Khamis, 26 Januari 2012

BICARA ITU SEPERTI GARAM




 
Buat mereka yang mengerti


Berbicara yang berlebihan
Seakan sama seperti  masakan. Yang dimasukkan garam berlebihan
Tentu menjadikan kurang enak dimakan.

Begitulah perumpmaaan
Erti garam dalam kehidupan. Kita sebagai tukang masak harian
Sepatutnya pandai mengunakan garam
Dalam menentukankan asam garam kehidupan.


Oleh: Nurimanja,
Catatan dibuat Jam delapan  pagi.
Tarikh: 8hb, September 2011




30 ulasan:

  1. CERPEN BUAT SAHABAT CITRA RASA BERSIRI BETAJUK : PENGKALAN BATU. Oleh : Nurimanja Serawak. : Sempena Tahun Baru China Gong Xi Fa Chai 2012.
    SIRI KE 2

    “Apa yang kau boleh buat?”
    “Aku boleh meracik ranting bakau yang kau tebang dan menarik batang bakau yang kau
    Tebang ke tebing sungai,”
    “Tak usahlah Swee Lan,”
    “Tapia apa salahnya? jika aku dapat membantumu, tentu kau dapat menebang lebih banyak pokok bakau, dan lebih banyak batang bakau yang kau dapat, kita akan mendapat
    duit banyak,” kata Swee Lan memberi cadangan.

    “Aku terlalu khuatir Swee Lan,”
    “Apa yang mesti kau khuatirkan, aku cuma berharap menjelang tahun baru ini, kita menyambutnya dengan mempunyai wang,” jawab Swee Lan.

    Lim Ah Hock tidak sedar air matanya jatuh mengalir membasahi pipi bila mengenangkan kata-kata Swee Lan itu sebelum menjelang tahun baru.
    “Esok tahun baru datang lagi, tetapi kau telah tiada, Oh Swee Lan, Swee Lan, …” Keloh Lim Ah Hock, terasa kesal kerana telah membenarkan Swee Lan pergi bersamanya menebang pokok bakau dahulu.

    Walaupun peristiwa hitam itu telah lima tahun berlalu, tetapi bila menjelangnya tahun baru, peristiwa sedih itu sering mencengkam benak hatinya..

    “Lim tolong..!! Lim Tolonggg!!!” Begitulah bunyipekekkan Swee Lan sewaktu peristiwa cemas dan menyayat hati itu berlaku setelah perahu mereka naiki itu tenggelam dipukul gelombang.

    Di musim landas, laut bergelora telah menghantar gelombang ganas yang tidak mengenal belas kasihan itu menuju ke muara. Kuala sungai yang bagaikan rahagn saekor rasaksyang lapar hendak menelan mangsanya.

    Lim Ah Hoch masih Nampak kedua belah jari tapak tangan Swee Lan yang putih melpak Itu mengerawang-rawang di permukaan air sungai yang keruh pekat itu,sesekali tengelam timbul dipukul gelombang ganas di tengah muara sungai itu.

    Beberapa kali Lim Ah Hock mencuba sedaya upayanya untuk membantu Swee Lan, tetapi hempasan gelombang ganas itu bukanlah calang-calang tenaga manusia yang boleh menentangnya.

    Malah Lim Ah Hock sendiri lemas dihempas oleh gelombang ganas itu, namun dia tetap juga mencari Swee Lan di celah ombak dan gelombang ganas yang mengila itu.Tetapi wajah Swee Lan tidak lagi kelihatan, Lim Ah Hock sendiri telah banyak kehilangan tenaga, akhirnya dia sendiri tidak sedarkan diri, dia terasa dirinya hilang begitu saja, setelah dia sedar.didapati dirinya terdampar di tebing sungai.

    Mujurlah ada orang kampong Melanau menolongnya, sehingalah dia dapat kembali pulih kesihatannya, berbulan mereka mencari mayat Swee Lan tidak juga ditemui, sehingga orang kampong bersepakat mengatakan Swee Lan telah pun bersemadi di tengah muara sungai.itu.

