Khamis, 15 Disember 2011

9. LANDASKAN MATAHARI





sayembara tempat ke simbilan


Pergi ke pantai berlandaskan matahari
seperti bermimpi di tengah hari
melihat awan dan air seperti bercampur.
tiada dapat menutup mata hatinya
rindu melihat laut terbentang biru
sesekali ia pergi mencuba sambil menyanyi lagu
sehingga tenggelam matahari di ufuk sana
tiada nyata bayang-bayang bergerak perlahan
lalu ia pergi dan tiada lag idisitu


Oleh: Kareem Kramjit
sajak simbolik/29 November 2011 3:24 PTG




30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI CITRANURI SEPARUH AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Kareem Kramjit kali ini dengan sajak simboliknya bertajuk: LANDASKAN MENTARI Pengucapannya menarik, bertemakan simbolik tetapi tidak pula dinyatakan atau diberi sadikit penerangan., Penceritaannya agak kabur mengelirukanbuat para pembaca. Apa pun kami cuba memperbaiki , tetapi gagal mencari makna sebenar, sekadar andaian mungkin pemujaan keindahan alam ciptaan tuhan Begitulah sifat manusia yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada, tetapi sering membuat sengketa dan onar di muka bumi ini jarang menilai kebaikan apa yang tuhan kurniakan. Sehingga ia mati pun masih belum sedar. Ke empat sajak kali ini baik tetapi 2 sahaja yang layak. Kami memelih mesej berkesan dan penuh makna. Apa pun harap maaf dan thaniah cuma di sini sahaja penyetaan anda buat kali ini terpaksa berhenti di sini (TK).

    BalasPadam
  2. KENA TERIMA. (bt)

    Sidang media itu baginya mengulas pengumuman Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib yang mendakwa Dr Hasan tewas kepada tiga calon lain dalam pencalonan oleh PAS cawangan Gombak Setia. sedutan harakah


    KOMENTAR
    Kita terpaksa menerima kekalahan, biasalah itu, dulu kita kalahkan orang, bila tiba dan masanya orang lain pula mengalahkan kita, biasa lumrah kehidupan.Penyokong PR elok tonton drama Changgin (Jewel in the Palace) channel 114 tv al hijrah



    Geletek Petang

    BalasPadam
  3. 1. Sadaqallah Azim berkata...
    SINAR BAHAGIA (SM)

    mencari sinar bahagia
    dalam garis yang terluka
    riak duka jelas terpamer
    garis kemelut tercoret di wajah
    jelas keresahan menyelubungi
    bagaikan tiada mampu lagi
    melangkah lemah terasa
    menggapai daya tiada
    tertegak tiada tersokong
    patah segala pasak tertanam
    bagai retak menanti belah
    usah terkenang yang telah pergi
    usah termimpi yang telah tiada
    usah tercari yang telah hilang
    jalur terang menerobos di hadapan
    terbentang jelas satu persatu
    rangkaikan semua jadi satu
    jadi panduan penunjuk arah
    jadi wadah meniti kehidupan

    Oleh: Sadaqallah Azim
    sajak semangat/14 Disember 2011 2:09 PTG

    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    Sdra. Sadaqallah Azim kali ini cuba mengetengahkan sajak bersemangatnya yang diberi bertrajuk ;SINAR BAHAGIA. Pengucapannya bersahaja dan sadikit rasa mengelirukan. Tetapi ada kekuatan daya puitisnya. Bicaranya mungkin tentang kehidupan yang pernah terluka atau kecewa, kini ingin kembali bangkit memburu cita, jangan dikenang lagi apa yang telah berlalu. Cari semangat arah baru untuk menjayakan diri sendiri. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  4. 2. kevin khairudin berkata...
    SEMUA TAHU (SM)

    dari sini ku lambaikan tanganku,
    agar semua dapat tahu
    langkah kakiku masih bersepatu
    ku pertaruhkan harapan semua
    ku perlihatkan kesedaranku,
    kalau kita masih bermimpi,
    hari ini sedihku kian menggunung,
    menyaksikan daun-daun hijau
    dihadapan mengalah ulat-ulat
    mengukuhkan diri dibalik
    rimbunan daun-daun hijau,
    aku tidak sendiri kita semua sama,
    menanti menunggu dan berharap

    Oleh: kevin khairudin
    sajak simbolik pada anak bangsa/14 Disember 2011 2:12 PTG

    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    Sdra. Kevin Khairudin kali ini cuba mengetengahkan dengan sajak simboliknya bertrajuk ;SEMUA TAHU . Pengucapannya agak kabur dan ungapan yang mengelirukan. Tetapi ada kekuatan puitisnya. Bicaranya mungkin tentang kehidupan buat anak bangsa yang masih hijau dan mentah, agar janganmembuang masa bangun menilai masa depan jangan terus menanti dan mengharap sahaja Apa pun semuanya terserah kepada kehendah dan kecekalan diri. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  5. 3. Roy Rashid berkata...

