Selasa, 13 Disember 2011

8.MENERBANG PERGI





Sayembara tempat ke lapan

 

Ketika sajak ku hilang terawang
kata-kata ku jauh menerbang apalagi puisiku mengembang
saat bait ku dirampas tuhan huruf-hurufku kian tertahan
walau tiap huruf kata-kataku
tak mampu terlintas tiap bait sajak-sajakku
tak pernah jelas tiap ritma puisi-puisiku
tak sempat berbalas semua terkurung tak terketuk
lama sudah didalam hampa ini
kian hilang menerbang pergi

 
Oleh: Saizul Maizav
sajak bila perasan bercelaru sajak buat sendiri

 pak sedara masuk hospital sakit jantung
mungkin sbb terlalu pikir nk buat sajak jd tak dapat nk minta tolong dia
/1 Disember 2011 4:33 PTG



30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI CITRANURI PUSIANGAN AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Saizul Maizav bagaikan anak ayam kehilang induk , sajaknya kali ini ciptaanya sendiri bertajuk: MENERBANG PERGI. Pengucapannya cemas dan bercelaru. Ternyata kehilangan ilham.Tema kehilangan ilham. Penceritaanya juga terlalu biasa. Lalu dibayangkan apa saja yang telah hilang dan tidak menjadi , kerana diamuk rasa cemas dengan situasi bapak saudaranya yang di kasihi sedang terlantar di rumah sakit akibat serangan jantung.Apa pun kita doakan semoga sempat sembuh! Setelah dikaji dan dinilai semula , kedudukan anda cuma layak diberi tempat yang ke lapan (8)

    BalasPadam
  2. Pas nafi Hasan digugurkan

    Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
    pengarang@utusan

    SHAH ALAM 11 Dis. – Pas menafikan dakwaan kemungkinan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

    Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan tersebut nyata tidak benar kerana pihaknya masih belum berbincang mengenai soal calon untuk mewakili Pas pada PRU-13 nanti.

    Katanya, soal calon itu hanya boleh disahkan selepas proses penamaan calon diadakan memandangkan tidak ada siapa yang tahu bila PRU-13 akan diadakan.
    “Tak betul... tak betul... itu cakap surat khabar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan risalah Negara Berkebajikan: Tawaran Pas di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini hari ini.

    KOMENTAR:

    Memang dah dasar suka putar belit. begitulah jadinya sekejap disingkir Hasan Ali dari PRU13 Bila dia dapat anugerah datuk , perlu dipertimbangkan pula sama ada
    konon kerana PRU13 belum tahu lagi. Dalam Pas pun dah jadi tiga kumpulan satu pro PKR , ada yang tengah2, ada juga tidak setuju dengan pkr dan dap. Nampak gayanya
    ramai yang bercakaran dalam PKR , PAS dan DAP tak ngam saja....macam mana nak perentah negara...jadi darcar murba habis!!

    BalasPadam
  3. RACUN MENJALAR

    tak pernah tahu bila ia datang
    walau tersadar nyata ia telah hadir
    tak pernah mengira ia menghampiri
    sampai tak tahu dari mana ia muncul
    berharap namakan hati
    terus mengendalikan melalui sayap kasihnya ia membelai indah
    melalui ia terus mengelus rasa
    setelah hadir semua terasa indah
    walau tahu itu tak akan kekal
    namun racun telah menjalar

    Nahul Hidzar
    sajak simbolik sinis

    BalasPadam
  4. BAIKKAH AKU UNTUK DIA?

    baikkah aku untuk dia
    itu persoalan awal cerita
    buka kisah lembaran baru
    mahu kembangkan layar bahtera
    buat menuju alam bahagia
    bahagia sebuah keluarga
    kala mahu pilih pasangan
    pasangan sejati penyeri hidup
    jika benar dia untuk milikku
    maka aku terima setulus hati
    seadanya dirinya itu
    itulah jodohku yang sebenar
    tiada perlu lagi persoalkan

