Selasa, 3 Januari 2012

24.BINTANG HIBA





Sayembara puisi Cr.

Bila memang kau ada
mengapa angin berlalu bisu
Rindu membelenggu hati,
bebaskan aku dari hukuman ini!
Sayap jiwaku bebas, mengapa hati teriris perih?
takdir diam di sudut hari,
tak buka mata meski bintang hiba.
Mimpiku tercabik nyata,
tak lagi berdaya terhapus hujan,
tinggalkan biru langit bergetar 


Oleh: Nur Atikah
sajak simbolik/23 November 2011 6:09 PTG



 

30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Sdri Nur Atikah dengan sajak simbolik tanpa penerangan. Kali ini bertajuk BINTANG HIBA. Pengucapannya agak kabur sukadar ditangkap maksud. Cuma simbolik pada ungapan untuk menghuraikan penceritaan atau mesejnya mengelerukan. Sekadar andain saja,mungkin ada rasa kekecewaan dengan keadaan atau takdir yang menimpa, sehingga hati bagaikan terhires dan hiba jadinya ada jiwa2 juga nampaknya. Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)


    Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  2. CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________
    Siri 4 .

    “Hadi! Kalau kau hendak kerja ikut aku di Bandar, di sana kerja banyak, tak payah pakai sijil, asalkan kau ada tenaga tulang empat kerat, sudah cukup, tambah pula dengan semangat yang rajin, Buat saja apa yang disuruh, gaji boleh tahan” Kata madian kawan baiknya yang baru sehari dua balik ke kampong hilir sebelah matahari naik. Waktu itu merekaberjumpa di kedai kopi Haji kawi.


    Telopong mulut dan terbeliak mata Hadi mendengarnya, Hati mudanya terasa bagaikan melonjak-lonjak hendak keluar, jiwanya juga terasa inginkan perubahan dan ingin keluar dari kampong yang tidak punya pekerjaan yang tetap ini. Dalam hatinya Hadi bertekat untuk berhijrah. Dia ingin mengubah nasibnya dari seorang anak muka kampong, meneroka kehidupan di Bandar.


    “Apa kerja yang aku boleh buatdi Bandar tu Mandi?” Tanya Hadi Nampak macam bersungguh dan beriya-iya sangat.

    “Ahh! Kau ikut saja aku, esok aku nak balik, Lagi pun kau duduk di kampong ini tak ada satu apa yang kau boleh buat, ke swah saja setiap hari, senang tak juga, alhirnya sampai ke tualah lu, tak merasa hidup di Bandar Kuching.” Kata madian sambil tersenyum lebar, seolah-olah telah merasa kebahagian.

    Kata-kata inilah yang menjadikan Hadi terperangkap dengan bujukan Madian, kawan sekampungnya yang telah tinga bulan yang telah tinggal dan bekerja di Bandar Kuching itu.

    Sesekali Hadi mengutuk dan menghina sikap kedegilannya itu. dia masih ingat lagi , betapa terlukanya hati ibunya di malam penghijrahan itu. Bila satu pertengkaran kecil telah berlaku diantara dia dengan ibunya.

    Hadi sepatutnya tidak boleh bertindak begitu . Hati orang tua patut dijaga. Tetapi perkara sudah berlaku. Memang selama ini dia tidak pernah mengalah, sejak dari kecil lagi, setiap pertengkaran berlaku dengan ibunya, kemenangan pasti menyebelahinya.

    “Hadi! Tak usahlah kau pergi, aku ini sudah tua, siapalah hendak mengerjakan tanah sawah peninggalan aruah ayah kau itu?” Begitu bunyi kata ibu hadi, bagai merayu bunyinya.

    “Ahh! Saya nak cuba mak! Bagaimana tinggal di Bandar kuching itu,” jawab hadi bagai tidak ada tolak ansur lagi.


    BERSAMBUNG ESOK. (BT)

    SIRI 5.