    PEPOHON (SM)

    Bercerita dahan kepada bunga
    betapa indahnya musim berbuah
    mendayu angin kesejukan
    tanpa suara tanpa bahasa,
    ternyata akar yang bersembunyi
    ikut mendengarkan dengan khusyuk
    walau ia harus menahan derita
    beratnya enjutan pijakan pohon
    tapi setelah mencapai titik
    paling bahaya di kulit pohon angkuh
    dahan tidak beterbangan dibawa angin
    bunga terus menatap gelisah
    kerana belum berputih terus layu

    Oleh: Roy Rashid
    sajak tentang tumbuhan/14 Disember 2011 2:17 PTG

    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    Sdra. Roy Rashid kini dengan sajak tumbuhan bertrajuk ;PEPOHON . Pengucapannya berbentuk dialog kabur dan simbolik. Tetapi ada kekuatan puitisnya. Bicaranya tentang tumbuhan atau kehidupan, terasa semacam ada satu perbandingan dengan manusia, kerana anak muda yang masih mentah jangan mudah tergoda dengan urutan hawa nafsu. Walaupun nampak indah pada musim remaja, amat dikesali jika terlanjur menyesal untuk kembali.. Apa pun semuanya terserah kepada kekuatan asas keimanan diri. Cuma sekadar andaian, Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  6. 4. Penghuni Maya berkata...

    UBAT NESTAPA (P)

    Setiap pagi kulintas perkuburan
    sayu di hati melihat dia di situ.
    tapi menjelang tengahari
    kulalui hentian rindu
    memasuki malam aku meniduri lelah
    menjelang dinihari
    aku bangkit munajat dia ada dekat.
    setiap ketika apabila aku luka
    dia mengubat nestapa.

    Oleh: Penghuni Maya
    sajak terkenang arwah isteri/14 Disember 2011 2:20 PTG
    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    Sdra Penghuni Maya msaih tema terkenang pada arwuah yang pergi , kali ini bertrajuk UBAT NESTAFA Pengucapannya masih juga tercari-cari kekuatan daya kreatif dan puitis yang sebenar. Bicaranya juga agak kabur dan mengelirukan, Apa pun mungkin selalu melintasi tanah perkuburan arwah isteri. Kerinduan bagai dating beregayut dan kenangan lama tersingkap kembali, sedikit sebanyak dapat mengubati luka nestapa. Harap maaf cuma disi saja dahulu penyertaan anda terpaksa berhenti di sini, usaha lagi. (TK).

    BalasPadam
  7. 5.Tetamu Malam berkata...
    BAHU (TK)

    usah kendong aku bagai beban
    anggap saja kau punya bahu lain untuk disandarkan
    bila-bila kau lelah payah resah,
    bila kau mahu didengarkan
    toleh ke sisi ada bahu
    untuk dikongsi sampai nanti
    kau jumpa bahu lain lebih serasi

    Oleh: Tetamu Malam
    sajak buat bekas gf sy/14 Disember 2011 2:21 PTG

    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    SdraTetamu Malam, msaih tema rangmuda, kali ini bertrajuk BAHU . Pengucapannya masih juga tercari-cari kekuatan sebenar. Bicaranya juga tentang kisah orang muda punya biasa sehingga tidak berkemampuan untuk memberi sandar, malah membenarkan pula kekasihnya bergantung harap pada orang lain yang mungkin lebih selesa dan serasi. Harap maaf cuma disi saja dahulu penyertaan anda terpaksa berhenti di sini, usaha lagi. (TK).

    BalasPadam
  8. 6. Ustaz Deraman berkata...
    BERBEKAS RINDU (TK)

    Pada suatu ketika aku rindu dia
    tanpa kalimat aku rindu amat
    namun aku bukan pemilik mutlak
    pada harta bernama rindu
    apabila pada suatu ketika
    aku hilang pancaindera
    rindu itu sudah tiada lagi
    dia juga tiada di sisi
    aku mohon kembalikan pancaindera
    kerana aku ada seberkas rindu
    yang masih bersisa...

