Ahad, 11 Disember 2011

5.ATAS KUASA








 Sayembarapuisi  tempat ke lima
  


Berusaha dekat sampai pada alunan
selalu beri kesegaran segalanya terasa merengkuh berkuasa diatas
Bahkan setelah ia mengetahui erti kebebasan
terlalu menyedihkan sendirinya menyakitkan pada amarahnya
Kenyataan terkadang sangatlah jelas
bagai mencari dalam kegelapan ada dua keberadaan hijau dan biru
cerita mereka selalu mengisi dunia
kisah mereka tak ada lembaran baru hanya mengulang kejadian sama
janji semata perpaduan membunuh
jiwa seakan jadi sebuah kebebasan utarakan perasaan jatuhkan air mata
cuba berdalih alasan jadi perisai
Kebohongan menyelamatkan kadang menghancurkan?
Tak sanggup menilai segala sesuatu
Ketika segalanya menjadi sulit mereka hanya diam terpaku


 

Oleh: Raja Muda
sajak dari baginda dan nenenda kata mereka berdua sajak tentang politik semasa kata mereka menang atau tak tak kisah tp mereka merasa berbangga qalam ulas sajak2 baginda selama ni buat mereka terharu..

./1 Disember 2011 4:41 PTG



30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI CITRANURI PUSIANGAN KE AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

    Sdra Raja Muda bersama dengan baginda dan nenendanya kali ini sajaknya yang bertajuk ATAS KUASA. Pengucapannya rasa sedikit lompat ungapannya. Walau pun mesej skop penceritaanya nampak luas,tetapi telah dikelirukan oleh untaian kata yang menjela, jika dapat di pendek dan dipadatkan dengan kemas,
    pastinya menjadi puisi yang mengancam Jika kena dengan daya olahannya. Apa pun mungkin kesuntukkan masa, sebuah puisi yang baik biar disimpan dan dibaca berulang kali dan dicari dimana kelemahannya, seperti tapai yang diperam masak pasti manis dan enak rasanya.. Apa pun keseluran puisi kali ini ternyata mesejnya berbau politik . Buat Raja Muda dan kerabat keluarganya juga merasai tempiasnya gendang perang politik tanah air yang kian tenat dan mengelirukan. Apa pun sebagai penaung tuanku hanya boleh memerhati luar gelagat manusia yang kebanyakannya mabuk kuasa di atas kuasa. Tetapi kita perlu awasi agar jangan mereka sampai melanggar gelanggang insitutsi di raja negara ini. Amin. Setelah dikaji dan dinilai semula , kedudukan raja muda cuma layak diberi tempat yang ke lima (5)

    BalasPadam
  2. 1. Olie Pajutdy berkata...
    BUNUH DIRI (TK)-B

    aku lelah letih ingin sendiri
    aku benci muak ingin bersembunyi
    aku jenuh bosan ingin menangis
    aku ingin bunuh diri dengan perlahan
    tapi aku takut matiku nanti tak diterima

    Olie Pajutdy
    sajak kekecewaan/10 Disember 2011 4:33 PTG

    BalasPadam
  3. SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 201

    Sdri Olie Pajutdy kali ini muncul dengan sajaknya yang bertajuk BUNUH DIRI. Tema kekecewaan katanya. Pengucapannnya semacam berpelasafah untuk menghayati cerita. Isi bicaranya masih bermain dengan kisah orang muda punya biasa. Bagaikan mengharap sebuah kasih mengisi kekosongan hati selama ini , kerana berbagai keadaan telah dilalui terasa ingin membunuh diri dari mati meragan.tetapi ditakuti pula tidak diterima tuhan. Harap maaf. Cuma di sini penyertaan sajak anda terpaksa berhenti, usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  4. 2. Guest berkata...

