUATU YANG HILANG

    entah kenapa terasa begitu sukar mencari sesuatu yang hilang
    ke mana menghilang pergi?
    aku tahu harus mendapatkannya
    tetapi sudahku paksa diri ini..
    mencari dan terus mencari..
    sudah ku usahakan agar ia kembali..
    hadir dalam diriku harus berpura
    seolah-olah aku mendapatnya semula
    kenapakah ianya begitu sukar??

    Ziarah Makrifat
    sajak simbolik

    BalasPadam
  15. GAGAH BERDIRI

    Semalam aku bermimpi
    Kepeningan mula bermain
    saat bangkit dari lena
    Menjelang petang aku kembali
    menunggu azan berkumandang
    kepeningan mulai pergi
    tika aku sedang menjamah makanan
    Hening malam mengigilkan sendi
    namun aku cuba gagah berdiri
    hingga tak berdaya lagi

    Panglima Ketot
    sajak cerita ketika sakit sendi2

    BalasPadam
  16. gila bayan teruk sgt mamat ni

    BalasPadam
  17. kwin je la mamat ni sengkek sgt ke dia tu?

    BalasPadam
  18. truk btol angau si mamat ni

    BalasPadam
  19. aik! masih dok angau lagi

    BalasPadam
  20. hahahah nk tergelak baca cerita mamat ni

    BalasPadam
  21. eh! apa cerita dgn mamat ni msih dok membujang ke

    BalasPadam
  22. aik! dia msih terkenang2 suminah ke?

    BalasPadam
  23. eh! suminah tu thu ke mamat suka kt dia

    BalasPadam
  24. msuk trus meminang la mamat ni

    BalasPadam