Jumaat, 20 Januari 2012

BUNGA KOPI




 
 sayuembara puisi Cr. ke 6 

Bunga Kopi Menebar Senyum
Kala itu waktu pagi meremang sepi
hening tiada keraguan menyambut
sepasang burung bersiap terbang di langit biru.
Sejenak bertemu berpandang,
bertukar jejak pada pelupuk mata, 
semoga di musim akan datang,
jika bunga kopi tersenyum,
sesaat hening di mentari naik terlarut dalam berpikir
sebelum melontarkan bicara.l

 
Oleh: Prof Lanang
sajak simbolik/25 Disember 2011 10:04 PTG





32 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN SUKU AKHIR CITRANURI AHLI DAN P.BLOG 2011

    Prof Lanang dengan sajak ke suku akhirnya yang bertajuk BUNGA KOPI. Tema isu semasa. Pengucapannya menarik ada rasa simbolik pada ungapannya tetapi agak samar.dan sukar menangkap maksudnya. Mesejnya menyentuh tentang kemesraan dan ketenangan dalam kehidupan dengan simboliknya di waktu hening pagi.. Apa pun sebagai seorang pemerhati dan ahli fikir mereka lebih suka keadaan harmoni seperti bunga kopi yang kembang dan beburung yang bebas terbang menekmati keindahan bersama sinar mentari dan bermesra bertukar pandangan.berfikirlah akan apa yang kita nekmati selama ini. Cuma andaian Hanya andain sahaja. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  2. CERPEN SIRI 3 BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA OLEH:NURIMANJA. .____________________________________________________________________


    Masyarakat bangsanya di waktu itu dalam kemiskinan dan cetek pemikiran tidak berpelajaran tinggi. Apa yang telah dilakukan oleh pihak penjajah terhadap negaranya, Seperti diterima sahaja semuanya baik tiada bangkangan.

    Pada masa itu anak muda kampung tidak ada peluang untuk jadi pegawai atasan apatah lagi untuk mentakbirkan negara, semuanya dimonopoli bangsa penjajah kulit putih ini. Rasa tidak puas hati itulah yang menyala hingga kini.

    Dia sering berdoa di hujung malam, agar satu hari nanti Allah swt akan mengkabulkan doanya, semoga bangsanya akan menganti bangsa kulit putih setelah rakan-rakannya berjaya menuntut kemerdekaan.

    Kini dia telah menyedut udara kemerdekaan .Setelah negaranya mencapai kemerdekaan partama dengan diistiharkan pada tiga puluh satu ogos 1957. Dia merasa maruah bangsanya yang dahulu diperbodoh-bodohkan oleh pihak penjajah telah pun terbela.

    Dia amat sedar kebijaksanaan pihak penjajah mengambil hasil dalam negaranya dengan memberi hadiah dan ganjaran bantuan kepada orang-orang kenamaan dalam negeri dan persekutuan.

    Setelah beberapa tahun kemudian. Taip merupakan anak tunggalnya yang pertama diberi peluang oleh kerajaan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi ke luar negeri di negara orang.

    Dia masih ingat sebelum Taip meninggalkan lapangan terbang Subang Jaya, untuk menyambungkan pelajarannya ke kota London, sebelum meninggalkan tanah air ini, dia sempat berpesan

    “Taip! Bila kau di sana nanti, jangan pula kau lupa kami di sini. Kita orang timur dan jagalah adap resam orang melayu kita. Berpegang kuatlah pada ajaran agama Allah dan semoga kau kembali nanti menjadi seorang pemimpin yang boleh diharapkan,”

    Taip cuma mengangguk-anggukkan kepalanya. Tanpa berkata sepatah kata, selepas bersalaman dia bergegas ke bilik penantian penerbangan bersama beberapa orang teman pemergiannya.

    Sejak pemergian itulah, Belum sampai dua tahun Taip sudah berada lebih di luar negara, suratnya telah kurang diterimanya, malah jarang-jarang sekali dia mengirim berita sehingga terasa malu bila ada kawan-kawannya bertanya untuk menceritakan hal Taip diluar negara.

    Malah cerita Taip anak tunggal kesayangan seperti cerita batu jatuh ke laut tengelam terus, tidak mungkin timbul kembali. Hati ibu bapa mana yang tidak sakit. Atau tidak rasa tergoreh . pilu dan sayu dibuatnya.