    Lim Ah Hock mengesat air matanya. Dia merenung jauh di tengah muara sungai yang bergelombang itu. Dimatanya terbayang wajah Swee Lan, kini terlalu sukar untuknya mencari ganti..


    SAMBUNGAN ESOK SIRI 3

    BalasPadam
  2. KUM 6

    1 Mr Tan
    2 Ustaz Nasarudin
    3 Zainal Arifin
    4 Datuk Borhan
    5 Muhamad Rabbi
    6 Supain Sipaun
    7 Datuk Murad
    8 Mr Casanova

    BalasPadam
  3. 1.Muhamad Rabbi berkata...

    CEBIS-CEBIS (TBD)

    aku kuis cebis-cebis dulu
    ada yang tajam ada juga
    tumpah dengan perit semalam
    buat dikumpul dibukukan
    bila-bila aku perlu
    untuk capai dan lihat
    sakit yang menggigit.

    Oleh: Muhamad Rabbi
    sajak simbolik/26 Januari 2012 5:09 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Muhamad Rabbi kini kembali mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:CEBIS-CEBIS .Tema simbolik katanya. Pengucapannya kabur dan perlu diperbetulkan. Mesejnya ingin membuang segala kedukaan dan kekecewaan dalam kehidupan yang dialaminya.Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

    BalasPadam
  4. 2. Supain Sipaun berkata...

    MENGHADAPINYA (TBD)

    Darah yang mengalir dalam tubuhku
    jangan dihentikan biar mengah nafas ini
    jangan tertutup ruang kecil itu
    sehina mana kau pandang diriku ini
    kau tetap lebih rendah dimata aku
    kerana aku tahu Tuhanku justeru itu
    kau bila ku terima bermacam ujian
    aku kuatkan diri untuk menghadapinya

    Oleh: Supain Sipaun
    sajak sedih/26 Januari 2012 5:12 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra.Supain Sipaun kini kembali mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:MENGHADAPINYA Tema kesedihan nampaknya. Pengucapannya perlu diperbaiki untuk lebih menyakinkan Mesejnya kesdihan dan amarah semacam jiwa2 dan ketuhanan pun ada juga Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

    BalasPadam
  5. 3. Datuk Borhan berkata...

    BERNYAWA LAGI .(LSS)

    Malam kemarin aku pejam mata.
    serapat-rapatnya sebab
    aku mahu lupa semua kedukaan
    malam semalam aku tekup telinga.
    sekuat-kuatnya sebab
    aku benci tawa kegembiraan.
    tetapi malam ini aku biar apa berlaku.
    aku biar dunia ratah rasa jiwa aku.
    agar aku tak rasa ia bernyawa lagi.

    Oleh: Datuk Borhan
    sajak simbolik/26 Januari 2012 5:14 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Datuk Bohan kini kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk:BERNYAWA LAGI .Tema simbolik nampaknya .Pengucapannya kabur tetapi boleh diterima Maksudnya mengambarkan segala kebosanan tidak perlu lagi kedukaan dan kegembiraan yang semuanya bagai tidak nampak indah lagi rasanya. Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  6. 4. Mr Tan berkata...

    PERAYAAN (TBD)-P

    bila semua orang sedia duduk
    aku bangun berdiri
    bila orang bertepuk
    aku duduk ghairah berbincang
    tapi bila aku tengok ada orang
    lepaskan merpati aku taburkan padi
    Maafkan aku kalau aku sering
    melalukan kesilapan kerana
    perayaan tahun ini terasa berbeza

    Oleh: Mr Tan
    sajak sedih terkenang mendiang pak kiyai/26 Januari 2012 5:18 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Mr Tan kini kembali mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:PERAYAAN .Tema kesidan nampaknya. Pengucapannya boleh diterima dan bersahaja. Mesejnya membayangkan kesedihan atas kehilangan orang yang di hormati dalam kehidupan yang dialaminya.sajak ini semacam pernah membacanya mukin ada prsamaannya. Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)-P

    BalasPadam
  7. 5. Zainal Arifin berkata...