    Oleh: Ustaz Deraman
    sajak sedih/14 Disember 2011 2:22 PTG

    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    Sdra Ustaz Deraman, msaih tema kesedihan kali bertrajukBERBEKAS RINDU . Pengucapannya masih tercari-cari kekuatan sebenar. Bicaranya juga tentang kisah orang muda punya biasa sehingga ingin kembali pada kisah lama yang sukar dipunggut kembali apabila orang yang dirindu sudah pergi dan sukar kembali lagi.. Harap maaf cuma disi saja dahulu penyertaan anda terpaksa berhenti di sini, usaha lagi. (TK).

    BalasPadam
  9. 7. Brader Joe berkata...
    AZALI (SM)

    Apabila kata menjadi sebuah dosa
    tertutupkah pintu taubat di langit
    segala seru menjadi sumpah
    angin pun kepatahan sayap
    ombak juga kehilangan ganas
    bulan pun malu untuk bersinar.
    apabila doa tidak diangkat ke langit
    aku hilang bentuk tanpa jasad dan jisim
    kerana sebuah mukjizat yang kucari
    telah pun kembali nikmanya kepada azali ini

    Oleh: Brader Joe

    sajak keinsafan/14 Disember 2011 2:24 PTG

    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    Sdra. Brader Joe kali ini dengan sajak keinsafannya bertrajuk ;AZALI. Pengucapannya juga agak kabur dan hilang bentu. Tetapi ada kekuatan puitisnya. Bicaranya tentang keinsafan bila diri terasa semacam ada satu kehilangan kekuatan iman, kini bila tersadar rasa terharu dan mulai menyesal . Apa pun semuanya terserah kepada ketetapan pada azali tuhan yang maha kuasa. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. 8. Pendekar Waja berkata...
    PENDAM (TK)

    tersenyum aku terpaksa rela
    biarlah aku akan terbiasa
    nanti aku mulai lupa tentang semua
    aku tersenyum terpaksa pendam
    biarlah mungkin dihayat kedua
    mungkin didunia sana
    kisah aku bermula semula
    dengan cerita yang lebih cerita..

    Oleh: Pendekar Waja
    sajak kesedihan/14 Disember 2011 2:26 PTG

    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    Sdra Pendekar Waja semacam sajak bersiri saja , msaih tema kesihan kali bertrajuk PENDAM. Pengucapannya masih tercari-cari kekuatan sebenar. Bicaranya juga tentang kisah orang muda punya biasa sehingga melangkaui alam fantasi. Sehingga menjadikan drama cerita di atas cerita Harap maaf cuma disi saja dahulu penyertaan anda terpaksa berhenti di sini, usaha lagi. (TK).

    BalasPadam
  11. LUKA YANG TERTUTUP

    aku ingat saat menatap matamu
    kamu merupakan karya indah
    penuh makna tak bisa
    diungkapkan dengan kata-kata
    hanya bisa dirasakan
    dengan hati yang terdalam
    ternyata dirimu buatku
    kembali membuka hati yang tertutup oleh serpihan luka yang lama
    membuatku lupa semua keraguan jiwa

    Saudagar Emas
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  12. AIR BEKU

    sejuta rasa indah kehidupan abadi
    Andai setiap air dapat kubekukan
    Pasti ku cetak dalam bentuk indah
    ku persembahkan untuk keabadian
    tapi bukan lagi bintang cahya
    kerap berkerut redup sayu
    harap rapuh di dada.
    sebakan titik sinar terus benderang
    agar dada yang terluka,
    meradang pulang kebelakang.

    Man Pendek
    sajak sedih

    BalasPadam
  13. DI ANTARA PERSIMPANGAN

    sesampaiku di persimpangan redup,
    tempat bertaut malam siang,
    tampak di antara gemerlap,
    ada mengajak memilih dua atau tiga
    tapi tak ku temui kiri kanan,
    terungkai lemah dengar mendengar,
    orang bicara berdebat politik,
    sebahgian kecil pula berbisik lapar
    aku masih berdiri dipersimpangan,
    masih buntu memilih jalan yang mana

    Prof Naquib
    sajak simbolik dlm dilema memilih sesuatu

    BalasPadam
  14. MASTERCHEF

    masterchef malaysia hebat
    bila melihat aksi mereka
    bagaikan tidak percaya
    rupanya negara kita
    penuh dengan insan punya bakat
    tidak kira apa bidang
    di program masterchef malaysia
    ramai punya bakat terpendam
    gaya memasak bagai bintang
    tidak kira lelaki atau wanita
    mana asal apa bangsa berapa usia
    bila berteman dapur dan kuali
    ternyata penuh idea tercurah
    terlahir hidangan penuh enak
    tiada siapa boleh jangka