    Mr Casanova
    sajak jodoh

    BalasPadam
  5. ULAT BULU

    ulat bulu tak pilih bulu
    makin lama makin berbulu
    ikut semua kehendak nafsu
    hingga tak sedar diri kematu
    turutkan lagi nafsu yang satu
    si dara dan janda habis disapu
    ulat bulu penuh berbulu
    perangai tak ubah sejak dahulu
    jenis muka tak reti malu
    sekali tengok pasti keliru
    siang malam tak kira waktu
    apa melintas habis disapu
    siapa melintas terus meluru
    dasar kematu tak tahu malu
    hidup dah jadi haru biru
    sembunyi muka belakang pintu
    seorang diri akhirnya terkedu

    Supain Sipaun
    sajak kisah buat org tua di kampung sy yg agak ulat bulu

    BalasPadam
  6. KEMBALILAH SAYANGKU

    Dengarkanlah kumengadu
    pada embun pagi jatuh dalam kalbu,
    Adakah dia dapat menyejukan kasihmu
    Kumengadu pada angin yang bertiup
    Adakah dia dapat menepikan kemaraunya persaanku
    Kumengadu pada hujan menderu..
    Adakah dia dapat membawa kasihku membanjiri hatimu
    kali ini aku bertanya padamu kasih
    Aku telah bodoh dan naif
    hingga aku terhentak
    Bahawa kau sangat berarti untukku
    Tapi kali ini pasti berbeda..
    Hanyalah dirimu penyejuk kalbuku
    Aku ingin engkau selalu hadir dan temaniku sepanjang hidupku bahkan
    Dan terbaik demi cinta kita
    Kembalilah sayangku

    Wasiril Aswad
    sajak terkenang

    BalasPadam
  7. LUPA

    kembali seperti kemarin
    hanya ingin kembali manis-manis
    makan tak akan menangis
    tak ada harapan lagi aku dihari ini
    hari ini aku harus menemuimu,
    rinduku menyerang di ubun-ubun
    yang paling aku banggakan,
    sampai aku lupa semua yang ada

    naga samudera
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  8. PAYAH

    Sudah hampir satu bulan ini
    aku merasakan susah sekali menuangkan segala sesuatu
    ke dalam rangkaian kata berrima
    Mungkinkah aku memang tak berbakat
    Atau kemampuan aku menuangkan
    ke dalam sebuah sajak
    telah ditarik yang maha Esa?
    terasa sampai degup jantung. Bagaimana aku merasa tak berkarya
    Sudah berbagai semua kembali normal
    Tapi hasilnya tetap saja gagal. Sajak ku banyak yang gagal
    aku harus banyak belajar
    dari orang berstatus seniman

    Jefry
    sajak buntu dari ilham

    BalasPadam
  9. AGUNG

    Yang di-Pertuan Agong ke-14
    menaiki kembali takhta lama
    mengulangi kembali memori lama
    menjadi agong buat kali kedua
    kewibawannya tiada perlu dipertikai
    keperibadian yang tinggi disanjung
    menjadi rujukan menjadi contoh
    sebagai ketua negara malaysia
    kami rakyat jelata tuanku semua
    mendoakan yang terbaik hendaknya
    semoga tugas yang terpikul ini
    sempurna hendaknya terlaksana
    daulat tuanku

    Datuk Murad
    sajak buat agung

    BalasPadam
  10. TAK ADA YANG MENYOKONG

    kami hanyalah penumpang
    tapi mereka mudahnya memanjat
    memandang sendu kibaran bendera
    menganggap dirinya khalifah
    maju berjalan mendongakkan kepala
    tawar menawar harga nasibnya hingga dirasanya tuhan itu tak ada
    rasanya dianggap kuat utama
    hilang sudah malu mencerca kata-kata mulia karena paksa semakin indah menggema menuntut tapi tak ada suara menyokongnya

    Atan Yahoo
    sajak politik buat sesumpah!

    BalasPadam
  11. 1. Nahul Hidzar berkata...

    RACUN MENJALAR (SM)

    Tidak pernah tahu bila ia datang
    setelah tersadar nyata ia telah hadir
    tak pernah mengira ia menghampiri
    sampai tak tahu dari mana ia muncul
    berharap namakan hati terus mengendalikan
    melalui sayap kasihnya ia membelai indah
    mengusap ia terus mengelus rasa
    setelah hadir semuanya terasa indah
    walau tahu itu tak akan kekal
    namun racun telah menjalar ….