    BOSAN BERFIKIR (TK)-

    kumpul detik yang kukumpulkan
    menjadi waktu kutepis dari anganku
    senyum kubingkai menjadi bahagia
    menjadi untaian cinta yang luhur
    akan kuselingsingkan dari jiwaku
    ku hela nafas menyatu menjadi hidup
    tak pernah sesal mata ini memandang
    telinga ini mendengarkan suaranya
    tapi semua ini hanyalah sementara?
    bosan aku memikirkan semuanya ini.

    Oleh: Guest
    Sajak marah/10 Disember 2011 4:35 PTG

    BalasPadam
  5. SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

    Sdra Guest kali ini muncul dengan sajaknya yang bertajuk BOSAN BERFIKIR. Tema semacam kesedih dan marah nampaknya. Pengucapannnya masih mencari kekuatan untuk menghayati cerita. Isi bicaranya masih bermain dengan kisah orang muda punya biasa. Bagaikan mengharap sebuah kasih yang putus di tengah jalan, kerana selalau sahaja terjadi begini terasa hati sudah bosan dengan keadaan lalu malas untuk berfikir lagi.. Harap maaf. Cuma di sini penyertaan sajak anda terpaksa berhenti, usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  6. 3. Qalam Musoffa berkata...

    KUPU-KUPU (SM)

    Ketika kupu bukanlah kupu-kupu
    rumput kembali hijau
    ketika air tercurah membasahi
    jiwa-jiwa yang kering kontang,
    Apa yang aku cari selama ini
    wal hal pelangi tidak pernah pudar
    kita harus tetap tegakkan wajah,
    karena matahari tidak memilih
    untuk menyapa sesiapa pun
    menafikan semua yang telah dilalui,
    sepasang kupu2 telah mematahkan sayapnya!

    Oleh: Qalam Musoffa
    sajak simbolik/10 Disember 2011 4:38 PTG

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

    Sdra AQalam Musoffa anda ini jawo ke? lama tidak kelihatan di blog ini? kali ini muncul dengan sajaknya yang bertajuk KUPU-KUPU. Pengucapannnya ada simbolik pada ungapan tetapi tidak dinyatakan sadikit penerangan., Penceritaanya boleh diandaikan sahaja, mungkin isu semasa atau politik tanah air yang mana apa yang dilakukan pemerentah tidak boleh dinafikan demi rakyat 1 malaysia. Ini telah melemahkan pihak lawanagaknya? . Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  8. 4. Dam Catur berkata...
    BERIMBUN (TK)

    masih berimbun cinta ditangkai sajak
    meski lalui entah sepadan atau tidak
    sampai bila demikian rasa?
    aku ingin menghirup wangi
    seakan ke medan yang jauh
    hati ingin bertaut ke selatan
    tanpa layar lelah hati pun mati

    Oleh: Dam Catur
    sajak sedih/10 Disember 2011 4:41 PTG

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

    Sdra Dam Catur kali ini muncul dengan sajaknya yang bertajukBERIMBUN. Tema kesedihan katanya. Pengucapannnya masih mencari kekuatan untuk menghayati cerita. Isi bicaranya masih bermain dengan kisah orang muda punya biasa. Bagaikan mengharap sebuah kasih di daerah lain dalam perkenalan anda selama ini , kerana kedudukan lemah anda terasa akan mati meragan. Harap maaf. Cuma di sini penyertaan sajak anda terpaksa berhenti, usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  10. 5. Adi Cana berkata...
    BOSAN (SM)

    Hari ini alam
    terasa hampa tanpa bunyi
    tak satu pun mengeluarkan suara
    biasanya ada pekik di sini
    riuh gelak tawa di pagi hari
    kini semua sepi sunyi
    seperti sudah tuli telinga ini
    tetapi terpikir semua tidak mati
    hanya tak tahu kemana semua pergi
    apakah mereka habis modal dan isi
    ataukah telah hilang di telan bumi
    tapi itu bukan urusan ku lagi
    biarkan lah mereka lari dari sini