    Satria Juragan
    sajak buat masterchef

    BalasPadam
  15. KEMBANG LAYU

    kembang layu mendetik syahdu,
    berharap kasih gugur satu
    tapi menderap seribu,
    ucapkan kata gaya melayu,
    ini bukan sajak di sapu debu,
    ragu takut menunggu detik menanti,
    waktuku meniti cari arti
    di tiap ruang kosong,
    hampa hanya angin mendesir mengalir
    betapa indah keadaan itu

    Jalil Janggut
    sajak simbolik

    BalasPadam
  16. BULAN BINTANG MATAHARI

    Bintang dan bulan mula menari
    tapi Mentari hanya mengawasi
    Kerana sudah muak mahu menegur
    Sekarang ia hanya biarkan
    lagipun mentari percaya
    mereka takkan lama di sini
    kerana aku pun pasti tapi
    bukan aku sombong atau bangga diri
    tapi ternyata langit semakin pudar
    walau nampak hebat tak terperi
    sedang tugas mentari mencari hakiki
    perhambakan diri pada Ilahi
    rendah diri dan terus berbakti

    Ustaz Mahfuz
    sajak politik rasanya akan berlaku beralihan kuasa di Selangor tempat sy ni banyak penduduk menyokong BN semula

    BalasPadam
  17. KALAU

    tika merancang sebelum peristiwa
    itu kemungkinan bukan jangkaan
    fikir panjang beringat sebelum kena
    bersedia sebelum mara
    berbekal sebelum musafir
    takkan buntu rebah kusut atau alah
    di sini ada jalan keluar
    di sana ada lencongan
    sila buat pilihan kalau
    setelah berlaku lepas peristiwa
    sesal kemudian takkan terhenti masa
    takkan berulang peristiwatiada guna
    tersia belaka padanya tiada redha

    Geletek Malam
    sajak berhati memilih keputusan

    BalasPadam
  18. HARIMAU MUDA

    harimau muda mengaum megah
    itulah aksi skuad muda kita
    kembali mengasah kuku tajam taring
    menimba pengalaman di bumi luar
    menimba ilmu sebanyak mungkin
    buat menguatkan jati diri
    untuk beraksi segarang mungkin
    ngauman ini ternyata hebat
    hasilnya kita semua kecapi
    buat melihat kejayaan sejati
    jangan undur walau selangkah
    jangan tunduk menyerah kalah
    buktikan pada kami semua
    kamu mampu lakukan

    Hambali Maliki
    sajak buat skuad harimau muda

    BalasPadam
  19. 1. Saudagar Emas berkata...

    LUKA YANG TERTUTUP (SM)

    aku ingat saat menatap matamu
    kamu merupakan karya indah
    penuh makna tak bias bicara
    diungkapkan dengan kata-kata
    hanya bisa dirasakan dengan perasaan
    bersama hati yang mendalam
    ternyata dirimu bagai sumber ilham buatku
    kini kembali terbuka hati yang tertutup
    dari serpihan luka lama yang parah
    membuatku lupa semua keraguan jiwa
    yang menghantui diriku selama ini.

    Oleh: Saudagar Emas
    sajak jiwa2/15 Disember 2011 3:15 PTG

    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    Sdra Saudagar Emas yang jatuh cinta dengan anak taukenya, kali ini muncul pula dengan tema jiwa2 BERTAJUK: LUKA YANG TERTUTUP. Pengucapannya agak menarik dan ada daya kreatif dan puitisnya. Walaupun cerita biasa, Cuma jiwa2 tetapi ada kelainan diantara yang lain.kerana luka kecewa boleh tertutup atau sembuh bila melihat seorang gadis yang boleh mengubati hatinya semula. Kau pujuk saja dia masuk Islam. Jangan tangguyng beban.Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  20. 2. Man Pendek berkata...

    AIR BEKU (TK)

    sejuta rasa indah kehidupan abadi
    Andai setiap air dapat kubekukan
    Pasti ku cetak dalam bentuk indah
    ku persembahkan untuk keabadian
    tapi bukan lagi bintang yang cahaya
    kerap berkerut redup sayu harap rapuh di dada.
    sebakan titik sinar terus benderang
    agar dada yang terluka,
    meradang pulang kebelakang.