    Oleh: Nahul Hidzar
    sajak simbolik sinis/13 Disember 2011 2:27 PTG

    SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

    Sdra. Nahul Hidzar dengan sajak sinisnya. bertajuk: RACUN MENJALAR Pengucapannya boleh agak biasa dan bersahaja. Temakemelut kehidupan agaknya. Bicaranya soal kehidupan yang dirasainya cukup aman dan bahgia, tetapi masih ada gangguan jarum dan racun masuk menjala dalam kemesraan hidupnya. Perlu sabar , awas dan berwaspada, sebaiknya tinggal berasingan jangan tinggal dengan biras tembiras, atau ipar lambai. Insyaallah. Kerana adaik beradik ini dekat bau tahu , jauh bau bunga.. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  12. 2. Mr Casanova berkata...
    BAIKKAH AKU UNTUK DIA?

    baikkah aku untuk dia
    itu persoalan awal cerita
    buka kisah lembaran baru
    mahu kembangkan layar bahtera
    buat menuju alam bahagia
    untuk membina sebuah keluarga
    dikala mahu pilih pasangan
    bekalan sejati penyeri hidup
    jika benar dia untuk milikku
    maka aku terima setulus hati
    seadanya daripada dirinya itu
    itulah jodohku yang sebenar
    tiada perlu lagi dipersoalkan

    Oleh: Mr Casanova
    sajak jodoh/13 Disember 2011 2:34 PTG

    SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

    Sdra. Nr Casanova mulai menampakan kenisafan diri untuk berkeluarga dalam mencari jodoh. Sajaknya bertajuk: BAIKAH AKU UNTUK DIA? Pengucapannya boleh diterima , biasa dan bersahaja. Tema mencari dan menilai jodoh. Bicaranya soal sama ada sesuai atau sebaliknya. Kerana ini ada pasangan hidup perlu saling redha dan meredhai .jika ada perasaan suka dan menyukai , itulah jodoh yang sebenar tanpa ada halangan sesiapa dan keluarga di kedua belah pihak melainkan mengharap rastu daripada mereka. Layak untuk sayewmbara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  13. 3. Supain Sipaun berkata...
    ULAT BULU (TS)

    ulat bulu tak pilih bulu
    makin lama makin berbulu
    ikut semua kehendak nafsu
    hingga tak sedar diri kematu
    turutkan lagi nafsu yang satu
    si dara dan janda habis disapu
    ulat bulu penuh berbulu
    perangai tak ubah sejak dahulu
    jenis muka tak reti malu
    sekali tengok pasti keliru
    siang malam tak kira waktu
    apa melintas habis disapu
    siapa melintas terus meluru
    dasar kematu tak tahu malu
    hidup dah jadi haru biru
    sembunyi muka belakang pintu
    seorang diri akhirnya terkedu

    Oleh: Supain Sipaun
    sajak kisah buat org tua di kampung sy yg agak ulat bulu/13 Disember 2011 2:37 PTG

    SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

    Apa pun maaf saja sdra Supain Sipaun kalau tidak salah sajak ini telah pun diulas dan pernah dicalunkan dalam sayembara ini sedikit masa dahulu? Nama anda juga tidak ada dalam KUM 8? Harap maaf cuba lagi lain kali dengan sajak yang lain pula. (TD) Telah Diulas dulu

    BalasPadam
  14. 4. Wasiril Aswad berkata...
    KEMBALILAH SAYANGKU (TK)

    Dengarkanlah kumengadu
    pada embun pagi jatuh dalam kalbu,
    Adakah dia dapat menyejukan kasihmu
    Kumengadu pada angin yang bertiup
    Adakah dia dapat menepikan kemaraunya persaanku
    Kumengadu pada hujan menderu..
    Adakah dia dapat membawa kasihku membanjiri hatimu
    kali ini aku bertanya padamu kasih
    Aku telah bodoh dan naif
    hingga aku terhentak
    Bahawa kau sangat berarti untukku
    Tapi kali ini pasti berbeda..
    Hanyalah dirimu penyejuk kalbuku
    Aku ingin engkau selalu hadir dan temaniku sepanjang hidupku bahkan
    Dan terbaik demi cinta kita
    Kembalilah sayangku

    Oleh: Wasiril Aswad
    sajak terkenang/13 Disember 2011 2:40 PTG

    SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

    Sdra. Wasiril Aswad kau ini jawonis ke?. Sajaknya bertajuk: KEMBALILAH SAYANGKU Pengucapannya boleh diterima, biasa dan bersahaja. Tematerkenang tapi jiwa2 juga nampaknya.. Bicaranyamengharap buat hati agar dapat kembali disisi.dahulu mungkin tidak mengerti, kini bila kesepian barulah dating sayang..Apa pun harap maaf Cuma disi saja dahulu penyertaan anda terpaksa berhenti, usaha lagi. (TK).