    BERTEMU (LSS)

    setiap hari aku bertemu
    cerita di taman yang indah
    dari hasil kemesraan lalu dan kini
    aku cuba membuka tabir alam ini
    dengan kasih cinta dan harapan
    karena aku tahu dalam kehidupan
    aku seing melintasi mimpi-mimpi
    yang terbang mengarungi cakerawala
    aku tersenyum dalam kenyataan indah
    buat catatan memory diriku sendiri.

    Oleh: Zainal Arifin
    sajak simbolik/26 Januari 2012 5:19 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    En Zainal Arifin kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk:BETEMU .Tema simbolik nampaknya .Pengucapannya kabur tetapi boleh diterima Maksudnya dalam kehidupan kita ini sering bertemu dengan gaya manusia yang beragam sebagai pemerhati buat catatan untuk penilaian diri sendi. . Dikira layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  8. 6.Mr Casanova berkata...

    TERIMA KASIH (TBD)

    terima kasih teman kerana doa
    kebahagiaan terus berkekalan
    menyelonsuri hidup dihari mendatang
    sesungguhnya ku tak kesaorangan
    ada kalian dibelakang
    memberi semangat bukan kepalang
    hati yang kuncup menjadi kembang

    Oleh: Mr Casanova
    sajak buat teman2 yang hadir di walimatulurus sy/26 Januari 2012 5:21 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Sdra. Mr Casanova selamat berbahagia semoga Allah memberi rahmat ke atas anda berdua. kini kembali mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:TERIMA KASIH Tema ucapan nampaknya. Pengucapannya boleh diterima dan bersahaja. Mesejnya membayangkan kegembiraanya kerana memberi sokonganmajlis perawinannnya Amin. .Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

    BalasPadam
  9. 7. Datuk Murad berkata...

    ANUGERAH (LSS)

    Hadirnya suatu anugerah
    Bumi kelam terasa cerah
    Tanah kontang dirasa basah
    memang suatu hadiah terindah
    Aku disini tegak memegah
    Menjunjung sehingga tinggi sudah
    Tiada maknanya berpaling tadah
    Setiaku ini ibarat gagah
    Tetap disini walau di tegah
    Hilangnya dikau sesalku tak sudah

    Oleh: Datuk Murad
    sajak nasihat keagamaan /26 Januari 2012 5:23 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Datuk Murad kini kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: ANUGERAH Tema nasihat nampaknya .Pengucapannya kabur tetapi boleh diterima Maksudnya semacam membanggakan seorang mungkin rasulullah saw. namapanya. Dikira layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  10. 8. Ustaz Nasarudin berkata...

    JANGAN PEDULI (LSS)

    Dalam kepayahan aku merangkak
    melewati detik silam
    kesepian itu mengigit
    kerna aku perlu sendiri
    tanpa mereka bisa simpati
    namun tak bisa mengerti
    kerna hanya aku mengerti erti sepi
    tetapi aku tak akan benar
    biarkan saja aku sendiri
    kalaupun sampai mati
    aku harusnya begini
    jangan pernah peduli lagi.
    aku memilih untuk sendiri begini.

    Oleh: Ustaz Nasarudin
    sajak marah/26 Januari 2012 5:24 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    MENANGKAP MAKSUD

    Ustaz Nasarudin kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: JANGAN PEDULI Tema marah nampaknya .Pengucapannya kabur tetapi boleh diterima Maksudnya lebaik baik bersediri dan tidak perlu simpati dari melibatkan diri dengan kerja onar dan mungkar . Dikira layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

    BalasPadam
  11. KUM 6
    1 Mr Tan-P
    2 Ustaz Nasarudin@
    3 Zainal Arifin@
    4 Datuk Borhan@
    5 Muhamad Rabbi
    6 Supain Sipaun
    7 Datuk Murad@
    8 Mr Casanova

    BalasPadam
  12. KUM 7
    1 Apek Liew
    2 Ziarah Makrifat
    3 Lagenda Pulau
    4 Jalal Rafzee
    5 seri suri
    6 Nur Atikah
    7 Dayang
    8 Salina

    BalasPadam
  13. BILA

    Bila di kota rindu pada kampung
    bila di kampung ingin ke kota
    Bila di kelilingi kawan
    rasa nak bersendirian ,
    bila sendirian bosan tiada bicara
    yang ada sekarang bagai tak selesa,
    bila panas kenapa panas ?
    bila sejuk kenapa sejuk ?.
    Bila berkata terasa banyak cakap ,
    bila diam terasa sombong .
    Nak berlari terasa cepat ,
    nak berjalan terasa lambat ,
    Hendak bertanya terasa tahu ,
    hendak teruskan terasa sesat .
    Siang di nantikan malam ,
    malam di nantikan siang .