    BalasPadam
  3. BERUBAH

    kepercayaan sesaat ku rasakan
    kebahagian tidak pernah aku dapat
    Perkataan indah yang terucap
    mereka telah meringankan bebanku
    membuatku berharap hari indah
    Sejuta sayang telah ku curahkan Pikiran burukku telah
    ku gantikan dengan kasih yang tulus
    Perkataan indah buatku
    terhanyut dalam kebahagiaan
    Sampai semuanya berubah

    Ustaz Zamree
    sajak sedih

    BalasPadam
  4. KIANATI SEMUA

    Bukan hal itu buatku
    berfikir terbalik
    Bukan karena itu buatku hancur
    Tidak pernah terpikir olehku
    bahawa melakukan hal tersebut
    Tanpa tersedar aku tidak punya hak
    marah terhadap mereka
    kebebasan menyakiti hati
    Aku hanya ingin tahu alasan mereka melakukan hal seburuk itu
    Tanpa diketahui mereka
    telah khianati semua

    usop nayan
    sajak tak puas hati

    BalasPadam
  5. SEPULUH SERATUS SERIBU

    sepuluh seratus seribu
    Entah entah berapa kali rosak
    Padahal ia selalu dijaga
    terlindung dari panasnya dunia
    terlindung dari sejuk beku
    Namun debu tetap melekat
    Tiupan amarah datang menerpa
    Mengibaskan ia ku coba
    menahan sekuat tenaga
    tapi ia seakan mahu terlepas
    Semua ego beralaskan ingkar
    menyakiti tiada berarti
    Semua kumpulkan seluruh tenaga
    Kumantapkan kaki-kaki
    Kukokohkan dinding hati

    Prof Lanang
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. BOM WAKTU

    aku merasakan diriku
    bagaikan dibom oleh waktu
    suatu saat nanti akan meledak
    dan mencelakakan banyak orang termasuk diriku sendiri,
    ku berharap tolong hentikan waktu itu

    Yusri Nawab
    sajak tekanan menahan marah sbb stress di restoran byk perkeja banyak berhenti

    BalasPadam
  7. SELONGGOK LUKA

    Mengenangmu membuatku mengerti
    kau ibarat jelmaan keindahan tuhan bening mata sebentuk telaga
    memberi kedamaian membuatku sedar
    betapa aku terlalu mengharapkan kau hadir melangkah sendirian
    menyisir langkah saat
    matahari terbelah tepat
    di atas kepala tangannya terkepal
    langkah terhenti digerbang matahari
    kecewa yang bertompuk
    terus meninggalkan seonggok luka

    Panglima Sakti
    sajak simbolik

    BalasPadam
  8. HATI

    Hati menyapa ingin
    mengingati tentang nilai dikasihi..
    Ingin disayangi betapa indah
    nilai cinta suci tanya hati
    benar engkau ingin rasai
    kerana disayangi? wahai hati
    jangan diimpi jangan diingini
    cinta hanya untuk yang dikasihi..

    Haji Hamdan
    sajak simbolik

    BalasPadam
  9. DEKORASI

    Jika demokrasi adalah terindah
    bagi suatu bangsa
    maka bangsaku korbankan jiwa
    mereka sama-sama berdarah
    bahkan hilang oleh dahaga tanah
    aliran makanan kebebasan
    tak pernah sampai
    tersebar ke seluruh tubuh
    berhenti di antara lembaran kertas
    kadang aku merasa sangat berharga kerana tulisan semakin kabur

    Ustaz Rahman
    sajak pejuangan

    BalasPadam
  10. MENGIRIS HATIKU

    Air mata mengiris hatiku
    kuusapkan lapak tangan yang pucat
    terlihat ketakutan kehilangan nafas
    mengalir kelembutan angin malam
    tak tertahan kasih
    limpahan kejora malam tak bertepi
    Tak akan kutinggalkan
    hati yang manangis pilu
    telah terpatri janji
    pada kedalaman nurani
    ikut menyatu dalam derita

    Harimau Berantai
    sajak pasrah

    BalasPadam
  11. 1. Ustaz Zamree berkata...