    Oleh: Man Pendek
    sajak sedih/15 Disember 2011 3:18 PTG

    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    Sdra Man Pendek dengan sajak yang bertajuk AIR BEKU Pengucapannya agak mengelirukan kali ini, perlu mencari ungapan yang tepat dan bersesuaian , Tema sedih tidak dinyatakan sadikit penerangan. Mesejnya juga kabur kami gagal menangkap maksud atau sajak ini lompat bait2nya. Walapun tajuknya sempoi tetapi bentuk dan isinya kurang menyakinkan.. Apa pun Anda berada di tempat ke lapan Harap maaf cuma di sini terpaksa berhenti , usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  21. 3. Prof Naquib berkata...

    DI ANTARA PERSIMPANGAN (SM)

    sesampaiku di persimpangan redup,
    tempat bertaut malam siang,
    tampak di antara gemerlap,
    ada mengajak memilih dua atau tiga
    tapi tak ku temui kiri kanan,
    terungkai lemah dengar mendengar,
    orang bicara berdebat politik,
    sebahgian kecil pula berbisik lapar
    aku masih berdiri dipersimpangan,
    masih buntu memilih jalan yang mana

    Oleh: Prof Naquib
    sajak simbolik dlm dilema memilih sesuatu/15 Disember 2011 3:21 PTG

    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    Sdra Prof Naquib seorang ahli fikir dalam dilemma memilih jalan. Sajak keduanya bertajuk: DIANTARA PERSIMPANGAN. Pengucapannya agak menarik dan ada daya kreatif dsisamping ungapannya yang bersimbolik Penceritaannya atau mesej yang hendak disampaikan bagai berada diantara dua persimpangan jalan mana satu hendak dituju ? masih berbau politik untuk memilih mana satu calun yang sepatutnya diundi? Tepuk dada tanya selera? Cuma andaian. .Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  22. 4.Satria Juragan berkata...

    MASTERCHEF (TK)

    masterchef malaysia hebat
    bila melihat aksi mereka
    bagaikan tidak percaya
    rupanya negara kita
    penuh insan punya bakat
    tidak kira apa bidang
    di program masterchef malaysia
    ramai punya bakat terpendam
    gaya memasak bagai bintang
    tidak kira lelaki atau wanita
    mana asal apa bangsa berapa usia
    bila berteman dapur dan kuali
    ternyata penuh idea tercurah
    terlahir hidangan penuh enak
    tiada siapa boleh jangka

    Oleh: Satria Juragan
    sajak buat masterchef/15 Disember 2011 3:23 PTG

    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    Sdra Satria Juragan dengan sajak yang bersemangat untuk tukang masak yang bertajuk MASTERCHEF Pengucapannya bersahaja. Tema biasa siapa pun tahu. Mesejnya memberi kata semangat untuk sayembara tukang masak untuk mencari tukang masak yang terhebat di antara yang terhebat. Syabas ada semangat cinta kepada masakan. Apa pun Anda berada di tempat ke enam Harap maaf cuma di sini terpaksa berhenti , usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  23. 5 Jalil Janggut berkata...

    KEMBANG LAYU (TK)

    kembang layu mendetik syahdu,
    berharap kasih gugur satu
    tapi menderap seribu,
    ucapkan kata gaya melayu,
    ini bukan sajak di sapu debu,
    ragu takut menunggu detik menanti,
    waktuku meniti cari arti
    di tiap ruang kosong,
    hampa hanya angin mendesir mengalir
    betapa indah keadaan itu

    Oleh: Jalil Janggut
    sajak simbolik/15 Disember 2011 3:25 PTG

    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    Sdra Jalil Janggut dengan sajak yang bertajuk KEMBANG LAYU Pengucapannya agak mengelirukan kali ini, perlu mencari ungapan yang tepat dan bersesuaian , Tema simbolik tidak dinyatakan sadikit penerangan. Mesejnya juga kabur gagal menangkap maksud atau sajak ini lompat bait2nya. Walapun tajuknya menarik, tetapi kulit dan isinya bertabur. Apa pun Anda berada di tempat ke tujuh Harap maaf cuma di sini terpaksa berhenti , usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  24. 6. Ustaz Mahfuz berkata...