    BERSAMBUNG ESOK siri 4

    BalasPadam
  3. PERSONA

    Terlalu manis pesona
    Mencuri keheningan
    Tempat abadi kau jangan hadir
    Seharusnya jangan ada
    perkenalan terjalin
    ku terlanjur merenguk aroma mewangi
    Dari keceriaan seulas senyummu
    Semakin cemas caramu menatap menyiratkan sejuta makna
    Tersembunyi di balik
    langit biru memancar

    Pak Hussin
    sajak kenangan semasa muda-muda dahulu awal usia remaja

    BalasPadam
  4. HAMPARAN BINTANG

    aku lelah mungkin deru ombak
    telah mengaburkan ditelingaku
    aku kaku di pantai ini
    sedang panas membakar diri.
    membuang sisa kesal dan sial
    maaf tuhan kalau malam ini
    langit menjadi tak berbintang
    kerana aku sedang mengaburkan
    hamparan bintang di langit

    Ustaz Saad
    sajak jiwa2 bukan dari sy tp dari rakan sy di sekolah matang gerdu ni sbb sy sibuk sikit jd sy beri dia ambik alih dlm sumbang sajak

    BalasPadam
  5. TEMPAT ITU

    Banyak hal telah kulalui dan terjadi
    Dari kanak-kanak muda hingga dewasa
    Jiwa terus mencuba bahagia
    Walau kadang kosong
    Dalam detik malam sepi
    Ada tempat yang selalu kurindukan
    Ada pertemuan yang kuimpikan
    walau ku belum tahu tempat itu

    Roy Rashid
    sajak kesedihan

    BalasPadam
  6. BUKAN APA-APA

    Itu bukan salah atau perkara besar
    Ia bukan milikmu
    Ia tak bicara sesiapa
    Bahkan ia bukan manusia
    Mungkin hanya bayangan
    sekilas di perjalanan
    Diantara lelah kaki yang berjalan
    Apa bezanya pilihan itu
    Karena kata-kataku bukan salah
    Ketika matahari di atas kepala
    Menguapkan seluruh tenaga
    Aku cuba berpaling menatap bulan
    bersama bintang di malam sunyi
    tapi ternyata ketiganya bukan apa2

    ustaz muda
    sajak dalam dilema

    BalasPadam
  7. SEBIRU

    tak juga kulihat pagi itu
    sebiru laut dan langit
    ku lihat cuma helaian kain putih yang tak menarik lagi,
    kerana bercampur hijau,merah hitam
    Sebab kini yang kulihat
    ditengah serpihan warna itu
    ada tercalar yang tak dapat dicuci

    Bos Kacak
    sajak politik

    BalasPadam
  8. MEMBOSANKAN

    Aku yakin kau setuju
    Di hadapan dinding-dinding ini
    di sela nafas memburu
    Ketika kaki menapak
    anak tangga yang tak berputar
    Hati entah dimana pikiran terlempar
    Mencari jendela yang terbuka
    Terbasuh angin dan debu
    Aku menunggu dan semua menunggumu
    aku yakin ada yang setuju
    Bahwa semua ini tak terbayangkan
    Mungkin juga membosankan

    Sohibul Wakdiamin
    sajak simbolik

    BalasPadam
  9. BENAK

    Apa di hati dan benak ini?
    Garis putih berkepak masa lalu
    Mata indahmu bersinar
    resah mimpi tentang putaran waktu
    Aku tak mau sadar
    berbisik tak berkata – kata
    Kebebasan sangat sempit
    Malam siang tak terluka
    Berdiri melompat pada setiap mimpi

    Geletek Malam
    sajak misteri

    BalasPadam
  10. MENGENDALI

    ku cuba basuh jiwa ini
    dengan segala kerendahan hati
    Biar angkuh terkubur dalam diri ini
    keranaku bagai hamba yang
    makin menghilang dari zaman
    yang penuh badai
    ku terasa bagai gagal
    mengendalikan kehidupan itu
    walau satu ketika ku cuba
    dalam keadaan menyeret perlahan

    Saizul Maizav
    sajak tentang diri sendiri

    BalasPadam
  11. KUM 1
    1 Saizul Maizav
    2 Geletek Malam
    3 Bos Kacak
    4 Roy Rashid
    5 sohibul wakdiamin
    6 ustaz muda
    7 pak hussin
    8 ustaz saad

    KUM 2
    1 Pak Kassim
    2 Kembara Budiman
    3 Mat Noh
    4 Brader Joe
    5 ismail harakam
    6 penghuni maya
    7 datuk hasbi
    8 Richard Sirosa

    KUM 3
    1 Ustaz Rahman
    2 Yusri Nawab
    3 Usop Nayan
    4 Prof Lanang
    5 Eddy Gapil
    6 Pendekar Waja
    7 Inspektor Halim
    8 Bulan Terang

    KUM 4
    1 Raja Muda
    2 Abang
    3 Haji Abkam
    4 Ustaz Mahfuz
    5 Sulaiman Embong
    6 Suara Rakyat
    7 Jengking Perak
    8 Penyair Agung