    BERUBAH (TBD)

    kepercayaan sesaat ku rasakan
    kebahagian tidak pernah aku dapat
    Perkataan indah yang terucap
    mereka telah meringankan bebanku
    membuatku berharap hari indah
    Sejuta sayang telah ku curahkan
    Pikiran burukku telah
    ku gantikan dengan kasih yang tulus
    Perkataan indah buatku
    terhanyut dalam kebahagiaan
    Sampai semuanya berubah

    Oleh: Ustaz Zamree
    sajak sedih5 Januari 2012 7:57 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS
    Buat sdra Ustaz Zamree kini muncul kembali menulis walaupun masih juga belum melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak BERUBAH tema sedih nampaknya..Apa pun cerita biasa dalam kehidupan orang muda . Pengucapannya boleh diterima . mesejnya mengaharapkan satu perubahan dalam kehidupan yang dialaminya. Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)

    BalasPadam
  12. 2. usop nayan berkata...

    MENGKIANATI SEMUA (LSS)


    Bukan hal itu buatku
    berfikir sesuatu yang terbalik
    sebab itu menjadikan aku hancur
    Tidak pernah terpikir oleh diriku
    bahawa melakukan hal tersebut salah
    Tanpa tersedar aku tidak punya hak
    untuk memarah terhadap mereka
    kerana terlalu ada kebebasan menyakiti hati
    Aku hanya ingin tahu apakah alasannya
    mereka melakukan hal seburuk itu
    Tanpa diketahui diri mereka
    sebenarnya telah mengkhianati semua

    Oleh: Usop Nayan
    sajak tak puas hati/5 Januari 2012 8:00 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS
    Buat sdra Usop Nayan walaupun dalam keresahan masih mampu menulis dan belum melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak MENGKHIANTI SEMUA tema rasa tidak puas hati. dengan mesej mengingatkan. Apa pun. Pengucapannya buat mereka yang masih hidup ada perjuangannya belum selesai rasa tidak puas hatiyang tidak sepatutnya berlaku megapa dibiarkan begitu saja?Dimanakah kuasa pemerentah? . Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  13. 3Prof Lanang berkata...

    SEPULUH SERATUS SERIBU (LSS)

    sepuluh seratus seribu
    Entah entah berapa kali rosak
    Padahal ia selalu dijaga
    terlindung dari panasnya dunia
    terlindung dari sejuk beku
    Namun debu tetap melekat
    Tiupan amarah datang menerpa
    Mengibaskan ia ku coba
    menahan sekuat tenaga
    tapi ia seakan mahu terlepas
    Semua ego beralaskan ingkar
    menyakiti tiada berarti
    Semua kumpulkan seluruh tenaga
    Kumantapkan kaki-kaki
    Kukokohkan dinding hati

    Oleh: Prof Lanang
    sajak simbolik/5 Januari 2012 8:05 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
    BICARA RENGKAS
    Buat sdra Prof Lanang walaupun telah mampu menulis dan melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajaknya PULUH, RATUS RIBU. tema nasihat dan simbolik dengan mesej mengingatkan.Apa pun pengucapannya buat mereka yang masih belum mengerti tetang apa yang sedang berlaku. Apakah ada alasan yang perlu dipertahankan lagi? . Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  14. 4. Yusri Nawab berkata...

    BOM WAKTU (LSS)

    aku merasakan diriku
    bagaikan dibom oleh waktu
    suatu saat nanti akan meledak
    dan mencelakakan ramai orang termasuk diriku sendiri,
    aku berharap tolong hentikan waktu itu

    Oleh: Yusri Nawab
    sajak tekanan menahan marah sbb stress di restoran byk perkeja banyak berhenti/5 Januari 2012 8:07 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat sdra Yusri Nawab walaupun dalam tekanan kesidehan masih mampu menulis dan belum melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak BOM WAKTU tema amaran dengan mesej mengingatkan. Apa pun pengucapannya pendek tapi punya maksud yang tersendiri bila keadaan rasa tertekan dan tertindas.hanya waktu yang menentukannya. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  15. 5. Panglima Sakti berkata...