    BalasPadam
  15. 5. naga samudera berkata...
    LUPA(TK)

    kembali seperti kemarin
    hanya ingin kembali manis-manis
    makan tak akan menangis
    tak ada harapan lagi aku dihari ini
    hari ini aku harus menemuimu,
    rinduku menyerang di ubun-ubun
    yang paling aku banggakan,
    sampai aku lupa semua yang ada

    Oleh: Naga Samudera
    sajak jiwa2/13 Disember 2011 2:44 PTG

    SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

    Sdra. Naga Samudera hilang lama tidak kelihatan?. Kini tampel dengan sajaknya bertajuk: LUPA .Pengucapannya boleh diterima, tetapi masih perlu lagi diperbaiki mencari ungapan kata yang menyakinkan. Tema masih jiwa2 juga nampaknya.. Bicaranya nampak tenat diserrang penyakit cinta, penuh harap agar kekasihnya dapat bersama mengubat hati yang rindu.jika tida mungkin rasa bagai nak gila.,.Apa pun harap maaf cuma disi saja dahulu penyertaan anda terpaksa berhenti, usaha lagi. (TK).

    BalasPadam
  16. 6. Jefry berkata...
    PAYAH (TK)

    Sudah hampir satu bulan ini
    aku merasakan susah sekali
    menuangkan segala sesuatu
    ke dalam rangkaian kata berrima
    Mungkinkah aku memang tak berbakat
    Atau kemampuan aku menuangkan
    idea ke dalam sebuah sajak
    telah ditarik yang maha Esa?
    terasa sampai degup jantung.
    Bagaimana aku merasa tak berkarya
    Sudah berbagai semua kembali normal
    Tapi hasilnya tetap saja gagal.
    Sajak ku banyak yang gagal
    aku harus banyak belajar
    dari orang berstatus seniman

    Oleh: Jefry
    sajak buntu cari ilham/13 Disember 2011 2:47 PTG

    SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

    Sdra. Jefry Ketinggen bagaimana dengan SPM? Okey DVD gam banyak lagi. Sajaknya bertajuk: PAYAH. Pengucapannya semacam gelabah. Perlu mencari kekuatan pada ungapan. nya.. Bicaranya payah bukan pada spm tetapi menghasilkan sebuah puisi atau sajak yang boleh diterima, seperti ayahndanya Penyair Agung.Sajak Jefry kali ini sama dengan sajak Saizul Mizav kehilangan ilham. Apa pun harap maaf Cuma disi saja dahulu penyertaan anda terpaksa berhenti, usaha lagi. (TK).

    BalasPadam
  17. 7. Datuk Murad berkata...
    AGUNG (SM)

    Yang di-Pertuan Agong ke-14
    menaiki kembali takhta lama
    mengulangi kembali memori lama
    menjadi agong buat kali kedua
    kewibawannya tiada perlu dipertikai
    keperibadian yang tinggi disanjung
    menjadi rujukan menjadi contoh
    sebagai ketua negara malaysia
    kami rakyat jelata tuanku semua
    mendoakan yang terbaik hendaknya
    semoga tugas yang terpikul ini
    sempurna hendaknya terlaksana
    daulat tuanku

    Oleh: Datuk Murad
    sajak buat agung/13 Disember 2011 2:49 PTG


    SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

    Sdra Datuk Murad ada juga mengumbang ke blog ini. dengan sajaknya yang bertajuk; AGUNG Tema isu semasa buat Agung. Pengucapannya biasa dan bersahaja, Bicaranya tentang pelantikan Agung yang ke 14 dan mengulangi sejarah lama , kerana jarang dan sukar berlaku dalam sejarah dalam usia 84 tahun masih gagah melangkah menaiki tahta pemerentahan kali kedua. Syabas! Segalanya tuhan yang maha kuasa. Semoga negara makmur aman bahagia. Layak untuk sayewmbara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  18. 8. Atan Yahoo berkata...