    APek Liew
    sajak dari wa punya anak yang keja itu kontractor

    BalasPadam
  14. ZAHIRNYA

    Dari hati menuruni pena
    melakar melukis meluahkan...
    Tentang kehidupan dan pengalaman...
    Mencoretkan keanehan
    menceritakan keajaiban
    telus dari mata pandangan
    dari diari pemikiran
    Terkadang hati tercarik pedih
    namun darah lukanya tidak terpotret
    pada mata yang zahir

    Ziarah makrifat
    sajak kehidupan

    BalasPadam
  15. TAK BERERTI

    keliru dengan diri sendiri,
    Termangu mengenangkan sikapmu,
    Tak pernah rasa hidup penuh bererti
    Terasa pantas masa berlalu,
    Engkau semakin jauh,
    Biar kita sama cipta bahagia,
    Namun semua hilang tak kusangka
    Hadirnya hanya Sekali
    Kini tak bererti,

    Dayang
    sajak sedih

    BalasPadam
  16. PULANG RUMAH

    Maafkanku membelah subuh ini
    lalu menyimbah asap dan debu
    Hingga petang mengejar hidup
    burung-burung bertempiaran
    daun-daun kering kehilangan arah
    aku semakin payah pulang ke rumah

    Salina
    sajak tentang pergi mengajar pagi2

    BalasPadam
  17. DIA BAGAIKAN

    tubuhnya merangkak bagai siput
    mencari sehelai daun.
    peluhnya terpercik harapan
    bagai sekelopak bunga
    menanti fajar pagi.
    Dalam matanya berkocak keharuan
    bagai perahu tua kematian angin.
    Dalam suaranya mengalir kesedihan
    bagai anak sungai kehilangan muara.
    Dalam dadanya bagai
    mendung hitam ketibaan hujan.

    Lagenda Pulau
    sajak buat ayahanda di kampung

    BalasPadam
  18. JANGAN

    Jangan bunuh dengan api amarahmu
    aku masih mahukan kemaafan
    berteduh di kelopak simpati
    ku masih perlukan perdamaian
    berjuang persada kukuh perdagangan
    jiran tetangga dengan penghormatan
    terjalin mesra jauhi bala musibah

    Seri Suri
    sajak buat rakan sy kerana ada perselihan paham

    BalasPadam
  19. AKU POHON KEAMPUNAN

    aku pohonkan keampunanMu
    bersujud sejadah taubat syumulMu
    bagai wujud semula dengan rahmatMu
    terkapar antara kudrat & iradat.
    Tolong ampuni segala khilafku
    sesungguhnya aku masih mahu
    bernafas dalam jasad keprihatinan-Mu.

    Jalal Rafzee
    sajak keinsafan

    BalasPadam
  20. PERJALANAN SEBUAH KEHIDUPAN

    Aku masih di sini,
    memandang hari mendatang.
    Apa yang dah matang apa masih kurang.
    ku membilas wajahku yang penuh
    debu pengalaman aku bangkit berdiri
    ucap kata suci sudahi dengan salam
    perjalanan sebuah kehidupan

    Nur Atikah
    sajak ceria

    BalasPadam
  21. aku ingatkan cerpen nyonya kiat panggil

    BalasPadam
  22. xpnh baca plak cerpen ni

    BalasPadam
  23. cerita sedih ke ni

    BalasPadam
  24. eh! cerpen ni yg dorg mati kena bom ke?

    BalasPadam
  25. cerpen baru menarik

    BalasPadam
  26. cerpen hantu ke ni?

    BalasPadam
  27. cerpen utk bangsa cina hehehe

    BalasPadam
  28. aik! cerpen psl apa plak ni????

    BalasPadam
  29. eh! cerpen komunis ke ni?

    BalasPadam