    BULAN BINTANG MATAHARI (SM)

    Bintang dan bulan mula menari
    tapi Mentari hanya mengawasi
    Kerana sudah muak mahu menegur
    Sekarang ia hanya biarkan
    lagi pun mentari percaya
    mereka takkan lama di sini
    kerana aku pun pasti tapi
    bukan aku sombong atau bangga diri
    tapi ternyata langit semakin pudar
    walau nampak hebat tak terperi
    sedang tugas mentari mencari hakiki
    perhambakan diri pada Ilahi
    rendah diri dan terus berbakti

    Oleh: Ustaz Mahfuz
    sajak politik rasanya akan berlaku beralihan kuasa di Selangor tempat sy ni banyak penduduk menyokong BN semula/15 Disember 2011 3:31 PTG

    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    Sdra Ustaz Mahfuz dengan sajak kesedaran yang ingin disampaikan bertajuk: DIANTARABULAN BINTANG MENTARI. Pengucapannya agak menarik berbentuk simbolik sinis. Mesej yang hendak disampaikan sebagai satu peringatandalam politik jika tersalah ucapan lidah kita akan menerima padah.? masih berbau politik untuk mengingatkan parti2 yang bila janji tidak ditunaikan pengundi akan melarikan diri.Tepuk dada tanya selera?.Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  25. 7.Geletek Malam berkata...

    KALAU (SM)

    Perlu merancang sebelum peristiwa
    itu kemungkinan bukan jangkaan
    fikir panjang beringat sebelum kena
    bersedia sebelum mara kedepan
    berbekal sebelum musafir
    takkan buntu rebah kusut atau alah
    di sini ada jalan keluar
    di sana ada lencongan
    sila buat pilihan kalau
    setelah berlaku lepas peristiwa
    sesal kemudian takkan terhenti masa
    takkan berulang peristiwa tiada guna
    tersia belaka padanya tiada redha

    Oleh: Geletek Malam
    sajak berhati memilih keputusan/15 Disember 2011 3:34 PTG

    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    Sdra Geletek Malam adaik beradik ke dengan geletek pagi dan petang? dengan sajak kesedaran memilih keputusan:bertajuk: KALAU MEMELIH. Pengucapannya bersahaja ada peringatan walaupun kurang daya kreatif tetapi isinya ada . Mesej yang hendak disampaikan sebagai satu peringatan dalam memilih calun masih berbau politik untuk mengingatkan pengundi bila tersalah pilih kita yang merana hidup menderita sepanjang lima tahun pula.? .Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  26. 8. Hambali Maliki berkata...

    HARIMAU MUDA (TK)

    harimau muda mengaum megah
    itulah aksi skuad muda kita
    kembali mengasah kuku tajam taring
    menimba pengalaman di bumi luar
    menimba ilmu sebanyak mungkin
    buat menguatkan jati diri
    untuk beraksi segarang mungkin
    ngauman ini ternyata hebat
    hasilnya kita semua kecapi
    buat melihat kejayaan sejati
    jangan undur walau selangkah
    jangan tunduk menyerah kalah
    buktikan pada kami semua
    kamu mampu melakarkannya

    Oleh: Hambali Maliki
    sajak buat skuad harimau muda/15 Disember 2011 3:40 PTG

    SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

    Sdra Hambali Maliki dengan sajak bersemangat untuk pasukan bola minatnya yang bertajuk HARIMAU MUDA. Pengucapannya memang bersemangat. Tema biasa siapa pun tahu. Mesejnya member kata semangat untuk pasukan bola sepak negara yang muda ini bangkit memburu kejayaan demi kejayaan. Syabas ada semangat cinta sukan tanah air Anda berada di tempat kelima sayembara ini. Harap maaf Cuma di sini terpaksa berhenti , usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  27. Sepatutnya kau lepas 4 saja sajak
    sehari, kalau 8 agak bercempera sikit nak ulas...

    BalasPadam
  28. Sdra. Kareem Karamjit tak baca sajak dia di ruang utama (RU)

    Bangkali dia sebuk dengan kerja agaknya?

    Sepatutnya ada ulasan sekurang terima kasih pada tuan haji.

    BalasPadam
  29. Cerpen bersiri akan diterbitkan semula, tapi cerpen lama nampaknya.


    Tapi ahli kena bagi ulasan , jika tidak manusia tanpa nama masuk.

    BalasPadam
  30. Dulu ramai yang bagi respi masakan!
    hamper boleh buat buku. lebih 40 masakan disediakan.

    En nuri cadang nak bukukan. Pun hilang juga bersama sayembara sajak bulan Mei. penat kami susun.

    Termasuk cerita siri seram lang suier, puntianak dan lubuk hantu di serawak.

    BalasPadam