    KUM 5
    1 Nuri Jaguh
    2 Gelora Maya
    3 En Sanusi
    4 Prof Naquib
    5 Sufian Al Zahri
    6 Muhamad Badawee
    7 Kevin Khairudin
    8 Doktor Hasmawi

    KUM6
    1 Mr Tan
    2 Ustaz Nasarudin
    3 Zainal Arifin
    4 Datuk Borhan
    5 Muhamad Rabbi
    6 Supain Sipaun
    7 Datuk Murad
    8 Mr Casanova

    KUM 7
    1 Apek Liew
    2 Ziarah Makrifat
    3 Lagenda Pulau
    4 Jalal Rafzee
    5 seri suri
    6 Nur Atikah
    7 Dayang
    8 Salina

    KUM 8
    1 Abul Hassan
    2 Tan Sri Yunus
    3 Tuan Haji
    4 Lukiee
    5 Sarah
    6 Mak Mah
    7 Datin Maimun
    8 Sharifah AL Habsi

    BalasPadam
  12. 1.Pak Hussin berkata...

    PERSONA (TBD) -P

    Terlalu manis dan mempersona
    Mencuri arti keheningan
    Tempat abadi kau jangan hadir
    Seharusnya jangan ada
    perkenalan yang terjalin
    aku terlanjur merenguk aroma mewangi
    Dari keceriaan seulas senyummu
    Semakin cemas caramu menatap menyiratkan sejuta makna
    Tersembunyi di balik langit biru nan memancar kerinduan sukma.

    Oleh:Pak Hussin
    sajak kenangan semasa muda-muda dahulu awal usia remaja/21 Januari 2012 12:54 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Boleh tahan juga Pak Hussin ini masa mudanya? Kini mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: PERSONA . Tema kenangan waktu muda rumaja. Pengucapanannya menarik kisah orang muda punya biasa setelah dilamun panah asmara. Mesejnya soal pribadi agaknya... Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)-P

    BalasPadam
  13. 2.Ustaz Saad berkata...

    HAMPARAN BINTANG (TBD)

    aku lelah mendengar deru ombak
    telah mengaburkan ditelingaku
    aku kaku lesy di pantai ini
    sedang panas membakar diri.
    membuang sisa kesal dan sial
    maaf tuhan kalau malam ini
    langit menjadi tak berbintang
    kerana aku sedang mengaburkan
    hamparan bintang di langit

    Oleh:Ustaz Saad
    sajak jiwa2 bukan dari sy tp dari rakan sy di sekolah matang gerdu ni sbb sy sibuk sikit jd sy beri dia ambik alih dlm sumbang sajak/21 Januari 2012 12:59 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sekolah SMG ini tempat en nuri mula masuk belajar darjah satu 1957. Untaz Asmuni abang cikgu Wahab masih di situ ke? Kali ini Ustaz Saad mengetengahkan sajak rakan sejawatnya yang bertajuk: HAMPARAN BINTANG . Tema jiwa2 katanya. Pengucapannya agak kabur dan tidak mengambarkan jiwa2. sekadar kekecewaan sahaja nampaknya. Mesejnya soal pribadi nampaknya.. Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

    BalasPadam
  14. 3.Roy Rashid berkata...

    TEMPAT ITU (LSS)

    Banyak hal telah kulalui dan terjadi
    Dari kanak-kanak muda hingga dewasa
    Jiwa terus mencuba bahagia
    Walau kadang kala kosong
    Dalam detik malam sepi
    Ada tempat yang selalu kurindukan
    Ada pertemuan yang kuimpikan
    walau aku belum tahu tempat itu?

    Oleh:Roy Rashid
    sajak kesedihan/21 Januari 2012 1:01 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012


    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Bos Kacak tak habis dngan cerita penjara? Ali mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: TEMPAT ITU Tema kesedihan katanya. Pengucapannya renkas bersahaja dan boleh diterima . Mesejnya mengambarkan keinsafan ingin mencari leluhur kehidupan. . Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  15. 4. ustaz muda berkata...

    BUKAN APA-APA (LSS)

    Itu bukan salah atau perkara besar
    dan bukan milikmu
    Ia tak bicara sesiapa
    Bahkan ia bukan manusia
    Mungkin hanya bayangan saja
    sekilas di perjalanan ini
    Diantara lelah kaki yang berjalan
    Apa bezanya pilihan itu
    Karena kata-kataku bukan salah
    Ketika matahari di atas kepala
    Menguapkan seluruh tenaga
    Aku cuba berpaling menatap bulan
    bersama bintang di malam sunyi
    tapi ternyata ketiganya bukan apa2

    Oleh:ustaz muda
    sajak dalam dilemma/21 Januari 2012 1:07 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Kali ini Ustaz Muda mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BUKAN APA-APA. Tema dilemma katanya. Pengucapannya agak kabur tapi ada berbau politik . Mesejnya soal kecelarun minda . En nuri tidak minta atau ambil BR1M kerana malu x mengundi tiga penggal macam mana penyokong pembangkang x malu ke? Semoga jika BN menang PRU13 ini ada up lagi bantuan RM seribu .. Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  16. 5. Bos Kacak berkata...