    SELONGGOK LUKA (TBD)

    Mengenangmu membuatku mengerti
    kau ibarat jelmaan keindahan tuhan
    bening mata sebentuk telaga
    memberi kedamaian membuatku sedar
    betapa aku terlalu mengharapkan
    kau hadir melangkah sendirian
    menyisir hari waktu dan saat
    matahari terbelah tepat
    di atas kepala
    tangannya terkepal
    langkah terhenti digerbang matahari
    kecewa yang bertompuk
    terus meninggalkan selonggok luka

    Oleh: Panglima Sakti
    sajak simbolik/5 Januari 2012 8:10 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS
    Buat sdra Panglima Sakti kini muncul kembali menulis walaupun masih juga belum melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak SELONGGOK LUKA tema simbolik pemujaan nampaknya..Apa pun cerita biasa buat anak muda. Pengucapannya boleh diterima namun masih tercari-cari daya kreatif dan puitis dalam menghasilkan sebuah puisi yang diharapkan. perlu berusaha lagi. Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)

    BalasPadam
  16. 6. Haji Hamdan berkata...

    HATI (TBD)-P

    Hati menyapa ingin tahu
    mengingati tentang nilai dikasihi..
    Ingin disayangi betapa indah
    nilai cinta suci tanya hati
    benar engkau ingin rasai
    kerana disayangi? wahai hati
    jangan diimpi jangan diingini
    cinta hanya untuk yang dikasihi..

    Oleh: Haji Hamdan
    sajak simbolik/5 Januari 2012 8:13 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat Haji Hamdan kali ini muncul dengan sajaknya: HATI walaupun belum melangkah ke gerbang final. tema simbolik dengan mesej mengingatkan.Apa pun pengucapannya buat mereka yang masih muda semoga dapat menilai arti hati yang perlu di kasihi, disayangi dan dicintai. Terasa jiwa2 buat orang muda. Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)

    BalasPadam
  17. 7. Ustaz Rahman berkata...

    DEKORASI (LSS)

    Jika demokrasi adalah terindah
    bagi suatu bangsa
    maka bangsaku korbankan jiwa
    mereka sama-sama berdarah
    bahkan hilang oleh dahaga tanah
    aliran makanan kebebasan
    tak pernah sampai
    tersebar ke seluruh tubuh
    berhenti di antara lembaran kertas
    kadang aku merasa sangat berharga
    kerana tulisan semakin kabur

    Oleh: Ustaz Rahman
    sajak pejuangan/5 Januari 2012 8:17 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat Ustaz Rahman dengan sajak tema perjuangan kerap ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak DEKORASI dengan mesej menharapkan.. Pengucapannya samar dan mengelirukan . Apa pun menilai pada keadaan perjuangannya terkini agak meragukan. Cuma berserah kepada dekorasi setempat. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  18. 8. Harimau Berantai berkata...

    MENGIRIS HATIKU (TBD)

    Air mata mengiris hatiku
    kuusapkan tapak tangan yang pucat
    terlihat ketakutan kehilangan nafas
    mengalir kelembutan angin malam
    tak tertahan kasihku yang tertumph
    limpahan kejora malam tak bertepi
    Tak akan ku tinggalkan semua
    hati yang manangis pilu telah terpatri janji
    pada kedalaman nurani ikut menyatu dalam derita

    Oleh: Harimau Berantai
    sajak pasrah/5 Januari 2012 8:20 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat sdra Harimau Berantai kini muncul kembali menulis walaupun hamper juga melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak MENGHIRISHATIKU tema pasrah nampaknya..Apa pun cerita biasa dalam keluarga. Pengucapannya lebih mengharap nilai kasih sayang yang dicurahkannya.bagai tidak dinilai.. Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)

    BalasPadam
  19. oh org kmpung pergi ke bandar ke

    BalasPadam
  20. mcm kejutan budaya je dia kena

    BalasPadam
  21. dia boleh hidup ke di bandar

    BalasPadam
  22. mmg susah hidup di bandar

    BalasPadam
  23. eh! family dia mana

    BalasPadam
  24. dia balik rumah semula rasanya

    BalasPadam
  25. madian mcm nama jawa

    BalasPadam