    Oleh: Adi Cana
    sajak politik di tempat saya/10 Disember 2011 4:44 PTG

    BalasPadam
  11. SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

    Sdra Adi Cana lama tidak kelihatan di blog ini? kali ini muncul dengan sajaknya yang bertajuk BOSAN. Tema situasi politik setempat. Pengucapannnya ada sinis pada ungapan malah bersahaja, Isi bicaranya ada berbau politik setempat yang membosankan , kini telah senyap. sekadar teguran untuk peringatan dan memberi kesedaran buat mereka yang sering mengumpat dan mengadakan cerita orang lain di kedai kopi atau balai raya dan surau.Tetapi bila telahan mereka meleset dan salah ternyata tebal muka dan enggan bicara lagi menjadi suasana senyap sepi. . Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  12. 6. Ali Conan berkata...
    SAJAK KHAYAL (TK)

    tak pernah di undang kesini
    tapi mengapa dia harus datang
    selalu mengusik dengan bisikan
    seakan ingin mengisi hari-hari
    tapi tak tau apa yang diingini
    singgah di tiap dingin malam
    tapi tak pernah ingat
    dia tetap termangu di sudut tembok
    tapi tak tampak sesiapa disitu
    selalu menatap bulat bulan
    dia mencuba membuat
    butiran tetes di mata
    hilang lah ia selamanya

    Oleh: Ali Conan
    sajak misteri/10 Disember 2011 4:46 PTG

    BalasPadam
  13. SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

    Sdra Ali Conan lamajuga tidak kelihatan di blog ini? kali ini muncul dengan sajaknya yang bertajuk SAJAK KHAYAL. Tema misteri katanya. Pengucapannnya agak mengelirukan dan sukar dimengertikan . Isi bicaranya penuh suspen? Bagaikan orang bermimpi atau melihat halimunan jelmaan atau pun makhluk asing. .Ataupun anda bermain dengan fantasi dalam diri anda sendiri? Tidak nampak maksud dan isi bicara untuk mengambil pengajaran? Harap maaf. Cuma di sini anda terpaksa berhenti, usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  14. 7. Usop Nayan berkata...

    SAAT BAYANGAN ITU DATANG (SM)

    Saat bayangan itu datang
    terasa aneh semakin mendebar
    semakin terasa ia mendekati
    tidak kelihatan siapa dibalik jubah itu
    hanya imbasan bayangan
    ingin rasanya lari dari dakapnya
    tapi lama terasa dingin disini
    sosok itu mulai tersenyum
    aku lah izrail sang utusan-Nya
    aku lantas terkejut terjaga

    Oleh: Usop Nayan
    sajak mengalami mimpi misteri sewatu koma 3 hari dihospital
    akibat kemalangan/10 Disember 2011 4:48 PTG

    BalasPadam
  15. SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

    Sdra Usop Nayan lama tidak Nampak apa khabar orang kampong? kali ini dengan sajaknya bertajuk SAAT BAYANGAN ITU DATANG . Tema mimpi misteri.. Pengucapannnya boleh diterima bersahaja, Bicaranya nampak ikhlas, apa yang berelaku telah diberi gambaran sewaktu koma di hospital. Ini semua memberi peringatan dan kesedaran buat makhluk yang bernama manusia. Anda selamat. Amin. Apa pun yang berlaku ada hikmahnya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  16. 8. Muhamad Badawee berkata...
    GERHANA BULAN (SM)

    fenomena alam yang cantik
    pasti semua tak lepas peluang
    mahu saksikan secara terus
    kejadian besar kebesaran tuhan
    sebenarnya sangat indah
    dari kecil hinggalah besar kejadian
    semuanya cantik dan indah
    gerhana bulan di sebalik keindahan
    ada suatu tanda besar amaran awal
    buat semua manusia percaya atau tak
    jika diselak kitab lama kata nabi
    itu salah satu petanda
    bahawa kiamat sudah hampir
    hari pengakhiran bagi dunia ini
    sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa
    boleh melakukan apa sahaja
    kepada muslim di luar sana
    jangan terlupa solat sunat gerhana