    SEBIRU (LSS)

    tak juga kulihat pagi itu
    sebiru laut dan langit bewarna ceria
    cuma helaian kain putih yang tak menarik lagi,
    kerana bercampur hijau,merah dan hitam
    Sebab apa yang kulihat kini
    ditengah kecemaran warna-warna itu
    adalah kekotaran yang tidak dapat dicuci

    Oleh:Bos Kacak
    sajak politik/21 Januari 2012 1:10 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Bos Kacak kini nampak lebih matang dengan politik tanah air?mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:SERIBU. Tema Politik katanya. Pengucapannya renkas bersahaja dan boleh diterima . Mesejnya mengambarkan isu politik semasa. Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  17. 6. Sohibul Wakdiamin berkata...

    MEMBOSANKAN (LBD)


    Aku yakin kau setuju
    Di hadapan dinding-dinding ini
    di sela nafas memburu
    Ketika kaki menapak
    anak tangga yang tak berputar
    Hati entah dimana pikiran terlempar
    Mencari jendela yang terbuka
    Terbasuh angin dan debu
    Aku menunggu dan semua menunggumu
    aku yakin ada yang setuju
    Bahwa semua ini tak terbayangkan
    Mungkin juga membosankan

    Oleh:Sohibul Wakdiamin
    sajak simbolik/21 Januari 2012 1:13 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Kali ini Sohibol Wakdiamin mengetengahkan sajak yang bertajuk: MEMBOSANKAN. Tema simbolik katanya. Pengucapannya agak kabur dan mengelirukan sekadar andaian sahaja soal tempat kerja agaknya Mesejnya soal pribadi juga nampaknya.. Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

    BalasPadam
  18. 7.Geletek Malam berkata...

    BENAK (TBD)

    Apa di hati dan benak ini?
    Garis putih berkepak masa lalu
    Mata indahmu bersinar
    resah mimpi tentang putaran waktu
    Aku tak mau sadar
    berbisik tak berkata – kata
    Kebebasan sangat sempit
    Malam siang tak terluka
    Berdiri melompat pada setiap mimpi

    Oleh:Geletek Malam
    sajak misteri/21 Januari 2012 1:22 PG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Kali ini Geletek Malam mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BENAK Tema misteri katanya. Pengucapannya agak kabur dan mengelirukan perlu diperbaiki. Mesejnya soal pribadi agaknya.. Maaf cuma disini terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

    BalasPadam
  19. 8. Saizul Maizav berkata...

    MENGENDALI DIRI (LSS)

    Aku cuba mengasuh jiwa ini
    dengan segala kerendahan hati
    biar angkuh terkubur dalam diri ini
    kerana aku bagaikan hamba yang lemah
    semakin menghilang ditelan zaman
    yang penuh dengan badai dan gelombang
    aku terasa bagai gagal segalanya
    mengendalikan layar kehidupan ini
    walaupun satu ketika aku cuba berusaha
    dalam kemelut menyeret kehidupan perjalanan.

    Oleh:Saizul Maizav
    sajak tentang diri sendiri
    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sda Saizul Maiva kini ini mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENGENALI DIRI Tema Peribadi katanya. Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima . Mesejnya mengambarkan keharuan dan kemelut dalam kehidupan dalam dirinya sendiri. Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  20. ISU SEMASA

    Lewat kebelakanan ini Ahli Politik
    suka main saman menyaman dengan cerita fitnah memfitnah. bukan sikit jutaan ribuan RM .

    Kita rakyat sepatutnya menilai
    kembali YB yang begini?. Patut di kekalkan atau diingkerkan duduk di kerusi lembut. Kerana mereka betugas bukan utk kepintingan rakyat tetapi soal kepentingan peribadi sendiri....

    BalasPadam
  21. cerita ni psl penjajah ke en nuri?

    BalasPadam
  22. eh! taib nnt kwin org putih kan?

    BalasPadam
  23. cerpen ni mcm pnh baca x sangka ada nama aku

    BalasPadam
  24. taib mcm dh lupa tanah air je

    BalasPadam
  25. rthtrhjtyhrthtrhrthtr

    BalasPadam