    TAK ADA YANG MENYOKONG (SM)

    kami hanyalah penumpang
    tapi mereka mudahnya memanjat
    memandang sendu kibaran bendera
    menganggap dirinya khalifah
    maju berjalan mendongakkan kepala
    tawar menawar harga nasibnya
    hingga dirasanya tuhan itu tak ada
    rasanya dianggap kuat utama
    hilang sudah malu mencerca
    kata-kata mulia karena paksa
    semakin indah menggema
    menuntut tapi tak ada suara menyokongnya

    Oleh: Atan Yahoo
    sajak politik buat sesumpah!/13 Disember 2011 2:49 PTG

    SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

    Sdra Atan Yahoo nama pena hamper sama dengan PM negara Israil pula. kali ini dengan sajaknya yang bertajuk; TAK ADA YANG MENYOKONG. Tema isu semasa berbau politik setempat atautanah air .Pengucapannya biasa dan bersahaja, namun ada sinis tajam juga buat sesaorang. Bicaranya ternyata benar apa yang ditulis penulis biasa mengikut kenyataan apa yang berlaku terserah pada waktu dan masanya yang menentukan. Layak untuk sayewmbara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  19. KOMENTAR

    Dalam UMNO jika ada segelenter orang yang membawa kudis jangan biarkan menjadi tokak akan lebih merbahaya.

    Dan sikap mendiam diri juga atas tuduhan dan tohmah membuatkan kesalahan menjadi lebih nyata. Harap segera bertinda balas demi parti
    bukannya individu?

    BalasPadam
  20. ____________________________________________________________________________


    Hukum Takbir Raya Jama'i Di Masjid
    Dan sifat takbir yang masyru(yg di Syariatkan), ialah setiap muslim bertakbir dan mengeraskan suarany
    sehingga orang-orang mendengarkan takbirnya, lalu merekapun mencontohnya dan ia mengingatkan mereka
    dengan takbir. Adapun takbir jama’i yang mubtada’ (yang bid’ah), ialah adanya sekelompok jama’ah –
    dua orang atau lebih banyak- mengangkat suara semuanya. Mereka memulai bersama-sama dan berakhir
    bersama-sama dengan satu suara serta dengan cara khusus. Amalan ini tidak mempunyai dasar serta tidak
    ada dalilnya. Hal seperti itu merupakan bid’ah dalam cara bertakbir. Allah tidak menurunkan dalil
    keterangan untuknya. Maka, barangsiapa yang mengingkari cara takbir yang seperti ini, berarti dia
    berpihak kepada yang haq, karena sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. “Barangsiapa yang mengamalkan
    amalan yang tidak berlandaskan perintah kami, maka amalan itu ditolak”


    NAK TANYA PEMBANGKANG

    Apa pula hukum bertakbir di tengah jalan, menghalang kereta sultan lalu dan tidur ditengah jalan sambil
    bertakbir, Ada perhimpunan di tempat parking kereta pun takbir. depan mahkamah meyokong parkara yang
    mungkar pun takbir. Mereka yang kata mereka pula pula yang melakakukannya.

    BalasPadam
  21. KUM 1

    1 sadaqallah azim
    2 kevin khairudin
    3 penghuni maya
    4 roy rashid
    5 brader joe
    6 tetamu malam
    7 ustaz deraman
    8 pendekar waja

    KUM 2

    1 saudagar emas
    2 satria juragan
    3 man pendek
    4 geletek malam
    5 profesor naquib
    6 hambali maliki
    7 jalil janggut
    8 ustaz mahfuz

    KUM 3

    1 qalam musoffa
    2 usop nayan
    3 adi cana
    4 muhamad badawee
    5 roslan bidin
    6 datuk hasbi
    7 datok borhan
    8 profesor lanang

    KUM 4

    1 pagok lana
    2 sang arjuna
    3 anjang aki
    4 Syed Faizal
    5 mr casanova
    6 atan yahoo
    7 datuk murad
    8 nahul hidzar