    Oleh: Muhamad Badawee
    sajak semperna gerhana/10 Disember 2011 4:52 PTG

    BalasPadam
  17. SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

    Adik Muhamad Badawee kali ini dengan sajaknya bertajuk GERHANA BULAN yang berelaku
    semalam.Tema kesedaran. Pengucapannnya boleh diterima bersahaja, Bicaranyanya sekadar teguran untuk peringatan dan memberi kesedaran buat makhluk yang bernama manusia membacanya Apa pun yang berlaku adalah kehendak Allah swt dan ada mempunyai hikmah disebaliknya. Amin. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  18. BUNGA DAN TEMBOK

    Kami umpama bunga yang nak tumbuh
    Engkau lebih suka membangun
    Kami adalah bunga yang kau kehendak
    Kami adalah bunga dilanyak
    di bumi kami sendiri
    Jika kami bunga kau adalah tembok
    Tapi di tubuh tembok itu
    Telah kami sebar biji-biji benih
    Suatu saat kami akan tumbuh bersama
    Dengan keyakinan kau harus hancur!

    Datuk Hasbi
    sajak politik

    BalasPadam
  19. ANJING MENYALAK PANJANG

    Aku tak boleh tidur ketika dengar anjing menyalak panjang sayup
    Dunia jauh mengabur
    Kelam mendinding batu
    Dihantam suara bertalu-talu
    Di sebelahnya api dan abu
    Aku hendak berbicara
    Suaraku hilang tenaga terbang
    Sudah tidak jadi apa-apa
    dunia enggan disapa ambil peduli
    Keras membeku air yang dulu kembali
    Sambil bertutup telinga,
    Menunggu reda yang mesti tiba

    Ismail Harakam
    sajak seram

    BalasPadam
  20. TAK ADA SATU KATA PUN

    pernah sekali waktu dalam khayalan
    aku ingin menuliskan sajak indah
    walau terus ku cari dibalik cahaya
    tetap tak ada satu kata
    aku boleh tuliskan untukmu
    pernah juga waktu dalam khayalan
    aku ingin menuliskan sajak
    kau datang menagih semua sajak itu
    aku harus mencari ditiap buku
    sayangnya tetap tak ada
    satu kata pun bisa aku tuliskan

    Husni Kola
    sajak simbolik

    BalasPadam
  21. REMAJA MENDEWASAKAN USIA

    detik deras berlalu
    aku bertanya apa mahumu
    para remaja mendewasakan usia
    cepat lidah dibalik bibir
    khayal memperbudakan rasa
    mimpi serta cita terus mendampingi
    bagai jaga tiap jiwa manusia
    waktu menjelang senja
    tebar bintang sebelum terang
    kata per kata sedikit menggema
    pekik hati ini tak sentuh jiwa
    sekarang menanti menjadi tawar
    aku mulai mengingat rindumenghimpit
    siang membentang tak ada batasan

    Roslan Bidin
    sajak tentang kehidupan

    BalasPadam
  22. BAYANGNYA JUGA

    Siang itu tatapan matanya
    telah butakan mataku
    bkata-kata ku tak satu keluar
    Seakan aku tak menginginkn
    penjelasan yang ku ingin
    melihat raut wajah itu kini.
    Mungkin seribu kata aku tulis
    tak mampu mewakili perasaan ini
    aku akui saat in aku gundah
    ku cuba tuk tepis perasaan ini tapi gagal melupakan dia
    bahkan bayangnya juga

    Nakhoda Belantara
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  23. CARI

    apa yang kau cari
    tak cukupkah semua yang kau terima
    biarlah aku urus semuanya
    tak perlu kau bertangis
    berikanlah tuntutan itu padaku
    jangan lagi kau ucapkan sendiri
    sangat hina kata keluar darimulutmu
    jangan kau tambah lagi rasa malu
    bersemedi dibalik cadar