    BalasPadam
  22. SINAR BAHAGIA

    mencari sinar bahagia
    dalam garis terluka
    riak duka jelas terpamer
    garis kemelut tercoret di wajah
    jelas keresahan menyelubungi
    bagaikan tiada mampu lagi
    melangkah lemah terasa
    menggapai daya tiada
    tertegak tiada tersokong
    patah segala pasak tertanam
    bagai retak menanti belah
    usah terkenang yang telah pergi
    usah termimpi yang telah tiada
    usah tercari yang telah hilang
    jalur terang menerobos di hadapan
    terbentang jelas satu persatu
    rangkaikan semua jadi satu
    jadi panduan penunjuk arah
    jadi wadah meniti kehidupan

    Sadaqallah Azim
    sajak semangat

    BalasPadam
  23. SEMUA TAHU

    dari sini ku lambaikan tanganku,
    agar semua tahu
    langkah kakiku masih bersepatu
    ku pertaruhkan harapan semua
    ku perlihatkan sedarku,
    kalau kita masih bermimpi,
    hari ini sedihku kian menggunung,
    menyaksikan daun-daun hijau
    dihadapan mengalah ulat-ulat
    mengukuhkan diri dibalik
    rimbunan daun-daun hijau,
    aku tidak sendiri kita semua sama,
    menanti menunggu dan berharap

    kevin khairudin
    sajak simbolik

    BalasPadam
  24. PEPOHON

    bercerita dahan kepada bunga
    betapa indahnya hal tumbuhnya buah
    mendayu angin kesejukan
    tanpa suara tanpa bahasa,
    ternyata akar yang bersembunyi
    ikut mendengarkan dengan khusyuk
    walau ia harus menahan
    berat pijakan pohon
    tapi setelah mencapai titik
    paling bahaya di kulit pohon angkuh
    dahan tak beterbangan terbawa angin
    bunga terus menatap gelisah

    Roy Rashid
    sajak tentang tumbuhan

    BalasPadam
  25. UBAT NESTAPA

    Setiap pagi kulintas perkuburan sayu dia ada di situ.
    tapi Menjelang tengahari
    kulalui hentian rindu
    Memasuki malam aku meniduri lelah
    Menjelang dinihari
    aku bangkit munajat dia ada dekat.
    Setiap ketika apabila aku luka
    dia mengubat nestapa.

    Penghuni Maya
    sajak terkenang arwah isteri

    BalasPadam
  26. BAHU

    usah kendong aku bagai beban
    anggap saja kau punya bahu lain untuk disandarkan
    bila-bila kau lelah payah resah,
    bila kau mahu didengarkan
    toleh ke sisi ada bahu
    untuk dikongsi sampai nanti
    kau jumpa bahu lain lebih serasi

    Tetamu Malam
    sajak buat bekas gf sy

    BalasPadam
  27. BERBEKAS RINDU

    Pada suatu ketika aku rindu dia
    tanpa kalimat aku rindu amat
    namun aku bukan pemilik mutlak
    pada harta bernama rindu
    apabila pada suatu ketika
    aku hilang pancaindera
    rindu itu sudah tiada lagi
    dia juga tiada di sisi
    aku mohon kembalikan pancaindera
    kerana aku ada seberkas rindu
    yang masih bersisa...

    Ustaz Deraman
    sajak sedih

    BalasPadam
  28. AZALI

    Apabila kata menjadi sebuah dosa
    tertutupkah pintu taubatpada langit
    Apabila seru menjadi sumpah
    angin kepatahan sayap
    ombak kehilangan ganas
    bulan pun malu untuk bersinar.
    apabila doa tak diangkat ke langit
    Aku hilang bentuk jasad bagai jisim
    kerana aku sebuah mukjizat abadi
    pulangkan nikmat azali

    Brader Joe
    sajak keinsafan

    BalasPadam
  29. PENDAM

    tersenyum aku terpaksa rela
    biarlah aku akan terbiasa
    nanti aku mulai lupa tentang semua
    aku tersenyum terpaksa pendam
    biarlah mungkin dihayat kedua
    mungkin didunia sana
    kisah aku bermula semula
    dengan cerita yang lebih cerita..

    Pendekar Waja
    sajak kesedihan

    BalasPadam
  30. Palao Atang, Panglima Sakti, Madah Pujangga, Pagok lana, Olie Oajudy, Hadi Hamzah, Raja ahmadiah, dan Naga Samudera


    Nama-nama di atas dapat tempat ke 5 dlm KUM 1 hingga 8. Kalau ada yang dari diri, mereka layak dicalunkan.

    BalasPadam