    HAdi Hamzah
    sajak pasrah

    BalasPadam
  24. PELACUR MIMPI

    pejalan gelap melangkah pelan ditengah jalan bertukar muka
    mencari di pinggir gelanggang
    lewat jalan sempit tanpa tuan
    di semilir angin menyambut malam
    ku tajam kan pandangan
    menggali makna tiap masa
    ini bukan bayang terang
    walau rasa tinggal bukan ajal
    terdengar sadis memecah sunyi
    mentari di atas sajadah suci
    masih tegar menarik ku kesini
    menari-nari jalan sunyi
    kembali lagi pelacur mimpi

    Profesor Lanang
    sajak tentang ragam manusia

    BalasPadam
  25. PAS BARU BINA MASJID

    pas hanya bina sebuah masjid
    apa agaknya motif cerita
    hingga dibesarkan sedemikian rupa
    hanya kisah sebuah masjid
    jika masjidnya sudah cukup
    setiap mukim dan daerah ada masjid
    segenap kampung ada masjid
    untuk apa dibina yang baharu
    baikilah mana rosak
    ubahsuai mana perlu
    mengapa mesti dibazirkan duit
    untuk apa ia dicanang agaknya
    apakah ada udang disebalik batu
    atau pengisi waktu atau hanya propa
    untuk apa dibanyakkan masjid
    jika makmumnya hanya satu saf

    Datuk Borhan
    sajak sinis

    BalasPadam
  26. Tinta Azimad

    Qalam Mutiara bagi tahu. tiap KUM 1-8
    ada sajak yg baik tetapi tersingkir
    dpt tempat ke 5.

    Apa pun kalau difikirkan sesuai di calunkan juga untuk pusingan kedua
    pula.

    "setakat ini. Pagok lana, Paloi Atang, Panglima sakti, Madah Pujangga, Olie Pujuady dan Hadi Hamzah."

    BalasPadam
  27. kenapa kapal terasa?


    Sesiapa pun boleh berseluruh sikaranya cerita itu nampak benar.

    Main belakang PM x sebut nama.
    jika terasa dan marah , nyata
    benarlah jadinya.

    Malah kapal pernah arah org yang dibela bertaubat.kini kenapa pula
    mahu dibela, Banyak keraguan dan
    langsung tidak boleh diterima, kecuali ada agenda tersembunyi dalam politiknya.

    BalasPadam
  28. Dalam DAP pun ada sengketa.


    Nampak macam cabar mencabar di antara
    kapal dan timbilan ke dua seberang prai?

    Malah bekas pensyarah itu berani keluar dari DAP jika ada yang minta
    dia mengundur diri...

    Jangan kata orang celupar ? Siapa
    dulu yang maki hamun pemuda umno?
    Ada pemimpin yang luput tarikh? lupa pula kut? nampak dah nyanyok, eloklah berundur seperti Lee Lam Tai.
    letak jawatan sebe

    BalasPadam
  29. Perlu Menyerang.


    Hari ini orang umno perlu menyerang.
    jangan bagi muka lagi. jika diam rasa
    semacam bersalah, mereka yang benar.
    KINI jika silap saja mereka melatah, hentam habis-habisan , biar sampai kaki mereka patah langsung tak boleh melangkah.

    BalasPadam
  30. Saya sudah jumpa.


    Kini ramai penyokong pembangkang
    semacam deman x kebah, resah, gelisah, semuanya x menjadi parah dan gelabah.

    Jumpa sapa saja minta undi parti mereka, tanpa segan silu dan x tahu malu. merayu memuju mengampu.

    Sampai jumpa kereta warna hijau. Minta esok PRU13 undi ikut warna kereta encik. Begitu teruk dan takjsuf deman gelabah PRU13 ini.

    BalasPadam